Anda di halaman 1dari 9

sebuah pertubuhan politik, manakala di satu pihak lagi mereka inginkan sebuah

badan bukan politik untuk memperjuangkan kepentingan mereka di Sabah.


Akhirnya, orang Cina yang inginkan pertubuhan politik telah menubuhkan parti
politik mereka pada tahun 1962.Pada awal tahun 1962, terdapat dua buah parti
Cina iaitu North Borneo Democratic Party (NBDP) yang di bentuk di Kota Kinabalu
yang di pimpin oleh Peter Chin dan United Party (UP) yang di bentuk di Sandakan
pada Febuari 1962 yang di pimpin oleh Khoo Siak Chiew.[16]United Party ini di
sertai oleh peniaga-peniaga kaya dari golongan Hakka dan Teochew yang
berpendidikan Inggeris serta sebilangan kecil golongan profesional.NBDP pula
mewakili peniaga dan pedagang sederhana dari golongan Hokkien dan Hakka
yang kebanyakan daripada mereka berpendidikan Cina.
Kedua-dua parti Cina ini inginkan Sabah mencapai kerajaan sendiri terlebih
dahulu

sebelum

menyertai

Malaysia.UP

berpendapat

bahawa

penubuhan

Malaysia adalah perkembangan yang terlalu awal bagi Sabah.Sementara NBDP


menuntut taraf berkerajaan sendiri,tidak ada bahasa atau agama rasmi,bahasa
Inggeris terus di kekalkan,hubungan rapat dengan Tanah Melayu dan Singapura
mesti di jalankan secara beransur-ansur serta hendaklah di tentukan taraf orang
Cina kacukan Dusun (Sino-Dusun) di Sabah. Jika dibandingkan parti ini dengan
UNKO dan USNO parti ini kecil yang memperjuangkan kepentingan dan masa
depan komunitinya di Sabah.Penubuhan dua buah parti ini semakin penting
memandangkan sejak tahun 1960, komuniti Cina telah menguasai 32 lesen kayu
balak dan 90% ekonomi Sabah juga berada pada tangan orang Cina.Maka
kepentingan ekonomi mereka di Sabah perlu lah di lindungi.[17]
Menjelang pilihanraya tempatan pertama di Sabah, pada Febuari 1962, wakilwakil Malayan Chinese Association (MCA) dari Tanah Melayu telah melawat
Sabah dan berjaya memujuk kedua-dua buah parti ini untuk membentuk
gabungan bagi mewakili komuniti Cina dalam pilihanraya yang akan di adakan di
Sabah.Di bawah pimpinan Dr.Lim Swee Aun, MCA berjaya menyatukan keduadua parti tersebut untuk membentuk Borneo Utara National Party (BUNAP) pada
12 Oktober 1962.Pada masa yang sama juga, MCA berjaya mengurangkan
kebimbangan orang Cina tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai
dan ini sekali gus mempengaruhi mereka untuk berkerjasama dengan kaum lain
dalam

proses

Sabah

menghadapi

pilihanraya

dan

mencapai

kemerdekaan.Menjelang tahun 1962, parti ini mengumumkan penerimaan


gagasan Malaysia dan bersedia untuk berkerjasama dengan parti-parti yang

menyokong gagasan Malaysia dan ini sekali gus telah membawa kepada
penyertaan BUNAP dalam parti Perikatan Sabah.Apabila Sabah menyertai
Malaysia dan namanya ditukar daripada Borneo Utara kepada Sabah,iaitu pada
16 Sept. 1963, nama BUNAP ditukar kepada Sabah National Party (SANAP).
2.05 PERIKATAN SABAH
Parti perikatan Sabah di anggotai oleh UNKO,USNO,SANAP dan PM.Penubuhan
Perikatan ini adalah atas intensif dan usaha pemimpin-pemimpin politik Sabah
dan Persekutuan Tanah Melayu bagu mewujudkan satu perpadun untuk
menyokong penubuhan gagasan Malaysia.Pada awal penubuhan perikatan ini
(1962-1967) masih wujud perbezaan pendapat dan asas antara parti yang
menganggotai perikatan ini.Persengketaan dan perbezaan pendapat ini jelas
kelihatan terutamanya antara parti UNKO dan USNO.Namun disebabkan oleh
beberapa perkara akibat ancaman Filipina yang menuntut Sabah dan Konfrontasi
Indonesia, persengketaan ini terpaksa di lupakan demi kepentingan dan
kemerdekaan

Sabah.Pemimpin

seperti

Datu

Mustapha,

Donald

Stephens,

G.S.Sundang dan Khoo Siak Chiew telah bersama-sama menyatakan bahawa


penduduk Sabah adalah bersaudara dan mereka harus berkerjasama untuk
mewujudkan sebuah negeri yang makmur.Namun ia tidak dapat bertahan lama
kerana terpaksa tunduk kepada kehendak masing-masing yang sentiasa wujud
curiga

mencurigai

yang

kurang

percaya

kepada

parti-parti

lain

dalam

komponen.Walaupun berada dalam satu perikatan yang sama, namun masih


wujud unsur perkauman dalam menyokong calon parti.USNO penyokongnya
terdiri daripada Melayu-Muslim,UNKO disokong oleh Kadazan/Dusun dan SinoKadazan ,SANAP disokong oleh Cina manakala Pasok Momogun disokong oleh
masyarakat Dusun dan Murut di Pedalaman.
2.06 KERAJAAN PERIKATAN 1962-1967
Pada awal penubuhannya, asas penubuhan parti adalah tidak kukuh dan terburuburu bagi menyokong penubuhan gagasan Malaysia.Di sebabkan hal ini, setiap
parti yang ada dalam perikatan ini masih memperjuangkan hak kaum masingmasing.Dalam tiap-tiap parti ini masih wujud perasaan perkauman yang terlalu
tebal yang lebih berpihak kepada kepentingan kaum masing-masing. .[18]
Perikatan telah membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya secara
langsung menerusi Residency Electoral Colleges(Roff,1967: hlm.86.) yang di
adakan pada bulan Mac 1963.Pilihanraya ini di adakan bertujuan untuk memilih

calon menduduki Majlis Dewan Undangan.Dalam pilihanraya tersebut, USNO


menang 8 kerusi,UNKO 5 kerusi, SANAP 4 kerusi dan PM 1 kerusi.[19]Dalam
kerajaan baru ini British dan semua ahli perikatan bersetuju untuk memilih
Donald Stephens sebagai Ketua Menteri.Kalau di lihat melalui pemilikan jumlah
kerusi,Tun Mustapha lebih layak menjadi Ketua Menteri tetapi Tun Mustapha
mengalah dan memberi peluang kepada Donald Stephens dan memegang
jawatan

sebagai

Yang

Di-pertua

Negeri

dan

nampak

lebih

adil

untuk

mengurangkan ketegangan antara bumiputera Islam dan bukan Islam.Namun


ada juga mengatakan bahawa Tun salah tanggapan pada jawatan Yang diPertua.Beliau beranggapan bahawa jawatan ini sama seperti Gabenor pada
zaman British.Tetapi sangkaan beliau ini adalah sebaliknya.Kedudukan beliau
sangat terkongkong dalam politik kerana semua kuasa pentadbiran Sabah di
pegang oleh Donald Stephens.Ini menyebabkan beliau enggan berkerjasama
dengan Donald Stephens lalu melemahkan kedudukan perikatan.[20]
Ketegangan yang berterusan antara USNO dan UPKO ini telah memberi
keuntungan kepada orang Cina.Hal ini bertambah rumit apabila Kerajaan Pusat
campur tangan dan memaksa Donald Stephens meletak jawatan.Apabila Donald
Stephens meletak jawatan dan memegang Menteri Hal-Ehwal Sabah ,jawatan
Ketua Menteri telah di sandang oleh Peter Lo dar SCA.Parti UPKO berasa kecewa
dengan

tindakan

USNO/SCA

dan

Kerajaan

Persekutuan

kerana

mereka

beranggapan bahawa perlantikan Peter Lo ini akan menjadi laluan kepada Tun
Mustapha untuk menjadi Ketua Menteri selepas itu.Ini menyebabkan UPKO
bertindak meminta supaya kemasukan Sabah ke Malaysia di kaji semula namun
di tolak oleh Tunku dan ini menyebabkan Donald Stephens mahu berkerjasama
dengan

Singapura

untuk

(Singapura,Sabah,Sarawak).Ini

di

menubuhkan
anggap

Persekutuan

ancaman

kepada

Tunku

dan

menyebabkan Tunku menekan perikatan Sabah supaya menggugurkan jawatan


pemimpin UPKO ini.Untuk kepentingan penyokong UPKO,Donald Stephens dan
Peter Mojuntin meletak jawatan dan kedudukan UPKO dalam perikatan semakin
lemah[21]
Pada bulan Disember 1967, UPKO di bubarkan kerana Donald Stephens
merasakan pengaruh beliau dan UPKO semakin lemah kerana hampir semua
rancangan beliau gagal.Ini di tambah lagi apabila seorang demi seorang ADUN
UPKO melompat parti kerana kedudukan mereka lebih terjamin dan mendapat
keistimewaan.Setelah UPKO di bubarkan,USNO menguasai Sabah semula dan ia

di sambut baik oleh Tunku dan Tun Mustapha.Ekoran dari itu,Donald Stephens di
lantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia.[22]
Dengan pembubaran UPKO dan ketiadaan Donald Stephens dalam politik Sabah
telah

meredahkan

suasana

ketegangan

politik

Sabah

dan

Sabah

dapat

menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembangunan negeri Sabah.


2.07 KERAJAAN PERIKATAN 1967-1976
Terdapat banyak kecacatan dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan tahun 19671976.Sungguh pun begitu, pentabiran USNO masih membawa kebaikan kepada
negeri dan rakyat Sabah.Pada era pentadbiran ini,keadaan politik stabil dan ini
memudahkan lagi pembangunan Sabah untuk di jalankan.Banyak Rancanganrancangan pembangunan telah berjaya di laksanakan dengan licin disebabkan
adanya perpaduan rakyat.Kerajaan perikatan pada tempoh ini sentiasa berusaha
untuk menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat dan tanamkan semangat
cintakan negara memandangkan terdapat banyak kaum di Sabah yang masingmasing

dengan

agama

dan

budaya

tersendiri.Oleh

itu,adalah

menjadi

tanggungjawab kerajaan untuk menyatupadukan rakyat demi kepentingan


pembangunan Sabah.Antara langkah yang telah di laksanakan ialah meingiktiraf
agama Islam sebagai agama rasmi manakala Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi di Sabah yang bertujuan penyatuan rakyat.
Walaupun USNO bukan parti Islam tetapi parti ini banyak berusaha untuk
mengukuhkan dan meluaskan Islam di Sabah.Di bawah pentadbiran USNO,
agama Islam telah di jadikan agama rasmi negeri Sabah.Namun walau Islam
sebagai

agama

rasmi

negeri,tetapi

agama

lain

bebas

di

amalkan.Bagi

menjayakan rancangan ini, Ketua Menteri telah menubuhkan United Sabah


Islamic Association (USIA) pada bulan Ogos 1969 yang bertujuan untuk
mentadbir Islam dan menyebarkan dakwah Islam di Sabah.Selain USIA, Kerajaan
USNO juga telah menubuhkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada tahun
1971 bagi menguruskan hal-ehwal Islam di Sabah.Namun, tindakan USNO ini
tidak di senangi oleh bumiputera bukan Islam kerana mereka merasakan bahawa
dasar ini tidak harus di laksanakan kerana Sabah terdiri daripada pelbagai
agama.Dasar-dasar yang di laksanakan oleh Tun Mustapha tidak berapa di
senangi oleh bumiputera bukan Islam.Akhirnya perpaduan yang di kecapi telah
goyah dan semangat perkauman dan keagamaan semakin menenebal di hati
bumiputera Kristian dan Kadazan di Sabah.

Namun,walau wujud banyak kontroversi, terdapat juga pembangunan dari segi


ekonomi dan pelajaran bumiputera Sabah.Pada tahun 1969 Yayasan Sabah telah
di tubuhkan yang banyak memberi manfaat kepada bumiputera Sabah.
Walaupun banyak kontroversi,namun ia tidak lah sampai kepada tahap yang
membimbangkan kerana kedudukan USNO pada waktu itu telah kukuh dan sukar
untuk di tandingi.Walau pun ada cubaan-cubaan untuk menggugat kedudukan
USNO,namun dengan cepat-cepat ia di atasi oleh USNO.Contohnya, Peter
Mojuntin telah menubuhkan Union Of Sabah People (USAP) tetapi ia gagal di
daftarkan kerana penyokong-penyokongnya di ancam dan pemimpinnya pula
begitu mudah di sogok dengan wang.
Penentangan ke atas pimpinan USNO tidak berdiam begitu sahaja.Kemarahan
dan ketidakpuasan di kalangan rakyat semakin membara di atas dasar-dasar
USNO yang kurang di persetujui.Peluang yang di tunggu telah tiba apabila
BERJAYA di tubuhkan untuk mengembalikan semangat politik rakyat Sabah.

2.08 Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)


Pembentukan Parti Bersatu Rakyat Sabah (BERJAYA) dapat di bincangkan
berdasarkan hubungan antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat
Kuala Lumpur pada tahun-tahun akhir pemerintahan Perikatan Sabah.Pada era
awal pemerintahan Perikatan Sabah, hubungan di antara Kerajaan Perikatan
Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur adalah sangat baik dan erat terutama
sekali semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri.Namun, apabila
Tun Mustapha sudah menjadi semakin kuat dan terlalu berkuasa, hubungan baik
ini semakin renggang.Tindak-tanduk Tun Mustapha semakin sukar untuk di kawal
dan banyak bercanggah dengan dasar Kerajaan Pusat pimpinan Tun Abdul
Razak.Banyak berlaku pembaziran wang,penyelewengan, dan penyalahgunaan
kuasa yang telah menyebabkan berlaku pertelagahan peribadi di antara keduadua tokoh Pusat dan Negeri itu.Pertentangan yang berlaku ini telah menjadi
faktor penting yang membawa Kerajaan Pusat untuk menyokong penubuhan
BERJAYA

(Yusoff

Jalil,

1979;

Jenar

Lamdah,

1981,

Bernard

Sta

Maria,

1978).Dengan sokongan yang di lakukan oleh Kerajaan Pusat Kuala Lumpur ini,
Tun Mustapha tidak dapat menyekat pertumbuhan parti BERJAYA seperti yang
pernah di lakukan oleh beliau sebelum ini ke atas parti politik yang lain.Selain
daripada sokongan daripada Kerajaan Pusat Kuala Lumpur, penubuhan parti ini

juga turut di sokong oleh tokoh-tokoh seperti Abd.Ghafar Baba, Abd.Rahman


Yaacub dan Yang Dipertua Negeri Sabah sendiri iaitu Tun Fuad juga turut
menyokong penubuhan parti ini.[23]
Pada awal tahun 1975, hubungan antara Kerajaan USNO-SCA dan Kerajaan
Barisan Nasional (BN) menjadi semakin tegang apabila Perdana Menteri, Tun
Abdul Razak, meminta dan menyokong supaya di bentuk satu parti baru yang
lebih berbentuk multi-racial iaitu pelbagai corak bangsa di Sabah untuk
menentang Tun Mustapha dan USNO. Suatu keputusan telah di capai untuk
membentuk parti BERJAYA, suatu usul yang cepat dan sebuah parti baru ini telah
di bentuk pada 15 Julai 1975.Pemimpin yang menerajui parti BERJAYA ini terdiri
daripada bekas pemimpin dalam USNO yang tidak puas hati dan tidak
bersefahaman dengan kepimpinan Tun Mustapha, seperti Datuk Harris Salleh dan
Datuk Salleh Sulong, bekas pemimpin parti UNKO seperti Tun Fuad Stephens dan
Datuk Peter Mojuntin, pemimpin Parti Cina seperti Yap Pak Leong,Chong Thain
Vun dan Lim Guan Sing serta ahli baru yang terdiri daripada sektor persendirian
dan bekerja seperti Datuk Yeh Pao Tzu,Datuk K.Y.Lee, Wong Boon Ping, Nicholas
Fung,Joseph Pairin Kitingan, Wong Yau Ket,Darius Binion,Datuk Fred Sinidol dan
James P.Ongkili.[24]
Apa yang unik mengenai parti BERJAYA ialah, parti ini merupakan parti pertama
yang betul-betul bersifat multiracial yang di tubuhkan di Sabah sejak negeri
mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963.Ini dapat di lihat
apabila parti ini di terajui oleh pemimpin dari golongan bumiputera Muslim dan
bukan

Muslim

iaitu

terdiri

daripada

bangsa

Kadazan/Dusun,Bajau,Suluk,Rungus,Murut,Bisaya,Brunei,Orang
Sungai,Kwijau,Tatana,Tidong dan Kimaragang.Persatuan-persatuan Cina juga
menyertai

parti

ini

kerana

keyakinan

mereka

kepada

parti

ini

dalam

membangunkan semua bangsa di Sabah dalam melibatkan diri dalam politik


Sabah.
Kemunculan Parti BERJAYA ini telah di sambut baik oleh segenap masyarakat
yang cintakan demokrasi.Hal ini terbukti apabila Parti BERJAYA memenangi
pilihanraya negeri dalam bulan April, 1976.BERJAYA telah memperolehi 28 kerusi
daripada 48 kerusi yang di pertandingkan.Manakala USNO hanya memperolehi
20 kerusi dan kebanyakan kerusi ini di perolehi daripada kawasan bumiputera
Islam.Parti BERJAYA hanya dapat menawan tiga buah kawasan penduduk Islam

iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang.Tetapi memperolehi undi yang terbanyak
daripada orang-orang Kadazan dan Cina.[25]
2.09 Parti Bersatu Sabah (PBS)
Kemenangan Parti PBS dalam pilihanraya pada tahun 1965 telah memeranjatkan
semua

pihak

terutamanya

parti

BERJAYA

dan

Kerajaan

Persekutuan

sendiri.Namun bagi rakyat ia sememangnya telah di duga memandangkan


keadaan politik pada masa tersebut yang tidak menentu.Rakyat sememangnya
menunggu

kemunculan

parti

baru

yang

lebih

baik

yang

mampu

mempertimbangkan tentang keperluan dan hak mereka.[26]Keadaan pergolakan


politik pada masa tersebut telah di gunakan sebaik mungkin oleh PBS untuk
meraih sokongan daripada rakyat.Walaupun wujud 40 hari sebelum pilihanraya
berlangsung

namun

pemimpin-pemimpin

hebat

seperti

Joseph

Pairin

Kitingan,Joseph Kurup,Benard Giluk Dompok serta pemimpin Kadazan yang lain


yang berpendidikan tinggi telah berusaha sekuat-kuatnya untuk menumpaskan
parti

BERJAYA.Parti

PBS

turut

mendapat

sokongan

kuat

daripada

orang

Kadazan/Dusun yang tidak puas hati dengan tindakan Datuk Harris yang menarik
taraf daerah Tambunan dan sikap tidak adil Parti BERJAYA dalam mengagihkan
kekayaan kepada penduduk yang kurang berada di bandar dan luar bandar.
[27]Sokongan padu daripada rakyat ini dapat di lihat apabila PBS memenangi
pilihanraya pada 10 April 1985.Daripada 48 kerusi yang di pertandingkan, PBS
telah memenangi 25 kerusi manakala USNO 16,PASOK 1 dan BERJAYA 6 kerusi
(Darman

Shah,

1985/86:274).Kemenangan

ini

mengejutkan

Kerajaan

Persekutuan dan presiden BERJAYA apabila Datuk Harris kalah di tempat sendiri
iaitu di Tenom kepada calon baru PBS yang tidak terkenal iaitu Encik Kadoh
Agundang.[28]
Kemenangan PBS dalam pilihanraya ini membolehkan PBS membentuk kerajaan
baru di Sabah.Datuk Jospeh Pairin Kitingan sebagai presiden parti telah di lantik
sebagai Ketua Menteri manakala Mark Koding telah di lantik sebagai Timbalan
Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar.
Selepas kejatuhan parti BERJAYA ini, maka Sabah terdedah semula kepada
politik yang bersifat perkauman.Bumiputera Islam kebanyakannya menyokong
perjuangan

parti

USNO

manakala

bumiputera

bukan

Islam

menyokong

perjuangan PBS.Namun, Datuk Joseph Pairin Kitingan menyatakan bahawa parti


ini untuk semua kaum tetapi di sebabkan ia dibentuk oleh pemimpin dari orang

Kadazan/Dusun dan penyokong ramai dari Kadazan/Dusun dan Murut maka ia


kelihatan seperti di kuasai oleh satu kaum sahaja.Tatapi PBS juga berhasrat
untuk

menarik

sokongan

bumiputera

Islam

dan

orang-orang

Cina.Pada

permulaan,PBS kurang mendapat sokongan daripada bumiputera Islam kerana


kurang yakin dengan wakil bumiputera Islam dalam PBS.Wakil tersebut adalah
Encik Nahalan Hj.Damsal dan Puan Ariah Tengku Ahmad.Wakil-wakil ini tidak di
yakini oleh bumiputera Islam kerana Encik Nahalan Hj.Damsal yang merupakan
pengikut ajaran Qadiani manakala Puan Ariah merupakan saudara baru yang
berketurunan Australia.Oleh itu,kesetiaan mereka terhadap Islam masih di
ragui.Tanpa wakil Islam yang berpengaruh dalam PBS,sokongan Orang MelayuMuslim tetap kurang.Tetapi sungguh pun begitu,Datuk Pairin tetap berusaha
untuk menjadikan PBS sebagai parti yang berbilang kaum.[29]
Setelah mengalahkan parti USNO dan BERJAYA,PBS memenangi pilihanraya pada
5 dan 6 Mei 1986 sekali lagi.Usaha USNO, Berjaya serta BN untuk menyekat
pengaruh PBS tidak berjaya.Dalam pilihanraya tersebut PBS memenangi 34
kerusi manakala USNO dan Berjaya masing-masing 12 dan 1 kerusi.Dengan 6
wakil yang di lantik oleh kerajaan selaras dalam peruntukan Perlembagaan
Negeri Sabah, PBS menguasai 40 daripada 54 kerusi Dewan Undangan Negeri
Sabah dan melayakkan PBS di terima sebagai ahli BN namun kekecohan terus
berlaku sehinggalah PBS keluar dari BN menjelang pilihanraya tahun 1994 dan
menyertai pakatan pembangkang di Semenanjung.[30] Selepas pilihanraya pada
tahun 1994, beberapa ahli PBS melompat parti dengan menyertai BN dan atas
usaha USNO,BN berjaya menguasai Sabah semula.Kedudukan BN semakin kukuh
apabila PBS hanya menang 8 kerusi daripada 19 kerusi yang di pertandingkan
dalam pilihanraya parlimen pada tahun 1995.Setelah itu,UMNO terus maju ke
Sabah apabila ramai anggota parti USNO,Berjaya dan PBS menyertai parti
tersebut.Akhirnya PBS menyertai semula BN apabila sekali lagi kalah dalam
pilihanraya pada tahun 1999.[31]
3.0 KESIMPULAN
Dapat di simpulkan perkembangan politik Sabah berlaku begitu rancak sekali
selepas gagasan Malaysia di tubuhkan.Walaupun sebelum gagasan Malaysia di
umumkan tidak wujud parti politik yang lebih radikal tetapi pengumuman
gagasan Malaysia ini telah di jadikan landasan oleh pemimpin dan rakyat Sabah
untuk membuka mata tentang pentingnya satu kesatuan politik yang dapat di
jadikan wadah untuk memperjuangkan hak rakyat dan memberi kemerdekaan

kepada Sabah.Bermula dengan penubuhan Parti UNKO hinggalah kepada zaman


PBS , kita dapat lihat bagaimana berlaku persaingan yang sangat kuat dalam
berpolitik di Sabah.Kontroversi-kontroversi yang berlaku telah menjadi satu titik
permulaan kepada rakyat Sabah untuk membina matlamat dan cita-cita bagi
kepentingan seluruh peringkat sosial di negeri Sabah.

Anda mungkin juga menyukai