Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang dirangka khas bagi
memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Melalui
penyertaan dan penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam
menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam
proses pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Segala pengisian program
tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan
kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada
pembentukan negara bangsa.
Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran
bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan
yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model
kepada masyarakat.
Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari
semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang
bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati
diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu,
pengisian-pengisian positif , penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga
perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik
khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada masa
hadapan.

iv

RASIONAL
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang
mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek,
sesuai dengan cabaran profesion perguruan masa kini. Dengan adanya program
ini, diharapkan guru-guru PISMP dapat membina semangat juang yang tinggi
dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada
diri, keluarga, masyarakat dan bangsa.
Di samping itu, pelatih-pelatih guru PISMP diharapkan dapat membina keyakinan
diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan
dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai
citi-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya
membantu merealisasikan wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

iv

MATLAMAT

Bina Insan Guru ini dapat membantu para peserta bersedia dari segi mental,
fizikal, emosi dan rohani untuk membentuk identiti Guru yang jitu serta
membentuk perwatakan guru sepenuh masa (GBSM) yang berketrampilan pada
masa depan.Peserta-peserta kursus akan mendapat pengetahuan, pengalaman,
dan kemahiran aktiviti-aktiviti utama dan sampingan dalam masyarakat.Pesertapeserta kursus juga akan dapat mengamati, menghayati dan menghargai
kemahiran bersosial dan berkomuniti. Disamping itu, peserta kursus dapat
mengukuhkan sikap nilai-nilai murni melalui interaksi antara satu sama lain dan
bersama komuniti.

iv

OBJEKTIF
Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru PISMP diharapkan dapat :

Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis


masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara
berterusan.

Menunjukkan sikap keprihatinan dan kesedaran terhadap kepentingan hidup


dalam sesebuah organisasi dan komuniti.

Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan
sekalipun.

Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan


kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.

Melahirkan modal insan yang mantap dari aspek kerohanian, nilai etika dan
akhlak keguruan yang selaras dengan norma-norma kehidupan.

Meningkatkan

sifat

kepimpinan

dengan

kemahiran

mengurus

dan

mengorganisai sesuatu program dengan baik.

Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal,


mental, emosi, rohani dan sosial.

iv

Anda mungkin juga menyukai