Anda di halaman 1dari 3

Permainan merupakan suatu yang mampu menarik minat dan perhatian pelajar.

Fungsinya
sebagai pembangkit ransangan sampingan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
(p&p) semakin menarik. Salah satu daripada permainan yang mampu menimbulkan minat
serta berfungsi sebagai wahana mengembangkan kognitif, fizikal, sosial, dan emosi kanak-
kanak ialah Permainan Ceper.


Permainan ceper ataupun juga dikenali sebagai Main Tutup Botol merupakan satu permainan
indoor yang popular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar
wanita. Permainan ringkas yang hanya memerlukan lima biji tudung botol besi jangan
dipandang enteng kerana memerlukan kemahiran yang tinggi.


Peraturan Permainan Ceper.


Permainan ceper merupakan suatu permainan yang boleh dimainkan samada dalam
berkumpulan dengan maksima 2 ahli setiap kumpulan, ataupun dimainkan secara individu
dengan maksima pemain seramai 5 orang. Permainan ringkas yang hanya memerlukan lima
keping tudung botol besi (ceper). Setiap ceper membawa markah sebanyak satu markah,
namun sekiranya selambut ceper dibuat dengan menangkap, maka setiap ceper akan dikira
dengan dua markah, keseluruhannya ada sepuluh.


Sebelum memulakan permainan, ceper-ceper akan disusun secara bertingkat dan diputar bagi
mendapatkan pecahan ceper. Kemudian, pemain akan melagakan setiap ceper dengan
jentikan tanpa menyentuh mana-mana ceper yang berada di sekitarnya.


Aplikasi Permainan Ceper Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Permainan ceper banyak sekali memberi manfaat dan kebaikan kepada guru dan juga pelajar
selain menjadikan sesi p&p lebih ceria. Permainan ini antara lainnya memberi kebaikan yang
mungkin tidak pernah kita bayangkan akan wujud melalui permainan yang seringkas ini.


(a) Melatih Koordinasi Mata dan Tangan

Koordinasi mata dan tangan amat penting dalam melahirkan seorang pelajar yang bakal
menguasai kemahiran-kemahiran asas bahasa. Koordinasi mata dan tangan biasanya dititik
beratkan dalam aspek menulis, terutama menyalin nota, serta melukis. Permainan ceper
melatih kemahiran ini melalui peraturannya. Sebagai contoh, semasa ingin menjentik ceper,
pemain terlebih dahulu akan memberi fokus kepada sasaran. Apabila mata mulai fokus, jari
akan menjentik ceper. Selain itu, bagi memulakan permainan, ceper akan disusun dan diputar
bagi mendapatkan gerakan yang pertama. Ini juga melatih koordinasi tangan dalam memilih
daya yang bakal digunakan.


Dalam permainan ini juga, terdapat aksi permainan selambut. Proses ini dilalui bagi
memungut mata. Permainan selambut yang diaplikasi secara langsung di dalam permainan ini
juga sebagai bukti bahawa wujudnya proses melatih kemahiran koordinasi dan tangan di
dalam permainan ceper. Tangan melambung, mata melihat ceper, dan tangan menyambutnya
kembali.


(b) Keseimbangan

Dalam aksi melambung dan menyambut ceper bagi mendapatkan mata, wujud juga latihan
keseimbangan. Hal ini dipraktikkan semasa menyambut ceper dengan belakang tangan
selepas melambungnya. Bukan semua orang mampu melakukannya, dan memerlukan latihan
yang banyak. Justeru, permainan ceper adalah antara permainan tradisional yang tanpa kita
duga telah memberi latihan tersebut secara tidak langsung.


(c) Pengiraan

Permainan ceper antara permainan yang agak unit bagi penulis. Ini kerana mata bagi setiap
ceper adalah sepuluh, dan sekiranya bagi setiap pusingan jentikan pemain mampu melepasi
halangan yang timbul, markah maksima biasanya mencecah seribu dan boleh disimpan di
dalam bank. Hal yang ini melatih kecekapan pelajar dalam mengira dari aspek tambah dan
tolak.


(d) Pemikiran Kreatif

Permainan semestinya memupuk pemikiran kreatif. Dan, permainan ceper tidak ketinggalan
dalam memupuk pemikiran yang sedemikian rupa. Sedar atau tidak, pemikiran kreatiflah
yang mewujudkan permainan ceper. Siapa sangka, hanya dengan menggunakan tudung botol,
permainan ceper mampu menarik minat orang ramai.


(e) Strategi

Permainan ceper merupakan suatu permainan yang memerlukan pemain memikirkan suatu
strategi bagi menyelesaikan jentikan uraian ceper. Setiap ceper yang dijentik tidak boleh
terkena ceper yang lain. Justeru, strategi yang baik perlulah difikirkan. Ada pemain yang
menggunakan tangan sebagai dinding pemantul, dan ada pula yang mencongkes ceper bagi
menyentuh ceper target.
http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/06/nota-edu-3103-kesan-permainan-ceper.html
Ceper ialah sejenis permainan yang mengunakan penutup botol minuman sebanyak 5 keping
penutup botol (sekarang ini boleh dapat dari penutup botol kicap), ia merupakan salah satu
permainan tradisional yang selalu dimainkan golongan kanak-kanak.

Permainan ini pada kebiasaanya akan melibatkan dua pemain dan lebih
Cara pemainan ini ditentukan dengan mengira jumlah ceper yang berjaya diperolehi.
Semasa menimbang ceper tersebut, contohnya satu ceper akan mewakili dua markah.

Cara-Cara bermain:
- Setiap orang akan menimbang ceper (1 ceper mewakili 2 markah), siapa yang banyak dia
akan Jalan dulu. (ceper hendaklah disusun bertindih (menegak) dan diletakkan di atas tangan.
- Kemudian semua ceper tersebut di campak dan pihak lawan yang akan tentukan ceper yang
mana hendak dijentik.
- Andai kata ceper yang dibaling bertindih dua dipanggil ayam manakala bertindih tiga
dipanggil jamban dan ceper yang bertindih empat dipanggil bunga.
- Pemenang akan ditentukan oleh bilangan jumlah ceper yang berjaya ditimbang dan akan
dikira mengikut markah.

http://roznchocolate.blogspot.com/p/makanan-dan-permainan-tradisional.html

Anda mungkin juga menyukai