Anda di halaman 1dari 12

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KERTAS KERJA

KLC TALENTIME!

ANJURAN: KOREAN LANGUAGE CLUB (KLC) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TARIKH: 21 MAC 2010

TEMPAT: DEWAN KULIAH INTEC INTERNATIONAL EDUCATION CENTRE SEKSYEN 17, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR.

1. PENGENALAN

Korean Language Club (KLC) adalah sebuah persatuan yang diterajui pelajarpelajar yang mengambil Bahasa Korea sebagai bahasa ketiga dan juga pelajarpelajar yang berminat dengan Bahasa Korea dan budaya Korea sendiri. Persatuan ini bertanggungjawab di atas kebajikan pelajar-pelajar tersebut yang ingin mendapatkan maklumat mengenai bahasa dan budaya Korea dan sekaligus bertindak sebagai platform untuk pelajar-pelajar tersebut untuk bukan sahaja belajar mengenai budaya dan bahasa tersebut, tetapi juga member peluang untuk mereka melibatkan diri dengan pelajar-pelajar Korea yang datang ke Malaysia. Ahli Korean Language Club (KLC) yang mempunyai kemahiran yang diperlukan juga mungkin berpeluang menyambung pelajaran mereka di Korea. Sehubungan dengan saranan Dato Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor baru Universiti Teknologi MARA dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing, mampu berfikir secara kreatif dan inovatif, persatuan ini ingin mengetengahkan bakat-bakat terpendam pelajar Universiti Teknologi MARA dalam bidang nyanyian dan tarian, khususnya dalam bahasa Korea. Program ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat pelajar Universiti Teknologi MARA, malah dapat mengukuhkan lagi hubungan di antara UiTM dengan enam (6) institusi Korea yang telah menandatangani M.O.U (Memorandum of Understanding) iaitu Kangwon National University, South Korea; Daegu University; Kyunghee University; Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) dan juga Chungnam National University (CNU); dan Sunshin Engineering Co. Korea.

2. NAMA PROGRAM KLC Talentime

3. JENIS PROGRAM

Program berbentuk pertandingan yang bertujuan mencungkil bakat-bakat terpendam pelajar Universiti Teknologi MARA dalam menyanyi lagu-lagu Korea dan menari dengan iringan musik Korea.

Lihat Apendik A

4. TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM KLC Talentime! akan diadakan pada Ahad, 21 Mac 2010, di Dewan Kuliah INTEC, International Education Centre, Seksyen 17, Universiti Teknologi MARA.

5. OBEJKTIF PROGRAM

Objektif program ini adalah:

i. Mencungkil bakat-bakat terpendam pelajar Universiti Teknologi MARA dalam bidang tarian dan nyanyian ii. Memperkenalkan bahasa Korea dalam bentuk nyanyian dan tarian iii. Merapatkan hubungan di antara pelajar Universiti Teknologi MARA iv. Memberi peluang untuk pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA untuk menunjukkan bakat mereka v. Memberi peluang kepada agensi-agensi pencarian bakat untuk menilai sendiri bakat-bakat terpendam pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA. vi. Memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif vii. Menggalakkan kerjasama antara ahli-ahli persatuan Korean Language Club. viii. Menggalakkan daya saing di antara pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA

6. PENGANJUR PROGRAM KLC Talentime! akan dianjurkan oleh Korean Language Club (KLC), Universiti Teknologi MARA.

Lihat Apendik B

7. PESERTA PROGRAM Penyertaan KLC Talentime! akan dibuka untuk semua pelajar Universiti Teknologi MARA.

8. KOS

Kos program ini adalah RM3000.00

Lihat Apendik C

9. TENTATIF PROGRAM

Lihat Apendik D

10. ALAMAT PENGANJUR

Madam Tiara Bhang Jiyeon, Penasihat Kelab Korea Unit Bahasa Korea Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam, Selangor

11. PENUTUP KLC Talentime akan membantu ahli-ahli Korean Language Club untuk mendapat pengalaman dalam menguruskan sebuah pertandingan supaya mereka akan memahami selok belok pengurusan majlis serta belajar untuk berkomunikasi dengan ahli jawatankuasa majlis. Di samping itu, kami menyediakan peluang untuk para pelajar Universiti Teknologi MARA menunjukkan bakat terpendam mereka dalam nyanyian dan tarian Korea. Kami harap majlis ini dapat memberi peluang untuk para pelajar supaya lebih yakin dengan diri sendiri dalam menyampaikan idea mereka dan lebih bersikap inovatif dan kreatif dalam kehidupan seharian. Selain dari itu, kami akan menjemput wakil-wakil dari agensi bakat baru serta wakil-wakil syarikat muzik yang sedang mencari bakat baru yang ingin diketengahkan.

Mdm Tiara Bhang Jiyeon Penasihat Kelab

Nur Haziyah Binti Muhammad Shah PengurusProjek

APPENDIK A NAMA PROGRAM KLC Talentime

JENIS PROGRAM

Pertandingan untuk mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA dalam menyanyi lagu-lagu Korea dan menari dengan iringan musik Korea.

TARIKH

21 Mac 2010

TEMPAT

Dewan Kuliah INTEC, International Education Centre Seksyen 17 Universiti Teknologi MARA Shah Alam,Selangor. Mencungkil bakat-bakat terpendam pelajar Universiti Teknologi MARA dalam nyanyian lagu Korea dan tarian dengan iringan muzik Korea. Pelajar Universiti Teknologi MARA Pelajar Universiti selain Universiti Teknologi MARA

OBJEKTIF

PESERTA

KUMPULAN SASARAN

Pelajar yang berbakat dalam nyanyian dan tarian

PENGANJUR

Korean Language Club (KLC)

KOS

RM 3000.00

APPENDIK B

KLC TALENTIME
Penaung: Prof. Madya Datin Dr. Hajibah Osman Dekan Akademi Pengajian Bahasa

Penasihat:

Mdm Tiara Bhang Jiyeon

Pengarah Projek:

Nur Haziyah Binti Muhammad Shah

Penolong Pengarah Projek:

Mohamad Haziq Syahmi Bin Azahari

Setiausaha:

Khairunnisaa binti Mohamad

Bendahari:

Zulaila Bt. Abu Bakar

Dokumentasi:

Lukmanulhakim Bin Abdullah

Multimedia:

Khairi Bin Omar

Komunikasi & Media:

Nen Aishar Binti Yusoff

Makanan:

Norhapiza Binti Hamidun Nurul Amirah binti Nasir

APPENDIK C

Bil

Item Makan malam peserta dan

Kuantiti

Harga

Jumlah

penonton

150

RM 6.00

RM 900.00

Jamuan makan VIP

RM10.00

RM 50.00

Kain rentang / banner

RM 200.00

RM 600.00

Cenderamata untuk VIP Percetakan(buku program,

RM30.00

RM 150.00

5 6 7

poster, dll) Hadiah Trofi

150 5 1

RM3.00 RM 150.00 RM100.00

RM 450.00 RM 750.00 RM100.00

Jumlah Perbelanjaan: RM 3000.00

APPENDIK D Tentatif Program 7.30 8.00 malam 8.00 8.45 malam Pendaftaran peserta program KLC Talentime Bacaan Doa Taklimat mengenai program Ucapan dari Penasihat Korean Language Club (KLC) Madam Tiara Bhang Jiyeon Panel pengadil memperkenalkan diri 8.45 9.45 malam Pertandingan bermula Pertandingan Tarian Tarian Kategori Solo Tarian Kategori Duo Tarian Kategori Kumpulan 9.45 9.50 malam 9.50 10.00 malam 10.00 10.30 malam Rehat Persembahan dari tetamu istimewa Pertandingan Nyanyian Nyanyian Kategori Solo Nyanyian Kategori Duet Nyanyian Kategori Kumpulan 10.30 10.35 malam 10.35 10.45 malam 10.45 11.00 malam Rehat (Panel pengadil membuat keputusan) Persembahan dari ahli Korean Language Club Senarai pemenang diumumkan dan pemberian hadiah Sesi pemberian cenderamata kepada tetamu terhormat Sesi fotografi 11.00 malam Penutup

Anda mungkin juga menyukai