Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI, BANDAR ENSTEK

NEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGAN

KELAB TERATAK SENI KERAWANG (TaSeK)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PROGRAM LAWATAN KE ISTANA BUDAYA,

KUALA LUMPUR

IPGKPT 2016

TARIKH CADANGAN

22 MARCH 2016

TEMPAT

ISTANA BUDAYA,

JALAN TUN RAZAK,

50694 KUALA LUMPUR

ANJURAN

KELAB TERATAK SENI KERAWANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS


PENDIDIKAN TEKNIK DENGAN KERJASAMA ISTANA BUDAYA
KERTAS CADANGAN

PROGRAM LAWATAN KE ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR

KELAB TERATAK SENI KERAWANG (TaSeK)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

1 Tujuan

Kertas cadangan ini dibuat adalah bertujuan bagi mendapatkan kelulusan bagi
mengadakan sebuah Program Lawatan ke Istana Budaya, Kuala Lumpur. Ia
bertujuan untuk melihat teknologi pentas persembahan yang bertaraf dunia. Selain
itu, program ini juga diadakan bagi meningkatkan kepakaran seni persembahan
pentas dalam kalangan ahli kelab TaSeK.

2 Pengenalan / Pendahuluan

Program Lawatan ke Istana Budaya, Kuala Lumpur ini adalah salah satu cara Kelab
Teratak Seni Kerawang (TaSeK), Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Teknik untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang seni tari. Program ini
adalah dengan kerjasama Istana Budaya.

3 Objektif

I. Memberikan pendedahan kepada ahli Kelab TaSeK IPG Kampus Pendidikan


Teknik tentang kandungan dan konsep Istana Budaya dan tujuan penubuhan
Istana Budaya.
II. Memberikan pendedahan kepada ahli-ahli TaSeK IPG Kampus Pendidikan
Teknik tentang seni pentas dan peraturan Istana Budaya.
III. Memberikan nilai faedah kepada golongan mahasiswa tentang peranan
mereka sebagai pendokong wawasan dan memimpin nagara pada masa
hadapan.
IV. Mendedahkan kepada ahli-ahli kelab TaSeK betapa pentingnya tarian supaya
dapat melahirkan generasi yang menjaga kebudayaan dan kesenian negara
Malaysia.
V. Memberikan semangat dan motivasi kepada peneraju Kelab TaSeK IPG KPT
bagi sesi 2016.

4 Tarikh, Masa Dan Tempat

Tarikh : 22 March 2016

Hari : Selasa

Tempat : Istana Budaya, Kuala Lumpur

Waktu : Seperti dalam tentatif

5 Tema / Konsep

TEKNOLOGI BERASASKAN SENI

6 Penyertaan / Sasaran

Ahli-ahli Kelab Teratak Seni Kerawang (TaSeK) IPG Kampus Pendidikan Teknik
(Seperti dalam Lampiran A)
7 Organisasi Pentadbiran

Penasihat : Dr Mohamad Nor Bin Mohamad Taib

Penyelaras : Puan Rashida Binti Awang

Jurulatih : Mohd Zaihan Bin Abdoll Hamid

Pengerusi : Mohan A/L Chandran

Naib Pengerusi : Agnes Luncha Anak Lawai

Setiausaha : Edalyia Anak Amie

Naib Setiausaha : Flora Anak Dawat

Bendahari : Lee Jia Chze

8 Jawatankuasa Program Lawatan ke Istana Budaya, Kuala Lumpur

Pengerusi : Mohan A/L Chandran

Naib Pengerusi : Agnes Luncha Anak Lawai

Setiausaha : Edalyia Anak Amie

Naib Setiausaha : Flora Anak Dawat

Bendahari : Lee Jia Chze

AJK Dokumentasi : Norman Norbert

AJK Perhubugan Luar : Kali Anak Ampi


9 Tentatif Program

PROGRAM LAWATAN KE ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR

TEMA: TEKNOLOGI BERASASKAN SENI

7.00 pagi - Sarapan pagi dan bertolak ke Istana Budaya

9.00 pagi - Dijangka tiba di Istana Budaya

9.30 pagi - Aktiviti

2.00 petang - Bertolak pulang ke IPG KPT

10 Jemputan VIP

Pengarah / Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

11 Anggaran Belanjawan

- Anggaran belanjawan tidak diperlukan bagi program lawatan ini.

12 Penutup / Kesimpulan / Harapan

Penglibatan pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan pelajar dalam bidang


seni dan kebudayaan ini turut memberi kesan positif terhadap pertumbuhan diri,
khususnya tahap kecergasan fizikal, aspek perpaduan kaum, dan ekonomi
masyarakat secara keseluruhannya. Keadaan ini telah melonjakkan nilai tambah
(add values) bidang seni dan kebudayaan dalam ruang lingkup masyarakat majmuk
di Malaysia sekaligus menjadikan kedua-dua bidang ini amat penting dan terus
menyumbang terhadap pembangunan negara secara keseluruhannya. Penglibatan
ahli Kelab TaSeK dalam program seperti ini secara tidak langsung dapat
memantapkan jati diri, menambah pengetahuan dan pengalaman dan memberikan
kesedaran akan pentingnya menjaga kesenian dan kebudayaan negara Malaysia.
Dengan kerjasama erat antara Istana Budaya dan IPG Kampus Pendidikan Teknik
diharapkan mampu mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan. Pihak
pelaksana amat berharap agar program ini dapat berjalan dengan lancar seperti
yang telah dirancangkan hasil bantuan daripada semua baik yang terlibat secara
langsung mahupun secara tidak langsung. Dengan ini pihak kami mengucapkan
terima kasih atas kerjasama tuan dalam memberikan maklum balas dan
mengharapkan agar pihak tuan dapat mempertimbangkan kelulusan program ini.

Disediakan oleh,

(MOHAN A/L CHANDRAN)

Pengerusi,

Kelab Teratak Seni Kerawang (TaSeK),

IPG Kampus Pendidikan Teknik

Anda mungkin juga menyukai