Anda di halaman 1dari 10

Program AeroDance 2017

Kelab Teratak Seni Kerawang

Teks Pengacaraan Majlis

Masa/Perkara Emcee Teks

Sesi permulaan Mohan Hadirin yang dimuliakan,

&

Nad Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-
puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam
dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis diminta kerjasama tuan-tuan


dan puan-puan supaya mematikan telefon bimbit atau
menetapkannya kepada mod senyap. Tuan-tuan dan puan-puan
juga diminta mengikuti program ini sehingga ke akhir majlis.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Nyanyian Lagu Mohan Seterusnya, hadirin dan hadirat sekalian diminta untuk berdiri
Negaraku & N9 bagi menyanyikan lagu NEGARAKU dan Negeri Sembilan.
&
[NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN NEGERI SEMBILAN]
Nad

Kata alu-aluan Mohan Bunga tanjung di tengah pekan,

& Tiupan bayu mencelah suria,

Nad Kalimah nan agung saya mulakan,

Salam sejahtera menambah ceria.


Sayang selasih berisi minyak,

Bunga cengkih di atas jerami,

Terima kasih banyak-banyak,

Sudi datang ke majlis kami.

SALAM SEJAHTERA, DAN SALAM 1 MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE PROGRAM AERODANCE KALI-


PERTAMA KELAB TASEK 2017 YANG BERTEMAKAN “GET
FIT AND HAVE FUN” IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Doa Mohan Hadirin dan Hadirat sekalian,

&

Nad Bunga mawar cantik tersemat,

Dipetik gadis di tepi titi,

Doa dibaca memeohon rahmat,

Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi memberkati majlis, dijemput saudara ...................................


untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ……………


atas memimpin bacaan sebentar tadi.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini berjalan dengan
lancar.

Syarat pertandingan Mohan 1. Memperkenalkan setiap kumpulan yang menyertai.


2. Memperkenalkan barisan hakim.
& Nad &
3. Bacaan syarat pertandingan. (dibaca oleh saudari
Edalyia
Edalyia Anak Amie)

Permulaan Pertandingan Mohan & 1. Pertandingan bermula.


Nad 2. Pertandingan dijangka tamat.
& Pertandingan Tamat

Mohan & “Open Zumba” oleh saudara Kalai Anak Ampi.


“Open Zumba”
Nad

Ketibaan VIP Mohan Yang berbahagia,

& Dr Tajul Ariffin Bin Yang Husin,

Nad Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Yang berusaha,

Puan Che Rohani Binti Che Aziz

Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Pendidikan Teknik

Yang berusaha,

Pn. Rashida Binti Awang

Pensyarah Penasihat Kelab Teratak Seni Kerawang

Pensyarah-pensyarah dan staf sokongan,


Peserta jemputan luar,

Warga tasek,

Serta hadirin dan hadirat sekalian.

SALAM SEJAHTERA, DAN SALAM 1 MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE PROGRAM AERODANCE KALI-


PERTAMA KELAB TASEK 2017 YANG BERTEMAKAN “GET
FIT AND HAVE FUN” IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK.

Penyampaian Komen Mohan Hadirin sekalian,


Pertandingan
&

Nad
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Encik Md Salleh untuk menyampaikan sedikit komen tentang

pertandingan yang berlangsung sebentar tadi.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Md

Salleh atas ucapan penyampaian komen sebentar tadi.

Ucapan Ketua Unit Mohan Hadirin dan Hadirat sekalian,


Kokurikulum
&

Nad
Majlis menjemput Yang Berusaha Puan Che Rohani Binti Che
Azi, Ketua Unit Kokurikulum Ipg Kampus Pendidikan Teknik
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Che Rohani Binti Che Aziz
Ketua Unit Kokurikulum Ipg Kampus Pendidikan Teknik diatas
ucapan.

Diminta Puan Che Rohani Binti Che Aziz kekal berada di atas
pentas untuk sesi penyampaian sijil.

Penyampaian Sijil Mohan Hadirin sekalian,


Saguhati
&

Nad Seterusnya adalah upacara yang dinanti-nantikan iaitu


upacara penyampaian sijil bagi pertandingan Aerodance.

Bagi menyempurnakan penyampaian sijil, majlis menjemput


Puan Che Rohani Binti Che Aziz, Ketua Unit Kokurikulum dengan
diiringi oleh saudari Sofiana Godon Pengarah Projek Aerodance
kali pertama IPG Kampus Pendidikan Teknik untuk
menyampaiakn sijil.

Saguhati (Tempat Kelima) jatuh kepada

Kumpulan………………………………..
Saguhati (Tempat Keempat) jatuh kepada

Kumpulan………………………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Che


Rohani Binti Che Aziz, Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus
Pendidikan Teknik atas kesudian menyampaikan sijil sebentar
tadi.

Penyampaian Sijil dan Mohan Seterusnya adalah upacara penyampaian sijil dan medal kepada
Medal (Pemenang) pemenang bagi pertandingan Aerodance.
&

Nad
& Bagi menyempurnakan penyampaian sijil, majlis menjemput Dr
Tajul Ariffin Bin Yang Husin, Timbalan Pengarah IPG Kampus
Pendidikan Teknik dengan diiringi oleh Puan Che Rohani Binti
Penyampaian Che Aziz, Ketua Unit Kokurikulum untuk menyampaiakn sijil dan
cenderamata kepada medal kepada para pemenang.
hakim dan pensyarah
pengiring
Tempat ketiga dimenangi oleh

Kumpulan………………………………………..

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

Dengan ini, diumumkan Johan Pertandingan Aerodance Kali Ke-


1 IPG Kampus Pendidikan Teknik 2017 dimenangi oleh

Kumpulan…………………………………
Manakala, Naib Johan dimenangi oleh

Kumpulan……………………………………….

Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan.

Diminta Tuan Pengarah kekal berada di atas pentas untuk sesi


penyampaian cenderamata.

Dipersilakan,

1. Hakim

2. Pensyarah Pengiring

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Tajul Ariffin


Bin Yang Husin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan
Teknik atas kesudian menyampaikan sijil dan medal sebentar
tadi.
Ucapan Perasmian Mohan Hadirin sekalian,
Penutupan
&

Nad Daun semulur di pekan sari

Batang jerami rebah ke bumi

Madah dihulur sembah diberi

Kata perasmi hajatnya kami

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berbahagia, Dr Tajul


Ariffin Bin Yang Husin, Timbalan Pengarah IPG Kampus
Pendidikan Teknik untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Aerodance Kali
pertama tahun 2017 IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berbahagia, Dr Tajul Ariffin Bin Yang Husin, Timbalan Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Teknik atas ucapan perasmian
penutupan sebentar tadi.

Penyampaian Mohan Hadirin sekalian,


Cenderamata VIP
&

Nad Sudah teradat si anak lelaki

Mati berjuang, berundur jangan

Berani kami menjunjung adat

Bukan memberi kata dan puji


Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat.

Majlis dengan ini mempersilakan,

Yang Berusaha Puan Che Rohani bin Che Aziz, Ketua Unit
Kokurikulum, IPG Kampus Pendidikan Teknik untuk tampil ke
hadapan bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata.

Dipersilakan.

Dengan ini majlis mempersilakan Yang berbahagia, Dr Tajul


Ariffin Bin Yang Husin, Timbalan Pengarah IPG Kampus
Pendidikan Teknik untuk menerima cenderamata.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang Berusaha Puan


Che Rohani bin Che Aziz, ketua unit Kokurikulum, IPG Kampus
Pendidikan Teknik atas kesudian untuk menyampaikan
cenderamata itu tadi.

Nyanyian Lagu IPGM Mohan Hadirin sekalian,

&

Nad Bagi memupuk semangat cinta akan profesion keguruan, marilah


kita bersama-sama berdiri bagi menyanyikan lagu IPGM.

Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas nyanyian lagu
lagu IPGM.

Majlis Bersurai Mohan Hadirin sekalian,

&

Nad Bunga dedap di atas para

Anak dusun pasang pelita

Kalau tersilap tutur bicara

Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan berakhirnya nyanyian lagu IPGM sebentar tadi maka


berakhirlah sudah Pertandingan Aerodance Kali Pertama tahun
2017 IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai
Negeri Sembilan.

Saya, Mohan A/L Chandran,

Dan saya, Nadia Liyana Bt Ahmad Faouzi

“GET FIT AND HAVE FUN”

Majlis mempersilakan tetamu kehormat untuk meninggalkan


majlis.

Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai