Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAB ASRAMA

Kata Aluan

Yang Berusaha
Tn Hj Fadhil bin Ishak
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi
Yang Berusaha
Penolong PPD Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi
Tn Hj Zulkifli bin Mohamed
Yang Berusaha
Cik Hajah Radiah binti Suliman
Penguasa Asrama Pusat Kota Tinggi
Yang Dihormati
Barisan Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi
Pengetua dan Guru Besar Sekolah Daerah Kota Tinggi
Guru Penolong Kanan Sekolah Daerah Kota Tinggi
Ketua Warden Asrama Sekolah Daerah Kota Tinggi
Warden Asrama Sekolah Daerah Kota Tinggi
Penyelia Asrama Daerah Kota Tinggi
Pembantu Pengurusan Murid Daerah Kota Tinggi
Kaunselor Asrama Daerah Kota Tinggi
Barisan tetamu jemputan
Dan yang diraikan
Tn Haji Mohamad bin Samaon
Penyelia Kanan Asrama
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia diucapkan .
Sayu di hati berkeluh kesah
Redup petang menggamit rasa
Adat bertemu akhirnya berpisah

Harap-harapnya sebentar Cuma

Bacaan Doa

Terima kasih kepada semua kerana sudi melapangkan masa


bersama-sama dalam Majlis Makan Beradab Asrama Daerah
Kota Tinggi sempena meraikan persaraan
Tuan Haji Mohamad bin Samaon Penyelia Kanan Asrama
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Saudara Mohd Najmi bin Abdul Halim
Terima Kasih diucapkan kepada Saudara Mohd Najmi bin Abdul
Halim atas pimpinan doa sebentar tadi
Jasamu dikenang
Budimu tiada terbilang
Semangatmu dijulang
Perjuanganmu kami doakan terus gemilang

Persembaha
n
Multimedia

Elok tatahan cahaya serakan


Tampak indah sinarnya cerlang
Bakat pelajar kita serlahkan
Menggilap bintang asrama terbilang

Sambil menikmati hidangan mari kita sama-sama menghayati


persembahan yang telah disediakan untuk santapan minda.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Ucapan 1

Majlis diteruskan dengan menjemput


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi
Tn Hj Fadhil bin Ishak

Untuk menyampaikan sepatah dua kata.


Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi
Tn Hj Fadhil bin Ishak
Di atas ucapan sebentar tadi

Persembaha
n
Multimedia
Haji
Mohamad
bin Samaon
dan Bacaan
Biodata
Ucapan 2

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Seterusnya,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang diraikan
Tuan Haji Mohamad bin Samaon
Penyelia Kanan Asrama
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada
Tuan Haji Mohamad bin Samaon
Penyelia Kanan Asrama
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Persembaha
n Koir
Penyampaia
n Hadiah

Syair dialun bergema suara


Dilagu dayang merdu dendangan
Koir bergema tersirat bicara
Buat bingkisan jadikan kenangan

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata


sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada
hari ini iaitu
Tuan Haji Mohamad bin Samaon
Penyelia Kanan Asrama
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Majlis menjemput Tuan Haji Mohd Fadhil bin Ishak


Untuk mengiringi Tuan Haji Mohamad bin Samaon bagi
menerima cenderahati tanda kenangan dipersilakan.
Terima kasih Tuan Haji Mohamad bin Samaon
Penyelia Kanan Asrama
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budimu tuan jadi kenangan
Budimu tuan jadi kenangan
Jadi kenangan bertahun tahun
Kami di sini dilupa jangan
Salah dan silap harap diampun.

Aluan
Penutup

Hadirin yg dihormati,
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Sebelum bersurai,
Saya bg pihak warga Asrama Daerah Kota Tinggi mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Yang Diraikan
Tuan Haji Mohamad bin Samaon
Penyelia Kanan Asrama
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar tuan bertambah ceria dan bahagia di dalam
kehidupan seharian selepas ini. insyaALLAH.
Majlis juga turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu
dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
Makan Malam Beradab Asrama Daerah Kota Tinggi pada malam ini.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.
Kuntum kenanga menyeri rupa
Dibawa dayang susun berseli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai