Anda di halaman 1dari 5

Skrip majlis makan malam

SKRIP MAJLIS MAKAN MALAM MESRA PIBG SK CLIFFORD TAHUN 2012 CUE PENGACARA SKRIP Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Haji Wan Mohamad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan Diiringi oleh Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar beserta rombongan. Yang Berhormat Dato Haji Wan Mohamad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad, ADUN Bukit Chandan Yang Berbahagia Dato Hajah Kamilia bt. Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar SK Clifford Yang Dihormati Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa Yang Dihormati Tuan Haji Zainon bin Mat Nor, Setiausaha Sulit Kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berusaha Encik Mohd Khalid bin Anjang Kassim, PPD Kuala Kangsar Puan Rashadah bt Othman, Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji Ali Othman bin Dayon, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Zaleha binti Abd Hamid, Penolong Kanan Kokurikulum Barisan mantan Guru-guru Besar SK Clifford, (sbt nama jika ada) Dif-dif kehormat, pemimpin-pemimpin masyarakat, Barisan guru-guru, staf-staf sokongan SK Clifford Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan sekalian. Assalamualaikum whb, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Selamat datang kami ucapkan ke Majlis Makan Malam Mesra PIBG SK Clifford. Lagu bernama uda dan dara, Dinyanyikan oleh anak Pak Rahim; Sambil berkumpul beramah mesra, Memperatkan lagi silaturrahim. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para tetamu jemputan dan para

8.00 mlm Ketibaan tetamu kehormat

Ucapan Aluan-aluan Pengerusi Majlis

hadirin kerana sudi memberikan sumbangan dan seterusnya hadir pada majlis kami pada malam ini. Hadirin dan hadirat sekalian, Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa dipohon biar selamat. Bacaan doa Marilah sama-sama kita menadah tangan, memohon keberkatan agar majlis berjalan dengan selamat dan aman. Pada yang bukan Islam sama-samalah berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Dengan ini majlis mempersilakan al-fadhil Ustaz Haji Ahmad Hisham bin Zainal untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. -BACAAN DOAMajlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. Meneruskan acara pada malam ini, dengan sukacitanya majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan ucapan alualuan. Dipersilakan -UCAPAN YDP PIBGMajlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan tersebut. Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Suburkan mesra satukan jiwa.

Ucapan YDP

Ucapan Guru Besar

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar SK Clifford. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya. -UCAPAN GURU BESARUcapan tetamu kehormat Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan Tuan Guru Besar sebentar tadi. Hadirin yang dirahmati sekalian, Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata azimat hajatnya kami. Majlis dengan rasa bangga dan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Dato Haji Wan Mohamad Khair-il Anuar bin Wan Anuar untuk tampil ke hadapan menyampaikan ucaptama di majlis yang amat bermakna ini. Majlis mempersilakan. -UCAPAN TETAMU KEHORMATSebagai tanda terima kasih kepada Yang Berhormat Dato, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar SK Clifford bersama dengan Yang Dihormati Encik Kamaruddin bin Sulaiman, YDP PIBG untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan. Sebelum kita ke acara seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan slaid perjalanan warga SK Clifford. -PERSEMBAHAN SLAIDDemikian tadi persembahan slaid tentang SK Clifford. Untuk pengetahuan hadirin, slaid tadi adalah hasil kreativiti dan inovasi Puan Shuliyana bt.

Persembahan slaid

Jamuan makan &

persembahan band

Yahya, Guru JQAF SK Clifford. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan. Selat teduh lautan tenang, Banyak labuh perahu acheh; Makan malam sudah terhidang Jemputlah jamah sekapur sirih. Ke pasar tani membeli capati, Buat santapan teman dan rakan; Sambil berhibur juadah dinikmati, Band jemputan kita persilakan.

Hadirin yang dihormati sekalian, Sambil menikmati hidangan, majlis dihangatkan lagi dengan persembahan band jemputan yang dibawakan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, The Blue Barret. Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka. Dengan ini, majlis mempersilakan. Semoga hadirin semua terhibur dengan persembahan nyanyian anggota band dari IPD Kuala Kangsar itu tadi. Sementara mereka berhenti rehat. Kami bawakan sebuah persembahan menarik daripada salah seorang murid di SK Clifford ini. Untuk itu marilah kita saksikan kehebatan adik Firdaus Rino dengan persembahan tarian Hip Hopnya. -PERSEMBAHAN HIP HOPBegitulah menariknya persembahan adik Firdaus Rino. Adik Firdaus Rino merupakan murid Pendidikan Khas di sekolah. Dia sangat aktif dalam tarian tersebut dan selalu mengadakan pertunjukkan di luar negeri Perak. Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik Firdaus Rino. Majlis diserahkan kembali kepada anggota band. Hadirin sekalian,

Seterusnya kita ke acara kemuncak majlis pada malam ini iaitu cabutan meja bertuah. Untuk makluman para hadirin cabutan meja bertuah hanya tertakluk kepada penderma-penderma yang membeli meja atas satu nama sahaja. Yang membeli meja secara berkongsi harap maaf. Dengan ini, majlis mempersilakan..untuk membuat cabutan. Dengan berakhirnya cabutan bertuah/persembahan band itu tadi maka selesailah majlis kita pada malam ini. Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Buah pinang di atas para, Rasanya kelat tidak terkata; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua; Di lain masa bersua lagi. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai