Anda di halaman 1dari 8

Teks Pengacaraan Hari Kanak-kanak Sedunia 2022

ABANG LEE
‫ و بركاته‬ ‫ هللا‬ ‫ و رحمة‬ ‫ عليكم‬  ‫السالم‬..‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.. 
Dan salam sejahtera diucapkan kepada semua guru dan murid-murid sekalian.
Yang  berusaha, -------------------------------------------, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn,
Yang  dihormati, Barisan Penolong Kanan,
 Puan Khasidah Binti Mokhtar, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
Puan Mimi Saliza Binti Abd Rahman, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Encik Mohd Nusi Bin Sibullah, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Rakan-rakan guru seterusnya
Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak Sedunia penuh ceria
Bagi memulakan acara kita pada pagi ini, hadirin dijemput berdiri tegak untuk
nyanyian lagu Negaraku, hadirin dipersilakan berdiri.
– Hadirin dipersilakan duduk

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke


hadrat Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita
dipertemukan lagi pada pagi ini.   Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon
menjana taqwa
Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama
menadah tangan penuh kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis
menjemput al Fadhil Ustad Mohammad Arif Akasyah untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.......                               
 Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Us Mohd Arif.
atas bacaan doa sebentar tadi.
SYAM
Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Adik _____________________
_____________________________________________dari kelas_________
untuk menyampaikan ucapan wakil murid. Dipersilakan........

Terima kasih diucapkan kepada Adik ________________________________

  Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang berusaha, Encik


Hasbullah Bin Hassan, Guru Besar SK Desa Tun Hussein Onn untuk
menyampaikan ucapan perasmian. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan#.........

Buah Longan beli sekati,


Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha, Encik Hasbullah Bin Hassan
atas ucapan sebentar tadi. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan
peringatan daripada apa yang disampaikan oleh tuan guru besar sebantar tadi.

Seterusnya, kita sedikit kejutan untuk warga SK DTHO. Dipersilakan adik Nur
Aszrien Ariana Qalesya untuk naik ke pentas.

Persembahan Silat solo seni kreatif tangan kosong sebentar tadi adalah dari
Srikandi Nur Aszrien Ariana Qalesya..
(Kanak-kanak wanita yg gagah berani & mengekalkan seni warisan negara
untuk generasi akan datang)
ABANG LEE
Majlis seterusnya menjemput Puan Khasidah Binti Mokhtar diiringi Puan Sarah
untuk menyempurnakan acara penyampaian Hadiah bagi Cabutan Kehadiran
Penuh Bulan Oktober 2022 dan Penyampaian Hadiah Peratusan Kehadiran
Tertinggi Aliran. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Khasidah Mokhtar dan
Puan Sarah atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Hasbullah bin


Hassan diiringi Puan Mimi untuk menyempurnakan upacara penyampaian
Anugerah Sahsiah Terpuji SK DTHO bagi tahun 2022. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, Calon ANugerah Sahsiah Terpuji
telah dipilih oleh para guru yang mengajar setiap kelas dan juga berdasarkan
undian murid setiap aliran. Antara kriteria pemilihan yang dinilai adalah dari
aspek kehadiran ke sekolah , sahsiah dan disiplin murid dalam dan luar kelas,
prestasi pembelajaran dan Latihan murid-murid, ketrampilan diri murid
tersebut serta hubungan calon tersebit dengan guru-guru dan juga sesama
rakan.
Penerima Anugerah Sahsiah Terpuji Tahun 1 Lelaki jatuh kepada adik Khalish
ANaqi Bin Shaipul dari kelas 1 Divisyen 2
Penerima Anugerah Sahsiah Terpuji Tahun 1 Perempuan jatuh kepada adik Siti
Nur Shakirah Binti Shaari dari kelas 1 Divisyen 1
Penerima Anugerah Sahsiah Terpuji Tahun 5 Lelaki jatuh kepada adik
Muhammad Afiq Hazwan Bin Takiudin dari kelas 5 TL 1
Penerima Anugerah Sahsiah Terpuji Tahun 5 Perempuan jatuh kepada adik Nur
Rifqah Danisha Binti Mohd Shukry dari kelas 5TL3
Penerima Anugerah Sahsiah Terpuji Tahun 6 Lelaki jatuh kepada adik
Mohamad Fariz Bin Mohd Sabri dari Kelas 6 TD 7
Penerima Anugerah Sahsiah Terpuji Tahun 6 Perempuan jatuh kepada adik Nur
syuhada Binti Mohd Riduan dari kelas 6TD 3
Tahniah diucapkan kepada semua para penerima anugerah. Diharapkan
anugerah sebegini dapat menaikkan semangat anak-anak yang lain untuk lebih
berusaha demi mencapai kejayaan. Sekali lagi diucapkan sekalung tahniah
kepada para pemenang anugerah. Majlis juga mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Encik Hasbullah Bin Hassan dan Puan Mimi atas kesudian
menyempurnakan majlis penyampaian anugerah sebentar tadi.
SYAM
Kita akan meneruskan acara kita pada pagi ini dengan menyaksikan
persembahan daripada wakil murid-murid dari Tahun 5. Majlis ,
mempersilakan.

9.00 pagi - Bagi anak-anak Tahun 1 yang akan berehat sebentar sahaja lagi,
diminta bangun dalam keadaan tertib dan terkawal. Dilarang membuat bising
dan semua murid Tahun 1 diminta berjalan ke kantin untuk berehat dengan
senyap. Diminta jasa baik guru-guru bertugas Tahun 1 untuk memastikan
semua murid tahun 1 berada dalam keadaan terkawal. Terima kasih.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Lima untuk


membuat persembahan _____________________________________
Dipersilakan........

Nampak gayanya, kita sangat-sangat beruntung kerana anak2 DTHO bukan


sahaja Berjaya dalam sukan, pembelajaran malahan berbakat dalam bidang
seni.
Begitulah merdunya suara-suara kakak abang dari Tahun Lima
memperdengarkan lagu sebentar tadi. Semoga kita semakin bertambah
semangat setelah mendengar lagu tersebut. Terima kasih diucapkan.

# Murid Tahun 1 selesai rehat- masuk semula ke dalam barisan di


anjung. Minta jasa baik semua guru Tahun 1 untuk memastikan
semua murid masuk barisan dan duduk dengan senyap.

9.30 pagi ( Rehat Tahun 5)


- Diminta murid-murid Tahun 1 yang akan membuat pertunjukan
pakaian beragam untuk bersedia )

Kita akan meneruskan acara kita pada pagi ini dengan menyaksikan
persembahan daripada wakil murid-murid dari Tahun 6. Majlis ,
mempersilakan.
ABANG LEE

9.50 pagi ( Rehat Tahun 6)


# ingatkan murid Tahun 5 untuk masuk semula ke anjung dalam
keadaan teratur dan senyap. Diminta jasa baik semua guru Tahun 5
untuk memastikan murid-murid masuk ke dalam barisan dalam
keadaan senyap dan teratur.
Seterusnya , kita akan menyaksikan Pertunjukan Pakaian Beragam dengan
Tema, Dunia Kerjayaku. Dipersilakan.

# ingatkan murid Tahun 6 untuk masuk semula ke anjung dalam


keadaan teratur dan senyap. Diminta jasa baik semua guru Tahun 6
untuk memastikan murid-murid masuk ke dalam barisan dalam
keadaan senyap dan teratur.
SYAM
Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput
Encik Mohd Nusi Bin Sibullah, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
, diiringi Puan Sarah binti Baharuddin untuk menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah persembahan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk persembahan silat solo
seni kreatif sebentar tadi. Dijemput adik Nur Aszrien Ariana Qalesya untuk
naik ke pentas.
Pemenang bagi acara Persembahan jatuh kepada
ABANG LEE

10.30 pagi - Bagi acara Penyampaian Hadiah Pakaian Bertema , majlis


menjemput
Puan Mimi Saliza Binti Abd Rahman, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, diiringi
Puan Sarah binti Baharuddin untuk menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah persembahan. Majlis mempersilakan.

# Rujuk list nama pemenang


- Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Mimi atas
kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

11.00 pagi Kini, mari kita sama-sama menyanyikan lagu Hari Lahir

11.15 am Acara memotong kek sambal para guru mengedarkan cenderahati


SYAM
Bagi acara Penyampaian Hadiah Pertunjukan Pakaian Beragam , majlis
menjemput
Encik Hasbullah Bin Hassan, Guru BEsar SK DTHO diiringi oleh Puan Mimi Saliza
Binti Abd Rahman, untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah
kepada para pemenang bagi acara Pakaian Beragam . Majlis mempersilakan.

# Rujuk list nama pemenang


- Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Hasbullah atas
kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

# Kalau sempat , majlis perpisahan Guru Praktikum. Seperti yang kita tahu,
kita telah menerima 3 orang guru praktikum iaitu cikgu Alya, Cikgu Nisa dan
Cikgu Magdelena. Hari ini merupakan hari terakhir cikgu2 ini di sekolah
kita. Oleh yang demikian, majlis dengan segala hormatnya menjemput
a) _______________________________ untuk menyampaikan sepatah
dua kata
b) _______________________________
c) _______________________________
Majlis seterusnya menjemput Puan Khasidah Binti Mohktar diiringi Puan Sarah
bagi menyampaikan cenderahati dari pihak sekolah. Majlis mempersilakan.
- Terima kasih diucapkan kepada Puan Khasidah atas kesudian
menyampaikan cendera hati. Kami warga DTHO mengucapkan selamat
maju jaya kepada cikgu Alya, cikgu nisa dan cikgu mag.

KIni, tibalah ke hujung acara sambutan hari kanak-kanak tahun 2022. Kami
berdua ingin memohon maaf sekiranya ada tutur kata kami yang mengguris
hati mana-mana pihak, sekian, wabillahitaufik walhidayah.
Wassalamualaikum , warah matullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai