Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM PELANCARAN IHYA RAMADAN


24.03.2023

BIL ATURCARA
1 Ucapan alu – aluan juru acara

Ucapan alu – aluan

Bismilahhirahmanirahim...
1. Yang Berusaha Pn Haniza Bt Abdul Hamid
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Convent Kota,

2., Pn Norhidayu bt Jamali, Guru Pen Kanan Pentadbiran,

3. Pn Nor Anita bt Junos Guru Pen Kanan Hal Ehwal Murid,

4. Pn Khairun Nisa bt Mohamad Sharip, Guru Pen Kanan Kokurikulum,

5. Pn Normazlen binti Mohd Noor, Guru penolong kanan petang

Barisan guru - guru dan pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat
sejahtera.

Syukur alhamdulillah, segala pujian kehadrat ALLAH SWT pada hari ini,
2 Ramadhan 1444H bersamaan 24 Mac 2023M, kita dapat berkumpul di dewan ini
untuk bersama-sama mengimarahkan Program Ihya’ Ramadhan: Peringkat sekolah sesi
2023 / 2024

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama


semua guru akan mengadakan satu Program meraikan kedatangan bulan Ramadhan
yang dinamakan Ihya’ Ramadhan yang bermaksud “menghidupkan Ramadhan”yang
akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan. Objektifnya adalah untuk menggalakkan
warga Convent Kota yang beragama Islam supaya merebut peluang untuk
mempertingkatkan amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan secara konsisten (istiqamah) dan
disiplin. Sejajar dengan itu, semua warga Convent kota yang beragama Islam khususnya
semua guru dan murid adalah dialu-alukan untuk menyertai beberapa aktiviti yang telah
disusun oleh panitia pendidikan Islam sepanjang Ramadhan ini seperti, Tadarrus al-
Qur’an, kuiz dan juga beberapa pertandingan lain lagi.

1
2 Bacaan doa

Bagi memberkati majlis pada petang ini, dengan segala hormatnya majlis mempersilakan ustaz
Mohd Shahimi untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

---------Bacaan doa--------

Terima kasih diucapkan kepada ustaz Mohd Shahimi diatas pimpinan bacaan doa itu tadi.

3 Alunan asma Al Husna

Bagi menjadikan majlis kita pada hari ini lebih tenang, marilah kita sama – sama mengalunkan
bacaan Asma Al Husna.

-----------alunan Asma Al Husna -------------

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sama – sama mengalunkan Asma al Husna itu
tadi.

4 Ucapan Guru Pend Islam

Pelajar yang dihormati sekalian,

Program Ihya Ramadan ini adalah program yang dianjurkan oleh unit Panitia Agama Islam
yang diketuai oleh Ustaz Farihan. Bagi meneruskan majlis pada hari ini dijemput Ustazah
Munirah untuk memberikan sedikit ucapan serta maklumat ringkas mengenai perjalanan
program sepanjang bulan puasa ini.
Dipersilakan

-------ucapan guru panitia islam ------

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan dan taklimat itu tadi.

5 Ucapan Perasmian GB

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha,


Pn Haniza binti Abdul Hamid Guru Besar SK Convent Kota untuk menyampaikan ucapannya
dan seterusnya merasmikan PROGRAM
IHYA’RAMADHAN SERTA BULAN PANITIA

2
PEND.ISLAM.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.
-----------------------------------------------------
Terima kasih diucapkan di atas ucapan guru besar itu tadi.

6 Gimik Pelancaran

Sekarang tibalah masa yang dinanti – nantikan iaitu gimik pelancaran sebagai tanda
bermulanya program Ihya Ramadan dan juga tabung jannatul Firdausi. Bagi guru yang ingin
bersedekah sempena bulan yang mulia ini, sangat dialu – alukan. Terima kasih.
Dipersilakan

7 Persembahan murid

Hadirin warga dewan gemilang yang dihormati sekelian,

Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah
persembahan khas sempena perasmian program ihya ramadhan 1444 H
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………….persembahan……………

Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustazah
Munirah dan Ustazah Syazwani dan para pelajar yang menjayakan persembahan sebentar tadi.

8 Bersurai

Dengan berakhirnya persembahan daripada kumpulan nasyid itu, maka berakhirlah majlis
pelancaran Ihya Ramadan peringkat sekolah sesi 2023/ 2024. Yang baik itu datangnya daripada
Allah, dan yang buruk itu datangnya dari kesilapan diri saya sendiri. Mohon maaf seandainya
terdapat kekurangan sepanjang mengendalikan majlis pada hari ini.

Wabilahitaufik wal hidayah. Wasalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh. Sekian terima


kasih.

Anda mungkin juga menyukai