Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis Penutupan Ihya Ramadhan, Sumbangan Anak

Yatim dan Khatam Quran SKSB

QUE: MULA MAJLIS


Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Dengan bismillahlafaz dimula,


Dengan bismillah restu dipinta,
Segala usaha telah pun mendapat hidayat-Nya,
Semoga beroleh seluruh berkat-Nya.
Amin.
1. Yang Berusaha, En. Mohd Tasrib bin Marpongi, Guru Besar SK
Sg. Buaya, Banting
2. Yang Dihormati, Pn. Fatimah binti Embong, Guru Penolong
Kanan 1,
3. Yang Dihormati, Pn. Azura binti Shaharudin, Guru Penolong
Kanan HEM,
4. Yang Dihormati, Pn. Jariah binti Juli, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum,
5. Barisan warga pendidik SK Sg. Buaya, Banting
6. Seterusnya murid-murid yang dikasihi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ah lan wa sah lan wamarhababikum...
ke Majlis Penutup Ihya Ramadhan, Sumbangan Anak Yatim dan
Khatam Quran SK Sg. Buaya.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis pelajar PISMP 8.06 Pengajian Bahasa
Melayu
IPG Kampus Pendidikan Islam

Hadirin sekalian,

Sesungguhnya,
Kita di bulan Ramdhan,
dimana nafas kita menjadi tasbih
tidur kita menjadi ibadah
amal kita diterima, doa kita di ijabah
sebelum cahaya syurga padam
sebelum hidup berakhir
sebelum pintu taubat tertutup,
insya-Allah ,
kita masih diberi kesempatan,
untuk mendapat keampunan dari-Nya.
QUE: DOA
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Hadirin Sekalian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa. Oleh itu, majlis
menjemput dan mempersilakan Al Fadil Ust. Mohamad Firdaus bin
Baharuddin untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
---------- selesai bacaan doa------------Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis pelajar PISMP 8.06 Pengajian Bahasa
Melayu
IPG Kampus Pendidikan Islam

QUE : UCAPAN GB
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Hadirin sekalian, kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan
Guru Besar. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Tasrib bin Marpongi, Guru Besar SK
Sg. Buaya untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormat nya mempersilakan.
-----------selesai ucapan--------------QUE : CERAMAH.
Hadirin sekalian, kelangsungan majlis pada pagi yang berbahagia ini
diteruskan lagi dengan ceramah yang bertajuk Aidilfitri di Rai, Pahala di Cari.
Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Al Fadil Ust. Mohd
Hakim Najmi bin Azenan untuk menyampaikan ceramah beliau, dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

--------------- selesai ceramah ------------------------Majlis mengucapkan terima kasih di atas ceramah sebentar tadi.
Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis pelajar PISMP 8.06 Pengajian Bahasa
Melayu
IPG Kampus Pendidikan Islam

QUE : KHATAM QURAN.


Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,
Majlis kita beranjak maju pada pagi yang berbahagia ini dengan majlis
khatam quran oleh anak-anak didik SK Sg. Buaya. Oleh itu, majlis menjemput
Al Fadil Ust. ____________________________ untuk mengemudi bacaan khatam
Quran. Dengan ini majlis dengan segala hormatnya menyerahkan majlis ini
kepada Al Fadil Ust. _____________________________
QUE: SELESAI TADARUS,
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ust.
__________________________

QUE : PENYAMPAIAN SUMBANGAN.


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan hari raya kepada
pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dan anak yatim. Untuk itu, majlis
menjemput
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________
untuk menyampaikan sumbangan tersebut.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar yang
kurang berkemampuan.
Dijemput adik ______________________________
Seterusnya adalah penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar anak
yatim.
Dipersilakan adik _________________________________
Seterusnya merupakan penyampaian hadiah pertandingan hafazan surah
lazim. Dijemput. ____________________________________________________________
Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis pelajar PISMP 8.06 Pengajian Bahasa
Melayu
IPG Kampus Pendidikan Islam

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian sumbangan dan


hadiah pertandingan sebentar tadi.
------- selesai penyampaian hadiah -------QUE : MAJLIS BERSALAM-SALAMAN DAN BERMAAFAN.
Hadirin sekalian, seterusnya merupakan majlis bersalam-salaman antara kita
warga SKSB, oleh itu, majlis diserahkan kepada Ust. Firdaus untuk
meneruskan majlis.

QUE : PENYERAHAN BUBUR LAMBUK.


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian, wabillah taufiq wal hidayah wassalam

Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis pelajar PISMP 8.06 Pengajian Bahasa
Melayu
IPG Kampus Pendidikan Islam

Anda mungkin juga menyukai