Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2018

Bismillahirrahmanirrahim

 Yang berusaha En.Mohd Azmi bin Zainuddin (YDP PIBG SK Berjaya)

 Yang Berusaha, Encik Sham Fauzi Hj.Abdul Aziz

 Yang Dihormati Ahli Jawatankuasa Pewaris Prasekolah 2018, guru-guru


serta ibubapa yang sudi hadir Ke Majlis Sambutan hari raya pada hari ini.
Assalamualaikum wbt.

Bersongkok bersampin segak berseri


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua


maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal
setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-
sama dapat berkumpul di padang sk berjaya untuk meraikan majlis
Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat prasekolah bagi tahun 2018

DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa
memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan
......................................bagi memimpin pembacaan doa.

terima kasih ............................atas pimpinan ketulusan pembacaan doa


sebentar tadi. Semoga majlis kita pada pagi ini diberkati oleh Yang Maha
Agung.
UCAPAN YDP PRASEKOLAH

Hadirin hadirat sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi beriani pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan YDP bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya


mempersilakan yang berusaha, En. SHAM FAUZI BIN ABDUL AZIZ, YDP
prasekolah sk berjaya untuk menyampaikan sepatah dua kata.dipersilakan.

**** ucapan YDP ***

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada berusaha, En. SHAM


FAUZI BIN ABDUL AZIZ, YDP prasekolah sk berjaya

ACARA POTONG KEK

Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek sambutan hari lahir
bagi murid2 pra aulad pintar dan Qaseh qurnia yang lahir pada
bulan...............................

Di jemput kepada EN Mohd Azmi bin Zainuddin (YDP BIBG sk berjaya)


dan En Sham Fauzi bin Abdul Aziz ( YDP prasekolah) untuk bersama-
sama meraikan acara memotong kek ini.
Dipersilakan..

**** POTONG KEK****

Terima kasih kepada kedua2 YDP kerana sudi bersama2 meraikan majlis
memotong kek.
JAMUAN

Ketupat lemang nasi impit laksa


Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Untuk itu majlis sekali lagi menjemput ...................untuk bacaan doa


makan...

Dijemput kepada YDP PIBG,YDP prasekolah, guru2 serta ibubapa


menikmati juadah yang telah tersedia..

PERTANDINGAN

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
pertandingan karaoke ceria acara

Tuan2 dan puan2 sekalian, sambil menikmati juadah pada pagi ini,majlis
diteruskan dengan pertandingan Karaoke dikalangan ibubapa prasekolah
yang berbakat dan yang selama ini mempunyai bakat terpendam

1.

Demikianlah berakhirnya pertandingan karaoke kita pada pagi ini.

*************dialog biasa dan lihat tentatif**************


PENUTUP
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan
majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat prasekolah sekolah ini dapat
dilangsung dengan meriahnya. Sekian, Wassalamualakum wbt.dan
Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai