Anda di halaman 1dari 6

Setiap pasangan yang memilih untuk bernikah di Thailand mempunyai

sebab-sebab yang tersendiri. Berikut adalah antara sebab-sebab yang biasa


kami temui mengapa pernikahan di Thailand dilakukan.

Wali enggan - wali tidak mahu menerima lelaki tersebut sebagai menantu, walhal tiada sebab
disisi syarak yang lelaki tersebut tidak layak bernikah dengan pasangannya. Antara faktor
yang biasa ialah rupa paras, taraf ekonomi, status "suami orang" dan pelbagai sebab lain lagi.

Berpoligami - samada pihak lelaki tidak memohon dari mahkamah syariah ataupun kerana
pihak perempuan tidak bersetuju. Ada juga lelaki yang "belum bersedia" memberitahu isteri
pertamanya. Dan terdapat banyak lagi sebab musabab di dalam kategori ini.

Hantaran - ada pihak wanita yang meminta hantaran terlalu tinggi. RM30,000 misalnya,
walhal gaji si lelaki cumalah RM2,000 sebulan. Oleh kerana hantaran tersebut tidak dapat
disediakan, pihak wanita tidak mahu menikahkan anak mereka.

Bangsa & Agama - ada pasangan yang salah seorang baru memeluk Islam dan mendapat
tentangan keluarga,

Tentera/Polis - mereka tidak mendapat kebenaran untuk bernikah dari pegawai atasan. Ada
juga yang berpoligami secara senyap-senyap.

Terlanjur - ada pasangan yang terlanjur sama ada hamil ataupun tidak. Mereka tidak mahu
terus menerus bergelumang dengan dosa dan memilih untuk bernikah. Walaubagaimanapun,
wanita yang telah hamil sebelum bernikah, perlu tahu bahawa anak tersebut tidak boleh
dinasabkan kepada suaminya.

Tentangan anak-anak/ahli keluarga lain - anak/saudara kepada wanita atau lelaki yang
janda/balu/dua tidak mahu menerima orang baru.

Di antara punca berlakunya perkahwinan luar negeri tanpa kebenaran ialah:

a.Wali

Faktor utama berlakunya perkahwinan di luar negera tanpa kebenaran ialah keengganan wali
menikahkan perempuan di bawah jagaannya dengan lelaki pilihan mereka. Antara sebab
keengganan wali ialah wali telah mempunyai calon menantu pilihan mereka sendiri, pilihan
anak mereka tidak sekufu dari segi keturunan, pangkat, agama, budaya, pihak lelaki telah
beristeri, pihak perempuan sendiri bawah umur dan lain-lain.

b.Poligami

Sebilangan besar pasangan yang bernikah di luar negeri adalah disebabkan pernikahan
tersebut adalah penikahan poligami, sama ada pihak perempuan dalam proses pernikahan itu
menjdai isteri kedua, ketiga atau keempat. Oleh kerana, permohonan di Negeri Selangor
khususnya dan di Malaysia amnya dimestikan mendapat kebenaran Mahkamah Syariah.
Terdapat pasangan yang mengambil jalan mudah dengan melakukan pernikahan mereka di
luar negeri. Alas an yang mereka berikan ialah mendapat tentangan daripada isteriyang sedia
ada, tidak mahu isteri yang sedia ada mengetahuinya ataupun untuk mengelakkan daripada
diketahui oleh pihak-pihak tertentu seperti majikan, ahli keluarga atau pihak berkuasa agama
tempatan.

c.Hamil di luar perkahwinan

Terdapat pasangan yang terdesak berkahwin di Thailand untuk menutup malu ataupun setelah
pihak lelaki dipaksa atau diugut oleh pihak keluarga masing-masing supaya
bertanggungjawab setelah pihak perempuan telah hamil di luar perkahwinan.

d.Masalah khalwat

Bagi mengelakkan pasangan disabitkan dengan kesalahan jenayah khalwat, pasangan yang
terlibat akan berkahwin di Thailand untuk mendapatkan sijil nikah sebagai bukti dan
pembelaan di mahkamah bahawa mereka telah berkahwin semasa ditangkap.

e.Lebih cepat dan mudah

Perkahwinan cara ini lebih cepat dan mudah kerana tidak perlu melalui proses temu duga atau
menjalani krusus pra-perkahwinan terlebih dahulu. Kebiasaannya, setiap pasangan dari
Malaysia yang berkahwin di Thailand bukan sahaja prosedurnya mudah, bahkan hanya
dengan bayaran sebanyak RM300 sahaja merka dapat menyempurnakan perkahwinan mereka
termasuklah khidmat juru nikah, saksi dan urusan pendaftaran bagi pengeluaran sijil ikah
yang sah.

f.Belanja kahwin yang tinggi

Tidak dinafikan belanja kahwin yang tinggi juga merupakan pemangkin peningkatan jumlah
perkahwinan luar negara tanpa kebenaran. Ada antara pihak lelaki yang tidak berupaya untuk
menyediakan hantaran dan perbelanjaan kenduri yang tinggi seperti yang diminta oleh piahak
keluarga perempuan. Dengan melangsungkan perkahwinan di Thailand, mereka hanya perlu
membayar mas kahwin dan upah kahwin yang murah dan tidak perlu memberikan hantaran
yang kebiasaannya di luar kemampuan pihak lelaki.

g.Adanya sindiket kahwin luar negara tanpa kebenaran

Kehadiran sindiket yang menyediakan khidmat jurunikah dan saksi-saksi nikah juga
memudahkan pasangan yang bermasalah untuk berkahwin lari. Pasangan yang ingin kahwin
hanya perlu menghubungi pihak-pihak tertentu yang berada di sempadan Malaysia dan
mereka akan membawa pasangan berjumpa dengan imam dan saksi-saksi nikah yang sedia
menikahkan perkahwinan mereka pada bila-bila masa sahaja. Dengan kewujudan sindeket
seperti ini, perkahwinan luar negara tanpa kebenaran boleh dilakukan dengan mudah kerana
pasangan tersebut tidak perlu lagi mencari jurunikah dan saksi-saksi nikah. Ada juga sindiket
yang memberi kemudahan (dengan bayaran yang lebih sedikit) kepada pasangan untuk
berkahwin dengan membawa jurunikah dan saksi-saksi dari Thailand ke Malaysia untuk
menikahkan mereka dan memberikan sijil nikah Thailand. Hal ini memudahkan lagi kepada
pasangan bermasalah kerana tidak perlu lagi ke sempadan yang akan melibatkan penggunaan
pasport atau pas perjalanan. Akibatnya, timbullah isu sijil kahwin palsu yang tidak diiktiraf
oleh Majlis Agama Islam selatan Thailand dan kerajaan Malaysia, kerana pasangan tersebut
dinikahkan oleh mereka yang tidak bertauliah. Hal ini hanya disedari apabila pasangan ingin
mendaftar semula perkahwinan mereka.

h.Kurang kefahaman agama dan peruntukan undang-undang sedia ada

Kurang kefahaman agama tentang persoalan rukun perkahwinan dan perkara-perkara


berkaitan dengannya seperti masalah perwalian, merupakan faktor penyebab berlakunya
perkahwinan luar negara. Penggunaan wali raja atau wali hakim di luar negeri atau di mana-
mana tempat tanpa kebenaran pihak berkuasa atau sebab wali tidak bersetuju dan tidak
mengizinkan perkahwinan, lantas pasangan menggunakan alasan wali berada lebih daripada 2
marhalah atau 60 batu atau 96 kilometer dari tempat berlangsungnya pernikahan tidak boleh
diterima sewenang-wenangnya. Hal ini wujud kerana pasangan tersebut sendiri yang
melarikan diri daripada wali dan bukannya wali yang ghaib. Masalah wali tidak memberi
persetujuan boleh diselesaikan melalui permohonan perkahwinan menggunakan wali raja
atau wali hakim di daerah masing-masing.

i.Kewarganegaraan

Pada masa kini, terdapat ramai warganegara asing yang datang ke Malaysia ataupun
warganegara Malaysia ke luar negeri, sama ada kerana melancong, belajar, bekerja dan
menjalankan urusan perniagaan. Keadaan ini secara tidak langsung mendorong hubungan
peribadi antara warganegara asing dengan penduduk tempatan. Dan hasil daripada hubungan
tersebut, terdapat sebilangan daripada mereka melangsungkan akad nikah di luar negeri tanpa
kebenaran pihak berkuasa agama negeri atas pelbagai alas an seperti sedang berada di negeri
berkenaan dan tidak sempat balik ke Malaysia, memerlukan kos yang tinggi untuk berulang
alik dan juga disebabkan pernikahan dengan warganegara asing tersebut merupakan
pernikahan poligami.

= IMPLIKASI PERKAHWINAN LUAR NEGARA TANPA KEBENARAN

Perkahwinan luar negara tanpa izin pada keseluruhannya memberi implikasi yang buruk
daripada yang baik. Implikasi ini boleh dilihat seperti yang berikut:

a.Terhadap pasangan

Tidak dinafikan perkahwinan luar negara tanpa kebenaran memberi implikasi yang amat
besar terhadap pasangan baik dari segi undang-undang mahupun sosial. Ia akan lebih ketara
jika perkahwinan itu dilanda krisis rumah tangga atau lebih rumit lagi jika berlaku perceraian
kerana perkahwinan tersebut tidak memenuhi peruntukan bawah Akta dan Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam Negeri Selangor. Pada umumnya, perkahwinan luar tanpa kebenaran
tidaklah semestinya tidak sah kerana ia mungkin telah memenuhi kehendak rukun dan syarat-
syarat di bawah hukum syara’. Pasangan dianggap sebagai telah melanggar peruntukan dan
prosedur yang sedia ada dan akan dikenakan penalti yang ditetapkan.

Sekiranya pasangan ingin mendaftar semula perkahwinan, mereka perlu melalui prosedur
pengesahan perkahwinan terlebih dahulu. Pertama sekali, pasangan terbabit hendaklah
memohon pendaftaran semula perkahwinan melalui penyelia agama di Pejabat Agama Islam
Daerah. Penyelia kemudiannya akan membawa kes ke Unit Pendakwaan. Pendakwa pula
akan membawa kes tersebut kepada Hakim Syari’e untuk disahkan. Setelah itu, Hakim
Syari’e akan meminta pasangan mengisi borang bagi pendaftaran pernikahan luar negeri.
Prosedur selanjutnya ialah Hakim Syari’e akan memanggil pasangan berkenaan dan dua
orang saksi bagi mengukuhkan keterangan pasangan terbabit. Di peringkat ini, setelah
mendengar segala keterangan, mahkamah akan menetapkan sama ada perkahwinan sebagai
sah atau terbatal. Setelah penentuan kesahan perkahwinan, kes akan dibawa semula ke unit
pendakwaan. Pendakwa akan menjalankan siasatan dan meneruskan pendakwaan ke atas
pasangan tersebut atas pertuduhan berkahwin luar negeri tanpa kebenaran. Jika sabait
kesalahan, pasangan akan dikenakan penalti. Akhir sekali, mahkamah akan memerintahkan
supaya perkahwinan itu didaftarkan bawah Akta atau Enakmen yang berkuat kuasa.

Akan tetapi sekiranya perkahwinan itu didapati tidak sah, pasangan akan difaraqkan
(dipisahkan) dan akan dikenakan penalti. Selain tidak dapat menuntut sebarang hak dalam
perkahwinan seperti tuntutan nafkah isteri dan anak-anak, hak penjagaan, tuntutan pusaka
sekiranya suami meninggal atau sebagainya, pihak perempuan juga tidak boleh memohon
pembubaran perkahwinan kerana perkahwinan memang tidak wujud dari awal lagi.
Kedudukan anak-anak yang lahir hasil daripada perhubungan ini juga boleh dipersoalkan
kesahannya. Sekiranya terbukti perkahwinan tidak sah,anak-anak yang lahir dianggap anak
luar nikah yang mana status hubungannya dengan “bapa” tidak wujud sama sekali.
Akibatnya, anak-anak akan menghadapi masalah pada masa akan datang.

b.Terhadap keluarga

Perkahwinan antara lain adalah untuk mengeratkan dan menambahkan ahli keluarga dan juga
mengikat hubungan di antara dua buah keluarga. Perkahwinan tanpa izin yang berlaku pada
lazimnya adalah akibat tidak mendapat restu dan keizinan kedua-dua keluarga terutamanya
keizinan wali pihak perempuan. Akibatnya, hubungan antara pasangan tersebut dengan ahli
keluarga mereka akan terjejas bahkan terputus langsung kerana tindakan yang diambil oleh
pasangan tersebut telah membelakangi kedua-dua orang tua mereka dan mengaibkan mereka
di mata masyarakat.

Bagi mereka yang mengamalkan poligami tanpa pengetahuan pihak isteri sedia ada atau
anak-anak pula, tanggungjawab dan hak sepatutnya dilaksanakan dan diberikan tidak dapat
disempurnakan sebaik mungkin kerana suami dan terutamanya isteri yang kedua atau
seterusnya terpaksa hidup seolah-olah dalam buruan. Pasangan ini tidak berupaya memupuk
kasih sayang dalam keadaan biasa kerana takut perkahwinan mereka diketahui umum
terutamanya isteri yang pertama. Kesan berpoligami secara rahsia ini sedikit sebanyak
menyumbangkan kepada kadar perceraian kerana isteri terasa ditipu dan dikhianati oleh
suami sendiri. Tambahan pula apabila suami mula mengabaikan tanggungjawab mereka
sebagai seorang suami dan bapa. Justeru, ada antara isteri yang memohon perceraian bagi
mengatasi kekusutan yang sedia ada.

c.Terhadap anak

Sekiranya perkahwinan tersebut mempunyai anak, dan anak yang dilahirkan tidak dapat
didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dan ini akan menyukarkan setiap proses
yang akan di lalui oleh anak itu kelak seperti hendak membuat pengenalan diri, pendaftaran
sekolah dan lain-lain.

d.Terhadap masyarakat

Implikasi perkahwinan tanpa izin terhadap masyarakat ialah ia memberi tindak balas daripada
masyarakat sekeliling bahawa Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang
diperuntukan di Malaysia sedikit sebanyak menyusahkan pasangan untuk berkahwin dalam
negara. Salah faham ini telah menyebabkan segelintir orang membuat rumusan bahawa
undang-undang keluarga Islam yang dikuatkuasakan mengongkong kebebasan mereka untuk
berkahwin sedangkan Islam itu memudahkan umatnya. Realitinya, undang-undang keluarga
yang ada adalah untuk mengemas kini dan memudahkan perkara yang berkaitan dengan
urusan nikah, cerai dan rujuk masyarakat Islam di Malaysia.

Ketidakprihatinan masyarakat terhadap Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam


yang dikuatkuasakan di seluruh negeri di Malaysia menyebabkan mereka menganggap
permasalahan wali ‘adal tidak dapat diselesaikan mengikut prosedur yang sedia ada dan
begitu juga denganh masalah poligami. Masyarakat beranggapan prosedur poligami
menyusahkan dan menghalang mereka berpoligami sedangkan Islam mengharuskannya.
Sebenarnya, prosedur poligami yang ada adalah bagi memastikan semua pihak yang terlibat
sama ada suami, isteri atau isteri-isteri dan bakal isteri dapat melaksanakan tanggungjawab
dan mendapat hak masing-masing dan keadilan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Permasalahan yang timbul ialah apabila pihak lelaki yang tidak berkemampuan dan pada
masa yang sama tidak mahu melukakan hati isteri atau isteri-isteri yang sedia ada memohon
kebenaran untuk berpoligami, yang mana sudah pasti akan ditolak oleh pihak mahkamah.
Justeru, jalan yang paling mudah adalah dengan melangsungkan perkahwinan di luar negara
tanpa kebenaran.

e. Dari segi undang-undang

pihak-pihak yang melakukan kesalahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang kerana
telah melanggar peruntukan yang ditetapkan :

di bawah seksyen 40. (1) Seseorang yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau
berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu
perkahwinan.

(a)tanpa ada kebenaran berkahwin sebagaimana dikehendaki oleh seksyen 19; atau

(b)dihadapan selaian daripada sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh dipercayai, di
samping orang yang mengakadnikah perkahwinan itu,
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih
daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau dengan
kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2)Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akadnikah atau yang
menjalani sesuatu cara akadnikah dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana
peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan
denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih daripada enam
bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu.

Dalam hal ini, terdapat dua kesan yang berbeza berkaitan dengan kahwin luar negeri tanpa
kebenaran ini iaitu yang pertama ialah sekiranya perkahwinan itu melibatkan wali yang sah
maka perkahwinan tersebut adalah dianggap sebagai sah di sisi syarak. Perkahwinan ini
hendaklah didaftarkan di Unit Nikah, Cerai dan Rujuk di pejabat agama yang berdekatan.
Kegagalan melakukan pendaftaran ini boleh menyebabkan implikasi yang lebih buruk pada
masa hadapan terutamanya jika berlaku perceraian. Sebagai contoh, isteri tidak berhak
menuntut sebarang hak daripada suaminya kerana tiada rekod pendaftaran perkahwinan
antara mereka.

Kedua pula ialah sekiranya perkahwinan itu dijalankan menggunakan wali yang diragui sah
maka perkahwinan tersebut juga diragui kesahihannya. Apabila keadaan ini berlaku maka
akan timbul masalah untuk mendaftarkan perkahwinan itu. Satu siasatan terperinci terpaksa
dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan kepastian sama ada perkahwinan tersebut
sah atau tidak. Jika didapati perkahwinan itu sah, maka pendaftaran akan dijalankan dan
denda akan dikenakan kepada pasangan terlibat. Sebaliknya jika dibuktikan perkahwinan itu
tidak sah, maka perintah ‘farak’ iaitu pengasingan antara suami isteri terlibat akan
dikeluarkan. Pasangan ini hanya akan disatukan semula melalui akad nikah baru yang pasti
kesahihannya. Secara teorinya, proses perkahwinan secara sindiket adalah hampir sama
dengan proses perkahwinan biasa. Namun, terdapat perbezaan dari segi praktikalnya.

Di dalam perkahwinan biasa, pasangan pengantin yang perlu menyediakan wali dan saksi
sebaliknya di dalam perkahwinan sindiket, kebiasaannya, wali dan saksi disediakan. Kos
bayaran bagi kahwin sindiket juga tinggi iaitu mencapai RM 3000.00 berbanding dengan
kahwin biasa yang hanya menelan belanja antara 1% hingga 5% daripadanya. Contohnya di
Selangor, kos yang dikenakan ialah sekitar RM 150.00. Perkahwinan sindiket tidak
melibatkan sebarang urusan dengan Jabatan Agama Islam sebaliknya perkahwinan biasa
perlu didaftarkan di Unit Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam atau Pejabat Agama
Daerah.

Anda mungkin juga menyukai