Anda di halaman 1dari 4

Baca petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan

usaha-usaha meningkatkan disiplin. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata. Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri. Secara lebih terperinci disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi ia tetap akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri. Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya kelak. Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan? Hal ini demikian kerana, disipin merupakan kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan. Seseorang pelajar yang berdisiplin sebenarnya sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. . Hal ini disebabkan peraturan yang dikenakan itu dapat menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi implikasi buruk kepada diri sendiri. Pelajar yang berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Malahan, tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin dan gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran. Pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri. Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. Malahan, pelajarpelajar ini sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa perlu diberi dorongan oleh orang lain. Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang ke sekolah tepat pada masa bertujuan melatih pelajar dari segi pengurusan masa. Pelajar yang berjaya menepati masa akan menjadi pelajar yang tahu menghargai masa. Begitu juga peraturan sekolah yang menetapkan supaya berpakaian kemas. Hal ini penting supaya pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan. Lazimnya, mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti. Aspek utama dalam mengamalan disiplin yang baik ialah menghormati guru. Hal ini mustahak kerana pelajar tidak dapat lari dari bimbingan dan tunjuk ajar guru. Walaupun pelajar mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun , pelajar masih memerlukan guru untuk memberi penerangan kerana buku bukan manusia yang boleh berinteraksi dengan pelajar. Seandainya pelajar tidak menghormati guru maka bagaimanakah pelajar akan mendapat ilmu daripada guru? Maka,hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran. Pandangan yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan cemerlang seseorang pelajar dalam pelajarannya. Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian dan keagamaan dapat menempa kejayaan yang cemerlang. Jelaslah, disiplin ialah peraturan untuk membentuk tingkah laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang pelajar.
Dipetik dan diubah suai daripada Rencana Umum: Disiplin Perisai Kawalan Diri, Oleh Izani Hj. Daud, Muka surat 30-31, Bil 1/2012 Majalah WADAH SISWA

JAWAPAN: Pengenalan Petikan membincangkan peranan disiplin dalam membentuk peribadi baik pelajar.(2 m) Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan mempunyai disiplin yang baik dalam kalangan pelajar. ( 2 m) Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan mempunyai disiplin yang baik ( 1 m) Petikan membincangkan kebaikan-kebaiakna mempunyai disiplin yang baik di Malaysia/ di negara ini ( 1 m) 5, Petikan membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik (1 m) 6.Petikan membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin ( 0 m) ISI TERSURAT: ( 2 -12 MARKAH ) S1 Seseorang pelajar mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya. ( 2M) S2 kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan ( 2M) S3 menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi implikasi buruk kepada diri sendiri/ mengawal perilaku dalam kelas (2M) S4 memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. (2M)

1. 2. 3. 4.

S5 tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin / gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran. ( 2M) S6 mengadakan jadual belajar sendiri. S7 sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. ( 2 M) ( 2 M)

S8 sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa dorongan oleh orang lain. ( 2M) S9 melatih pelajar dari segi pengurusan masa. /tahu menghargai masa S10 pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan S11 mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti. S12 hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin ( 2M) ( 2M) ( 2M)

keberkesanan pembelajaran.

( 2 M)

ISI TERSIRAT : (2-12 MARKAH ) T1 ibu bapa sentiasa dimaklumkan oleh pihak sekolah tentang perilaku anak-anak mereka di sekolah ( 2M) T2 pihak sekolah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa /masyarakat untuk mengawal tindak laku pelajar di dalam dan di luar sekolah ( 2 M) T3 guru-guru/guru kaunseling /pebimbing rakan sebaya sentiasa memantau / mendekati pelajar-pelajar bermasalah ( 2M) T4 pihak sekolah bertindak lebih tegas terhadap perlaksanaan hukuman disiplin di sekolah ( 2M) T6 ibu bapa memberikan didikan agama yang serius kepada anak-anak ( 2 M)

T7 pihak sekolah membanyakkan aktiviti-aaktiviti kerohanian /keagamaan /moral ( 2M )

KESIMPULAN: 2 MARKAH 1. Para pelajar, ibu bapa , sekolah dan masyarakat perlu sama-sama membantu pelajar menghayati kepentingan disiplin agar generasi muda berkualiti dapat dihasilkan untuk kemajuan negara ( 2M) 2, Para pelajar perlu berusaha memantapkan kualiti diri dengan menjaga disiplin agar menjadi generasi muda yang memberi manfaat kepada ibu bapa ,masyarakat dan negara ( 2 M)

SOALAN 2 ( 35 Markah ) JAWAPAN 2a: PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN UMUM Soalan 2(a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i.

Berikan maksud berpersonaliti dan berketerampilan berdasarkan penggunaannya dalam petikan. P1 berkeperibadian dan berupaya menjalankan tugas dengan cekap: P2 ada watak dan berupaya menjalankan tugas dengan cekap: ( rujukan : pusat rujukan persuratan melayu DBP prpm.dbp.gov.my ) ( 1 ISI=2 markah ) Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin? P1 Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri. P2 kemahuan untuk mentaati peraturan P3 kemahuan untuk menghormati peraturan. P4 peraturan untuk membentuk tingkah laku baik P5 pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang pelajar. (3 ISI= 3 markah )

ii.

iii.

Pada pendapat anda, mengapakah pelajar yang berdisiplin disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan sebaya? P1 sentiasa menjaga nama baik sekolah/berusaha mencipta kejayaan untuk sekolah P2 tidak bersikap kurang sopan/kurang ajar dengan guru dan rakanrakan/menghormati guru-guru dan rakan P3 sentiasa memberi kerjasama dengan guru-guru bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang P4 sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan guru tanpa bertangguhtangguh P5 sentiasa beradab apabila berbicara dengan guru-guru dan rakan-rakan P6 sentiasa mampu memikul tanggungjawab dengan baik dan jujur P7 serius belajar ( 2 isi=4 markah )

Anda mungkin juga menyukai