Anda di halaman 1dari 2

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan

mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Menjadi tanggungjawab pelajar generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh. Pelajar perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh pelajar Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya pelajar menjadi semakin kukuh. Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri pelajar daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden. Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat. Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh pelajar betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

Justeru dengan bermewah-mewahan dan leka dengan hiburan bakal merosakkan rakyat di negara kita. Hanya dengan berhibur dan berseronok, anak-anak muda akan hilang ghairah mencari ilmu, artis yang menghiburkan akan menjadi pilihan idola, masa yang terluang mahupun sibuk lebih di utamakan untuk hiburan.

Para para pendengar yang budiman, Sudah lebih setengah abad Malaysia mencapai kemerdekaan daripada cengkaman penjajah. Laungan Merdeka! oleh Perdana Menteri pertama kita,Tunku Abdul Rahman masih terngiang-ngiang di telinga anak pramerdeka yang pernah melalui kehidupan terseksa pada zaman penjajahan. Persoalan yang sentiasa timbul dalam benak fikiran kita ialah, apakah makna kemerdekaan yang sebenar?

Kemerdekaan dapat ditafsirkan sebagai keadaan yang bebas daripada semua aspek. Pada era globalisasi ini, remaja dilihat sering terikut-ikut dengan cara percakapan, cara berpakaian dan gaya hidup artis dari negara barat. Hakikatnya, budaya ini sememangnya tidak sesuai untuk negara timur terutamanya masyarakat Malaysia. Hal ini bermaksud kita masih belum mencapai kemerdekaan dari segi mental. Sidang hadirin yang dimuliakan, Di samping itu, kemerdekaan bermaksud rakyat hidup bersatu dalam keadaan yang harmoni. Perpaduan kaum merupakan faktor utama untuk kemerdekaan dan juga pembangunan negara. Hal ini amat berkenan dengan tema sambutan kemerdekaan kali ini, iaitu Perpaduan Teras Kejayaan. Selain itu, kemerdekaan memberi makna bahawa kita tidak lagi dikongkong oleh mana-mana pihak. Malaysia harus membuktikan kepada dunia yang rakyatnya mempunyai minda kelas pertama. Dengan ini, tidak perlu lagi kita bergantung kepada tenaga pakar luar untuk memajukan negara. Dalam hal ini, kemerdekaan merujuk kepada kebolehan Malaysia berdikari tanpa bergantung kepada tenaga luar.

Para hadirin yang dihormati, Kemerdekaan juga bererti pembebasan mutlak daripada gejala negatif. Hal ini bermakna rakyat perlu bekerja gigih ke arah pencapaian model insan yang gemilang. Nilai murni harus dibenihkan ke dalam jiwa rakyat. Pemupukan nilai murni patut dimulakan melalui institusi keluarga dan sekolah. Perjuangan perajurit pada masa lampau perlu dikenang sehingga akhir zaman. Perjuangan ke arah kemerdekaan bukannya senang, tetapi memerlukan tekad dan azam yang utuh. Oleh hal itu, sebagai pelapis, kita harus memberikan komitmen yang jitu ke arah mempertahankan negara dan mengekalkan keharmonian.

Anda mungkin juga menyukai