Anda di halaman 1dari 6

TEMA 9 : KEPENTINGAN MENGUASAI BAHASA ASING Tajuk 1 : Kelebihan Menguasai Bahasa Asing

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat dan perlu ditempuhi oleh setiap individu. Penguasaan pelbagai bahasa merupakan satu aset utama dalam diri individu untuk menghadapi pelbagai cabaran mendatang. Oleh itu, kelebihan atau kepentingan menguasai pelbagai bahasa yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan secara terperinci demi manfaat bersama. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa merupakan medium perantaraan yang penting dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Bahasa menjadi alat perhubungan dan spektrum komunikasi yang paling efektif kepada organisasi dan individu dalam segala hal. Kemampuan menguasai pelbagai bahasa mampu menjamin masa hadapan yang cerah dan berpeluang untuk maju ke hadapan di samping mengilap potensi diri yang sebenar. Sebagai contoh, seseorang individu yang mampu menguasai pelbagai bahasa asing akan lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding dengan individu yang hanya menguasai satu bahasa. Hal ini adalah kerana, persaingan untuk mendapat pekerjaan sangat sengit. Mereka yang mempunyai kelulusan yang baik, berketrampilan menarik dan berkebolehan menguasai lebih daripada satu bahasa akan dapat menjawat sesuatu pekerjaan dengan lebih mudah. Sebagai intihanya, seseorang individu yang menguasai lebih daripada satu bahasa menjadi jambatan untuk mereka mendapat pekerjaan dengan mudah. Selain itu, kita juga dapat menyaksikan betapa pentingnya seseorang yang menguasai bahasa asing untuk memudahkannya berinteraksi dan berkomunikasi. Bagi sesetengah orang yang mempu menguasai lebih daripada satu bahasa lebih mudah untuknya berkomunikasi, terutamanya apabila kita berurusan dengan individu yang berasal dari luar negara. Hal ini juga akan meningkatkan keyakinan diri kita dan mengelakkan kita tertipu apabila berurusan dengan orang lain. Sebagai contoh, individu yang melanjutkan pelajaran di luar negara, mereka akan lebih yakin untuk bergaul, berinteraksi dan berkomunikasi sekiranya menguasai lebih daripada satu bahasa. Biar kita ambil contoh seorang usahawan yang berurusniaga di luar negara, sekiranya beliau menguasai lebih daripada satu bahasa akan mengelakkan dirinya daripada ditipu. Konklusinya, menguasai lebih daripada satu bahasa akan memudahkan seseorang untuk berinteraksi dan mengelakkan daripada ditipu. Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, mempelajari bahasa asing juga dapat membantu kita memupuk semangat perpaduan yang tinggi. Sekiranya bahasa kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dan di luar negara dapat dipelajari dan difahami, sudah tentu kita akan dapat mengenali budaya dan adat resam kaum tersebut dengan lebih mendalam. Sebagai analoginya, dengan menguasai bahasa Kadazan atau bahasa Iban, maka perpaduan akan dapat dipupuk dengan lebih mudah. Konklusinya, penguasaan lebih daripada satu bahasa akan memupuk perpaduan yang lebih jitu dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan etnik, sesuai dengan peribahasa tak kenal maka tak cinta.

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah mempelajari bahasa asing dapat membantu kita meneroka maklumat dalam pelbagai bidang. Oleh itu, dengan menguasai pelbagai bahasa, dapat membantu kita mengumpul maklumat yang ditulis dalam semua bahasa yang kita kuasai. Sebagai contoh, maklumat yang terkandung dalam buku, jurnal, akhbar dan internet yang menggunakan bahasa lain di dunia seperti bahasa Inggeris, bahasa Jepun, bahasa Perancis dan Bahasa Arab akan lebih difahami dan dikuasai sekiranya kita menguasai bahasa-bahasa tersebut. Jelaslah bahawa, mempelajari bahasa asing dapat membantu kita menelusuri pelbagai maklumat sekali gus dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Sebagaimana yang kita maklumi, menguasai bahasa asing dapat mengisi masa lapang. Sesungguhnya, dengan mempelajari bahasa asing bukanlah sesuatu yang sukar. Sebagai contoh, kita boleh mempelajari bahasa Mandarin, bahasa Jepun, bahasa Arab dan bahasa Perancis dengan menghadiri kelas tersebut, tambahan pula pengajaran bahasa-bahasa asing ini juga disediakan di pusat-pusat pengajian tinggi dan di sekolah-sekolah berasrama penuh. Selain itu, kemahiran tersebut boleh mendatangkan nilai komersial bak kata peribahasa sambil menyelam, minum air apabila kemahiran menguasai bahasa asing ini boleh diaplikasikan mengikut keperluan. Oleh itu, jelaslah bahawa bahasa asing mudah untuk dipelajari serta dapat mengisi masa lapang. Sebagai kesimpulannya, penguasaan bahasa asing banyak mendatangkan implikasi yang positif terhadap diri kita agar menjadi ilmu penyuluh kehidupan pada masa hadapan. Oleh itu, kita perlu menguasai pelbagai bahasa asing agar menjadi satu kelebihan atau aset untuk menjadi modal insan yang cemerlang kepada negara sekali gus dapat melahirkan individu yang mampu bersaing di pentas antarabangsa. [656 patah kata] Tajuk 2 : Penguasaan Pelbagai Bahasa Asing Dan Kepentingannya Bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi. Bahasa juga di gunakan sebagai alat penyebar ilmu dan maklumat. Kita digalakkan menguasai lebih dari satu bahasa. Menguasai lebih dari satu bahasa merupakan suatu bonus khususnya untuk berkomunikasi dengan bangsa asing. Hal ini memudahkan kita berkomunikasi dengan pelancong. Dengan menguasai pelbagai bahasa kita juga akan berasa lebih berkeyakinan kepada diri kita sendiri. Di dalam negara Malaysia ini ada lima bahasa kerana negara ini mempunyai 5 kaum utama. Sekiranya kita dapat menguasai bahasa tersebut, kita dapat berbual dengan orang yang bukan seagama dengan kita atau bukan sekaum dengan kita. Bahasa Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan semuanya daripada pelbagai kaum dan agama. Sekiranya kita fasih berbahasa lain kita dapat mengetahui adat resam mereka dan mereka juga akan mengetahui adat resam kita. Kita juga boleh membaca dalam pelbagai bahasa, dengan memperbanyakkan pembacaan kita akan memperoleh banyak ilmu. Jelaslah bahawa menguasai pelbagai bahasa mempunyai banyak kepentingan dan maslahatnya. Kita lihat pula dari sudut propenguasaan pelbagai bahasa ini. Umum mengetahui dan tidak menafikan kepentingan dan faedah menguasai pelbagai bahasa asing. Di Malaysia, industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada sektor ekonomi mahupun maruah negara itu sendiri. Pada tahun 2004 sahaja jumlah pelancong dari China yang berkunjung ke negara ini telah mencecah 16.4 juta orang. Hal ini menunjukkan betapa besarnya sumbangan industri pelancongan kepada Malaysia. Tetapi angkaan jutaan itu sebenarnya menunjukkan kemerosotan dalam tinjauan ketidakpuasan hati pelancong yang pernah datang ke Malaysia. Mengapakah hal ini terjadi?

Kebanyakan jawapan yang diberi ialah kesukaran untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan. Rata-rata rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa Cina, Inggeris, Jepun dan Perancis. Hal ini menjadi masalah kerana bahasa di atas merupakan antara bahasa yang menjadi keutamaan di dunia. Tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa yang sering digunakan oleh kebanyakan negara sebagai bahasa kedua mereka. Akibatnya, akan tercalarlah maruah negara di mata dunia. Negara akan dikenali sebagai rakyat yang mempunyai mentaliti yang rendah dan seterusnya akan menjejaskan ekonomi Malaysia. Dalam pada masa itu juga, bahasa asing juga penting sebagai satu perantaraan yang memudahkan bual bicara untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu. Apakah tidak berkualiti bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu? Apakah bahasa asing seperti bahasa Inggeris yang layak menjadi bahasa ilmu? Tepuk dada, tanya selera. Dewasa ini, penerokaan, penguasaan dan pengabdian terhadap ilmu pengetahuan banyak didalami oleh bangsa asing. Bangsa yang mana sejak lahir hingga mati akan menuturkan bahasa mereka sendiri. Sebagai umat Islam pula, bagaimana untuk kita merebut kembali tempat pertama dalam penguasaan ilmu yang suatu ketika dahulu didahului kita jika kita tidak mampu menkaji hasil kerja bangsa-bangsa asing. Ilmuan terkemuka dunia seperti Ibnu Sina dan Ibnu Khawarizmi juga mempelajari bahasa asing untuk mengembangkan ilmu yang mereka ada sehingga mereka menjadi terkenal sekarang ini. Yunani telah menyebabkan karya Ibnu Sina seperti buku perubatan, Kanun Fial Tib diterima pakai lebih 500 tahun lamanya di universiti-universiti di Barat hampir sealaf lalu. Bahasa Hindus juga telah menyebabkan Ibnu Khawarizmi diiktiraf sebagai ahli matematik terbaik di dunia sehingga sekarang dengan teori berkaitan aljebra. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya bahasa asing terhadap perkembangan ilmu, Berkisar tentang ilmu juga, bahasa asing amat penting terutamanya dalam melayari cabang pendidikan pada masa ini. Alam pendidikan sekarang ini lebih bersifat terbuka dan tanpa sempadan. Jika kita perhatikan, kebanyakan universiti yang wujud di dalam mahupun di luar negara sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar yang bukan dari negara mereka sendiri. Pelajar-pelajar yang datang ke universiti itu bukan sahaja datang dari negara jiran malah beribu-ribu batu jauhnya untuk melanjutkan pelajaran. Malaysia sendiri mempunyai ramai rakyat yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Cabang pendidikan tanpa sempadan ini menghendaki golongan pelajar lebih prihatin terhadap penguasaan bahasa asing. Bagaimana hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara jika diri sendiri tidak tahu bertutur dalam bahasa ibunda mereka? Bagaimana untuk kita bergaul dengan rakyat tempatan di negara mereka jika kita hanya tahu bahasa ibunda sendiri? Oleh hal yang demikian, individu khususnya golongan pelajar perlu lebih mengambil berat terhadap penguasaan bahasa asing. Mungkin pada hari ini pelajar-pelajar mampu berbicara dan berdebat tentang tidak perlunya bahasa asing ini, tetapi sedarlah bahawa pada suatu hari nanti kita juga yang akan merangkak untuk mempelajari bahasa tersebut. Dalam meniti arus globalisasi yang sangat berbeza dengan arus pemodenan, kita dihimpit dengan tekanan dari peringkat antarabangsa berkaitan kewangan dan pekerjaan. Disebabkan ini juga ramai rakyat Malaysia yang menganggur dan ramai yang menyalahkan tekanan antarabangsa sebagai penghalang kemajuan sedangkan salah itu datangnya daripada diri mereka sendiri. Salah satu faktor yang menyumbang kepada pengangguran ini adalah kelemahan dan kekurangan dalam menguasai bahasa selain bahasa ibunda. Majikan sekarang ini lebih menumpukan perhatian kepada pekerjapekerja yang mempunyai kelebihan dalam bahasa lain. Maka, pekerja-pekerja seperti ini akan menjadi kegemaran majikan untuk diterima bekerja dan malanglah bagi individu lain yang

mempunyai kemahiran dan kelulusan yang sama tetapi mempunyai kelemahan dalam menguasai bahasa asing. Bagi pekerja-pekerja ini, mereka tidak menyedari kelemahan mereka dan menyalahkan orang lain sedangkan kelemahan itu datangnya daripada diri mereka sendiri. Akhirnya, tahun demi tahun dihabiskan dengan melihat kepada satu rumusan yang dibuat sendiri dengan meletakkan kesalahan di bahu majikan yang memilih bulu kononnya. Maka, tidak ada suatu perubahan mahupun reformasi yang dilakukan untuk merubah diri sendiri. Selain pelancongan, pendidikan dan pekerjaan, bahasa asing boleh dijadikan platform yang sangat berguna untuk mengeratkan satu individu dengan individu yang lain. Hubungan antarabangsa juga boleh dijalinkan lebih erat dengan menguasai bahasa mereka. Bahasa Melayu juga pernah menjadi lingua franca sewaktu zaman kegemilangan empayar Melaka pada suatu masa dahulu. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga memilih bahasa Melayu untuk dituturkan sedangkan masih ada berpuluh-puluh bahasa yang digunakan para pedagang pada masa itu. Pedagang-pedagang berasakan bahawa bahasa Melayu mudah difahami dan dituturkan. Negara China juga menjalinkan hubungan yang baik dengan negeri Melaka dari segi pertahanan sehinggakan China sanggup menghantar jeneralnya yang terkemuka iaitu Jeneral Cheng Ho untuk bertemu dengan pemerintahan Melaka. Disebabkan hubungan Melaka-China jugalah, Siam tidak berani untuk terus memberikan tekanan ke atas Melaka. Begitulah betapa pentingnya penguasaan bahasa asing dalam mengeratkan hubungan antarabangsa. Malaysia juga sebagai sebuah negara majmuk, mengharapkan rakyatnya menguasai bahasa asing terutamanya bahasa Mandarin dan bahasa Tamil . Sehubungan dengan itu, walaupun pelbagai tafsiran sama ada positif ataupun negatif dibuat berkaitan penguasaan bahasa asing, kita perlu menyedari kepentingan bahasa asing dari skop yang lebih luas. Dalam bahasa yang lebih mudah, bahasa asing mempunyai pengaruh yang besar terhadap sektor pelancongan, pendidikan, pekerjaan dan perhubungan malah dalam kehidupan seharian kita. Di Malaysia, penguasaan bahasa asing adalah sangat lemah. Altitud ini pula ditambah lagi dengan sikap segelintir golongan masyarakat yang tidak mengambil tahu kepentingannya malah menentang bahasa asing. Sememangnya bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris merupakan bahasa penjajah tetapi bukankah Tunku Abdul Rahman juga menggunakan bahasa tersebut semasa menuntut kemerdekaan di London? Bukankah kita juga merubah kosa kata bahasa asing untuk dimelayukan? Bukankah bahasa Melayu sendiri terbentuk daripada bahasa Sanskrit? Mengata bahasa asing, sekurangkurangnya bahasa tersebut ada pengiktirafan tersendiri. Jika hendak menentang dan membunuh bahasa asing dalam jiwa rakyat Malaysia adalah lebih baik kita menentang dan membunuh bahasa rojak yang semakin hari semakin menjadi-jadi di Malaysia. Malah tanpa kita sedar, kita menggunakan bahasa tersebut dalam pertuturan seharian. Mengata dulang paku serpih, mengata orang diri sendiri yang lebih. Jangan sampai terjadi menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri. Sebelum nasi menjadi bubur, seharusnya semua pihak bersinergi dalam meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa dalam diri. Usaha yang padu dan komited bukan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam daripada semua rakyat Malaysia amatlah diharapkan dalam merealisasikan Wawasan 2020.

Kata orang malang tidak berbau. Oleh itu, kita perlu berhati-hati ketika memandu. Menurut sumber Polis DiRaja Malaysia (PDRM), statistik tahun 2008 menunjukkan 373,047 kes kemalangan telah berlaku berbanding 363,319 kes pada tahun 2007 dan 341,252 kes pada tahun 2006. Kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca daripada kecuaian manusia itu sendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan kemalangan yang berlaku ini berpunca daripada kelalaian manusia. Antara bentuk kecuaian yang dilakukan mereka ialah memandu laju atau berlumba di jalan raya. Pelbagai kemungkinan k boleh terjadi apabila kenderaan dipecut sesuka hati tanpa menghiraukan had laju ditetapkan. Slogan Kelajuan Boleh Membunuh dan Jalan Raya ialah Sungai Maut menjelaskan kepada kita bahawa kemalangan atau kematian boleh berlaku pada bila-bila masa saja seandainya kita cuai atau lalai di jalan raya. Bentuk kecuaian kedua yang dilakukan oleh pemandu ialah tidak memeriksa dahulu kenderaan sebelum digunakan. Pemandu yang bersikap lepas tangan begini sudah akan menghadapi masalah apabila bahagian-bahagian tertentu kenderaan mereka sperti brek, lampu brek, lampu isyarat, hon dan lain-lain tidak berfungsi. Banyak kends yang jatuh ke gaung atau terbabas kerana kerosakan brek. Ada juga kenderaan dilanggar dari belakang kerana lampu brek yang tidak menyala. Kenderaan dicipta dan digunakan untuk kemudahan manusia. Oleh itu, malang sekali apabila kita ditimpa kesusahan oleh kelalaian sendiri. Di samping itu, manusia juga dianggap cuai apabila memandu dalam keadaan mabuk, khayal dan mengantuk. Banyak kemalangan ngeri berlaku pada waktu larut malam awal pagi. Ini menunjukkan pemandu berada dalam situasi berkenaan ketika mem,, Ujian-ujian polis terhadap pemandu dan mangsa kemalangan membuktikan mereka memandu di bawah pengaruh alkohol. Penggunaan pil khayal dan ubat batuk juga mempengaruhi cara pemanduan yang boleh menyebabkan kemalangan. Fenomena pemanduan yang tidak berhemah ini akan menyusahkan semua pihak. Selain kecuaian pemandu, kemalangan juga berlaku disebabkan oleh keadaan raya yang sempit, bengkang-bengkok, berlubang dan sunyi. Hal ini cukup ketara jalan raya di kawasan pedalaman, seperti jalan raya dari Bentong ke Gua Musang. Keadaan jalan sebegini akan memberi tekanan kepada pemandu. Bagi pemandu yang kurang sabar, mereka akan memandu secara berbahaya. Misalnya, memotong di garisan berkembar atau ketika di selekoh. Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa apatah lagi apabila binatang melintas di hadapan. Jelasnya keadaan jalan raya juga boleh menyumbang ke arah kemalangan. Tidak seperti lebuh raya, kebanyakan jalan raya di negara kita tidak menyediakan. tempat rehat dan lampu jalan. Ketiadaan tempat rehat menjadikan pemandu terus memandu meskipun mereka keletihan dan mengantuk. Manakala jalan raya yang gelap pula boleh membawa risiko kemalangan yang tinggi. Rasa letih, mengantuk dan suasana menjadikan pemandu hilang tumpuan di jalan raya. Kealpaan yang sedikit menyebabkan jiwa melayang. Oleh itu, tempat rehat dan jalan yang disinari cahaya lampu adalah amat perlu untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Pelbagai faktor boleh dijadikan sebab berlakunya kemalangan di jalan raya. Namun, faktor penting yang sukar dinafikan ialah manusia itu sendiri. Pelaksanaan Sistem Kesalahan Jalan

Raya (KEJARA) dan kempen-kempen keselamatan jalan raya di media massa boleh menyedarkan pemandu yang malang itu tidak berbau.

Anda mungkin juga menyukai