Anda di halaman 1dari 12

BIMBINGAN BAHASA MELAYU Cikgu Teo 0129286770

BAHASA MELAYU TINGKATAN 4


Bimbingan : Cikgu Teo

MENGENALI KBAT DALAM


KARANGAN BM SPM

Contoh 1
Dalam mengamalkan amalan gaya hidup sihat, sukan lasak telah menjadi satu
kegemaran dan hobi kepada seseorang. Bagi sesetengah orang, mereka beranggapan
bahawa sukan lasak akan membahayakan tubuh badan kerana kecederaan akan
mudah berlaku. Kebanyakan sukan lasak ini merupakan aktiviti luar yang

1
BIMBINGAN BAHASA MELAYU Cikgu Teo 0129286770

dikategorikan sebagai ekstrem dan mencabar. Misalnya, aktivti panjat tembok,


basikal bukit, berakit, mendaki gunung dan sukan bermotor.
Sukan lasak ini telah menyediakan pelbagai faedah kepada seseorang.
Faedahnya adalah dapat membina ketahanan mental dan fizikal seseorang untuk
mengharungi pelbagai risiko yang bakal dihadapi. Seterusnya, hal ini juga dapat
mendidik seseorang untuk mempunyai ketahanan yang mantap dari segi fizikal agar
seseorang itu dapat menahan segala rasa sakit yang dihadapi.
Bertitik-tolak daripada itu, sukan lasak mampu membina keyakinan diri yang
tinggi kepada seseorang kerana sukan lasak dapat menyingkirkan segala perasaan
takut serta gementar yang terbit di hati mereka. Keyakinan diri bukan sahaja yakin
untuk tampil dihadapan orang ramai, malah yakin akan kebolehan diri untuk terus
berusaha ke garisan penamat.
Tambahan pula, sukan lasak dapat membentuk diri seseorang untuk menjadi
seorang yang berani menghadapi cabaran. Hal ini kerana sukan lasak dapat menguji
tahap keberanian seseorang untuk mengharungi dugaan sepanjang sukan lasak itu
dijalankan. Dengan itu, apabila sifat berani sudah terpupuk dalam diri, segala onak
dan duri pasti akan dapat diatasi.
Justeru itu, kita disarankan untuk menyertai sukan lasak kerana telah
memberikan pelbagai faedah kepada diri kita dan pembelajaran itu tidak mungkin
akan diperoleh di kelas belajar. Sudah terang lagi bersuluh bahawa sukan lasak
dapat menjamin badan yang sihat dan otak yang cerdas.

Contoh 2
Marcapada, pelbagai pembaharuan dan inovasi dilakukan tidak kira daripada
sektor pendidikan hinggalah ke sektor pentadbiran dan pembangunan. Sepanjang
transformasi dijalankan, sukan juga tidak ketinggalan dalam mewujudkan pelbagai
aktivti yang baharu bagi menggalakkan ramai individu terlibat secara langsung.
Dahulu, kita hanya mengenal permainan gasing dan tarik upih. Namun begitu, sukan
lasak diperkenalkan dengan banyak sekali seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Aktiviti ini banyak dilakukan oleh golongan belia. Dari siti, tahulah kita bahawa
sukan lasak memberi kebaikan kepada seseorang yang menyertainya.
Hasil positif yang bakal kita peroleh sepanjang melakukan aktiviti lasak
termasuklah ketahanan mental dan fizikal. Situasi ini timbul ekoran tenaga yang
banyak diperlukan dalam menjalankan aktiviti ini. Kesannya, jantung seseorang akan
terangsang untuk mengepam darah ke seluruh badan dengan cekap dan pantas. Oleh
hal yang demikian, daya tahan kardiovaskular seseorang dapat ditingkatkan serta
daya tahan diri terhadap penyakit dapat dielakkan. Sebagai bukti yang terang lagi
nyata, aktiviti berakit yang memerlukan tenaga yang banyak bagi melawan arus

2
BIMBINGAN BAHASA MELAYU Cikgu Teo 0129286770

deras air mahupun rakit yang digunakan kecil sahaja. Jelaslah bahawa, tubuh badan
kita dapat dikuatkan dengan melakukan sukan lasak.
Rentetan daripada perkara di atas, benih-benih keyakinan dapat disemai dan
dipupuk melalui sukan lasak ini. Hal ini demikian berlaku kerana, setiap aktiviti yang
dilakukan dalam senarai sukan lasak memerlukan kehendak dan kemahuan serta
kepercayaan terhadap diri yang tinggi. Contoh yang boleh diutarakan ialah aktiviti
memanjat tembok atau lebih dikenali sebagai “wall climbing”. Dengan memanjat
tembok secara berseorangan dan hanya bergantung kepada tali-tali penghubung,
individu tersebut perlu yakin bahawa dia mampu sampai ke puncak tembok tersebut.
Hasilnya, masyarakat yang waras dan bijak dalam mengemukakan idea-idea yang
tidak terpengaruh dengan zaman ortodoks dan zaman kuno dapat dilahirkan. Oleh
itu, tahulah kita bahawa sukan lasak membuatkan kita rasa lebih yakin dalam
menghadapi apa-apa cabaran dan rintangan pada era moden ini.
Selaras dengan itu, keberanian dalam menghadapi cabaran merupakan satu
daripada kebaikan yang bakal kita peroleh. Perkaran ini dapat dibuktikan dengan
aktiviti berbasikal bukit yang terdedah dengan bahaya seperti terjatuh, luka dan
patah tangan. Aktiviti ini dilakukan di kawasan yang berbukit-bukau dan hanya
individu yang berani menghadapi risiko tersebut dapat menjayakan aktiviti ini
sebaik mungkin. Impak positif daripada aktiviti berbasikal ini bukit ini, lebih ramai
indiviud yang berani dalam menghadapi sesuatu permasalahan dan berani menyahut
cabaran dapat dihasilkan. Jadi, secara tegasnya, aktiviti lasak membantu dalam
menyematkan sikap berani dalam jiwa individu yang menyertainya.
Secara empirikalnya, sukan lasak wajar disertai oleh ramai lagi individu
lantaran kebaikan dan faedah yang ditawarkan setelah kita menyertainya sangat
banyak. Aktiviti ini mapu melahirkan masyarakat yang aktif dan produktif serta
berfikiran kreatif. Hasilnya, wawasan 2020 yang kita nantikan dan yang akan tiba
tidak lama lagi bakal kita kecapi dengan hasil gigih semua pihak dalam menjalankan
transformasi dan inovasi dalam pelbagai bidang. Oleh itu, majulah sukan untuk
negara agar Malaysia terus duduk sama rendah, diri sama tinggi dengan negara-
negara maju di luar sana.

Contoh 3
Aktiviti sukan sudah menjadi sesuatu yang hampir semua rakyat Malaysia
lakukan bagi menjamin kesihatan diri masing-masing. Aktiviti ini sudah diterapkan
dalam diri seseorang sejak di bangku sekolah lagi. Namun begitu, tidak semua orang
menjalankan aktiviti sukan lasak. Sukan lasak bukan hanya dikhaskan untuk kaum
Adam sahaja, kaum wanita juga digalakkan untuk melakukan sukan lasak yang
berkemampuan bagi mereka. Pelbagai jenis sukan lasak yang boleh dilakukan
antaranya panjat tembok atau lebih dikenali dengan “wall climbing”, basikal bukit

3
BIMBINGAN BAHASA MELAYU Cikgu Teo 0129286770

atau “mountain bike” dan juga berakit. Sukan lasak ini dilakukan mengikut
kemampuan masing-masing. Sukan ini memberikan banyak faedah kepada setiap
individu yang melakukannya.
Kebaikan pertama yang diperoleh kepada seseorang yang melakukan aktiviti
sukan lasak termasuklah dapat menambah ketahanan mental dan fizikal. Hal ini
demikian kerana sukan lasak bukanlah seperti sukan yang biasa. Perkataan lasak
sahaja sudah menunjukkan ketahanan yang kuat diperlukan. Bagi individu yang baru
ingin memulakan aktiviti ini perlulah bermula dari bawah. Jangan terus melakukan
aktivti yang ekstrim bagi mengelakkan berlakunya masalah pada badan terutama di
bahagian otot. Ketahanan mental yang kuat juga diperlukan kerana “mind set”
merupakan sesuatu yang sangat penting. Sekiranya kita fikirkan kita boleh, maka
bolehlah kita begitu juga sebaliknya.
Seterusnya, faedah bagi seseorang yang melakukan aktiviti lasak ini
termasuklah dapat membina keyakinan diri dalam diri masing-masing. Perkara ini
terjadi kerana dengan melakukan aktiviti ini, seseorang itu perlulah yakin dengan
keupayaan dirinya sendiri. Janganlah melakukan aktiviti yang diri sendiri tidak
dapat lakukan persis kata mutiara “ukur baju di badan sendiri”. Sebagai contoh,
untuk melakukan aktiviti panjat tembok, kita perlulah yakin bahawa kita boleh
sampai sehingga ke dinding yang paling atas. Dengan adanya keyakinan ini dan
keinginan sendiri, maka mudahlah bagi seseorang itu melakukannya. Dengan ini,
jelaslah bahawa sukan lasak dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang.
Faedah menyertai sukan lasak yang lain adalah berani menghadapi cabaran.
Seperti yang dimaklumkan, tidak semua orang mahu melakukan aktiviti lasak ini
terutama kaum wanita. Walau bagaimanapun, mereka yang menyertainya telah
berani menghadapi cabaran. Contoh yang terdekat ialah berkayak. Mereka yang
menyertai aktiviti ini, berani untuk melawan arus dan berkayak di kawasan air deras.
Hal ini merupakan cabaran yang perlu mereka tempuhi bagi melakukan aktivti ini.
Oleh hal yang demikian, sukan lasak melatih diri seseorang untuk menjadi lebih
berani bukan sahaja dalam bidang sukan malahan dalam apa-apa juga aktiviti yang
lain.
Konklusinya, aktiviti sukan lasak memberikan banyak faedah kepada sesiapa
yang melakukannya. Menteri Belia dan Sukan, atau mana-mana yang
bertanggungjawab seharusnya mendorong masyarakat agar melakukan aktiviti ini.
Semakin ramai masyarakat Malaysia yang melakukan aktiviti sukan lasak ini, semakin
ramai rakyat yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang kuat, keyakinan diri
yang tinggi dan berani untuk menghadapi apa-apa cabaran yang datang.

4
BIMBINGAN BAHASA MELAYU Cikgu Teo 0129286770

PERINGKAT PERENGGAN PENDAHULUAN

TEMA : ALAM SEKITAR


Pencemaran alam sekitar selalu berlaku di negara kita. Pencemaran alam
sekitar perlu diatasi dengan segera. Masyarakat hendaklah mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar.

Pencemaran alam sekitar selalu berlaku di negara kita. Masalah ini


mengakibatkan banyak masalah seperti penyakit kronik dan mencemarkan pemandangan.
Oleh itu, setiap masyarakat hendaklah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini
dengan segera.

Masalah pencemaran alam sekitar merupakan isu negara


yang belum selesai. Setiap tahun, ada sahaja isu pencemaran yang dihidangkan
melalui media massa. Sebagai contoh, penduduk di negeri Johor terpaksa
berhadapan dengan masalah jerebu kerana pembakaran hutan yang berlaku di
Indonesia. Masalah ini memberi kesan yang sangat besar kepada negara sehingga
menyebabkan sesi persekolahan ditangguhkan untuk beberapa hari. Sebenarnya,
peranan masyarakat sangat penting untuk mengatasi masalah ini. Soalnya, apakah
peranan yang dapat dilakukan oleh masyarakat?

5
BIMBINGAN BAHASA MELAYU Cikgu Teo 0129286770

TEKNIK MENGANALISIS SOALAN KARANGAN

1) Pencemaran alam sekitar sering berlaku.

Bincangkan peranan masyarakat untuk mengatasi masalah ini.

Tema :

Tugasan :

2) Sambutan Hari Guru sering diadakan pada setiap tahun dengan meriah.

Huraikan pendapat anda tentang tujuan mengadakan sambutan Hari Guru.

Tema ;

Tugasan :

3) Alam sekitar semakin tercemar.

Bincangkan usaha-usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Tema :

Tugasan :

4) Amalan gotong-royong semakin dilupakan oleh masyarakat.

Bincangkan cara-cara untuk menggalakkan masyarakat bergotong-royong.

Tema :

Tugasan :

6
BIMBINGAN BAHASA MELAYU Cikgu Teo 0129286770

5) Masyarakat Malaysia kurang membaca.

Bincangkan cara-cara untuk menggalakkan masyarakat Malaysia membaca.

Tema :

Tugasan :

6) Amalan penjagaan kebersihan diri mampu melahirkan pelajar yang sihat.

Huraikan kepentingan menjaga kebersihan diri.

Tema :

Tugasan :

7) Sambutan perayaan di sekolah memberikan manfaat yang banyak kepada para


pelajar. Huraikan pernyataan tersebut.

Tema :

Tugasan :

8) Sambutan bulan kemerdekaan melahirkan para pelajar yang memiliki semangat


patriotik, bersatu padu dan menghargai tokoh sejarah. Berikan ulasan anda.

Tema :

Tugasan :

9) Peranan ibu bapa untuk memastikan agar anak-anak terhindar daripada ancaman
dunia siber.

Tema :

Tugasan :

7
BIMBINGAN BAHASA MELAYU Cikgu Teo 0129286770

10) Remaja kini terdedah kepada pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya,
media massa dan budaya Barat.

Huraikan peranan ahli keluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran-
cabaran tersebut.

Tema :

Tugasan :

11) Sikap kurang prihatin telah menyebabkan berlakunya banjir yang membawa pelbagai
kesusahan kepada banyak pihak.

Berikan komen anda.

Tema :

Tugasan :

12) Tahap kesedaran masyarakat tentang penyakit berbahaya yang mengancam manusia
seperti barah dan demam denggi masih rendah.

Bincangkan.

Tema :

Tugasan :

8
BIMBINGAN BAHASA MELAYU Cikgu Teo 0129286770

LATIHAN MEMULAKAN AYAT PERTAMA DALAM PENDAHULUAN KARANGAN

1) Peranan pihak sekolah memupuk semangat perpaduan dalam kalangan


pelajar.

- Semangat perpaduan sangat penting.

- Semangat perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara yang


mempunyai masyarakat berbilang bangsa.

2) Faedah menggunakan laman sosial dalam kalangan pelajar.

- Laman sosial sangat penting.

- Laman sosial sering dilayari oleh masyarakat pada zaman moden ini.

3) Faedah mempelajari mata pelajaran sejarah kepada para pelajar.

- Sejarah sangat penting

- Sejarah bermaksud peristiwa yang sudah berlaku.

9
BIMBINGAN BAHASA MELAYU Cikgu Teo 0129286770
LATIHAN MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN KARANGAN
Soalan 1 :
1) Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah.
Bincangkan.

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

2) Minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin luntur.


Jelaskan cara-cara untuk memupuk minat membaca, terutama dalam kalangan kanak-
kanak.

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

3) Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan keropok
mendatangkan banyak kesan buruk kepada kesihatan. Pengambilan makanan berkhasiat
penting untuk menjamin kesihatan.
Bincangkan faedah pengambilan makanan berkhasiat.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

10
BIMBINGAN BAHASA MELAYU Cikgu Teo 0129286770
4) Memang tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan unit beruniform seperti Pengakap,
Puteri Islam, Kadet Remaja dan sebagainya banyak memberikan faedah kepada pelajar.
Huraikan faedah-faedah yang akan anda dapati dengan menyertai satu daripada unit
beruniform itu.

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

5) Permainan Tradisional seperti gasing, wau, batu seremban dan congkak kian dilupakan
oleh generasi sekarang.
Huraikan usaha-usaha yang perlu diambil bagi mempopularkan permainan ini.

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

6) Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk amalan kebersihan anak-anak.
Berikan pendapat anda.

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

7) Masalah kesesakan lalu lintas di Malaysia semakin membimbangkan. Bincangkan


peranan pihak kerajaan untuk mengatasinya.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

11
BIMBINGAN BAHASA MELAYU Cikgu Teo 0129286770

8) Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat perpaduan kaum


dalam kalangan pelajar sekolah.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

12

Anda mungkin juga menyukai