Anda di halaman 1dari 16

Bagaimana Menjadi Pengguna Bijak

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENGGUNA YANG BESTARI DEMI MENGATASI MASALAH EKONOMI NEGARA.

............Keperluan membentuk kesedaran dalam kalangan para pengguna demi memantapkan ekonomi negara adalah satu agenda yang berkepentingan tinggi dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan suatu aliran Pengguna Perkasa. Jika pada suatu masa dahulu, penjual, pembekal atau pun pengilang boleh bertindak menaikkan harga sesuatu barangan di pasaran terutamanya apabila menjelang sesuatu musim perayaan mengikut suka hati mereka, hari ini dengan kesedaran dalam kalangan pengguna khususnya bahawa kekuatan sebenarnya berada dalam tangan pengguna sendiri, keadaan-keadaan seperti ini telah semakin berkurangan. Kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini, jika tidak dibendung dengan berkesan akhirnya akan membahayakan ekonomi negara dan akibatnya masyarakat juga yang akan menanggung rugi. ............Jika pengguna terasa ditipu dengan sesuatu produk, maka pengguna boleh bertindak memboikot barangan berkenaan. Tindakan ini akhirnya akan memberi kesan kewangan negatif kepada syarikat pembuat barangan berkenaan, dan ini akan memberi kesedaran kepada mereka tentang kuasa pengguna. Kesedaran dan keprihatinan ini perlu datang daripada para pengguna sendiri. Contohnya apabila kita membeli tepung sekampit yang ditulis berat bersihnya 1 kilogram, adalah wajar bagi kita menimbang semula kampit tepung berkenaan dan memastikan bahawa berat bersih produk berkenaan adalah benar-benar 1 kilogram. Sebagai pengguna prihatin, kita juga perlu mengambil tahu dengan lebih teliti tentang barangan yang kita beli. Apakah ramuannya? Adakah bahan pewarna yang digunakan menepati syarat-syarat kesihatan pengguna seperti yang telah di tetapkan oleh kerajaan? Adakah produk berkenaan mengandungi MSG? Adakah produk itu benar-benar berstatus halal? Adakah harga jualannya menepati harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Ketika membeli belah, berapa ramaikah yang akan membelek-belek dan membaca setiap satu pek atau tin barangan yang hendak dibeli dan membuat perbandingan harga setiap produk yang dibeli? Isu-isu sebeginilah yang perlu menjadi perhatian para pengguna hari ini. ............Fenomena kenaikan harga barangan keperluan ini bukanlah suatu masalah yang cuma berlaku di Malaysia sahaja, malahan telah menjadi suatu permasalahan global hari ini. Pada Oktober 2007, rakyat Itali telah memboikot keluarangan barang-barang pasta apabila harga makanan ini naik melebihi 20 peratus dalam masa seminggu. Hasil daripada tindakan ini pengeluar Pasta terpaksa akur kepada sentimen kuasa pengguna Itali, dan menurunkan semula kadar harga barangan berkenaan. Mekanisma penyebab pada kenaikan harga barangan sememangnya berhubung rapat antara satu sama lain. Contohnya di Mexico, apabila permintaan meningkat untuk minyak bio-diesel yang dipanggil Ethanol yang dihasilkan daripada jagung, maka harga jagung di pasaran terus melambung dan ini menyebabkan timbulnya masalah bekalan jagung kepada penternak lembu tenusu yang juga memerlukan jagung sebagai makanan utama untuk haiwan ternakan mereka. Ekoran ini harga susu, keju, dan mentega pula turut naik di pasaran Mexico. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pertanian dan Pemakanan Sedunia yang beribu pejabat di Brussels, harga pasaran makanan sedunia pada hari ini naik sebanyak 70 peratus berbanding dengan harga pada tahun 2000. Jadi sebagai pengguna yang

bijak, mereka perlu bertindak dengan menggunakan "kuasa pembeli" mereka. ............Hakikatnya pada hari ini, dengan meningkatnya taraf hidup bagi penduduk-penduduk di negara-negara membangun dunia yang besar seperti China dan India, maka permintaan dunia untuk barangan seperti gandum, beras, minyak masak dan bahan-bahan keperluan asas kehidupan yang lain akan terus juga meningkat. Faktor lonjakan harga minyak dunia juga bererti bahawa kos dalam proses pembuatan serta penghantaran akan terus meningkat dan ini akan menyumbang pada peningkatan harga barangan di pasaran. Faktor cuaca juga memainkan peranan yang penting bagi sektor penanaman sedunia. Permintaan bahan mentah seperti jagung, gandum dan lain-lain lagi untuk diproseskan menjadi bio-fuel atau ethanol adalah juga merupakan faktor penyumbang kepada kestabilan harga barangan pasaran. ............Manusia memerlukan tiga perkara asas untuk kehidupan iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Akibat krisis bekalan makanan yang gagal dikawal, akan membawa kepada kemelut kenaikan harga bekalan makanan di pasaran dan ini akan akhirnya menyebabkan berlakunya inflasi pada ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, pemantauan dan usaha berterusan perlu diperhebatkan lagi dalam usaha untuk menangani apa-apa jua krisis bersangkutan yang berkemungkinan akan timbul pada masa depan. Kita sebagai pengguna yang bijak adalah agen pemerhati harga barangan di pasaran yang paling efektif untuk membantu pihak kerajaan memantau pergerakan harga-harga pasaran. Selain itu, akta undang-undang perlindungan pengguna yang membawa kepada hukuman yang lebih drastik mestilah terus digubal demi untuk perlindungan jangka panjang kepada pengguna. ............Kementerian yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menjaga hal ehwal pengguna ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh kementerian terbabit demi memastikan kebajikan pengguna benar-benar terjamin. Antara langkah-langkah berikut adalah dengan menubuhkan Stok Penimbal Kebangsaan serta Penubuhan Majlis Harga Negara. Kerajaan juga turut mengenakan larangan membawa keluar barangan kawalan dari Malaysia serta memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pengguna tentang hak-hak mereka melalui penggubalan rang undang-undang Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan penubuhan Mahkamah Tribunal Pengguna. Pada masa yang sama, kerajaan juga menggerakkan sektor pertanian negara secara aggresif sebagai langkah membangunkan Sarawak sebagai Negeri Jelapang Padi Kedua Negara. ............Tindakan-tindakan ini telah berjaya mengawal kestabilan harga barangan di pasaran dan juga dengan bantuan padu beberapa agensi berwajib yang lain, telah dapat mengurangkan kadar aktiviti penyeludupan bahan makanan ke negara jiran. Hasil daripada pemantauan berterusan dan beberapa lagi langkah susulan proaktif kerajaan, kebajikan dan kesejahteraan kita sebagai pengguna telah dapat dimantapkan lagi. Dengan terlaksananya perubahan-perubahan kritikal ini, telah dapat membantu untuk memangkinkan lagi ekonomi negara. Justeru marilah kita sebagai pengguna bersama-sama memupuk kesedaran tentang hak-hak kita, langsung menjalankan tanggungjawab sosial kita dan juga memartabatkan diri kita sebagai Pengguna Bestari.

Dikirim dalam KOMSAS, Pengajaran Bahasa, Puisi. 1 Komen

Contoh Karangan Pelajar : Isu Pengangkutan Awam


Januari 24, 2009 mindabahasa

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini. Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT. Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan. Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam,

pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.
Dikirim dalam Esei, Pengajaran Bahasa. 1 Komen

Contoh Karangan Pelajar : Kewajaran Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah


Januari 23, 2009 mindabahasa

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita. Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G. Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah muridmurid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan. Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit? Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar

juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat. Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu. Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi.
Dikirim dalam Esei, Pengajaran Bahasa. 19 Komen

Isi Penting Esei Pelancongan


Jun 30, 2008 mindabahasa

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur selepas China dan Hong Kong. * Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industriindustri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang,

kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita (pengalamanpengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik. Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong. Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong. Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya. Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini. Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah. Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur. Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.

Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri. Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu. Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini. Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya. FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN Bentuk muka bumi: Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung. Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau. Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi. Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi. Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi. Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi. Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya. Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik. Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai. Iklim: Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai. Suhu bawah 0 C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski. Pemandangan yang menarik: Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia. Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit. Gua yang menarik + cth gua. Kesan sejarah + cth lokasi. Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai. Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth. Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.

Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing. Ketersampaian kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi / jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan. Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong. Peranan agensi + (nama agensi + peranan). Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa. Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN . Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat. Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta + Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth. Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong. Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong. KEPENTINGAN PELANCONGAN Pendapatan negara + RM? . Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar. Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth. Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas. Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang. Menggalakkan industri kraftangan / desa. Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth. Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong. KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman rekreasi padang golf telah mengakibatkan pelbagai. Kepupusan pokok berharga + cth pokok. Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran matahari. Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan. Kemusnahan kawasan tadahan hujan. Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah. Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah berlaku.

Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai / pantai. Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan. Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai. Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata. Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising. Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar. USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang + cth. Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth. Menambah lesen agensi pelancongan. Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth. Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik. Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong. Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha). Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth. Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa. Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru / membina hotel kos sederhana. Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong.
Dikirim dalam Esei, Info, Pengajaran Bahasa. 24 Komen

Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif Siri 1


Mac 21, 2008 mindabahasa

Sering kali, pelajar melakukan kesilapan apabila menukar ayat aktif transitif kepada ayat pasif apabila melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua. Antara ganti nama diri pertama ialah saya, hamba, aku, kami dan kita manakala ganti nama diri kedua ialah awak, engkau, kamu, anda, dan tuan. Dalam ayat pasif melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua, perlu diingat bahawa: 1. Tidak boleh menggunakan kata oleh, 2. Kata bantu seperti akan, sedang dsb. mesti hadir sebelum ganti nama diri. 3. Ganti nama diri : contohnya, saya, anda mesti diikuti oleh kata kerja : contohnya, tulis, baca , sepak. 4. Kata kerja mestilah menjadi kata dasar seperti tulis bukannya menulis, baca bukannya membaca.

Contoh 1 Ayat Aktif Transitif : Saya akan menulis rencana tentang isu vandalisme. Ayat Pasif : Rencana tentang isu vandalisme akan saya tulis. Contoh 2 Ayat Aktif Transitif : Anda telah menutup botol itu. Ayat Pasif : Botol itu telah anda tutup. Cuba anda tukarkan ayat aktif transitif di bawah dan seterusnya betulkan contoh-contoh ayat pasif yang diberikan. Sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan, awak telah memanggil Amran ke dalam kelas. Amran telah dipanggil oleh awak ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan. (Ayat pasif ini salah kerana oleh diikuti oleh ganti nama diri pertama atau kedua). Amran, awak telah panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan. (Ayat pasif ini salah kerana ganti nama diri pertama/kedua mestilah diikuti oleh kata kerja). Yang betul ialah : Amran telah awak panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
Dikirim dalam Kesilapan Bahasa, Pengajaran Bahasa, Sintaksis. 7 Komen

Contoh Karangan : Kesihatan Asas Kebahagiaan


Julai 20, 2007 mindabahasa Kesihatan melambangkan kekayaan dan Badan sihat, otak cerdas sering diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan. Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja. Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi.

Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan. Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen Rakyat Sihat, Negara Maju. Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif. Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat. Dikirim dalam Ayat, Esei, Pengajaran Bahasa. 5 Komen

Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja


Julai 18, 2007 mindabahasa

PANDUAN MENULIS KARANGAN

ASSALAMUALAIKUM MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA DATIN MARIAM BINTI MEHAD SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN PAHANG KEMAHIRAN MENULIS ( KM ) Kemahiran aras tinggi selepas mendengar, bertutur dan membaca. Peringkat menengah atas, kemahiran menulis jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran. OBJEKTIF KM TINGKATAN 4 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan dan ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii) OBJEKTIF KM TINGKATAN 5 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas. Ceraian (viii)

JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF Syarahan Ceramah/Ucapan Perbahasan Rencana Laporan Wawancara/Dialog Perbincangan Surat Surat Tidak Rasmi Berita Penerangan Fakta Komentar Minit Mesyuarat Ulasan/Kritikan JENIS KARANGAN KREATIF Cerpen Skrip Drama Sketsa Cerita berdasarkan peribahasa BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 ) EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN 1.Bahasa yang gramatis Tatabahasa Dewan Daftar Ejaan Rumi Kamus Dewan terkini 2.Laras yang tepat Variasi bahasa Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan 3.Pertautan idea Perhubungan yang erat ( kohesi ) Kejelekitan Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut ( koheren ) 4.Wacana yang kemas Sebuah karangan yang lengkap Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup PERTAUTAN IDEA DARI SEGI

1. PERTAUTAN NAHUAN 2. PERTAUTAN LEKSIKAL 3. WACANA YANG KEMAS IAITU Satuan bahasa yang lengkap dan bukan hanya susunan kata atau kalimat -Harimurti Kridalaksana, 1978 WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD Satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar dengan koherensi dan kohesi yang tinggi, berkesinambungan awal dan akhir serta disampaikan secara lisan atau bertulis -Taringan, 1987 WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD Satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap perenggan berfokus kepada satu isi. Setiap ayat bertautan antara satu sama lain. Pertautan membawa kesinambungan yang logik antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya.Teks penulisan terbentuk sebagai satu satuan yang jitu Khatijah binti Abdul Hamid, 1996 PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN TIGA PILIHAN PERENGGAN : Perenggan Deduktif - ayat topik diikuti oleh ayat huraian Perenggan Induktif - ayat huraian diikuti oleh ayat topik Perenggan Deduktif-Induktif - ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul SOALAN CONTOH Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini. FOKUS SOALAN Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi). RANGKA KESELURUHAN Pendahuluan Ayat Rangsangan Ayat Fokus Ayat Arah Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru

Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga Penutup Pendirian, pandangan, harapan JENIS-JENIS PENDAHULUAN PENGEMBANGAN ISI Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya. FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb AT ( Ayat Topik ) Isi utama AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa ( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I) AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan 1I ( SEKIRANYA ) Merujuk kepada KBKK - Kaitan atau perhubungan - Membanding atau membeza - Meramal - pb merujuk kepada peribahasa CONTOH APLIKASI RUMUS Menabung (AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza. (AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan ?) (AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai. ( Mengapa? ) (AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?) (AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)

(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung. ( Siapa ? ) (AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya ) (AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? ) (AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa) CONTOH APLIKASI RUMUS Merancang perbelanjaan (AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya. (AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? ) (AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? ) (AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? ) (AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?) (AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali membeli belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan. ( Sekiranya ) (AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga. (AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH :

ISI CUKUP DAN BERKEMBANG SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI PERENGGAN SEIMBANG ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK ) SATU ISI -SATU PERENGGAN KESIMPULAN Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis. - Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan. - Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan. - Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas. PENUTUP KARANGAN Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang telah dibincangkan. Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung. Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan. Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat. SEKIAN SELAMAT MENULIS TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai