Anda di halaman 1dari 12

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

TUGASAN : PENULISAN ESEI (10%)


MUHAMMAD FAKRULROZI
NAMA PELAJAR
BIN HARULNIZZAD
NO. MATRIK MA2112106186
PRAKTIKUM A2P3
NAMA PENSYARAH ABD HASHIM SETAPA
MARKAH RUBRIK (10%)

KURSUS EKONOMI 1
SEMESTER 2 SESI 2021/2022
KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
2.0 PENDAHULUAN

Makroekonomi ialah bidang pengajian ekonomi yang mengkaji ekonomi secara


menyeluruh yang melibatkan pembolehubah ekonomi seperti masalah pendapatan
negara, guna tenaga, imbangan pembayaran, pengangguran dan inflasi. Makroekonomi
mengkaji kegiatan dan peranan yang dimainkan oleh sektor isi rumah, firma, kerajaan
dan sektor luar negara secara agregat dalam menentukan tingkat kegiatan ekonomi.

Tajuk tugasan yang dikaji adalah berkaitan dengan pengangguran di Malaysia.


Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas pengangguran membawa maksud kepada
seseorang yang mahu bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. Mereka juga
digolongkan sebagai tenaga buruh sesebuah negara yang terlibat dalam kegiatan
ekonomi untuk menghasilkan barang dan juga perkhidmatan, iaitu mereka yang
berumur 15 ke 64 tahun yang sanggup bekerja.

Pengangguran merupakan salah satu masalah utama yang selalu dihadapi setiap
negara. Masalah pengangguran bukan sahaja tentang masalah sosial akan tetapi
berkait juga tentang masalah ekonomi, kerana pengangguran juga memberikan
pengaruh terhadap pertumbuhan ekonomi sesuatu negara khususnya negara yang
sedang berkembang maju seperti Malaysia.

Pengangguran juga merupakan salah satu penyakit ekonomi yang sangat


berpengaruh terhadap tingkat pertumbuhan ekonomi. Pengangguran telah
mengakibatkan orang awam tidak mempunyai pendapatan dan mendorong mereka ke
jurang kemiskinan. Masalah pengangguran selalu menjadi permasalahan yang sukar
diselesaikan di setiap negara. Hal ini kerana saban tahun, jumlah penduduk
terutamanya di Malaysia semakin bertambah dan akan menyebabkan juga peningkatan
orang yang meminta kerja. Sekaligus, berlaku persaingan yang sengit diantara mereka
untuk meminta kerja.
3.0 KESAN NEGETIF PENGGANGURAN

3.1 KADAR JENAYAH AKAN MENINGKAT

Pengangguran membuatkan para penganggur hilang punca pendapatan. Jadi,


sebahagian daripada mereka terdesak dan sanggup melakukan apa-apa saja untuk
mendapatkan wang. Mereka memilih inisiatif yang mudah untuk mendapatkan wang
dengan melakukan jenayah yang boleh mengancam kesejahteraan sosial seperti
merompak, menyamun dan meragut. Mengambil tajuk petikan daripada akhbar Metro,
ia mengatakan kes samun meningkat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, ramai yang terkesan dan
mempunyai masalah dari segi kewangan. Faktor peningkatan kes ini berpunca daripada
tekanan hidup akibat dibuang kerja sekali gus menyebabkan mereka mengambil
kesempatan terhadap kealpaan masyarakat yang membuka ruang melakukan jenayah.
Hal ini akan menyebabkan berasa kurang senang dan wujudkan ketidaktenteraman
dalam kalangan masyarakat seandainya isu ini masih berlarutan. Jelaslah bahawa
pengangguran membawa kesan yang negatif terhadap masyarakat.

3.2 MELAMBATKAN PROSES PEMBANGUNAN NEGARA

Mengambil tajuk petikan akhbar Berita Harian, ia mengatakan bahawa


“Pengangguran antara cabaran TN50”. TN50 merupakan sebuah dasar baharu yang
bertujuan untuk membentuk Malaysia sebagai negara yang berpotensi dalam sektor
ekonomi dan lain-lain. Namun begitu, dalam memacu negara ke arah pencapaian yang
cemerlang, Malaysia masih menghadapi masalah pengangguran. Secara tidak
langsung memberi kesan kepada proses pembangunan negara. Hal ini terjadi kerana
apabila kadar pengangguran tinggi, maka pendapatan dan keuntungan para pengusaha
syarikat akan menyosot. Impaknya jumlah cukai pendapatan dan keuntungan syarikat
yang perlu dibayar kepada kerajaan akan berkurang dan sekaligus mengurangkan
pendapatan negara Pendapatan negara yang sedikit akan menjejaskan proses
pembangunan negara. Apabila pendapatan negara berkurang, maka kerajaan tidak
mampu untuk menyediakan prasarana-prasarana yang dapat menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Dengan itu, perbelanjaan untuk menyediakan prasarana
untuk orang awam terpaksa dikurangkan dan akan melambatkan proses pembangunan
negara.
3.3Taraf hidup rakyat menurun

Taraf hidup penduduk di dalam sesebuah negara dapat diukur berdasarkan kepada
pendapatan per kapita. Apabila wujudnya ramai tenaga buruh yang menganggur akan
menyebabkan keluaran Negara kasar akan berkurangan dan akan mendorong para
penganggur ke jurang kemiskinan dan mengalami masalah kewangan yang serius.
Tambahan pula, hidup di zaman kini kos hidup yang sangat tinggi terutamanya yang
hidup di kawasan bandar. Kesannya, taraf hidup rakyat menurun kerana kuasa beli
yang kurang disebabkan hilang punca pendapatan lebih-lebih lagi sejak Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Hal ini dapat dibuktikan daripada tajuk petikan Awani iaitu
“Perbelanjaan isi rumah turun 55% akibat PKP. Sehubungan itu jelaslah bahawa,
pendapatan per kapita yang rendah menunjukkan bahawa taraf hidup rakyat negara
pada tahap yang rendah.
4.0 CARA PENYELESAIAN

4.1 Mengurangkan kadar tenaga kerja asing

Sedia maklum, saban tahun kerajaan akan mengambil tenaga kerja dari negara lain
contohnya dari negara Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal untuk berkerja di
negara Malaysia. Mengambil cuplikan petikan keratan akhbar Utusan Malaysia, bahawa
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata kerajaan perlu memberi
pertimbangan membenarkan pengambilan tenaga kerja asing sebanyak 20,000.
Sekiranya, kerajaan dapat mengurangkan kadar tenaga kerja dari negara lain, peluang
pekerjaan yang tersedia yang dapat diisi rakyat setempat yang tinggal di bandar
mahupun di kawasan kampung lebih meluas. Kerajaan seharusnya mengutamakan
kebajikan rakyat setempat berbanding warga asing. Kerajaan juga seharusnya menapis
pengambilan tenaga kerja asing secara terperinci oleh kerana Kes Covid 19 di negara
semakin meningkat dan berisiko tinggi.

4.2 Meningkatkan kemahiran teknikal dan ilmu

Manakala pihak individu pula harus lebih positif mengharungi kegawatan ekonomi ini
dengan cuba meningkatkan lagi kemahiran diri mereka seperti menyambung belajar,
mengambil kursus jangka pendek dan meningkatkan prestasi diri. Sikap suka
meningkatkan kebolehan diri memastikan seseorang pekerja itu terus dihargai oleh
syarikat dan kemungkinan untuk dibuang kerja amat tipis. Malah, jika mereka dibuang
kerja pun, golongan yang positif seperti ini akan mudah menerima kerja baru kerana
mereka memiliki kemahiran lain yang sudah pasti diperlukan oleh syarikat lain pula atau
mungkin mereka boleh bekerja sendiri berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini.
Lantaran itu, semua orang harus melihat pendidikan sebagai satu proses jangka masa
panjang dalam hidup seseorang itu dan tidak menganggap pelajaran tamat selepas
meninggalkan bangku sekolah sahaja. Dengan adanya kemahiran dan ilmu yang tinggi,
dapat mencerahkan peluang individu tersebut untuk diterima kerja. Sekali gus, dapat
mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

4.3 Kerajaan mempelbagaikan sektor ekonomi

Akhir sekali kita boleh mempelbagaikan sektor ekonomi oleh sebab itu, lebih banyak
peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan. Mengambil tajuk petikan akhbar Harakah
Daily, ia mengatakan bahawa “Wujud peluang pekerjaan, kurang kadar pengangguran”.
Selain itu, kerajaan juga boleh memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi
rangsangan kepada ekonomi supaya lebih banyak projek pembangunan yang dapat
dioperasikan secara serentak. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan
dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mendatangkan lebih banyak
aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi seiring peredaran
zaman pada masa kini. Ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan
menyediakan bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan
dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan artikel ini, jelaslah bahawa pengangguran bukan sahaja menjadi


masalah kepada penganggur akan tetapi juga menjadi isu kepada masyarakat
setempat apabila wujudnya tenaga kerja yang berlebihan. Masalah pengangguran juga
memberikan impak yang negatif kepada keluarga dan negara. Apabila masalah
pengangguran semakin meningkat dan mendorong kepada peningkatan masalah sosial
dan jenayah, ini akan menyebabkan kemakmuran dalam negara sukar untuk dicapai.
Oleh itu, pihak kerajaan dan pihak swasta perlu menggembleng tenaga dalam
mengatasi masalah pengangguran ini demi meningkatkan mutu ekonomi negara seiring
negara negara lain dan juga demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Jika kedua-dua pihak
tersebut tidak memberikan penekanan terhadap isu pengangguran ini, kesannya
negara Malaysia tidak mungkin akan maju dan sentiasa timbulnya masalah kepada
rakyat dan negara.

1113 Patah Perkataan


5.0 SUMBER RUJUKAN

 Kadar pengangguran negara kembali meningkat

Kadar pengangguran negara kembali meningkat | Berita Harian (bharian.com.my)

 My Metro, (14 Mac 2021), Kes samun Meningkat ketika PKP

Kes samun meningkat ketika PKP [METROTV] (hmetro.com.my)

 Harakahdaily, (13 Julai 2021),Wujud peluang pekerjaan, kurang kadar


pengangguran

Wujud peluang pekerjaan, kurang kadar pengangguran (harakahdaily.net)

 Nailah Huda, (8 April 2020), Perbelanjaan isi rumah turun 55% sejak PKP

Perbelanjaan isi rumah turun 55 peratus sejak PKP - Kajian | Astro Awani

 Utusan Malaysia, (6 Mei 2021), Usaha membawa masuk 20,000 pekerja asing

Usaha bawa masuk 20,000 pekerja asing - Utusan Digital

Anda mungkin juga menyukai