Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Article : PENGANGGURAN: BENARKAH MAHASISWA MEMILIH KERJA?

http://news.ump.edu.my/print/pdf/node/1797

Berdasarkan artikel masalah kerjaya di Malaysia yang anda pernah baca, jelaskan
punca dan cara mengatasi masalah tersebut.

Pada era globalisasi ini, mahasiswa memang mengalami banyak masalah dalam
kerjaya. Antara punca yang menyebabkan mahasiswa mengalami masalah kerjaya adalah
punca penggunaan teknologi canggih yang menggantikan tenaga manusia.
Kemunculan teknologi yang semakin canggih telah menyebabkan peluang kerjaya semakin
kurang kerana telah digantikan oleh sistem fizikal siber yang mengambil alih tempat
manusia. Seterusnya, mahasiswa juga telah mengalami masalah dalam kerjaya kerana
dipengaruhi oleh punca penguasaan Bahasa. Ada kajian yang dilakukan sebelum ini
mendedahkan sememangnya majukan hari ini lebih memilih graduan yang mempunyai
penguasaan Bahasa Inggeris berbanding graduan yang kurang kemahiran berbahasa
Inggeris. Selain itu, tangga gaji juga antara punca yang menyebabkan graduan mengalami
masalah dalam kerjaya. Masalah tangga gaji juga mungkin merupakan salah satu faktor
yang menyebabkan para graduan memilih pekerjaan. Sememangnya, graduan akan memilih
tangga gaji yang sepadan dengan kelulusan mereka. Berdasarkan Laporan Bank Negara
Malaysia (BNM) 2018, mendedahkan yang tangga gaji lepasan diploma dan ijazah merosot
dalam tempoh lapan tahun kebelakangan ini. Para graduan lepasan universiti
sememangnya diperlukan di dalam sektor industri dan bukan industri. Tetapi adakah kita
sedar ada dalam kalangan mereka yang menjadi mangsa kepada majikan yang mengambil
kesempatan. Ini memandangkan ada majikan yang sengaja menggunakan alasan ekonomi
negara yang kurang memberangsangkan sebagai alasan untuk tidak membayar upah yang
sepatutnya dan lebih rendah dari sepatutnya. Punca lain yang menyebabkan graduan
mengalami masalah kerjaya juga disebabkan punca budaya experience. Secara amnya
memang tidak masuk akal jika sekiranya majikan hanya memilih pekerja berdasarkan
pengalaman berkaitan kerja sebelum ini. Ini akan menyukarkan graduan yang baru tamat
belajar untuk mendapatkan pekerjaan. Bayangkan semua majikan hanya memandang
pekerja yang ada pengalaman bekerja, sampai bila pun graduan yang fresh ini tidak akan
diterima bekerja dan sampai bila-bila pun mereka tidak akan mempunyai pengalaman
bekerja.

Cadangan bagi menyelesaikan masalah kerjaya graduan ini, peranan kaunselor


kerjaya atau para pendidik telah memainkan peranan yang penting dengan memberi
pendedahan maklumat kepada para graduan terhadap bidang kerjaya yang ingin diceburi.
Oleh itu, kewujudan kaunselor bukan sahaja penting di peringkat sekolah menengah tetapi
juga penting di peringkat institusi pengajian tinggi. Pendidikan kerjaya mampu membimbing
graduan untuk mendapatkan kerjaya yang bersesuaian dengan tahap mereka dan
mempunyai peluang pekerjaan yang luas. Seterusnya, kewujudan kaunselor di institusi
pengajian tinggi juga memberi kepentingan kepada mahasiswa kerana kaunselor akan
berperanan sebagai penggerak motivasi dan peningkatan potensi pelajar. Kaunselor dapat
membantu graduan dengan memberi penjelasan kepada graduan tentang punca-punca
masalah kerjaya terkini dan memberi cadangan atau nasihat terhadap masalah yang
dihadapi. Bagi punca dari segi penguasaan Bahasa, mahasiswa boleh melibatkan diri
dengan menyertai kursus-kursus meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa seperti
Bahasa Inggeris. Dengan penguasaan Bahasa yang kukuh, mahasiswa dapat menangani
syarat syarikat yang memerlukan pekerja yang mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris
yang baik.

Anda mungkin juga menyukai