Anda di halaman 1dari 6

ISU KERJAYA : GRADUAN TIDAK BEKERJA

PENGENALAN

Graduan merupakan mahasiswa atau mahasiswi yang telah menerimah ijazah pada hari
konvokesyen. Jika pada suatu ketika dahulu, graduan yang telah mendapat ijazah lazimnya
sering disebut-sebut sebagai antara individu yang akan mengisi kekosongan kerja dengan mudah
namun tidak lagi kini. Berbekalkan diploma dan ijazah yang dimiliki selepas dua hingga empat
tahun pengajian, peluang mereka memperoleh pekerjaan bergaji setimpal kelulusan kelihatan
semakin sukar, melainkan jika berpeluang menyertai perkhidmatan awam. Situasi itu
menyebabkan peningkatan jumlah graduan dan siswazah menganggur, selain ramai terpaksa
menceburi pekerjaan bukan bidang pengajian, selain dibayar gaji atau imbuhan tidak setimpal
kelulusan dimiliki.

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan
seramai 516,600 penganggur. Pada masa sama, seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327
siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan Jobs Malaysia di bawah Jabatan Tenaga
Kerja (JTK) Semenanjung. Lebih merisaukan, bilamana ramai dalam kalangan siswazah
menganggur itu adalah anak-anak yang menjadi harapan keluarga masing-masing yang selama
ini tergolong dalam kelompok kumpulan isi rumah terendah, B40 dan keluarga miskin.

Pensyarah di Pusat Pengajian Sosiologi Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia


(UKM), Anuar Ahmad, berkata penelitian terhadap data pengangguran siswazah Melayu pada
2017 dan 2018 adalah konsisten. Hasil penelitian beliau mendapati tiga bidang utama yang
paling banyak menganggur di Malaysia datang daripada bidang pengajian islam, sains sosial dan
sains tulen. Justeru, berikut merupakan hasil dapatan perbincangan berkaitan dengan faktor
peningkatan graduan menganggur di Malaysia.

1
FAKTOR-FAKTOR GRADUAN TIDAK BEKERJA

1. Graduan terlalu memilih pekerjaan.

Ramai dalam kalangan graduan kini yang dilihat sekarang terlalu memilih pekerjaan. Jawatan
yang hendak dipohon tidak realistic dengan kelayakan sebenar dan berfokus kepada jawatan
yang tinggi di dalam syarikat. Sebagai contoh jawatan pengurus besar merujuk kepada individu
yang bersesuaian dan telah melalui pengalaman kerja yang lama dan pelbagai. Apabila tiada
kekosongan dalam jawatan, maka mereka lebih rela menjadi penganggur daripada melakukan
kerja yang tidak setaraf atau sepadan dengan ijazah yang mereka miliki. Graduan yang
menganggur ini lazimnya lebih memilih untuk menanti pada sesuatu pekerjaan yang tidak pasti
untuk mereka miliki berbanding menepis rasa malu dan mahu untuk melakukan pekerjaan yang
bermula dari bawah.

2. Graduan kurang kemahiran komunikasi dan tiada kecekapan

Kurang keyakinan dalam berkomunikasi menyebabkan graduan gagal memperolehi pekerjaan.


Majikan memerlukan mereka yang mahir berkomunikasi untuk memastikan segala tugasan yang
diberikan difahami dan mendapat maklum balas yang baik. Sekiranya graduan tidak berupaya
untuk berkomunikasi, sukar untuk majikan menawarkan pekerjaan. Tambahan pula, ketika sesi
temu duga kriteria tersebut merupakan faktor utama yang dilihat dan diambil kira oleh majikan
sebelum menawarkan pekerjaan. Bahkan ramai dalam kalangan graduan yang gagal
menunjukkan sebarang bukti mengenai kecekapan yang mereka miliki dalam lelongan untuk
meraih sesuatu pekerjaa. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan lagi kadar pengangguran
graduan di Malaysia.

3. Graduan memohon gaji yang terlalu tinggi

Berdasarkan kaji selidik berkenaan, permohonan gaji dan faedah yang tidak relevan adalah
faktor utama yang menyebabkan majikan tidak mahu menawarkan pekerjaan kepada para
graduan. Kebiasaanya, faedah yang akan diperolehi oleh pekerja selepas mendapat pekerjaan
adalah caruman Employee's Provident Fund Organization (EPF) dan Pertubuhan Keselamatan
Sosial (SOCSO). Oleh itu, sebelum meletakkan jumlah gaji yang hendak dipohon, graduan

2
dinasihatkan untuk merujuk kepada jadual gaji yang kebiasaanya digunakan oleh majoriti
majikan.

Kebiasaannya, majoriti majikan menawarkan gaji mengikut tahap pengalaman yang


dimiliki oleh pemohon. Sekiranya anda belum mempunyai sebarang pengalaman kerja dalam
bidang yang dipohon dan keliru mengenai tahap gaji yang ditetapkan, anda boleh menyemak
tahap gaji permulaan mengikut tahap pendidikan dan kursus pengajian bermula pada peringkat
ijazah seperti mana yang telah disenaraikan oleh Jobstreet.com.

4. Graduan tiada kemahiran menguasai bahasa kedua

Bahasa kedua yang paling dominan dalam konteks budaya mencari pekerjaan di Malaysia
lazimnya merujuk kepada kehendak untuk menguasai bahasa Ingegris. Kita sedia maklum
bahawa Bahasa Inggeris merupakan antara bahasa penghantar paling penting di dunia. Majoriti
syarikat menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Selain itu, jika anda ingin bekerja
di syarikat-syarikat besar, majoriti pelanggan mereka adalah bangsa asing. Ini kerana wujudnya
kolaborasi perniagaan merentas sempadan yang diusahakan demi untuk mengembangkan
perniagaan syarikat. Maka, penggunaan bahasa Inggeris adalah satu kemestian dalam urusan
perniagaan mereka.

5. Graduan berhadapan dengan kadar persaingan yang terlalu tinggi

Persaingan dalam kalangan graduan bukan sahaja datang daripada IPTA tetapi juga IPTS.
permasalahan ini ditambah dengan wujudnya terlalu banyak institusi pengajian tinggi yang
bermotifkan keuntungan semata-mata tetapi tidak melihat dan mengkaji kepada kebolehpasaran
graduan setelah menamatkan pengajian kelak. Persaingan sengit di kalangan graduan universiti
pada masa ini menyebabkan para graduan harus mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai
kemahiranuntuk bersaing dengan graduan-graduan universiti yang lain. Mendapatkan pekerjaan
bagimenyara kehidupan sendiri dan keluarga adalah harapan setiap graduan yang
barumenamatkan pengajian. Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka akan bernasib
baikkerana persaingan yang sengit dalam pasaran masa kini. Sehubungan itu, graduan
seharusnyamenukar minda mereka (change of mindset) dan tidak memilih pekerjaan.

3
6. Graduan memiliki pencapaian akademik yang kurang memuaskan

Kecemerlangan akademik merupakan salah satu kriteria yang dapat menunjukkan


kecemerlangan pelajar di institusi pengajian tinggi termasuklah kolej komuniti. Ia juga
merupakan matlamat utama kebanyakan pelajar dan merupakan alat pengukur bagi menentukan
kejayaan seseorang pelajar di dalam bidang akademik. Permasalahan tentang pencapaian
akademik pelajar sering diperkatakan oleh pemimpin, tokoh-tokoh akademik serta masyarakat
dan secara tidak langsung mempengaruhi measa depan mereka apabila mereka gagal bersaing
untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan yang diharapkan. Atas sebab ini jugalah mengapa
kesemua pelajar yang berada di institusi pengajian tinggi perlu menyedari bahawa
kecemerlangan akademik yang dapat dilihat pada transkrip akademik lazimnya akan menjadi
kayu ukur kepada kerjaya seseorang graduan kelak.

7. Graduan bergraduat daripada kolej swasta yang tidak diiktiraf

Sekali lagi cuba kita menoleh ke belakang sekitar tahun 1970 hingga 1980an, negara kita hanya
mempunyai beberapa buah universiti sahaja. Tetapi pada masa kini, bilangan Universiti Awam
(UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) semakin bertambah dan ini tidak termasuk
dengan institusi pendidikan baharu yang menyediakan kursus pendidikan jarak jauh bagi
memudahkan orang ramai mengikuti pengajian sambil bekerja.

Maka dalam hal ini, seseorang mahasiswa perlu bijak mengatur langkah. Seseorang mahasiswa
yang bijak adalah seorang yang pandai menggunakan peluang semasa berada di kampus. Dalam
hal ini, mereka perlu bergiat aktif dalam pelbagai persatuan, memastikan mereka mendapat gred
yang bagus, mempelajari berbagai bahasa dan pengalaman semasa menjadi pelajar. Jadi jika
mereka keluar hanya berbekalkan sijil semata-mata anda tidak akan mudah mendapat peluang
pekerjaan.

4
CARA MENGATASI

1. Setiap universiti mewujudkan pelan strategik kebolehpasaran graduan

Setiap universiti perlu mempunyai pelan strategik keboleh pasaran graduan masing-masing.
kekangan mewujudkan impian ini dapat dilihat bilamana semua university menyediakan pelan
strategic yang sama sedangkan Institu Pengajian Tinggi baik awam mahupun swasta mempunyai
isu latar belakang pelajar dengan kebolehan yang berbeza-beza.

pengurusan university juga harus bertanggungjawa bagi memastikan Kitaran Ganas Kemiskinan
(Vicious Cycle of Poverty) ditamatkan dalam kalangan mahasiswa. Isu ini menunjukkan
ketidakadilan kepada mahasiswa bilama ianya dibincangkan setelah mereka bergraduat. Walau
bagaimanapun, usaha yang dilakukan oleh pihak Jabatan pendidikan Tinggi (JPT) yang
menggugurkan 38 program akademik di 19 universiti awam (UA) di seluruh negara kerana
dikatakan tidak lagi relevan dengan kehendak industri dan menjanjikan peluang pekerjaan
terbaik kepada graduan harus dipuji.

2. Memperbanyakkan program Job fair

Pada masa kini pelaksanaan program jobfair adalah sesuatu yang lazim. objektif program yang
dibawa juga adalah sama namun program job fair yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber
Manusia masih tidak mencapai matlamat yang diinginkan. bahkan jumlahnya juga adalah kurang
jika ingin dibandingkan dengan pihak swasta.

Menerusi program seumpama ini, ia dapat menghubungkan majikan-majikan yang


berpotensi dengan individu yang memiliki keperluan pekerjaan atau mereka yang tergolong di
dalam kalangan pelajar universiti tahun akhir yang bakal bergraduat dalam masa terdekat.
Program ini akan mengumpulkan bakal-bakal pekerja yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang pendidikan serta kemahiran dengan majikan yang terdiri daripada syarikat-syarikat di
dalam pelbagai industri. Lebih menarik bilamana majikan dapat bersemuka secara terus dengan
graduan dan memudahkan mereka lebih mengenali kemahiran dan personaliti sebenar bakal
pekerja yang bersesuaian dengan kehendak organisasi mereka.

5
3. Menggalakkan graduan menceburi bidang keusahawanan
Bidang keusahawanan ini merupakan peluang pekerjaan alternatif bagi mengatasi isu graduan
menganggur dan sangat bersesuaian dengan konteks ekonomi di Malaysia. Kerajaan perlu
menyediakan lebih banyak saluran pemasaran alternatif, seperti perniagaan dalam talian serta
menambah pusat perniagaan komuniti, sebagai antara langkah mewujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan itu bukan saja boleh menampung lambakan graduan
menganggur, tetapi turut membantu kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah
(B40) untuk berniaga atau menjadi usahawan. Teras keusahawanan adalah dedikasi, dorongan,
ketekunan dan kreativiti.

4. Graduan melengkapkan diri dengan kompetensi dan kemahiran

Terdapat banyak kemahiran dan kompetensi yang bilamana ia dikuasai maka secara tidak
langsung akan meningkatkan peluang graduan untuk memiliki pekerjaan yang diingini. Antara
kemahiran yang dilihat relevan dengan dunia pekerjaan masa kini adalah seperti memanfaatkan
pekerjaan dengan trend baharu misalnya mengikuti kursus atas talian, menghadiri seminar,
membaca buku pembangunan diri atau mendengar nasihat pemimpin dalam industry. Selain itu,
graduan juga boleh mempelajari teknologi baharu, berfokus kepada bidang perkhidmatan,
memantapkan kecerdasan emosi dan memupuk minda keusahawanan.

KESIMPULAN

Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengatasi isu graduan tidak
bekerja. Graduan perlu bersifat kompetitif dan begitu juga kepada pihak kerajaan. Sudah tiba
masanya kajian dilakukan dan cadangan kajian dilaksanakan bagi mengatasi masalah graduan
menganggur di Malaysia. Jelasnya isu ini akan menyumbang kepada banyak kesan negatif jika
tidak diatasi dengan segera misalnya mendorong permasalahan sosial, peningkatan kadar jenayah
bahkan ia membazirkan sumber tenaga manusia dalam kalangan generasi muda di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai