Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU

Nama Klien: K1/01/01

Tarikh dan Masa Sesi Dijalankan:


22 Januari 2020 11.00 pagi

No Telefon dan Alamat Perhubungan:


Kolej Komuniti Selayang

Subjektif
 Pada sesi ini, kaunselor hanya memulakan perbualan sosial dan sesi soal kenal di
samping bercerita tentang diri masing - masing
 Berdasarkan cerita klien, bercerita tentang pengalamannya sepanjang pembelajaran
di universiti dan mengenai pengalaman peribadi beliau dalam kehidupannya
 Secara keseluruhan, perasaan klien semasa penceritaan ialah biasa sahaja
berdasarkan riak wajah klien. Ada yang senyum semasa bercerita.
 Berdasarkan cerita klien, pemikiran yang ditunjukkan oleh klien ialah mereka
hanya bercerita sahaja.
 Secara keseluruhan, nilai yang ditunjukkan oleh klien ialah mereka mudah mesra
dengan keadaan sekeliling.
 Kebimbangan klien tidak ditunjukkan kerana mereka hanya bercerita tentang
kehidupan mereka.
 Secara keseluruhan, mereka menunjukkan perasaan yang teruja semasa dalam sesi
individu

Objektif
 Tingkah laku klien yang dapat diperhatikan semasa sesi ialah pergerakan tangan
yang sentiasa bergerak
 Kekuatan masih tidak ditunjukkan kerana cerita klien hanya mengenai dirinya
sahaja
Penilaian

 Apa saya dapat nilai dan rumuskan pada sesi kaunseling yang pertama ini adalah saya
melihat bahawa klien merupakan seorang yang amat bersemangat dan kaunselor dapat
membina hubungan yang baik dengan klien
 Klien juga menunjukkan kerjasama yang baik kepada kaunselor dan menanyakan
beberapa soalan kepada kaunselor sekiranya dirinya keliru berkenaan sesi kaunseling
 Kaunselor yakin klien mampu bercerita mengenai isunya dengan sangat baik pada sesi
akan datang

Perancangan

 Kaunselor perlu meneroka cerita klien dengan lebih mendalam untuk mengetahui
perkara yang dibimbangi klien.
 Kaunselor juga perlu membimbing klien dan matlamat kendiri.
 Sesi berikutnya akan dijalankan pada tarikh 29 Januari 2020
Nama Kaunselor:
Muhammad Syafiq Ikhwan Bin Mohd Kharun

Tandatangan dan Tarikh: 22 Januari 2020

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU


Nama Klien: K1/01/02

Tarikh dan Masa Sesi Dijalankan:


29 Januari 2020 11.00 pagi

No Telefon dan Alamat Perhubungan:


Kolej Komuniti Selayang

Subjektif
 Pada sesi ini, kaunselor meneroka cerita klien dan isu yang dihadapi klien.
 Klien telah memilih untuk berkongsi isunya yang mana klien mengatakan bahawa
dirinya mempunyai kebimbangan dan takut dalam bercinta
 Klien mengatakan bahawa dirinya masih terbayang-bayang peristiwa pahit dimana
klien pernah dikenakan oleh teman lelakinya.
 Klien turut berkongsi bahawa klien berasa geram dan marah perbuatan bekas teman
lelakinya kerana telah menipu dirinya
 Klien berfikir bahawa klien ingin bercinta tetapi takut jika peristiwa itu masih
berulang lagi. Klien juga pernah terfikir untuk bercinta selepas khawin tetapi klien
juga perlu mengenal pasangannya terlebih dahulu
 Perasaan ini telah terjawab ketika kaunselor meneroka klien dan klien juga
bersetuju dengan isu percintaan dimana klien terlalu berfikir banyak perkara .yang
membuatkan klien diganggu dengan perkara ini.

Objektif
 Tingkah laku klien yang dapat diperhatikan semasa sesi ialah pergerakan tangan
yang sentiasa bergerak
 Kekuatan klien masih tidak ditunjukkan kerana kaunselor hanya melakukan
penerokaan cerita klien tentang isu yang dihadapi

Penilaian

 Rumusan yang boleh dibuat berdasarkan cerita klien ialah kaunselor dapat melihat dan
memahami bahawa persoalan klien ialah klien menghadapi konflik bahawa klien perlu
mengenal pasangan terlebih dahulu tetapi klien takut untuk jika peristiwa yang sama
berulang sama kembali iaitu pernah ditipu oleh teman bekas lelakinya.
 Kaunselor juga dapat melihat bahawa klien masih belum mampu atasi isu percintaan
yang membelenggu diri klien .
Perancangan

 Pada sesi kaunseling ketiga yang akan dijalankan, kaunselor akan cuba untuk
menggunakan teori Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) terhadap isu yang
dihadapi oleh klien kerana kaunselor dapat melihat terdapat permikiran yang tidak
rasional yang ada dalam diri klien iaitu klien takut untuk bercinta dengan mana-mana
lelaki.
 Menurut Zakaria Mohammad (2018), teori REBT mampu membuang permikiran yang
tidak rasional dan digantikan dengan kepercayaan yang lebih rasional
 Sesi berikutnya akan dijalankan pada tarikh 19 Februari 2020

Nama Kaunselor:
Muhammad Syafiq Ikhwan Bin Mohd Kharun

Tandatangan dan Tarikh: 29 Januari 2020

Anda mungkin juga menyukai