Anda di halaman 1dari 3

UNIT 5

I am prepared!

Pengenalan:

Melalui aktiviti ini peserta dapat mengenal pasti maklumat kerjaya secara terperinci
berdasarkan personaliti dan hala tuju kerjaya peserta mengikut bidang-bidang yang diminati.
Hal ini kerana para peserta telah didedahkan dengan aktiviti dan ujian yang telah
menonjolkan sedikit sebanyak pemilihan kerjaya individu. Oleh itu, peserta akan mencari
maklumat kerjaya yang bersesuaian dengan tret dan faktor peserta dengan sebanyak mungkin
dan seterusya melihat kriteria yang diperlukan oleh kerjaya yang dipilih untuk disesuaikan
dengan diri peserta.

Objektif:

Selepas mengikuti aktiviti ini peserta akan dapat:

I. Mengenal pasti maklumat kerjaya dengan lebih terperinci dan spesifik berdasarkan
personaliti yang telah dikenalpasti dan tret dan faktor peserta.
II. Mengenalpasti kebolehan dan kelemahan diri dengan kerjaya yang telah dikenalpasti
berdasarkan kriteria-kriteria yang diperlukan oleh sesebuah kerjaya.
III. Merancang dan berusaha untuk mencapai kriteria-kriteria dan matlamat kerjaya yang
diminati.

Aktiviti berdasarkan objektif modul:

I. Bengkel dan ceramah maklumat kerjaya semasa. Peserta akan didedahkan dengan
ciri-ciri kelayakan dan maklumat terkini sesebuah kerjaya semasa.
II. Eksplorasi diri (mencari kelebihan dan kelemahan diri berdasarkan pemilihan kerjaya
dengan kriteria kerjaya yang diperlukan).
III. Strive to achieve the goal (merangka strategi mencapai matlamat).

Bilangan peserta: 70 orang

Tempoh masa: 3 jam

Bahan-bahan: Kertas A4 dan pen.


Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti:

I. Peserta akan berkumpul di dalam kumpulan di dewan utama berdasarkan kelas


personaltiti masing-masing berdasarkan personaliti RIASEK untuk mengikuti bengkel
dan ceramah yang akan disampaikan.
II. Bengkel dan ceramah maklumat kerjaya disampaikan oleh penceramah jemputan bagi
memberi pendedahan yang spesifik kepada peserta mengenai maklumat dan kriteria
yang diperlukan oleh semua kerjaya masa kini.
III. Seterusnya, setelah tamat bengkel dan ceramah. Fasilitator akan mengedar kertas A4
kepada semua peserta untuk aktiviti ekplorasi diri iaitu dengan mencatat dan menulis
kelebihan dan kekurangan diri dalam mencapai kerjaya yang diminati berdasarkan
personaliti masing-masing.
IV. Fasilitator akan membantu membimbing peserta untuk mencari apa kelebihan dan
kekurangan peserta dan mencatatnya di dalam kertas A4 dalam aktiviti strive to
achieve the goal.
V. Selepas itu, fasilitator akan meminta peserta untuk merangka satu plan perancangan
untuk mengembangkan kelebihan dan memperbaiki kelemahan yang ada dalam
mencapai minat kerjaya peserta disamping berkongsi penambahbaikannya sesama
peserta dalam kelas personaliti yang sama terutama berhubung rapat dengan kelebihan
dan kelemahan yang perlu diperbaiki individu dalam aktivti tersebut
VI. Hasilnya peserta telah bersedia dengan perancangan yang mantap dengan langkah-
langkah yang proaktif untuk mencapai matlamat kerjaya masing-masing.
VII. Akhir sekali, fasilitator akan memberi penerangan lanjut berserta rumusan terhadap
aktiviti yang telah dilakukan.

Falsafah aktiviti:

I. Fokus utama pemilihan aktiviti berdasarkan teori kerjaya Holland  adalah untuk
menjelaskan tingkahlaku vokasional serta mencadangkan beberapa idea praktikal
untuk menolong peserta memilih kerja, menukar kerja serta memperoleh kepuasan
bekerja.
II. Peserta dapat mencari perekitaran-persekitaran yang memberikan mereka peluang
mengamalkan kemahiran-kemahiran dan kemampuannya, melahirkan sikap dan nilai-
nilainya
III. Pemilihan kerjaya, pertukaran kerjaya, pencapaian vokasional, kecekapan personal,
tingkahlaku pendidikan serta sosial dapat diketahui berdasarkan pola personaliti.
IV. Setiap peserta mempunyai stereotaip tersendiri berhubung dengan dunia pekerjaan.
Hal inilah yang akan mempengaruhi peserta dalam membuat keputusan yang
berkaitan dengan pemilihan kerjaya.

Refleksi aktiviti:

I. Peserta berjaya menambah pengetahuan dalam bidang kerjaya dengan lebih baik dan
terperinci mengikut bidang-bidang kerjaya tertentu.
II. Peserta dapat mengetahui syarat dan kriteria yang diperlukan oleh peserta untuk
mencapai matlamat kerjaya yang diinginkan.
III. Peserta akan mengetahui kelebihan dan kekurangan yang wujud dalam diri dalam
menyelusuri bidang kerjaya.
IV. Peserta juga berjaya merangka plan strategi yang mantap untuk mengembangkan dan
menambah baik kelebihan dan kekurangan diri yang ada dalam mencapai matlamat
kerjaya.
V. Secara tidak langsung, pelajar telah bersedia untuk mencapai matlamat kerjaya
dengan plan yang strategik yang telah dirancangkan oleh peserta itu sendiri dalam
pemilihan kerjaya.

Anda mungkin juga menyukai