Anda di halaman 1dari 22

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL

KERTAS PENERANGAN
KURSUS / COURSE PENDIDIKAN KERJAYA

SEMESTER SEMESTER 8

NO. DAN TAJUK MODUL/MODULE 06 PERSEDIAAN KE ALAM KERJAYA


NO. AND TITLE (06.1 - PERANCANGAN KERJAYA)

BOLEH MERANCANG KERJAYA DENGAN


KEBOLEHAN / ABILITIES MENGGUNAKAN POTENSI DIRI DAN ILMU YANG
DIMILIKI.

AT THE END OF THIS MODULE, TRAINES WILL


OBJEKTIF MODUL / MODULE
BE ABLE TO:
OBJECTIVE
1)

KP/A13800-
NO. KOD / CODE NO. / NOSS 4

TAJUK: PERANCANGAN KERJAYA

TUJUAN:

Membantu pelajar membuat perancangan kerjaya melalui potensi diri yang telah dikenal pasti
semasa mengambil kursus Pendidikan Kerjaya ini dan menggunakan ilmu dan kemahiran sebagai
asas pencarian kerja dan membina kerjaya yang bersesuaian.

1. PENGENALAN
Perancangan Kerjaya adalah merupakan kemuncak kepada pembelajaran Pendidikan
Kerjaya yang telah diambil oleh pelajar. Keseluruhan ilmu berkaitan pendidikan kerjaya yang
telah didedahkan di dalam topik pengajaran dan pembelajaran ini sewajarnya diaplikasikan
oleh pelajar untuk menyediakan mereka ke dunia pekerjaan yang sebenar.

Segala kejayaan yang dikecapi oleh seseorang bermula dengan perancangan. Perancangan
hala tuju yang jelas dapat membantu individu tersebut menyusun atur kehidupan dengan
lebih sempurna.

Dalam konteks pengajaran ini, pelajar terlebih dahulu telah mempelajari beberapa perkara
seperti berikut:

i) Teori Pemilihan Kerjaya dan Perkembangan Kerjaya yang merupakan


asas kepada perancangan kerjaya mereka.
Ini kerana dalam Teori Pemilihan Kerjaya Holland, pelajar perlu membuat
hubungkait di antara personaliti dan persekitaran kerja mereka. Jika
seorang individu itu seorang yang suka bermain dengan alat, kurang
berminat berkomunikasi, pendiam maka persekitaran kerjanya adalah
dalam bidang teknikal.
Begitu juga dengan Teori Perkembangan Kerjaya Super, melaluinya
pelajar dapat mengenali beberapa proses situasi dan kedudukan yang
bersesuaian pada tahap umur yang berbeza. Semua ilmu yang dipelajari
berkaitan dengan teori kerjaya ini dapat membantu pelajar melihat
gambaran menyeluruh mengenai kerjaya mereka dari kecil hingga tua.
ii) Ujian Psikometrik dan Minat Kerjaya membantu pelajar mengenali
personaliti dan potensi diri. Ia memberi ruang dan peluang kepada pelajar
untuk mengekpresikan bakat dalam persekitaran kerja yang bersesuaian
dengan minat mereka. Sekiranya pelajar telah memasuki bidang yang
tidak bersesuaian dengan minat dan personalitinya, mereka perlu
melakukan transformasi minat agar dapat bekerja dalam suasana yang
menyeronokkan. Selain itu, mereka boleh mengubah bidang kerja tersebut
ke arah personaliti mereka. Contoh, pelajar tidak menyukai pertukangan
tetapi lebih suka kepada perniagaan maka mereka boleh menggunakan
kemahiran pertukangan dalam perniagaan.
iii) Komunikasi dan pengurusan stres membantu pelajar mengurus hubungan
mereka dengan orang lain. Komunikasi berkesan boleh mengurangkan
rasa stres pelajar. Kemahiran ini perlu digunakan oleh pelajar dalam
kehidupan sehariannya sehingga akhir nyawa.
iv) Ilmu kepimpinan juga merupakan aspek yang perlu diambil kira oleh
pelajar untuk melahirkan generasi yang bertanggungjawab serta memiliki
nilai-nilai murni yang lain.
Oleh itu, setiap ilmu yang dipelajari dijadikan panduan dalam perancangan kerjaya pelajar. Ia
boleh diintergrasikan dalam gambarajah di bawah

LANGKAH 1

Kenali Potensi Diri


Ramai di antara pelajar tidak mengenali apakah potensi yang mereka miliki. Mereka tidak
menyedari minat dan bakat yang ada pada diri mereka boleh dijadikan aset untuk mereka
membina kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti mereka. Sering kali pelajar gagal
merancang kerjaya masa depan kerana mereka tidak mempunyai kesedaran mengenainya.
Setelah mendapat keputusan peperiksaan, barulah mereka mula mencuba mencari kursus
yang bersesuaian dengan keputusan tersebut dan bukanlah berdasarkan kepada minat dan
bakat yang mereka miliki. Oleh itu, sebelum pelajar memasuki alam kerjaya, mereka perlu
terlebih dahulu mengenali apakah potensi yang mereka miliki. Ini boleh dikenal pasti melalui
soal selidik personaliti dan minat kerjaya yang telah diperkenalkan pada awal pembelajaran
subjek ini.

Melalui pengupayaan mengenali potensi diri, mereka boleh membina kemahiran-kemahiran


yang berkaitan dengan potensi tersebut. Malahan pelajar boleh lebih berkreativiti
berlandaskan potensi yang ada. Sebagai contoh, jika mereka berpotensi menjadi seorang
pereka fesyen, maka bakat tersebut perlu terus diasah dan perlu berkreativiti untuk
mempelbagaikan lagi rekaan mereka. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain.
Latihan:

1. Sila nyatakan kelebihan dan kelemahan diri anda?


2. Tuliskan perkara yang anda minati untuk diceburi.
3. Sila nyatakan apakah yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan lagi potensi diri
anda. (Anda boleh menggunakan kreativiti untuk meningkatkan potensi tersebut).

LANGKAH 2

Meneroka Bidang Kerjaya

Setelah pelajar mengenali bakat, minat dan personaliti diri maka pelajar boleh mencari
apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan mereka. Oleh itu, pelajar perlu meneroka bidang
kerjaya yang ingin diceburi. Bidang kerjaya ini tidak semestinya hanya tertumpu pada satu
jenis kerja sahaja. Pelajar perlu meneroka banyak pilihan kerjaya yang ada agar mereka
bersedia memilih satu kerjaya yang paling bersesuaian dengan mereka.

Penerokaan bidang kerjaya ini boleh dilakukan melalui pengumpulan maklumat berkaitan
dengan kerjaya tersebut. Malahan pelajar boleh menjalankan temu bual dengan individu
yang terlibat secara langsung dan berjaya dalam bidang kerjaya tersebut. Selain, itu pelajar
juga perlu mempunyai kemahiran ICT untuk mendapatkan maklumat kerjaya tersebut melalui
laman sesawang, menggunakan facebook, blog, whats app dan sebagainya. Melalui
penggunaan ICT ini, mereka boleh berkongsi maklumat, bertukar pandangan dan mencari
peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

Latihan:

1. Nyatakan apakah bidang kerjaya yang anda minati?


2. Tuliskan mengapa anda memilih bidang kerjaya tersebut?
3. Bagaimanakah anda mengumpul maklumat mengenai kerjaya tersebut?
4. Sila lengkapkan buku skrap kerjaya berkaitan dengan kerjaya yang anda pilih.

LANGKAH 3
Memilih Kerjaya
Buat pilihan tepat
Dapatkan maklumat khusus mengenai kerjaya tersebut
Dapatkan agensi yang menawarkan kerjaya tersebut (sila nyatakan nama agensi
tersebut)
Sediakan resume
Buat latihan persediaan menghadapi temuduga (buat ramalan soalan yang akan
ditanya dalam sesi temu duga tersebut).
Laman web yang boleh dilayari untuk mendapatkan maklumat kerjaya :
1. JobsMalaysia.gov.my
2. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
3. malaysiancareer
4. oh job
5. spa.gov.my
6. Create account job Malaysia
7. 3 link kerjaya pilihan

Latihan.

Cadangkan beberapa laman web yang boleh anda layari untuk mendapat maklumat
terkini mengenai kerjaya.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

LANGKAH 4
Pemantapan Kerjaya
Meningkatkan profesionalisme dan kepakaran dalam kerjaya yang diceburi
Melakukan perancangan untuk mencapai matlamat jawatan tertinggi
Membina peraturan untuk memantapkan kerjaya

Latihan
1. Cadangkan beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk pemantapan kerjaya
anda.
_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

LANGKAH 5
Kecemerlangan Kerjaya
KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL

KERTAS PENERANGAN
PROGRAM / PROGRAM PENDIDIKAN KERJAYA

SEMESTER PENDEK SEMESTER 8

NO. DAN TAJUK


06 PERSEDIAAN KE ALAM KERJAYA
MODUL/MODULE NO. AND
(06.02 PENYEDIAAN RESUME)
TITLE

MENULIS RESUME DENGAN FORMAT YANG


KEBOLEHAN / ABILITIES
BETUL.

OBJEKTIF MODUL / Menulis resume dengan betul


MODULE OBJECTIVE

NO. KOD / CODE NO. /


CES 101/ M04 Z-009 / M04 / P(2) Muka : 1 drp : 4
NOSS
TAJUK: PENYEDIAAN RESUME

TUJUAN:

Pelajar dapat menulis resume dengan menggunakan format yang betul.

PENGENALAN

Dalam Kamus Dewan Edisi 4, resume (rsum) yang disebut juga sebagai
curricular vitae (CV) dalam Bahasa Inggeris membawa makna keterangan
ringkas tentang maklumat diri, pendidikan dan pengalaman kerjaya
seseorang yang biasanya disertakan untuk memohon sesuatu pekerjaan.
Oleh itu, ia boleh ditakrifkan juga sebagai dokumen rasmi peribadi seseorang
yang juga merupakan kaedah memperkenalkan kebolehan dan kehebatan
diri kepada bakal majikan yang menawarkan pekerjaan.

Justeru, penyediaan resume amat penting kerana ia juga berperanan sebagai


kaedah untuk seseorang itu mengiklankan dirinya (berkaitan kelebihan diri
dan kreativiti) dan juga sebagai pembina hubungan awal di antara individu
tersebut dengan bakal majikannya.

Oleh itu, ia perlu digarap dengan baik dan mempunyai perkara-perkara yang
diperlukan untuk memudahkan calon memperkenalkan dirinya kepada agensi
yang menawarkan pekerjaan. Ini kerana, kebanyakan syarikat atau agensi
tersebut akan menjadikan resume sebagai petunjuk utama untuk
mendapatkan tenaga kerja dalam agensi mereka. Oleh itu, penulisan resume
peru dibuat dengan kaedah yang betul dan mengikut format yang tepat untuk
menarik perhatian bakal majikan.

PENYEDIAAN RESUME YANG BERKESAN

Menyatakan jawatan yang dipohon


Resume yang disediakan perlu mengandungi jawatan yang dipohon.
Sebagai contoh, Juruteknik Elektrik.
Padat dan mudah difahami
Resume yang berkesan juga perlu mengandungi isi yang padat dan
mudah difahami oleh bakal majikan. Penulisan resume tidak
memerlukan ayat yang meleret dan terlalu panjang.
Menonjolkan kebolehan dan pencapaian
Resume juga perlu menggambarkan kebolehan, kelebihan dan
kekuatan pemohon. Penggunaan perkataan yang menggambarkan
sikap positif amat penting untuk dinyatakan supaya bakal majikan
terarik dengan sikap dan keperibadian yang dinyatakan. Sungguhpun
demikian, ia perlu lah jujur dan bertepatan dengan diri pemohon.
Maklumat yang relevan dengan jawatan.
Adalah sangat berkesan sekiranya individu yang memohon jawatan
menyatakan

PERKARA YANG PERLU ADA DALAM RESUME


Nama Penuh
GambarTerbaru (saiz passport)
Butir Peribadi (tarikh lahir, tempat lahir, taraf perkahwinan)
Alamat surat menyurat
Alamat Tetap (Jika lain daripada no 4)
Objektif / Matlamat Penyediaan Resume
Latar Belakang Pendidikan (Utamakan yang tertinggi)
Pengalaman kerja (sementara & latihan amali)
Aktiviti korikulum & persatuan
Penglibatan masyarakat / komuniti
Penerbitan
Taraf serta kemahiran pelbagai bahasa
Kemahiran-kemahiran lain (komputer)
Minat dan Kegemaran
Kekuatan dan Kelebihan Diri
Rujukan 2 orang yang dikenali (ahli akademik/guru)

KESILAPAN DALAM MENYEDIAKAN RESUME


Salah ejaan dan tatabahasa
Gambar tidak sesuai
Alamat sementara & nombor telefon yang tidak lengkap
Melipat resume
Tidak menyemak kandungan sampul surat
Menyalin kembali salinan resume yang ada di internet.

CONTOH RESUME
CONTOH RESUME

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh : Mohd Fahmi b. Ishak


Umur : 26 tahun
Tarikh lahir : 26 Mei 1986
Bangsa : Melayu
No. K/P : 860526-12-3456
Alamat : 2345,Jalan contoh
Surat-menyurat Taman Sekulai,
43000 Kajang,
Selangor.
Warganegara : Malaysia
Status Perkahwinan : Bujang
No. Telefon (HP) : 012-3456789
Email : abcd_123@contoh.com

OBJEKTIF PERMOHONAN

Untuk mohon jawatan__________________________dengan sebuah agensi, pertubuhan


yang akan membolehkan saya untuk menggunakan sepenuhnya kebolehan, kemahiran,
pengalaman dan menyumbangkan ke arah pembangunan modal pekerja yang berkebolehan
dan kreatif.

MAKLUMAT PENDIDIKAN

1)
Institusi : Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
Bidang Pengajian : Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
Kelulusan : CGPA 3.78
Tamat : 2015

PRAKTIKAL

1)
Institusi :
Bangi, Selangor.
Jawatan : Kaunselor Pelatih di Unit Pengembangan dan Kaunseling,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Tempoh : Februari Julai 2012

Penglibatan : - Urusetia Simposium Integriti Guru & Dadah


Fasilitator Program Peningkatan Kompetensi Perkhidmatan untuk Staf Pengurusan
dan Staf

PENGALAMAN KERJA

1)
Jawatan : Enumerator (Separuh masa)
Organisasi : Merdeka Center, Bangi
Tahun : 2010
PENGLIBATAN

DI KOLEJ:

AJK Debat Diraja antara Kolej (2008)


AJK Debat antara IPTA atas 18 tahun (2006 2008)

PROGRAM LUAR (BAKTI KEMASYARAKATAN)

Urusetia Program Penerangan Perdana Negeri Perak (2011)


Fasilitator Kem PPSMI Kelas Rancangan Khas Daerah Hilir Perak dan Batang
Padang Anjuran Jabatan Pelajaran Perak (2006)

SEKOLAH (JAWATAN)

Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya (2002-2003)


Kapten Pasukan Hoki (2002 - 2003)

SEKOLAH (AKTIVITI)

Fasilitator Kursus Peningkatan Penghargaan Kendiri (2003)


Peserta Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya (2002)

KEMAHIRAN BAHASA

Bahasa Melayu Bahasa Ibunda


Bahasa Inggeris Fasih Lisan dan Penulisan

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kemahiran menggunakan aplikasi komputer termasuk MS Office (MS Word, Excel,


Power Point dan SPSS).

MINAT DAN KEGEMARAN

Membaca buku
Melukis
KELEBIHAN DAN KEKUATAN DIRI

Boleh mengendalikan kursus-kursus motivasi dan pembangunan manusia.


Berpengalaman menjadi pembantu penyelidik pelajar doktor falsafah.
Mampu berkomunikasi dengan baik dan mempunyai daya keyakinan yang tinggi.
Tekun dan sabar dalam melakukan kerja.
Berfikiran terbuka dan mampu untuk menjana serta memberi/berkongsi idea.
Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan mudah belajar (fast learner).

RUJUKAN

Pn. Rosnah bt. Mardi


Guru Bimbingan dan Kaunseling
Kolej Vokasional Sri Serdang
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
No. Telefon: 03-3455432
KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL

KERTAS PENERANGAN
PROGRAM / PROGRAM PENDIDIKAN KERJAYA

SEMESTER PENDEK SEMESTER 8

NO. DAN TAJUK MODUL 06 PERSEDIAAN KE ALAM KERJAYA


/MODULE NO. AND TITLE (06.3 - KEMAHIRAN MENGHADAPI TEMUDUGA)

MEMILIKI KEYAKINAN DIRI DALAM MENGHADAPI


KEBOLEHAN / ABILITIES
TEMUDUGA.

AT THE END OF THIS MODULE, TRAINES WILL BE


ABLE TO:
2) APPLY CULTURE REQUIREMENTS TO THE
WORKPLACE
OBJEKTIF MODUL / 3) DEMOSTRATE INTEGERITY AND APPLY
MODULE OBJECTIVE ETHICAL PRACTICES
4) ACCEPT RESPONSIBILITY FOR OWN WORK
AND WORK AREA
5) SEEK AND ACT CONSTRUCTILY UPON
FEEDBACK ABOUT PERFORMANCES

NO. KOD / CODE NO. / NOSS CES 101/ M04 Z-009 / M04 / P(2) Muka : 1 drp : 4

TAJUK: KEMAHIRAN MENGHADAPI TEMUDUGA

TUJUAN:

Supaya para pelajar dapat pendedahan berkaitan dengan senario atau keadaan menghadapi
temuduga dan dapat mengaplikasi kemahiran dan teknik tersebut dengan berkesan.
NO KOD Z-009 / M04 / P(2) Muka : 2 drp : 4

1. PENGENALAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Temu duga bermakna tanya jawab,
perbahasan, perdebatan, temu ramah, temu bual, wawancara, bersoal
jawab, bertanya jawab, berbahas dan bertengkar. Dalam konteks
pengajaran ini, temu duga diistilahkan sesi temu bual antara seorang atau
lebih individu yang mencari kerja dengan bakal majikan. Ia adalah bersifat
subjektif dan berstruktur. Ini bermakna, temu duga yang dijalankan antara
kedua-dua pihak ini berlaku dalam suasana yang formal, beradab dan
teratur.

Dalam situasi temu duga inilah, maka bakal majikan akan membuat
pemerhatian yang teliti terhadap pelbagai aspek terhadap diri individu yang
datang mohon pekerjaan agar pemilihan yang dilakukan adalah bertepatan
dengan dasar dan aspirasi agensi atau syarikat tersebut. Pihak agensi atau
syarikat selalunya bersifat selektif dalam mengambil pekerja kerana mereka
mempunyai banyak pilihan. Mereka pastinya telah meletakkan syarat-syarat
tertentu yang standard untuk menjadi pekerja mereka. Malahan ada di
antara agensi samada kerajaan atau swasta menyaring bakal pekerjanya
beberapa kali untuk mendapatkan yang betul-betul terbaik dan hebat untuk
menjadi sebahagian daripada warga kerja mereka.

Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka yang sedang mencari
pekerjaan. Justeru, cabaran yang besar dan persaingan yang banyak, maka
adalah sangat perlu untuk seserang mempelajari kemahiran dan teknik
menghadapi temuduga. Penguasaan kemahiran ini amat perlu dikuasai dan
sentiasa di semat di kotak fikiran para pelajar atau anak muda yang
menganggur agar mereka sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan
cabaran sewaktu ditemu duga.
2. PERSEDIAAN MENGHADAPI TEMU DUGA

a) Sebelum Hari Temu duga


.
Semasa anda mendapat panggilan temu duga sama ada secara bersurat
atau secara lisan (telefon), anda sudah mula perlu melakukan beberapa
persediaan. Antara persediaan tersebut adalah:
i) Informasi Agensi/Syarikat
ii) Maklumat Mengenai Pekerjaan Yang Dipohon
iii) Menyediakan Fail
iv) Menyediakan Resume
v) Menyediakan Pakaian
vi) Membuat latihan/MainPeranan

b) Semasa Hari Temu duga


i) Penampilan Diri
ii) Persediaan Mental
iii) Peralatan/Fail/Resume
iv) Doa

c) Semasa Temu duga


i) Berdoa untuk dipermudahkan
ii) Ketuk Sebelum Masuk
iii) Beri salam kepada penemuduga
iv) Serahkan fail/resume apabila diminta
v) Letakkan peralatan seperti bag tangan di bawah
vi) Cara duduk(menyeret kerusi)
vii) Riak wajah pandangan mata
viii) Intonasi Suara (terlalu perlahan/terlalu kuat)
ix) Cara Menjawab Soalan (tidak perlu berhujah)
x) Pamerkan keyakinan
xi) Ucapkan terima kasih.

d) Selepas Temu duga


i) Banyakkan berdoa kepada Tuhan
.

3. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA TEMU DUGA


i) Memperlihatkan ego yang tinggi
ii) Pakaian yang menjolok mata atau tidak sesuai
iii) Berhujah untuk menunjuk pandai
iv) Bertanya soalan kepada penemu duga
v) Terlalu banyak bercakap
vi) Menggunakan nama orang kenamaan sebagai cara untuk
mendapatkan jawatan
vii) Tingkah laku yang tidak sesuai cara duduk, ketawa, bercakap
viii) Mengaitkan isu politik semasa
ix) Mengggunakan perkataan yang kurang sopan
x) Mewujudkan provokasi terhadap penemu duga

4. MENGAPA PERLU DIADAKAN TEMU DUGA?


Temu duga adalah kaedah bagaimana bakal majikan dapat mengenal pasti
karektor calon yang memohon kerja. Melalui perbualan temu duga tersebut,
calon yang ditemu duga akan ditanya dengan beberapa soalan sama ada
yang berbentuk:
i) Peribadi
ii) Pendidikan
iii) Pengalaman
iv) Berkaitan bidang kerja/agensi/syarikat
v) Isu semasa
Melalui perbualan yang terancang dan tersusun ini, si penemuduga akan
mengamati dan membuat penilaian terhadap calon. Cara calon menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan selalunya akan ditafsir melalui beberapa
sudut:
i) Keyakinan diri
ii) Kestabilan emosi
iii) Tahap pengetahuan
iv) Kesungguhan
v) Kejelasan sebutan
vi) Kefahaman ilmu yang berkaitan bidang tugas
vii) Idea yang bernas
viii) Personaliti tertib

5. PENUTUP

Sebagaimana yang diperjelaskan di atas, kemahiran menghadapi temu duga bukanlah


suatu perkara yang boleh dipandang dan diambil mudah. Ia adalah permulaan untuk
seseorang itu memasuki dunia pekerjaan yang berbeza daripada dunia pelajar. Justeru,
setiap pelajar perlu menyediakan diri mereka dengan pengetahuan dan ilmu tersebut
agar apabila tiba masa untuk berhadapan dengan situasi temu duga, mereka mampu
untuk melakukan yang terbaik. Persaingan yang sangat hebat di antara mereka yang
memerlukan kerja perlukan persediaan. Persediaan yang paling utama adalah
persediaan mental dan jiwa. Mental yang kental dan jiwa yang kukuh adalah elemen
yang pasti akan memberikan pulangan besar sebagai seorang individu. Jiwa kental,
emosi stabil, keyakinan diri akan menerobos alam pekerjaan melalui kemahiran
menghadapi temu duga yang berkesan.
NO KOD Z-009 / M04 / P(2) Muka : 3 drp : 4

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL

KERTAS PENERANGAN
PROGRAM / PROGRAM EMPLOYABILITY SKILLS

SEMESTER PENDEK SEMESTER 8

NO. DAN TAJUK


06 PERSEDIAAN KE ALAM KERJAYA
MODUL/MODULE NO. AND
(06.4 - ETIKET SOSIAL)
TITLE

KEBOLEHAN / ABILITIES MENGAPLIKASIKAN ETIKET SOSIAL.


AT THE END OF THIS MODULE, TRAINES WILL BE
ABLE TO:
6) APPLY CULTURE REQUIREMENTS TO THE
WORKPLACE
OBJEKTIF MODUL / 7) DEMOSTRATE INTEGERITY AND APPLY
MODULE OBJECTIVE ETHICAL PRACTICES
8) ACCEPT RESPONSIBILITY FOR OWN WORK
AND WORK AREA
9) SEEK AND ACT CONSTRUCTILY UPON
FEEDBACK ABOUT PERFORMANCES

NO. KOD / CODE NO. / NOSS CES 101/ M04 Z-009 / M04 / P(2) Muka : 1 drp : 4

TAJUK: MEMPRAKTIKKAN AMALAN ETIKET SOSIAL

TUJUAN:

Supaya para pelajar dapat mengaplikasikan amalan Etiket Sosial dalam pelbagai situasi yang
bersesuaian.

NO KOD Z-009 / M04 / P(2) Muka : 2 drp : 4

1. PENGENALAN

Dalam Kamus Dewan Edisi 4, resume (rsum) yang disebut juga sebagai curricular
vitae (CV) dalam Bahasa Inggeris membawa makna keterangan ringkas tentang
maklumat diri, pendidikan dan pengalaman kerjaya seseorang yang biasanya disertakan
utk memohon sesuatu pekerjaan. Oleh itu, ia boleh ditakrifkan juga sebagai dokumen
rasmi peribadi seseorang yang juga merupakan kaedah memperkenalkan kehebatan diri
kepada bakal-bakal majikan yang menawarkan pekerjaan.

Justeru, penyediaan resume amat penting kerana ia juga berperanan sebagai kaedah
untuk seseorang itu mengiklankan dirinya (berkaitan kelebihan diri dan kreativiti) dan juga
sebagai pembina hubungan awal di antara individu tersebut dengan bakal majikannya.

Oleh itu, ia perlu digarap dengan baik dan mempunyai perkara-perkara yang diperlukan
untuk memudahkan calon memperkenalkan dirinya pada agensi yang menawarkan
pekerjaan. Ini kerana, kebanyakan syarikat atau agensi tersebut akan menjadikan
resume sebagai petunjuk utama untuk mendapatkan tenaga kerja dalam agensi mereka.
Oleh itu, penulisan resume peru dibuat dengan kaedah yang betul dan mengikut format
yang tepat untuk menarik perhatian bakal majikan.

2. JENIS-JENIS MAJLIS RASMI

e) Majlis Penuh Istiadat.


Majlis yang dijalanakan seperti Majlis Istiadat pertabalan, penganugerahan
darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah
oleh menteri.

f) Majlis Rasmi dan Formal


Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk
seseorang ketua negara asing.

g) Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal


Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh
sempena hari kebangsaan.

h) Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal


Dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti
perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri.

i) Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal


Seperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta.

3. ELEMEN PENTING DALAM ETIKET

Individu yang menganjurkan atau yang menghadiri majlis-majlis perlu


mematuhi beberapa aspek penting dalam etiket. Antaranya ialah :

1. Cita Rasa Berpakaian


2. Kesesuaian Pakaian dalam Pelbagai Situasi
3. Penampilan dan Pengayaan Diri
4. Kesopanan dalam Pertemuan dan Perkenalan
5. Kesopanan dalam Perbualan Sosial
6. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Berdiri
7. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Duduk
8. Kesopanan dalam Majlis Buffet
9. Adab Makan Pelbagai Kaum di Malaysia
10.Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Rumah)
11.Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Luar Rumah)
12.Menghadiri Pelbagai Majlis Formal
13.Mengenali Peralatan Jamuan
14.Cara Menghidang
15.Tertib di Meja Makan

4. ASPEK DALAM ETIKET

Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan di dalam etiket sosial.


Antaranya ialah :

a) Tertib Perkenalan
Protokol dalam tertib perkenalan adalah penting agar individu mengetahui
tatacara yang sopan dalam menjalankan perkenalan dengan hadirin
ataupun tetamu kehormat yang lain.

b) Berjabat Tangan
Tatacara berjabat tangan turut diberi penekanan untuk menzahirkan
hormat dan kesopanan individu supaya tidak kelihatan janggal dan tidak
sopan.

c) Perbualan Sosial
Individu akan bergaul dengan hadirin yang hadir. Maka, tertib dalam
perbualan memainkan peranan agar tidak tersalah topik perbualan. Selain
itu, tertib perbualan bukan hanya sekadar isu dan topik yang dibualkan
tetapi juga dalam aspek bahasa tubuh yang sesuai seperti kontak mata.

d) Tatahias Pakaian dan Gaya


Tatahias dan pakaian bergantung kepada majlis yang dihadiri. Aspek ini
penting untuk menjamin penampilan individu. Ini kerana, penampilan
indiividu memberi kesan dari sudut organisasi yang diwakili serta imej
peribadi. Terdapat peraturan dan tatacara hias dan pakaian bagi lelaki
dan wanita yang perlu dipatuhi.

e) Hiasan
Hiasan adalah perlu untuk dipakai agar kelihatan lebih menarik tetapi tidak
berlebih-lebih. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai hiasan yang sesuai
untuk dipakai bagi lelaki dan wanita.

f) Minyak Wangi
Adalah disarankan agar memakai minyak wangi yang lembut dan tidak
melemaskan. Terdapat 3 jenis minyak wangi iaitu :
- Minyak wangi tulen
- Eau de toilette
- Semburan badan

g) Kesihatan, Kebersihan dan Kekemasan


Etiket sosial bukan sahaja menekankan kepada aspek tingkahlaku yang
nampak, tetapi juga menekankan kepada aspek kesihatan diri, kebersihan
diri dan pakaian serta kekemasan. Ianya termasuklah dari segi bahagian
muka, kuku, kaki, kepala dan sebagainya.

5. ASPEK-ASPEK PENGURUSAN MAJLIS FORMAL DAN MAJLIS TIDAK FORMAL

Terdapat beberapa aspek pengurusan pelbagai majlis yang perlu dipelajari


iaitu :

a) Jawatankuasa
b) Tempat majlis
c) Penyediaan senarai jemputan
d) Aturcara majlis
e) Kesesuaian pakaian dalam majlis
f) Penulisan dan pengedaran Kad Jemputan
g) Pemilihan Menu
h) Susunan keutamaan
i) Panggilan hormat
j) Susunan tempat duduk
k) Pengacaraan Majlis Formal
l) Penyediaan aturcara pentadbiran
m) Peranan penyambut tetamu
n) Raptai
o) Nilai-nilai Islam
p) Post Mortem

NO KOD Z-009 / M04 / P(2) Muka : 3 drp : 4

Anda mungkin juga menyukai