Anda di halaman 1dari 13

KAJIAN TINDAKAN

TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP SUBJEK ALQURAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN CEMPAKA

BIL 1. 2. 3. 4.

NAMA AHLI ZAIMAT RUZIANA ERMY BINTI MAT TAIB NORLIZA BINTI SAFFIEE MUHAMMAD KHAIR AZHAR BIN KAMARUDIN AHMAD FAUZUL AZIM BIN MOHAMMAD

NO MATRIK L20111006500 L20111006509 L20111006697 L20111006699

Present by: ZULHAIDI ALIFITRI BIN ZAKARIA M20131001069 MUHAMMAD RAZMI BIN JAMALUDIN M20131001184 SITI IZATI BT ISMAIL M20121000547

1.1 Pengenalan
Al-Quran adalah satu elemen yang penting di dalam kehidupan

umat Islam. Penerapan nilai-nilai Al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam. Matlamat pendidikan Al-Quran adalah untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan Al-Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Matlamat pendidikan Al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Membaca Al-Quran dituntut kerana di antara hikmat Al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca, ditadabbur , dihayati dan diamalkan. Al-Quran adalah setinggi-tinggi anugerah yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Ia adalah satu mukjizat abadi yang membuktikan kebenaran dan kekuatan pengaruhnya. Ia tetap menjadi perlembagaan abadi sepanjang zaman sesuai untuk mengatur hal-hal kehidupan manusia pada semua masa dan tempat. Isi kandungannya yang mencukupi semua aspek kehidupan manusia adalah panduan dan pegangan insan dalam menjalani kehidupan dunia yang menjadi jambatan ke akhirat.

Membaca Al-Quran dengan betul dari segi tajwid dan makhrajnya supaya tidak terpesong pengertiannya adalah menjadi tuntutan agama ke atas orang Islam kerana membaca Al-Quran dapat membentuk akidah dan akhlak individu. Membaca Al-Quran juga menjadi suatu ibadah yang diberi pahala sehinggakan setiap huruf yang dibaca akan diberi sepuluh kebaikan oleh Allah kepada pembacanya, jika dibaca dengan sebutan yang betul dan mengikut kaedah bacaan dan mengikut tajwid. Pahala membaca Al-Quran bukan sahaja diberi kepada mereka yang membacanya tetapi juga diberi kepada pendengarnya. Sebaliknya, kegagalan membaca Al-Quran dengan baik dan sempurna membawa kesan yang buruk terhadap individu muslim. Antara kesan buruk akibat tidak mempelajari cara atau kaedah membaca Al-Quran dan tafsir ialah:

1. Tidak sah solat dan tidak sempurna ibadah-ibadah yang lain yang melibatkan bacaan Al-Quran. 2. Menjadi malas dan tidak berminat untuk mengerjakan ibadah kepada Allah. 3. Tidak memahami akan hukum-hukum yang diterangkan dalam Al-Quran. 4. Hidup tidak mempunyai matlamat yang jelas.

Oleh sebab itu, subjek Al-Quran telah diajar di peringkat sekolah rendah lagi bagi mendedahkan para murid tentang kepentingan Al-Quran.

1.2 Latar Belakang Kajian


Subjek Pendidikan Islam di Sekolah Agama Rakyat Taman

Cempaka, Ipoh Perak merupakan mata pelajaran asas yang wajib dipelajari oleh muridnya. Sukatan pelajaran merangkumi asas-asas Fardhu Ain, asuhan tilawah AlQuran, Ulum Syariah, Akhlak Islamiyah dan mata pelajaran jawi. Kajian yang dilakukan memfokuskan tahap penguasaan Al-Quran dalam kalangan murid darjah Tiga Ishak. Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi mengetahui permasalahan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan menguasai pembacaan Al-Quran. Kajian ini juga mengambil kira aspek faktor murid, faktor keluarga dan juga faktor sekolah. Responden yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 21 orang murid darjah Tiga Ishak iaitu 10 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan tentang penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran dalam kalangan murid darjah

1.3 Penyataan Masalah


Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti masalah

utama yang melibatkan kelemahan murid darjah Tiga Ishak dalam menguasai subjek Al- Quran. Ia berfokus kepada:
Mengkaji tahap keupayaan pembacaan Al-Quran dalam

kalangan murid Darjah Tiga Ishak secara keseluruhan. Mengkaji tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca Al-Quran. Penyelidik juga mengkaji masalah utama penyebab kegagalan murid dalam menguasai subjek Al-Quran.

1.4 Objektif Kajian


Kajian terhadap tahap penguasaan Al-Quran

dalam kalangan murid darjah Tiga Ishak dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut: 1.4.1 Mengenal pasti tahap sebenar secara keseluruhan murid di dalam kelas Tiga Ishak. 1.4.2 Mengenal pasti tahap penguasaan sebenar murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis, dan membaca Al-Quran. 1.4.3 Mengenal pasti punca-punca murid lemah dalam penguasaan Al-Quran.

1.5 Tujuan Kajian


Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui masalah

sebenar murid dalam subjek Al-Quran, mengenal pasti prestasi dan tahap penguasaan bacaan Al-Quran murid secara lebih dekat, dan mengenal pasti masalah dan kerumitan yang dihadapi oleh murid-murid darjah Tiga Ishak. Melalui pendedahan dan maklumat yang diperolehi, pihak sekolah dapat memahami keadaan sebenar yang berlaku di sekolah dan secara tidak langsung dapat membantu bahagian pentadbiran sekolah dalam merancang dan mengemaskini pelbagai keperluan dan kemudahan kepada murid. Kajian ini juga boleh membantu pihak sekolah melakukan gerak gempur untuk meningkatkan minat membaca al-Quran. Seterusnya guru-guru yang berkaitan diberikan latihan-latihan dan kemahiran dari semasa ke semasa agar dapar menjalankan tugas mereka dengan lebih yakin dan sempurna. Bagi murid-murid pula, kajian ini dapat membantu mereka mengenal pasti faktor-faktor pendorong atau perangsang serta penghalang pencapaian mereka dalam aspek bacaaan Al-Quran, seterusnya berusaha memperbaiki diri dan membuat latihan serta aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi bacaan mereka dari semasa ke semasa.

1.6 Soalan Kajian


1. 2 Apakah tahap keseluruhan murid di dalam Tiga Ishak terhadap subjek Al-Quran? Sejauh manakah tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis, dan membaca Al-Quran? Apakah punca yang menyebabkan murid lemah dalam subjek Al-Quran?

1.7 Kepentingan Kajian


Kajian ini penting untuk membantu pihak-pihak yang

berkenaan seperti murid-murid, guru, pihak universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), ibu bapa, masyarakat dan sekolah bagi mengetahui sejauh mana tahap penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran. Hasil kajian ini juga penting kepada pihak universiti terutamanya Fakulti Pendidikan supaya dapat melatih dan menyediakan guru-guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, personaliti dan membuat persediaan dalam melaksanakan tugas dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Selain itu, kajian ini juga berguna kepada pihak KPM dalam mencari dan memilih bakal-bakal guru yang memenuhi segala aspek pengajaran sebagai seorang pendidik yang berwibawa dalam mendidik anak bangsa dan negara. Selain itu, pihak KPM juga boleh menggunakan hasil dapatan kajian ini dalam merangka program serta langkah-langkah bagi menangani masalah murid yang lemah dan kurang mahir dalam penguasaan subjek Al-Quran.

Selain KPM, Kajian ini juga penting kepada pihak sekolah dalam

meningkatkan prestasi dan kemajuan murid serta menaikkan nama sekolah sekiranya terdapat guru-guru yang memenuhi kriteria sebagai seorang pendidik. Bagi guru-guru dalam jurusan pendidikan Agama Islam terutamanya, kajian ini penting kepada mereka bagi memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran supaya bertepatan dan bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid. Secara tidak langsung kajian ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan prestasi kendiri dan memperbaiki kelemahan murid serta dapat menaikkan nama dan prestasi sekolah itu sendiri. Hasil dapatan kajian ini juga dapat membantu murid dalam mengetahui gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan mereka untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah ketika proses P&P berlangsung. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui kaedah pengajaran guru yang paling sesuai supaya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam subjek Al-Quran. Ibu bapa adalah orang yang paling rapat dan dekat dengan anak-anak . Segala perlakuan dan perbuatan yang dilakukan akan dicontohi oleh anakanak. Sebagai role model kepada anak-anak, ibu bapa boleh mengaplikasikan hasil dapatan kajian ini dalam mendidik anak-anak mereka di rumah dengan lebih efektif. Di samping itu, kajian ini juga penting kepada masyarakat supaya mereka dapat melahirkan dan mendidik anak bangsa supaya sikap budaya ilmu dan penerapan nilai-nilai murni dapat dibentuk bersesuaian dengan matlamat pendidikan di Malaysia iaitu melahirkan masyarakat yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

1.8 Batasan Kajian


Oleh kerana jumlah populasi yang sangat besar iaitu seramai 150

orang, pengkaji hanya mengambil 21 orang murid sahaja sebagai responden. Untuk mendapatkan sampel di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Sampel yang kecil atau tidak meliputi keseluruhan populasi membataskan hasil kejadian untuk digenerasikan ke situasi lain. Dengan lain perkataan hasil kajian berkenaan hanya benar untuk situasi sampel berkenaan sahaja. Selain itu, masalah untuk mendapatkan sampel yang memuaskan juga dihadapi oleh pengkaji kerana responden yang terlibat kurang berminat untuk mengisi borang kaji selidik dan kebarangkalian untuk mendapatkan jawapan yang sahih itu sukar (kebarangkalian responden menjawab dengan jujur atau tidak soalan kaji selidik). Seterusnya, kekangan masa juga turut mempengaruhi batasan kajian. Ini kerana masa yang diperuntukan amat terhad dan menyebabkan pengkaji tidak dapat membuat pemerhatian dan menemubual guru dalam jangka masa yang lama.Di samping itu, pengkaji menghadapi beberapa masalah dari segi kos di mana pengkaji terpaksa pulang ke kampung untuk mengedarkan borang

1.9 Definisi Konsep

Bahagian ini akan mengupas secara terperinci maksud tajuk kajian ini agar pembaca mendapat gambaran yang jelas mengenainya. Kajian bertajuk :

TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP SUBJEK AL-QURAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN CEMPAKA

Perkataan tahap membawa maksud peringkat atau tingkat (Kamus Dewan, 2005: 1569). Maksud tahap dalam kajian ini adalah ukuran pada tingkat penguasaan murid dalam subjek Al-Quran. Maksud penguasaan pula menurut Kamus Dewan (1989:663,664), penguasaan membawa maksud perihal menguasai atau menguasakan. Apabila dirujuk kepada kata akar bagi perkataan ini iaitu kuasa, ia membawa maksud daya atau kemampuan (untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu). Maka, perkataan penguasaan yang digunakan di sini ialah untuk menunjukkan perihal kemampuan untuk menguasai ilmu Al-Quran yang dipelajari oleh murid tersebut. Sampel utama dalam kajian ini ialah murid darjah tiga yang merupakan responden kepada pengkaji. Maksud murid berdasarkan Kamus Dewan (1989), murid didefinisikan sebagai orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya). Murid yang dimaksudkan di dalam kajian ini ialah murid-murid dari Sekolah Rendah Agama Rakyat Taman Cempaka.

Makna Al-Quran ialah bacaan, manakala maksudnya ialah kitab suci

yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Ia mengandungi berbagai-bagai pengajaran, hukumhakam, perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam dan keselamatan sejagat. Para ulama pula mentafsir Al-Quran dalam berbagai kitab ulumul quran, ditinjau dari segi bahasa bahawa Al-Quran merupakan bentuk mashdar dari kata qoroa yaqrouu qirooatan wa qoran wa quraanan. Kata qoroa bererti menghimpun dan menyatukan. Al-Quran pada hakikatnya merupakan himpunan huruf-huruf dan kata-kata yang menjadi satu ayat, himpunan ayat-ayat menjadi surat, himpunan surat menjadi mushaf Al-Quran. Di samping itu, para ulama mengatakan bahawa Al-Quran dengan akar kata qoroa, bermakna tilawah: membaca. Kedua-dua makna apabila disatukan akan menjadi Al-Quran iaitu merupakan himpunan huruf-huruf dan kata-kata yang dapat dibaca. (Ustaz Anshar,2000). Sekolah Rendah Agama Rakyat (SAR) merupakan sekolah persendirian yang menawarkan pendidikan formal dan sepenuh masa di peringkat sekolah rendah dan menengah dalam bidang agama Islam. Kebanyakan SAR tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu berdaftar dengan jabatan Agama Islam Negeri. Namun begitu, masih banyak lagi SAR yang tidak berdaftar dan tidak termasuk di bawah mana-mana kategori sekolah-sekolah di Malaysia. SAR lazimnya diasaskan oleh tokoh-tokoh agama dan

Anda mungkin juga menyukai