Anda di halaman 1dari 6

PENGURUSAN MASA

Pengurusan Masa???

Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab

Penting???
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak anda mungkin: Membazir banyak masa yang berfaedah Menjadi tidak produktif Mendapat stres Menjadi cemas dan bimbang Bertambah gusar dan mudah marah Dan yang paling utama, anda: Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan

Bagaimana???

Tahu yang anda sebenarnya mempunyai masalah untuk menguruskan masa Mengambil keputusan untuk berubah Tetap dengan objektif anda Buat senarai tugas harian Peralatan pengurusan masa Bijak untuk menerima atau menolak suatu pelawaan Sistematik Dapatkan bantuan pakar

Jadual Harian

Pukul berapa biasanya anda bangun tidur? Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah? Pukul berapa anda pergi ke sekolah? Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah? Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah?

HASIL???
Anda menjadi: Lebih terurus Produktif Kurang tertekan Gembira Mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna

Anda mungkin juga menyukai