Anda di halaman 1dari 22

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

NURUL FARAHIDAYU BINTI DAUD


2150335
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

SEMESTER I, SESI 2017/2018


Maklumat Umum Latihan Industri
Nama Agensi : Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of
Marine Engineering Technology(MIMET)

Alamat : Dataran Industri Kejuruteraan Marin Bandar


Teknologi Maritim, Jalan Pantai Remis 32200,
Lumut Perak

Nombor Telefon Agensi : 05-690 9000

Penyelia Agensi : Prof Madya Ir. Dr. Faizul Amri Bin Adnan
Isi Kandungan
Mukasurat Tajuk
1. Pengenalan
1.1 Pendahuluan
1.2 Objektif LI
1.3 Objektif Laporan
1.4 Matlamat yang ingin dicapai
1.5 Tempoh Latihan
1.6 Proses permohonan LI
1.7 Maklumat Imbuhan / Ganjaran / Cuti
2. LATAR BELAKANG ORGANISASI SYARIKAT
2.1 Pengenalan organisasi dan lokasi
2.2 Carta organisasi
2.3 Sejarah penubuhan
2.4 Aktiviti organisasi
2.5 Misi , Visi dan Halatuju Organisasi
3. TUGAS DAN PERANAN PELAJAR DI AGENSI
4. HUBUNGKAIT DENGAN SUBJEK PENGURUSAN
DENGAN TUGAS DAN PERANAN DI AGENSI
5. KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kemahiran yang diperoleh
5.2 Cabaran kerja
5.3 Kelemahan diri yang perlu dibaiki
5.4 Cadangan penambahbaikan pelaksanaan LI
5.5 Kesimpulan dan Lampiran
1. Pengenalan

1.1 Pendahuluan

Pada pertamanya saya ingin melafazkan rasa syukur dan ucapan


terima kasih tidak terhingga kepada Universiti Kuala Lumpur
Malaysian Institute Marin Engineering Technology (MIMET) kerana
telah memberi saya peluang untuk menjalani latihan industri di tempat
ini dan memberi layanan yang baik sepanjang tempoh saya disini.
Saya rasa bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya saya
berjaya juga untuk menamatkan tempoh latihan industri ini tanpa
sebarang masalah ataupun kejadian yang tidak diingini berlaku . Pelajar
diberikan masa dan tempoh untuk menjalani Latihan industri ini
selama tiga bulan lebih dimana bermulanya pada 11 September 2017
sehinggalah 15 Disember 2017 tanpa melanggar segala peraturan yang
telah ditetapkan. Pelajar juga diberi kelonggaran untuk memilih
organisasi,syarikat ataupun agensi mengikut pilihan masing-masing
tetapi haruslah mengikut zon kawasan yang telah ditetapkan di dalam
peraturan latihan industri.
Tujuan latihan industri ini jelas menunjukkan betapa pentingnya
untuk pelajar menjalaninnya kerana berbekalkan tempoh dan masa
yang telah diberikan, pelajar dapat merasai pengalaman dan melihat
sendiri situasi sebenar di alam pekerjaan. Ini kerana banyak pelajaran
dan praktikal telah diterapkan dan didedahkan kepada pelajar
antaranya perkara baharu yang juga meliputi aspek –aspek yang
berkait rapat dengan situasi sebenar di tempat kerja. Selain itu peranan
agensi disini sangatlah membantu pelajar dengan dorongan dan tunjuk
ajar yang telah dikongsikan untuk pelajar memahami lebih mendalam
lagi disamping dapat memberi gambaran kepada pelajar untuk
mengaitkan teori yang telah dipelajari semasa menjalani latihan industri
ini . Pihak agensi atau organisasi ini juga turut mengemukakan
peristiwa dan situasi sebenar yang berlaku di dunia luar.
Selain daripada aspek peningkatan tentang ilmu pengetahuan,
berdasarkan pengajian pengurusan sumber manusia pertahanan juga
dapat membuka minda pelajar lebih luas lagi untuk mempraktikkan apa
yang telah dipelajari seperti menguruskan sesuatu program dengan
mengemukakan idea,cara ataupun solusi dan cadangan yang efektif
kepada pihak organisasi. Tidak lupa juga kepada peranan pihak
organisasi yang juga telah memberi keyakinan kepada pelajar untuk
berhadapan dan mengawal situasi yang berhadapan dengan bermacam
masyrakat.
Antara yang lain, untuk mengukuhkan lagi di platform yang lebih
baik kemahiran insaniah (soft skills) dapat diaplikasikan semasa latihan
industri ini dijalankan. Tambahan pula semasa berada di situasi
ataupun alam pekerjaan yang sebenar, lebih memerlukan pekerja yang
mempunyai perwatakan yang berkaliber (versatile) dan mempunyai
sikap yang optimis dimana mereka boleh mengendalikan tugasan
dengan mudah tanpa sebarang gangguan emosi. Ironinya dalam segi
cara berkomunikasi pihak organisasi banyak memberi tunjuk ajar dan
cara tutur yang sesuai dengan orang atasan. Ini kerana disiplin diri
begitulah penting semasa menjalankan tugas.
Realiti di alam pekerjaan amatlah memerlukan pekerja yang peka,
dan bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan dan latihan
industri ini merupakan salah satu titik permulaan untuk pelajar
mengambil peluang mempraktikkan diri sekaligus mendapat gambaran
di dunia pekerjaan. Pada sudut yang lain, pelajar juga dapat memenuhi
objektif dimana graduan yang berkualiti dari segi mental dan fizikal
dapat dilahirkan . Ini kerana kita dapat melihat peluang pekerjaan di
zaman millennium ini semakin tipis kerana terdapatnya persaingan yang
ramai dan hebat untuk merebut peluang pekerjaan yang bagus . Oleh
itu pengangguran dapatdihindarkan jika pelajar mempunyai kelainan
dan kemahiran yang luar biasa dalam mengendalikan tugas.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini sudah semestinya mempunyai objektif yang


tersendiri dimana ia merupakan syarat wajib pelajar untuk mendaftar
dan juga lulus dalam subjek ini. Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia(UPNM) telah menetapkan bahawa pelajar haruslah mengikuti
latihan industri selama tempoh dan masa yang telah ditetapkan selama 3
bulan lebih bermula daripada 11 September 2017 sehinngalah 15
Disember 2017 sebelum memasuki semester akhir pengajian. Tambahan
pula latihan industri ini juga merupakan syarat untuk pelajar UPNM
memperolehi Ijazah Sarjana Muda. Dalam masa yang sama, pelajar
jugadapat menonjolkan lagi kemahiran, potensi dan ilmu pengetahuan
yang mereka ada semasa menjalani latihan industry ini. Di sini saya
sertakan beberapa objektif utama yang merupakan sebab mengapa
latihan industri ini diwujudkan dikalangan pelajar Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia :

i. Profesionalisme dalam diri pelajar dapat ditonjolkan.


ii. Mempraktikkan sikap disiplin, nilai tanggungjawab dan etika
diri terhadap tugasan dan persekitaran dengan masyrakat.
iii. Mengaplikasikan teknik, kemahiran dan kaedah semasa
menjalani tugasan.
iv. Menilai teori-teori dan prinsip yang sesuai dalam persekitaran
tempat kerja.
v. Mengukuhkan lagi kemahiran yang sedia ada seperti
penggunaan Microsoft Excel dan Powerpoint .
vi. Menguasai pertuturan dalam bahasa Inggeris semasa
berkomunikasi dengan pihak lain

Seperti yang kita dapat lihat di objektif yang pertama, sudah


semestinya pelajar akan memilih tempat latihan industri di jabatan
kerajaan, bukan kerajaan (NGO) ataupun pemilihan di syarikat
badan berkanun dimana di organisasi sebegini sudah semestinya
pekerjanya memiliki budaya pekerjaan yang tersendiri. Oleh itu,
pelajar dapat menonjolkan sikap profesionalisme ini dengan mudah
seperti penyesuaian diri dengan rakan sekerja yang lain, cara
pergaulan dengan pelbagai pihak mengikut batas, bertanggungjawab
di atas tugasan yang dikendalikan dan ekspresi serta komitmen diri
terhadap kerja dapat dicapai. Objektif yang kedua pula sikap
disiplin, etika di tempat kerja serta tanggungjawab dapat dilihat
didalam situasi apabila berlakunya campuran rakan sekerja yang
lebih berpengalaman dimana sikap menghormati orang lain dapat
dididik sekaligus mencerminkan personality dan menjaga
penampilan diri.
Seterusnya pelajar juga berupaya untuk mempamerkan
kemahiran seperti mampu berfikir di luar kotak iaitu corak
pemikiran kritis , penyumbangan idea dan solusi, juga dapat
dikaitkan dengan objektif yang ketiga. Dari segi keupayaan
menggunakan sistem yang ada, pelajar juga dapat mengasah lagi
kemahiran menggunakan Microsoft Excel dan Powerpoint apabila
mengendalikan tugasan yang memerlukan penggunaan tersebut. Ini
kerana dibilik kuliah penggunaan Microsoft Excel jarang diguna
pakai oleh pelajar pengajian pengurusan. Selain itu, di zaman
millenium ini penguasaan dalam bahasa Inggeris amatlah penting
oleh itu pelajar juga dapat menguasai dan mungukuhkan lagi melalui
komunikasi dengan pihak di tempat kerja.
1.3 OBJEKTIF LAPORAN

Latihan industri ini juga turut meminta pelajar untuk menyediakan


laporan mingguan dimana dibekalkan dua buku untuk pelajar. Buku log
latihan industri digunakan untuk pelajar mencatat dan merekod aktiviti
setiap minggu di agensi mengikut tugasan yang diberi. Kemudian buku
log tersebut perlulah diberikan kepada penyelia di agensi masing-masing
untuk dinilai serta diberikan sedikit ulasan tujuan penambahbaikan.
Buku kedua pula ialah buku panduan latihan industri dimana pelajar
boleh merujuk di buku panduan tersebut untuk mengetahui prosedur
semasa menjalani latihan industri ini. Tambahan pula di dalam buku
tersebut mengandungi beberapa lampiran dan maklumat penting yang
merupakan sebahagian daripada tugas pelajar. Seterusnya, Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia turut meminta pelajar untuk menyiapkan
laporan akhir latihan industri sebagai tugasan terakhir dalam latihan ini
sebagai syarat untuk memasuki ke semester baru dan perlulah disiapkan
oleh pelajar sejurus sahaja pihak Universiti menghantar surat
penamatan tempoh latihan industri di organisasi, syarikat ataupun
firma masing-masing.
Laporan akhir ini juga diberikan tempoh oleh pihak Universiti
dimana haruslah mengikut piawaian dan ketetapan yang telah diberikan
mengikut jabatan dan fakulti masing-masing. Disini saya sertakan
beberapa objektif laporan untuk mengukuhkan lagi mengapa perlu
laporan ini disiapkan:

i. Merekod dan mencatat aktiviti atau tugasan harian di tempat


kerja
ii. Memudahkan penyelia akademik ataupun fakulti membuat
rujukan dan penilaian markah.
iii. Menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan.

Setiap tugasan dan aktiviti yang kita lakukan adalah lebih baik jika
direkod supaya kita dapat menilai setiap tugasan yang kita lakukan
dan membetulkan kesalahan. Oleh itu objektif pertama ini jelas
menunjukkan bahawa laporan ini memudahkan lagi pelajar untuk
merujuk semula aktiviti yang mereka telah jalani supaya mereka
mengetahui apa yang telah lalui dan dipraktikkan semasa menjalani
latihan industri.
Sementelahan itu, laporan ini memberi kemudahan untuk
kegunaan pihak fakulti ataupun penyelia akademik dimana
penilaian akan dibuat untuk memberi markah kepada pelajar
samada pelajar gagal atau lulus dalam menjalani latihan industri ini.
Hal ini penting sebagai rujukan kepada penyelia akademik untuk
dijadikan rujukan. Objektif yang terakhir dimana tanggungjawab
pelajar dapat dikesan apabila tugasan menyiapkan laporan ini
diberikan. Pelajar boleh menunjukkan rasa tanggungjawab dan
memberi komitmen apabila diberi tugasan menyediakan laporan ini.

1.4 MATLAMAT YANG INGIN DICAPAI

Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia perlulah


mempunyai matlamat sendiri sepanjang menjalani latihan ini di agensi
masing-masing supaya pendirian diri lebih kukuh dan mengetahui
tujuan mengapa perlu setiap perkara ini harus diselesaikan.
Matlamat yang ingin saya capai semasa menjalani latihan industri di
institusi UniKL MIMET ini antara nya merupakan saya ingin merasa
sendiri kehidupan di alam pekerjaan yang sebenar. Saya ingin
didedahkan dengan tugasan yang perlu dilakukan di tempat kerja
supaya saya dapat mngetahui cabaran apa yang akan dihadapi dan
merasai sendiri emosi yang dihadapi. Seperti kita ketahui tekanan kerja
akan timbul dikalangan para pekerja oleh itu saya ingin mempraktikkan
diri untuk merasai agar fizikal dan mental dapat dikukuhkan lagi.
Bukan itu sahaja, matlamat lain seperti mengaplikasikan teori dan
pembelajaran semasa berada di bilik kuliah ke dalam tugasan semasa
menjalani latihan industri ini. Peluang yang ada membolehkan saya
untuk mempraktikkan diri dengan menggunakan kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang ada sekaligus dapat mencapai matlamat.
Selain itu matlamat saya ingin mencabar diri di dunia luar untuk
menghadapi pelbagai orang yang mempunyai berlainan watak. Hal ini
penting supaya kita dapat menyesuaikan diri di persekitaran luar seperti
semasa berkomunikasi dengan rakan sekerja yang lain yang lebih
berpengalaman sekaligus dapat memupuk nilai menghormati dalam diri.
Antara yang lain, menghadapi orang atasan yang komited kepada setiap
tugasan dimana saya ingin mencabar diri untuk memenuhi segala tugasa
yang diberikan tanpa gagal, dan mempelajari dari kesalahan supaya
dapat memperbaiki diri sendiri kea rah yang lebih baik.
Oleh itu matlamat diri begitu penting kepada setiap pelajar supaya
lebih memudahkan kerja jika ada objektif tersendiri.

1.5 TEMPOH LATIHAN

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia memberi ketetapan tempoh


dan masa kepada pelajar untuk menjalani latihan industri ini dimana
berbekalkan tempoh selama tiga bulan lebih pelajar haruslah menjalani
latihan industri ini tanpa melanggar sebarang peraturan yang telah
ditetapkan.
Bermula dari 11 September 2017 sehinggalah 15 Disember 2017
pelajar haruslah menjalani latihan industri di agensi ataupun organisasi
masing-masing. Disiplin diri yang telah diterapkan semasa berada di
universiti perlulah dibawa semasa menjalani latihan ini agar imej baik
institusi dapat dijaga.
Pada hari pertama saya berada si UniKL MIMET, saya ditempatkan
di Jabatan Penyelidikan & Inovasi dimana diketuai oleh Prof Madya. Ir.
Dr. Faizul Amri Bin Adnan dimana merupakan bos saya dan pegawai
kanannya Pn. Neirul Nisa Binti Abdul Latip yang memberi tugasan
kepada saya. Bukan itu sahaja, saya juga terikat dengan Jabatan
‘Postgraduate Studies’ yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Aminuddin
Md Arof dan juga telah menerima tugasan daripada kedua dua jabatan
ini.

1.6 PROSES PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI

Permohonan latihan industri juga memerlukan prosedur sebelum


pelajar mendapat tempat untuk mereka menjalani latihan industri
sudah semestinya untuk memberi pengenalan diri pelajar. Pelbagai cara
untuk memohon tempat latihan industri antaranya ialah dari segi
penghantaran resume pelajar ke syarikat yang dipih, melalui
menghubungi syarikat , melalui penghantaran e-mail dan secara terus ke
syarikat atau agensi untuk mendapatkan langkah seterusnya.
Saya memohon tempat latihan industri dengan menggunakan cara
penghantaran surat yang dibekalkan oleh pihak universiti kepada
UniKL MIMET. Saya juga turut menyertakan resume sebagai rujukan
kepada UniKL MIMET.
Kemudian UniKL MIMET memberi maklum balas melalui faks
semula surat tersebut ke UPNM serta mengisi butiran untuk
memaklumkan kepada pihak UPNM seperti dari segi pemberitahuan
jabatan mana yang perlu saya lapor, jumlah elaun yang perolehi dan
juga nama penyelia semasa saya berada di tempat latihan industri.

1.7 MAKLUMAT IMBUHAN/GANJARAN/CUTI

Seperti yang kita ketahui ganjaran, cuti mahupun bonus sangatlah


meningkatkan lagi tahap dan kepuasan pekerja. Ini kerana mereka akan
rasa lebih dihargai apabila sudah menyumbangkan tenaga, idea ataupun
menaikkan nama sesebuah syarikat, organisasi ataupun agensi. Tahap
kepuasan pekerja juga begitu dominan dalam budaya pekerjaan,
sepertimana yang telah tergambar di teori Maslow, Herzberg dan
selainnya. Apabila seseorang majikan memberi penghargaan kepada
pekerjanya, mereka akan berasa dihargai dan mula menunjukkan
peningkatan kualiti kerja oleh itu perkara seperti ini perlu diambil berat
dan tidak seharusnya dipandang enteng oleh majikan.

Dari sudut menjalani latihan industri pula, sesetengah agensi tidak


memberi ganjaran kepada pelajar yang menjalani latihan industri,
tetapi memberi kemudahan untuk pelajar seperti penyediaan tempat
tinggal, pemberian kupon makanan dan itu jugaboleh menjadi
sebahagian daripada moral untuk pelajar. Seperti organisasi di tempat
saya, saya memperoleh ganjaran seperti pemberian elaun sejumlah RM
350.00 untuk sebulan. Pembayaran ini juga diberikan berdasarkan
kehadiran saya ke tempat kerja. Bukan itu sahaja, saya juga
memperoleh sijil penghargaan dan elaun makanan apabila menyertai
program yang telah dijalankan di organisasi ini seperti Karnival Marey
yang berlangsung pada 29 September sehingga 1 Oktober 2017.
Dari segi keperluan cuti pula, saya dibenarkan untuk mengambil cuti
jika perlu dengan bersertakan surat.Seperti yang telah ditetapkan
didalam buku panduan latihan industri Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia, pelajar hanya dibenarkan mengambil cuti selama lima hari
sahaja. Oleh itu organisasi di tempat saya menjalankan latihan industri
ini juga bersetuju untuk menyeragamkan limit hari bercuti yang boleh
diambil oleh pelajar mengikut ketetapan yang telah dilampirkan oleh
pihak universiti. Tetapi jika hal yang berkaitan dengan kecemasan, akan
dipertimbangkan begitu juga dengan masalah kesihatan, pelajar
haruslah melampirkan sijil cuti sakit yang telah disahkan oleh doktor
yang memeriksa.

2. LATAR BELAKANG ORGANISASI SYARIKAT

2.1 Pengenalan organisasi dan lokasi

Universiti Kuala Lumpur merupakan institusi yang memiliki pelbagai


cawangan dimana terdiri daripada 15 buah jenis UniKL yang ada seperti
Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute(MFI), Universiti Kuala
Lumpur British Malaysian Institute(BMI), Universiti Kuala Lumpur Malaysian
Spanish Institute(MSI), Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation
Technology (MIAT), Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information
Technology(MIIT), Universiti Kuala Lumpur Malaysian of Chemical and Bio-
Engineering Technology(MICET), Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of
Marine Engineering Technology(MIMET), Universiti Kuala Lumpur Royal College
of Medicine Perak(RCMP), Universiti Kuala Lumpur Institute of Product Design
and Manufacturing(IPROM), Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of
Industrial Technology(MITEC), Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of
Medical Science Technology(MESTECH). Universiti Kuala Lumpur Business
School, Institute of Postgraduate Studies Universiti Kuala Lumpur (IPS, City
Campus), Universiti Kuala Lumpur International College(ICOLE), Centre for
Foundation Studies,Universiti Kuala Lumpur(CFS)
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) merupakan sebuah institusi yang
mengetuai dalam bidang Teknologi Kejuruteraan yang ditubuhkan pada 20 Ogos
pada tahun 2002 dimana dimiliki oleh Majlias Amanah Rakyat(MARA) ,agensi
dibawah kuasa Kementerian di luar bandar serta pembangunan serantau
Malaysia.Selain itu juga, UniKL ini juga telah diberi mandat yang ditugaskan oleh
kerajaan untuk meningkatkan lagi status pendidikan teknologi di dalam negara
Malaysia.
UniKL yang juga mempunyai 14 cawangan institusi menawarkan pelbagai
peringkat seperti asasi, diploma, sarjana muda dan juga ‘postgraduate’ program
dengan menerapkan konsep ‘ Satu Institusi, Satu Pengukusan’ yang
mengembangkan lagi institusi ini dengan menyumbangkan bukan sahaja di dalam
peringkat pendidikan tinggi tetapi juga kearah pembangunan dan penyelidikan
untuk tujuan komersial. Tambahan pula kesemua UniKL ini terletak di dalam
Semenanjung Malaysia.
Saya ditempatkan di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of
Marine Engineering Technology (MIMET) dimana merupakan sebuah institusi
MARA pendidikan tinggi pada tahun 2004. Organisasi ini merupakan sebuah
institusi yang menawarkan program berkaitan bidang maritim dimana sekarang ini
terdapatnya sembilan jenis program yang ditawarkan pada peringkat diploma dan
sarjana muda dan ‘postgraduate’ yang baru dikuatkuasa di UniKL MIMET ini.

Dari segi lokasi pula, UniKL MIMET terletak di negeri Perak Darul
Ridzuan. UniKL MIMET ini mempunyai persekitaran yang sangat sesuai dalam
memastikan tahap individu di situ memperoleh kepuasan dan keselesaan. Unikl
MIMET terletak di Datarn Industri Kejuruteraan Marin Bandar Teknologi
Maritim Jalan pantai Remis dimana ia berhampiran dengan kawasan lautan untuk
memudahkan lagi bidang teknologi marin berkuat kuasa. Terdapat juga kapal-
kapal dan keperluan lain untuk kegunaan individu disini dimana ia memudahkan
lagi proses menyiapkan sesuatu kerja dan tugas.
2.2 CARTA ORGANISASI

UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE MARINE


ENGINEERING TECHNOLOGY
CARTA ORGANISASI JABATAN PENYELIDIKAN & INOVASI

ASSOC. RPOF. IR. DR. FAIZUL AMRI BIN


ADNAN

HEAD OF SECTION RESEARCH &


INNOVATION
HAFIDAH HALIM FADZRUL IZZUDIN BIN ABD AZIZ MUHAMMAD AZRIE HUSAINY BIN
MOHD JASRI
COORDINATOR INNOVATION COORDINATOR RESEARCH
COORDINATOR FYP

NEIRUL NISA BINTI ABDUL LATIP SITI NUR AZREEN BINTI ISMAIL

SR. ADMINISTRATIVE OFFICER ADMINISTRATIVE ASSISTANT II

2.3 SEJARAH PENUBUHAN

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute Marin Engineering


Technology (MIMET) merupakan sebuah institusi yang telah disahkan sebagai
Institusi Kemahiran Tinggi MARA (IKTM) dan telah disahkan pada rancangan
Malaysia yang ketujuh pada tahun 1996 dan kemudian telah didaftarkan sebagai
Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET). Pada tarikh 20
Ogos 2002 MIMET telah menjadi sebuah institusi yang diberi nama Universiti
Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL
MIMET).

Fungsi UniKL MIMET ini ditubuhkan adalah untuk menawarkan


sebilangan industri yang terbahagi mengikut kos yang telah disediakan. Selain itu,
program yang disediakan juga bertujuan untuk menghasilkan individu yang
mempunyai tahap pengetahuan mengenai teknologi maritim dan industri maritim
lebih mendalam lagi.

Pada masa ini UniKL MIMET telah menawarkan empat program Diploma
dan Sarjana Muda untuk melahirkan manusia yang berkemahiran seperti yang
diperlukan oleh Malaysia, limbungan kapal tahap antarabangsa dan syarikat
kejuruteraan maritim. UniKL juga telah menawarkan program latihan untuk
juruteknik bagi menambah baik pengenalpastian merit sekaligus meningkatkan
lagi taraf pensijilan sedia ada.

Persekitaran UniKL MIMET ini begitu strategik yang bersesuaian dengan


kehendak dan keperluan pelajar dan staff disini tambahan pula peralatan dan
kemudahan yang tersedia lagi memudahkan individu di sini. Antara yang lain,
pemilihan staff di bahagian akademik juga merupakan individu yang terpilih dan
berpendidikan tinggi serta mempunyai pengalaman dan disiplin yang cukup tinggi.
Hal ini kerana pekerja yang berkerja disitu memperoleh pelbagai kemudahan dan
kelengkapan dalam berkerja seperti persekitaran yang baik, kemudahan
infrastruktur dan logistik.

Organisasi ini juga telah menyusun strategik untuk mengembangkan lagi


pentadbiran disini. Tambahan pula memiliki bahagian sumber manusia yang
memiliki asset kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pendidikan.

2.4 AKTIVITI ORGANISASI


Seperti yang telah ditetapkan oleh organisasi ini apabila memberi maklum balas
kepada pihak universiti saya, saya akan menguruskan pelajar master serta di
bahagian penyelidikan dan inovasi apabila menjalani latihan industri dimana saya
akan ditempatkan di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi juga Jabatan ‘Postgraduate
Studies’ di organisasi ini. Oleh yang demikian saya dapat melihat sedikit sebanyak
aktiviti yang dijalankan di bahagian ini.

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi ini diketuai oleh Prof. Madya. Ir. Dr. Faizul
Amri Bin Adnan dan pegawai kanannya Pn Neirul Nisa dan kerani nya Pn Siti Nur
Azreen. Tambahan pula mempunyai tiga pekerja yang ditugaskan sebagai
‘Coordinator Research, Innovation and FYP’. Setiap seorang diberi tugas yang
berlainan untuk memelihara jabatan ini. Jabatan kedua pula, ‘postgraduate
studies’ dimana diketuai oleh Prof Madya. Dr. Aminuddin Md Arof dimana jabatan
ini baru sahaja dikuatkuasa. Oleh sedemikian, jabatan ini hanya berkongsi kerani
dan staff di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi kerana masih belum diadakan
pelantikan staf di jabatan ini.

Aktiviti yang saya dapat lihat sepanjang berada di Jabatan Penyelidikan dan
Inovasi ini adalah, staff disini bertanggungjawab dalam pengurusan yang
melibatkan kearah inovasi seperti mengendalikan dan merealisasikan sesebuah
program. Bukan itu sahaja, kelulusan borang mengenai pengeluaran wang yang
diperlukan oleh pelajar ‘master’ dan ‘PhD’ seperti (STRG) juga haruslah melalui
jabatan ini dimana staff disini akan menyemak borang dan merekod jumlah wang
yang berkaitan sebelum mendapat pengesahan daripada ketua jabatan ini. Borang
yang terlibat seperti PRF , Extensions, STRG dan yang lain. Selain itu, jabatan ini
juga ditugaskan untuk menerima Final Report dan Grantt Form daripada penuntut
PhD dan haruslah disemak sebelum mendapat pengesahan daripada ketua jabatan
ini kemudian perlu dihantar ke IPS Kuala Lumpur.

Aktiviti di Jabatan ‘Postgraduate Studies’ pula menguruskan pelajar


postgraduate yang terdiri daripada ‘master’ dan ‘PhD’. Jabatan ini perlu
memastikan pelajar tidak menghadapi sebrang masalah dalam mengendalikan
tugasan mereka dengan membantu menyiapkan tugasan yang diberi. Seperti
proposal defence yang merupakan salah satu tugasan pelajar ini ,jabatan ini
haruslah mengendalikan prosedur untuk menjayakan aktiviti ini seperti
perhubungan dengan panel luar dan dalam, penyediaan tempat untuk menjalani
aktiviti ini, pemberian idea untuk menyiapkan thesis, dan sebagainya. Jabatan ini
lebih kepada menguruskan keperluan pelajar dimana harus memantau pelajar ini
sentiasa di dalam paksi dan tidak tersasar dalam menyiapkan kerja dan thesis
mereka, seperti permohonan EGA untuk kegunaan pembelian bahan-bahan projek
kerana pembiayaannya meliputi sejumlah wang yang banyak.

2.5 MISI, VISI DAN HALATUJU ORGANISASI.

Acap kali dihebahkan kata-kata yang berwawasan seperti visi dan misi ini
tidak lari dari sesebuah pertubuhan, organisasi, dan syarikat dari era
persekolahan ke peringkat universiti menjurus kepada alam pekerjaan
lagi,kata-kata ini tetap tidak ketinggalan dimana setiap penubuhan wajib
memiliki misi, visi, objektif serta matlamat yang dicipta sendiri. Oleh demikian,
Institusi UniKL MIMET ini juga memiliki visi, misi dan halatuju yang
tersendiri.

VISI

To be the premier entrepreneurial technical university in the fields of marine


engineering technology and the related fields.

MISI

To produce enterprising global technopreneurs to meet the demands of the


marine and maritime industries

HALATUJU ORGANISASI

 Didalam aspek sumber manusia untuk mengendalikan latihan yang


memerlukan tugasan selama satu tahun sekali.
 Untuk mencapai latihan yang berkesan sekurang kurangnya mencapai
80% latihan tahunan.
 Untuk memastikan bilangan disiplin pelajar tidak melebihi 1% daripada
jumlah bilangn pelajar keseluruhan setiap tahun.
3. TUGAS DAN PERANAN PELAJAR DI AGENSI

Pada awal kemasukan ke agensi ini, saya telah ditempatkan di


Jabatan Penyelidikan dan Inovasi. Saya mula didedahkan dengan borang-
borang dan fail-fail yang berkaitan. Ini kerana staff dan perkerja lain akan
menyerahkan borang ke jabatan ini untuk disemak, kemudian salinan
borang ini akan dicetak dan dikepilkan di dalam fail untuk tujuan merekod.
Saya diajar sedikit sebanyak oleh Pn Azreen yang bertanggungjawab dalam
merekod maklumat yang terlibat seperti menerima borang PRF dan
Extensions dan merekod jumlah wang ke dalam sistem supaya nilai jumlah
tidak mengalami kesalahan. Borang PRF ini merupakan borang untuk
merekod jumlah wang yang

Anda mungkin juga menyukai