Anda di halaman 1dari 14
SALAH LAKU DALAM PEKERJAAN ; CABARAN YANG DIHADAPI OLEH UTeM ABSTRAK Sifat bersih, cekap dan amanah adalah merupakan di antara syarat terpenting yang perlu ada dalam diri setiap kakitangan awam bagi memastikan matlamat kerajaan untuk meningkatkan mutu kerja dan produktiviti kakitangan awam tercapai. Dalam usaha untuk menerapkan sifat-sifat tersebut, peranan besar yang dimainkan oleh institusi pendidikan yang ada di negara kita adalah berusaha membentuk peribadi seseorang individu supaya berdisiplin dan berdaya maju serta berdedikasi. Di sini, apa yang menjadi asas adalah faktor pendidikan dan latihan yang diberikan kepada setiap individu terbebit. Tatatertib dan disiplin adalah merupakan di antara tunggak utama dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Secara umumnya, tatatertib atau disiplin ialah apa yang disebut sebagai peraturan-peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kumpulan atau organisasi bagi mewujudkan suasana yang aman dan tenteram dan menjamin keharmonian ahli-ahlinya. Disiplin juga adalah merupakan cara berfikir yang teratur yang melahirkan sifat rasional, keyakinan diri dan tabah hati seseorang individu. Ini bermakna ianya berkait rapat dengan tatasusila, keadaan persekitaran, akhlak dan juga kesopanan. Disiplin adalah perlu bagi sesuatu organisasi itu mencapai objektif-objektif yang ditetapkan dan juga mengekalkan kestabilan. Dalam sektor perkhidmatan awam, peraturan-peraturan mengenai tatatertib adalah merupakan suatu ‘alat kawalan’ dalam usaha menjadikannya sebagai ejen yang adil, saksama dan mendapat kepercayaan semua lapisan masyarakat. la secara tidak langsung dapat membantu dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat dan teguh. Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergerak atas dasar sebuah Badan Berkanun Persekutuan, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) mempunyai pendekatan yang tersendiri dengan berpandukan kepada Akta badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] dalam menangani isu dan masalah disiplin di kalangan kakitangannya. Tindakan tatatertib adalah merupakan platform terakhir bagi menghukum mereka yang didapati telah melakukan kesalahan ataupun yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Secara amnya, hukuman yang dikenakan adalah bersifat untuk memberi pengajaran dan pedoman kepada kakitangan lain. Penulis akan cuba mengupas senario semasa yang berlaku di KUTKM serta cabaran yang dihadapi dalam menjadikan warga KUTKM sebagai warga yang kompeten ke arah kegemilangan di persada dunia. LAH LAKU DALAM PEKERJAAN ; CABARAN YANG DIHADAPI OLEH UTeM Oleh: Sharifah Nurul Faridah binti Syed Abu Bakar! Noornahar binti Haji Akashah? PENGENALAN Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap yang positif dan ketinggian moral dalam aspek pengurusan pekerjaan, pentadbiran dan seterusnya rakyat secara keseluruhannya. Dengan hakikat ini, maka scharusnya kita harus menanamkan kesedaran di dalam jiwa para pegawai, baik di sektor awam mahupun di sektor swasta dan juga rakyat jelata secara amnya supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan seterusnya menghayati dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan. Dalam memastikan matlamat kerajaan untuk meninggikan daya pengelvaran dan seterusnya meningkatkan mutu kerja dalam sektor awam, syarat utama yang perlu ada ialah anggota perkhidmatan awam yang mempunyai sifat-sifat bersih, eckap dan amanah. Di sini, bermulalah peranan institusi pendidikan dalam membentuk peribadi seseorang individu supaya berdisiplin, berdaya maju dan berdedikasi melalui metod pendidikan dan Jatihan. DEFINISI Salah laku mengikut kamus Oxford Fajar Edisi Ketiga, bermaksud “kelakuan yang tidak sopan atau kelakuan buruk” atau “ menguruskan sesuatu dengan tidak cekap”. Maksud yang kedua yang diberikan adalah lebih berkaitan dengan salah laku yang berlaku di sesebuah organisasi, di mana seseorang pekerja itu menguruskan kerjanya dengan tidak cekap atau boleh juga dikatakan melakukan sesuatu tindakan atau kelakuan ‘yang menyalahi undang-undang dan peraturan organisasi. Bagi setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), undang-undang yang diguna_ pakai dalam menangani masalah salah laku ialah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Sureaj) 2000 [Akta 605]. Dalam Akta tersebut, tiada takrif yang tepat kepada perkataan salah laku diberikan. Walau bagaimanapun, ianya menggunakan perkataan “kesalahan tatatertib” sebagai menggambarkan sesuatu salah laku yang timbul di mana " Sharifah Nurul Faridah binti Syed Abu Bakar, Penolong Pendaftar di Pejabat Canselori berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dan Sarjana Undang-Undang, Universiti Kebangsan Malaysia. ? Noornahar binti Haji Akashah, Timbalan Pendaftar di Pejabat Cansefori, berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Universiti Kebangsaan Malaysia, seksyen 4 mentafsitkan “Kesalahan tatatertib” sebagai pelanggaran mana-mana peruntukan tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan dan termasuklah apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkenaan dengannya tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Peraturan-Peraturan. Dalam sesebuah organisasi, tindakan salah laku oleh pekerja adalah dianggap suatu perkara yang serius dan perlulah dihukum sama ada dengan hukuman yang berat atau ringan, bergantung kepada jenis kesalahan yang telah dilakukan, Mengikut Maimunah Aminuddin’, “Employee's ingenuity in finding ways to break company rules ‘and behave improperly...” adalah dikatakan telah melakukan suatu salah laku atau “misconduct”. Salah laku juga disebut sebagai pelanggaran tatatertib atau disiplin, Tatatertib dan disiplin adalah merupakan di antara tonggak utama dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Secara umumnya, tatatertib atau disiplin ialah apa yang disebut sebagai peraturan-peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kumpulan atau organisasi bagi mewnjudkan suasana yang aman, tenteram dan menjamin keharmonian ahli-ablinya Disiplin adalah merupakan suatu aspek yang penting dan perlu ada dalam mengekalkan kestabilan sesuatu organisasi dan bagi sektor perkhidmatan awam, peraturan-peraturan mengenai tatatertib menjadi suatu ‘alat kawalan’ dalam usaha untuk ‘mendapatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan awam. Menurut Syed Ahmad Idid*, disiplin di dalam sesuatu organisasi adalah bertujuan untuk memastikan perjalanan atau pengoperasian sesebuah jabatan di dalamnya dibuat dengan betul dan efisyen. Secara tersirat, tatatertib dan disiplin adalah pemangkin kepada pembentukan sesebuah negara yang teguh dan berdaulat, STATISTIK Pada dasarnya, tidak ada satu bentuk ukuran yang objektif untuk mengukur tahap atau kedudukan tatatertib dalam perkhidmatan awam. Perkara yang sama juga dihadapi oleh UTeM sebagai sebuah IPTA. Jika dilihat kepada statistik kes tatatertib staf UTeM sejak mula ditubuhkan pada tahun 2001 hingga Januari 2007, terdapat 29 kes yang dilaporkan kepada pihak pentadbiran universiti. Daripada jumlah berkenaan, 11 kes telah selesai dibicarakan dan pesalah telah dijatuhkan hukuman, manakala 18 kes lagi masih di peringkat siasatan dan pendakwaan. Sila rujuk Lampiran A. > Maimunah Aminuddin, 1993, Terminating The Services of the Employee: Minimizing the Pain And The Srrain, Fajar Bakti Sdn. Bhd, 4 Syed Ahmad Idid bin Syed Abdullah Idid, 1997, The Law Of Domestic Inquiries & Dismissals, Pelanduk Publications (M) Sdn. Bh. Daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa kes tatatertib yang melibatkan kesalahan tidak hadir bertugas? adalah paling banyak berlaku iaitu sebanyak 11 kes atau 38% daripada semua kes tatatertib. Kemudian diikuti dengan kes yang berkaitan tatakelakuan atau tatacara sebanyak 5 kes atau 17%, membuat tuntutan palsu sebanyak 4 kes atau 14%, dan mengemukakan resit palsu sebanyak 3 kes atau 10% daripada jumlah kes. ‘Walaupun kesalahan mengenai penyalahgunaan najis dadah telah dikategorikan sebagai kesalahan yang mutlak dan ditegah sama sekali, tetapi ianya masih lagi wujud di UTeM, di mana 7% daripada kes yang dilaporkan ke peringkat Jawatankuasa Tatatertib adalah mengenai penyalahgunaan dadah, Sebanyak 2 kes telah dibawa ke peringkat Jawatankuasa Tatatertib UTeM dan kedua-duanya telahpun dijatuhkan hukuman buang kerja memandangkan UTeM memandang serius kepada kesalahan ini kerana ianya ‘melibatkan pandangan umum kepada imej UTeM ita sendiri. Kesalahan-kesalahan lain yang berlaku adalah kecurian sebanyak 2 kes atau 7% daripada jumlah kes dan masing-masing 1 kes untuk kesalahan mengemukakan sijil cuti sakit palsu dan kesalahan khalwat. Di sini juga perlu kita ingat babawa jika seorang pegawai telah disabitkan dengan kesalahan jenayah (termasuklah kesalahan jenayah syariah) oleh mana-mana mahkamah, maka pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib® dan perkataan “disabitkan” di dalam Akta 605 ini adalah bermaksud apa-apa keputusan bersalah atau apa-apa perintah yang bermaksud keputusan bersalah oleh mahkamah. Ini bermakna, sekiranya seseorang itu telahpun didapati bersalah oleh mahkamah, maka pihak universiti masih lagi boleh mengambil tindakan ke atas pelaku tersebut. HALANGAN DAN CABARAN Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang beroperasi di bawah kuasa sebagai Badan Berkanun Persekutuan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam menangani hal chwal salah laku pekerja yang timbul. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605) menjadi rujukan utama yang mana ianya mengandungi peraturan-peraturan tentang kelakuan atau perbuatan yang ‘dibolehkan dan juga yang dilarang” Umumnya, semua staf UTeM telah didedahkan dengan Akta 605 di mana beberapa siri kursus serta ceramah mengenai tatatertib telah diadakan bagi memastikan staf memahami tentang peri pentingnya tatatertib itu sendiri. Siri kursus dan ceramah ini juga turut memberikan penerangan tentang prosedur dan juga tindakan yang boleh diambil ke atas staf mengikut jenis kesalahan yang dilakukan. Kesalahan di bawah Peraturan 22,Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan- Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605] ® Ibid. Peraturan 28. Walau bagaimanapun, maklumat yang diperolehi daripada Unit Undang-Undang & Tatatertib’ menyatakan bahawa terdapat pertambahan jumlah kes tatatertib yang dilaporkan dari tahun ke tahun. Kes kesalahan tatatertib atau salah laku di UTeM mula dilaporkan pada tahun 2004 iaitu sebanyak 10 kes, kemudian tahun 2005 juga sebanyak 10 kes, Pada tahun 2006, 9 kes yang telah dilaporkan di mana hanya terdapat 1 pengurangan sahaja. Perkara ini sememangnya amat membimbangkan pihak pengurusan universiti di mana sebagai sebuah universiti yang baru, tidak sepatutnya timbul sebegitu banyak Kesalahan tatatertib yang serba sedikit boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan universiti. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat dalam memastikan pengurangan kepada kes tatatertib atau salah laku ini, tetapi kes-kes ini masih terus berlaku dan yang paling Gitakuti adalah anya telah sampai kepada kes-kes yang melibatkan jenayah (sivil dan syariah). Mengikut penelitian dan kajian penulis, perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor atau halangan seperti berikut ; CABARAN 1 - Sikap Ketua Jabatan Sikap kebanyakan Ketua Jabatan yang seboleh-bolehnya ingin memelihara nama baik serta reputasi dan rekod Jabatan daripada dicemari oleh kes-kes tatatertib telah mendorong mereka untuk tidak membuat laporan mengenai kes salah laku yang berlaku i peringkat jabatan, Kajian mendapati bahawa terdapat segelintir Ketua Jabatan yang takut dianggap sebagai ketua yang garang dan oleh itu cuba untuk bersikap lebih lembut dengan staf yang berada di bawah penyeliaannya. Selain itu, terdapat juga Ketua Jabatan yang kurang mengambil tahu berkenaan kes tatatertib dan merasakan bahawa ianya ‘bukan perkara utama yang perlu didahulukan. CABARAN 2 - Sikap Staf Boleh dikatakan ramai staf yang kurang mengambil kisah mengenai tatatertib kerana merasakan bahawa ianya tidak begitu penting. Kajian juga mendapati bahawa faktor berlakunya kes salah laku bukanlah kerana staf tidak mengetahui peraturan, tetapi sikap mereka yang tidak mengendahkan peraturan yang ada menjadikan mereka tegar ‘untuk terus melakukan salah laku tersebut. Contoh yang paling baik untuk dilihat adalah ‘mengenai tatacara berpakaian ke pejabat. Pihak universiti telahpun mengeluarkan Peraturan dan Etika Berpakaian dan naskhah mengenainya telah diedarkan kepada setiap staf pada hari pertama melapor diri. Tetapi, hakikatnya, masih ramai staf yang berpakaian kurang sopan ke pejabat tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya telah melakukan kesalahan salah laku iaitu salah laku berpakaian, ” sebuah unit di bawah Bahagian Keutuhan Pengurusan, Pejabat Pendaftar UTeM yang ditububkan pada 1 November 2004 CABARAN 3 - Kekurangan Staf Yang Berpengalaman Salah satu halangan kepada usaha pembasmian kes-kes salah laku ini adalah kekurangan sumber manusia yang mempunyai pengalaman dan berkemahiran. Sebagai sebuah universiti yang boleh dikatakan muda, sememangnya masalah ini tidak dapat dielakkan, Ini boleh dilihat daripada usia dan juga pengalaman staf yang ditugaskan untuk menerajui unit atau bahagian yang berkaitan. CABARAN 4 - Tiada Pengkhususan Jawatan_ Mengikut amalan yang dilakukan di kebanyakan IPTA, unit yang bertanggungjawab dalam tugas-tugas mengenai disiplin, tatatertib dan juga apa-apa yang erkaitan dengan perundangan diletakkan di bawah kendalian seorang pegawai di bawah skim N (Pengurusan dan Profesional) yang mempunyai kelulusan dalam bidang undang- undang, Seperti mana yang diketahui, seseorang pegawai itu boleh diarahkan untuk ditempatkan di mana-mana unit atau bahagian atau jabatan. Ini bermakna pegawai yang bertugas di unit perundangan juga berhak untuk ditukarkan ke tempat atau jabatan Tain. Perkara ini pemah diajukan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan mereka ‘mengatakan bahawa skim L (Perundangan) tidak wujud di IPTA. CABARAN 5 — Pertukaran Staf Yang Kerap Pertukaran staf dari satu jabatan ke jabatan yang lain adalah merupakan suatu fenomena yang biasa di setiap IPTA. Walau bagaimanapun, sekiranya pertukaran staf dibuat terlalu kerap, ianya akan menimbulkan pelbagai masalah, Di UTeM, apa yang berlaku sedikit sebanyak menjadi halangan dalam usaha membasmi kes-kes salah laku. Unit Undang-Undang & Tatatertib telah ditubuhkan pada 1 November 2004 dengan menempatkan dua orang pegawai untuk menguruskannya. Dalam tempoh dua tahun beroperasi, salah seorang pegawai telah dipindahkan ke jabatan lain dan seorang lagi pegawai juga telah ditukarkan atas alasan keperluan yang mendesak. Perkara sebegini sebenarnya telah menyebabkan kes-kes salah laku yang masih dalam tindakan sedikit terganggu dan tertangguh. CABARAN 6 - Proses Yang Lama (Jawatankuasa Tatatertib) Proses yang perlu diambil dalam sesuatu tindakan tatatertib adalah berperingkat- peringkat dan kadang kala keputusannya mengambil masa yang terlalu ama. Mengikut ‘Akta 605, terdapat tatacara-tatacara dan juga tempoh masa yang tertentu dalam sesuatu proses tindakan tatatertib. Apa yang perlu kita tahu adalah abli bagi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri daripada pelbagai peringkat termasuklah Naib Canselor, Abli Lembaga Pengarah Universiti, Penasihat Undang-Undang Kementerian Pengajian Tinggi serta wakil Kementerian Pengajian Tinggi. Adalah amat sukar untuk mengumpulkan semua ahli secara serentak bagi mencukupkan kuorum memandangkan kesemua ahli mempunyai jadual yang agak padat. Perkara ini sebenarmya merupakan di antara faktor- faktor yang menyebabkan sesuatu kes itu tertangguh dan ini juga merupakan halangan kepada usaha membasmi kes salah laku. KESIMPULAN Kepentingan Kehidupan yang bermoral dan beretika adalah salah satu faktor utama dalam membangunkan sebuah masyarakat_yang bertamadun dan berbudaya tinggi. Kemajuan yang tidak didokong dengan moral dan etika yang baik sebenarnya samalah dengan kehidupan masyarakat di zaman jahiliah. Justeru, untuk hidup dalam keadaan harmoni, maka kita perlulah mematuhi disiplin-disiplin dalam kehidupan termasuklah disiplin di tempat kerja. Pada dasamya, perbuatan salah taku dalam pekerjaan ini bukan sahaja menjejaskan prestasi sesebuah organisasi, malah ia juga turut memberi kesan kepada pertumbuhan negara secara keseluruhannya. Ianya agak suker untuk dikekang sekiranya tiada pengawalan diri sendiri oleh setiap individu dalam organisasi berkenaan. ‘Terdapat banyak pendckatan yang boleh digunakan dalam usaha untuk membendung masalh salah laku ini daripada ters berleluasa. Penulis mengkategorikannya kepada tiga bentuk pendekatan iaitu ; PENDEKATAN PROAKTIF Pendekatan proaktif adalah di mana pihak pengurusan perlu mengenal pasti jenis salah laku yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berlaku, Di sini peranan pihak pengurusan adalah untuk mengambil tindakan dalam menangani salah laku yang dimaksudkan. Dengan kata lainnya, tindakan terlebih dahulu dibuat sebelum salah Taku itu timbul, PENDEKATAN ARAHAN Pihak pengurusan sesebuah organisasi termasuklah IPTA perlulah mempunyai polisi, prosedur, tatacara, peraturan ataupun kaedah-kaedah secara bertulis dan jelas mengenai disiplin dan salah laku. Walaupun IPTA adalah tertakluk kepada Akta 605, tetapi pihak universiti boleh untuk mewujudkan peraturan tambahan yang lebih terperinci kepada peraturan yang sedia ada demi kesejahteraan bersama. Pihak pengurusan juga perlulah mengambil inisiatif yang sewajarya untuk mengingatkan semua staf berkenaan dengan peraturan-peraturan yang ada dari semasa ke semasa. PENDEKATAN PENCEGAHAN Pendekatan ini sebenamya adalah merupakan satu usaha yang diharapkan agar dapat membantu mencegah perbuatan salah laku dalam pekerjaan, di mana ianya bermula dari peringkat awal iaitu ketika membuat pemilihan pekerja di sesebuah organisasi itu. Majikan perlulah memastikan bahawa pekerja yang ingin diambil bekerja ita mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih. Perkara ini amat penting terutamanya ketika mengambil pekerja yang mengendalikan kerja-kerja berkenaan pembelian, pembayaran, stor, akaun dan yang seumpama dengannya. Antara faktor penting yang boleh membantu untuk sekurang-kurangnya mengurangkan kes-kes salah Jaku dalam pekerjaan adalah komunikasi yang berkesan di antara pihak pengurusan sesebuah organisasi dengan para pekerjanya. anya termasuklah sikap ikhlas dan jujur dalam melakukan pekerjaan. Sekiranya seseorang individu itu ‘mempunyai pengetahuan tentang sesuatu salah laku yang telah dilakukan, walaupun ia melibatkan rakan sekerja yang rapat dengannya, maka dia perlulah melaporkan keadaan tersebut kepada pihak pengurusan organisasi. Perbuatan salah laku atau pelanggaran disiplin adalah merupakan suatu perbuatan yang tidak wajar wujud di mana-mana organisasi, apatah lagi di institusi ilmu. Segala perbuatan salah laku yang telah dilakukan oleh mana-mana staf, tanpa mengira Kedudukan perlulah ditangani dengan adil dan saksama bagi menjadi pedoman dan pengajaran kepada staf yang lain. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh UTeM bukanlah menjadi halangan untuk UTeM dalam menjadikan setiap stafnya insan yang cemerlang, malah ianya menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha ke arah itu. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dengan wujudnya cabaran-cabaran tersebut telah memberikan idea baru kepada pihak pengurusan universiti untuk merangka semula struktur baru yang lebih komprehensif dan bersesuaian dengan keadaan semasa. RUJUKAN 1. Maimunah Aminuddin, 1993, Terminating The Services of the Employee: Minimizing The Pain And The Strain, Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2. Syed Ahmad Idid bin Syed Abdullah Idid, 1997, The Law Of Domestic Inquiries & Dismissals, Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. 3. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] LAMPIRAN A STATISTIK KES TATATERTIB STAF UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA JUMLAH KES 29 KES YANG TELAH SELESAI "1 KES YANG MASIH DALAM SIASATAN/ TERIMA LAPORAN =: 18 JENIS KES JUMLAH Tidak Hadir Bertugas - 1 Tatakelakuan / Tatacara 7 5 Tuntutan Palsu 4 Resit Palsu 3 Penyalahgunaan Dadah 2 2 Kecurian Sijl Cuti Sakit Palsu Khalwat STATISTIK BAGI KES TATATERTIB STAF UTeM Gi Tidak Hadir Bertugas ‘ms Tatakelakuan / Tatacara 1 Tuntutan Paisu 1G Resit Paisu m Penyalahgunaan Dadah a Kecurian, mi Sill Cuti Sakit Palsy 1G Khawat ‘SALAH LAKU DALAM PEKERJAAN; (CABARAN YANG DIHADAPI OLEH UTeM. PENGENALAN Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung kepada sikap ddan moral yang positf yang ada pada rakyatnya, dalam segala aspek termasuklah dalam aspek pengurusan pekerjaan dan juge pentadbiran, Slogan “BERSIH CEKAP DAN AMANAH' DEFINISI Seksyen 4 Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surca}) 2000 {Akta 605] * petanggaran mana-mana peruntukan tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan dan termasuklah apa- ‘apa perbuatan atau peninggalan yang berkenaan dengannya tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Peraturan- Peraturan’. STATISTIK 008 2006 Toes ‘kes \Walaupun pendedahan berkenaan dengan Akta 605 in telah dibuat kepada sera staf, tetapi kkes-kes kesalahan tatatertb masih lagi beriaku ddan hanya terdapat pengurangan bilangan kes yyang sangat minima, HALANGAN DAN CABARAN SIKAP KETUA JABATAN aga puis dan rokos jalan ‘etua Jalan hurang mengame aha SIKAP STAF Tahu peratran ttl hep melakukon kesh, KURANG STAF BERPENGALAMAN, Univers bau, kebanyaan staf adalah mks bor yang ‘ada! rang pengeaman, TIADA PENGKHUSUSAN JAWATAN, ‘Tae Jawatan yang khusus seperti conthnya pegew perundangan, yang akan bevada di bahagianberkensan Gan tak menghadap emargknan untuk ctukarkan PERTUKARAN STAF YANG KERAP Tempah seseorang pogawal untuk ctuaskan ‘melon sebust ogee Sesustytahagian sau unt ‘Sosa rapel menyebabkon howtos toranggun. PROSES MENGAMBIL MASA YANG LAMA Press uta mencapa Kepuusan dara ‘atone Yate memeng mesgambl masa sonaiome, CADANGAN 3 cara Pendekatan, iaitu KESIMPULAN * Sistem pengawalan disiplin dalam bentuk corrective dan punitive beserta dengan langkah-langkah peningkatan disipi bercorak positif memerlukan komitmen ‘dan kesungguhan semua pihak berkenaan yang melaksanakannya agar tahap keberkesanan yang maksimum dapat dicapai" Ih

Anda mungkin juga menyukai