Anda di halaman 1dari 1

Akta Pampasan Pekerja 1952

Objektif: Pampasan kepada pekerja asing yang mengalami kecederaan


dalam melaksanakan kerja mereka dan kepada orang tanggungan pekerja
dalam keadaan kemalangan yang menyebabkan kematian.

Ditadbir oleh: Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia,

Makna & Tafsiran

1. Akta ini terpakai kepada pekerja asing:


a. Yang berpendapatan tidak lebih daripada RM500 sebulan; dan
b. Semua buruh kasar tanpa mengira gaji.
2. Majikan akan perlu membeli insurans di bawah Arahan Pampasan
Pekerja (Skim Pekerja Asing) (Insurans) 1993 bagi pampasan untuk
kecederaan pekerjaan dan juga kecederaan bukan pekerjaan.
3. Pekerja Malaysia tidak lagi dilindungi di bawah Akta Pampasan
Pekerja 1952 berkuat kuasa dari 1hb Julai 1992. Pekerja tempatan
akan dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Implikasi Utama
1. Majikan yang mengambil kerja pekerja asing perlu
membekalkan insurans yang meliputi kecederaan kerja dan
kemalangan yang menyebabkan kematian.

2. Penalti seperti di dalam jadual di bawah:

Kesalahan Penalti

Gagal menyerahkan Notis


Kemalangan (seksyen 13(5))
• Kesalahan Pertama Denda sehingga RM5000
• Kesalahan berikutnya Denda sehingga RM10,000

Gagal menyerahkan Denda sehingga RM5000


laporan/maklumat

Kegagalan majikan untuk Denda sehingga RM20,000 atau


mendapatkan insurans penjara sehingga 2 tahun atau
kedua-duanya

Memotong gaji pekerja untuk Denda sehingga RM5,000 atau


membayar kos mendapatkan penjara sehingga 1 tahun atau
polisi insurans kedua-duanya

Anda mungkin juga menyukai