Anda di halaman 1dari 27

LATIHAN DAN

PEMBANGUNAN
PSM 3013 / PSM 3123

Arahan: Cari makna dan konsep berkaitan kaedah-kaedah pada setiap


slide. Tugasan latihan ini memerlukan kerjasama semua yang terlibat untuk
menghasilkan penerangan yang lengkap dan padat. Tujuannya adalah
memastikan semua yang terlibat memberi sumbangan idea dan komitmen
penuh dalam memenuhi keperluan kefahaman bagi topik 6.
KAEDAH-KAEDAH
LATIHAN
LATIHAN DALAM KERJA
Pusingan kerja (Job Rotation)
● Pusingan Kerja (Job Rotation) adalah merupakan kaedah di mana sesebuah organisasi
melaksanakan dasar memberi peluang melaksanakan kerja lain bagi memastikan setiap
pekerja mempunyai kemahiran yang luas dan pengalaman kerja yang berbeza. Matlamat Job
Rotation adalah untuk pekerja mendapat kepuasan berkerja secara maksima dan
mengelakkan burn-out.
● Pekerja yang terlibat dalam pusingan kerja akan mendapat gambaran keseluruhan tentang
organisasi seperti bentuk-bentuk kerja dan hubungan antara jabatan. Hal ini akan dapat
membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam diri mereka.
● Job Rotation juga memberikan cabaran kepada seseorang individu untuk melakukan
perubahan. Ini adalah kerana bagi sesetengah individu, perubahan yang ingin dilakukan
mengambil masa tertentu untuk memahami skop, fungsi tugas masing-masing dalam
pekerjaan.
● Pusingan kerja haruslah disesuaikan dengan keperluan dan keupayaan pelatih supaya
berkesan.
Penggantian Kerja (Cross Training)
● Perancangan penggantian kerja adalah proses di mana organisasi memastikan pekerja
direkrut dan dikembangkan untuk mengisi setiap peranan penting dalam syarikat.
Dalam proses ini, memastikan bahawa kita tidak akan mempunyai peranan utama
yang terbuka untuk mana pekerja lain tidak bersedia.
● Cross Training adalah merupakan suatu proses bagi melatih seorang pekerja untuk
melaksanakan tugasan yang diterima pada bahagian bidang organisasi yang berlainan.
Latihan pekerja A untuk melakukan tugas yang dilakukan oleh pekerja B dan latihan
pekerja B untuk melakukan tugas pekerja A dan ini dinamakan sebagai latihan silang
atau denga erti kata lain adalah Cross Training. Cross Training merupakan suatu
pembawaan yang dibawa dengan memberikan hasil yang baik kepada pengurus dan
organisasi, hal ini kerana ia memberikan lebih banyak kelonggaran dalam mengurus
tenaga kerja bagi mendapatkan pekerjaan yang dilakukan, dan secara tidak langsung
ia membantu mereka mempelajari kemahiran baru serta meningkatkan nilai mereka
kepada firma mereka dan memerangi keletihan posisi.
Kejurulatihan (Coaching) atau latihan melatih
● Kejurulatihan adalah untuk membantu seseorang individu atau kumpulan itu supaya sedar
dan menemui keyakinan yang ada dalam diri mereka bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.
● Latihan Melatih pula merupakan suatu proses bagi melatih seseorang individu supaya
mengenali akan kentrampilan yang ada diri mereka dari segi aspek luaran, kredibiliti, dan
model.
● Jurulatih merupakan seseorang individu yang berperanan penting di dalam memastikan
pengendalian seseorang berdasarkan kepada metod atau keadah-kaedah yang dibawa untuk
diserapkan di dalam diri para pelatih bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
● Walaubagaimanapun kaedah ini memerlukan masa dan kawalan yang lebih semasa latihan
dijalankan. Masalah akan wujud apabila jurulatih tidak mencukupi bagi satu-satu sesi latihan
disamping kos yang agak tinggi implikasi dari jurulatih yang lebih ramai.
Bimbingan dan kaunseling

● Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan
panduan kearah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat
jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah
laku ke arah yang lebih baik. Manakala kaunseling ialah suatu proses interaksi antara
seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang
mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi
mengatasi kelkeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.
● Dari segi profesional dimana bimbingan melibatkan semua guru yang dianggap sebagai
pebimbing kepada para pelajar manakala kaunseling pula memerlukan tauliah, ijazah sarjana
muda dalam bidang kaunseling. Proses bimbingan ini dilakukan dimana-mana sahaja tanpa
mengira masa dan kaunseling pula mempunyai masa tertentu dengan tempat tertentu yang
ditentukan oleh kaunselor itu sendiri.
Latihan amali
● Latihan Amali merujuk kepada penempatan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam atau
swasta di mana-mana Kementerian / Jabatan / Agensi di dalam negara bagi tujuan
menjalankan latihan amali dalam jangka masa yang ditetapkan sebagai syarat bergraduat
sebelum dianugerahkan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
● Pelajar yang layak untuk menjalani latihan amali terdiri daripada warganegara Malaysia yang
sedang mengikuti pengajian di IPT dalam atau luar negara dan struktur pengajian
mewajibkan pelajar menjalani latihan amali sebagai syarat bergraduat. Tempoh latihan amali
bergantung kepada struktur pengajian yang telah ditetapkan oleh IPT.
● Latihan amali dapat membantu pelajar-pelajar apabila mereka didedahkan kepada situasi
sebenar semasa bekerja dan meluaskan pengetahuan dan kemahiran mereka. Latihan ini
turut memberi ruang kepada mereka untuk membentuk unsur-unsur penambahbaikan dalam
aspek-aspek seperti disiplin diri, bekerja mengikut tatacara kerja yang sebenarnya,
melaksanakan projek atau tugasan dan sikap bekerja dalam kumpulan.
Mentor-mentee/modeling
● Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh
dipercayai. Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi
pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Mentee pula dirujukan kepada individu yang
menerima pertolongan. Dalam memberi khidmat menolong, mentor yang berpengetahuan dan
berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang memerlukan
bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya,
pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri.
● Tujuan utamanya ialah untuk membolehkan mentee (biasanya pekerja yang baru dan kurang
berpengalaman) mendapat bimbingan yang betul dan berkesan tentang misi dan objektif organisasi
demi untuk meningkatkan kualiti kerja dan imej organisasi yang berkenaan. Dalam situasi ini mentee
yang menerima bimbingan dapat berpegang kepada objektif organisasi demi untuk menjaga kualiti
yang berterusan.
● Program mentor-mentee yang formal mempunyai objektif yang tertentu, sistem pencapaian dan
penilaian diatur untuk melihat keberkesanan program yang berkenaan. Setiap staf perlu mencapai
sesuatu dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
● Program mentor-mentee yang informal biasanya tidak memerlukan struktur yang rigid. Ia lebih
kepada membantu rakan sekerja mendapatkan nasihat, bimbingan yang betul tanpa mempunyai
ekpektasi yang ditetapkan.
Latihan Bekas Surat

- Bertujuan membekalkan pelatih kemahiran untuk menentukan keutamaan dalam


membuat keputusan. Sebagai contoh, pelatih diberikan satu set dokumen perniagaan
seperti memo, mesej telefon dan laporan dan seterusnya pelatih perlu melakukan
tindakan yang sepatutnya mengikut keutamaan.
- Dengan adanya latihan sebegini ia dapat mengajar pelatih tersebut menjadi lebih
cekap dalam membuat sesuatu tindakan. Ini kerana latihan ini memerlukan pelatih
yang bijak dalam menentukan apa itu memo, laporan, surat dan sebagainya.
Pembelajaran Tindakan

● Pembelajaran tindakan dalam organisasi adalah cara untuk mengenal pasti kejayaan sesuatu
projek dan kegagalannya di mana maklumat mengenai ini dapat dikumpulkan untuk membuat
cadangan untuk kemajuan dan peningkatan di masa depan.
● Proses pembelajaran tindakan ini memberikan hasil khusus seperti maklumat terkini (kemas
kini) dari pangkalan data proses pembelajaran, Input pengetahuan untuk sistem pengurusan,
Mengemas kini polisi, prosedur, dan proses syarikat / syarikat, Meningkatkan kemahiran
perniagaan, Peningkatan lengkap dalam penyediaan perkhidmatan dan produk dan Kemas
kini dalam rancangan pengurusan risiko.
● Setiap pelatih akan diberi tugasan dalam projek-projek yang tertentu. Dari semasa ke
semasa, pelatih yang terlibat akan bermesyuarat bagi membincangkan penemuan dan
kemajuan tugasan atau projek masing-masing. Ahli-ahli kumpulan pembelajaran tindakan
lazimnya akan mahu memperbaiki sebarang kekurangan mereka jika kekurangan dirasakan
sedang menjejaskan keberkesanan mereka dalam menjalankan tugasan mereka.
Pengajaran Terprogram

● Satu kaedah pemSatu kaedah pembelajaran kendiri yang membolehkan pelatih belajar mengikut
kelajuan mereka tersendiri.
● Memerlukan disiplin diri para pelatih bagi memastikan mereka memberi respons yang diinginkan.
● Suatu teknik pembelajaran kendiri dengan menggunakan nota dan modul latihan yang disediakan
secara sistematik
● Kandungan modul yang disediakan akan diberi pada tahap kerumitan yang tinggi dimana ia
membolehkan pelatih mempelajari sesuatu mengikut tahap keupayaan mereka
● Namun, ia memerlukan disiplin diri para pelatih untuk memastikan mereka memberikan
respons yang dikehendaki.
Latihan perantisan
● Perantis (pekerja yang sedang menjalani latihan) ialah pekerja sepenuh masa yang
bekerja sambil menjalani latihan.
● Kaedah ini menggabungkan latihan sambil bekerja dengan latihan di luar tempat kerja.
Ia sesuai untuk pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi dan lazimnya digunakan
untuk melatih pekerja seperti mekanik, juruteknik, juruelektrik dan kerja yang berkaitan
dengan seni dan kraf.
● Dijalankan semasa berkerja (bekerja dengan pekerja yang mahir).
● Kaedah ini menggabungkan latihan bekerja dengan latihan di luar tempat kerja.
● Pelatih akan diberi tunjuk ajar Dan juga pengalaman, di tempat kerja atau di luar
tempat kerja, dari aspek praktikal dan teoritikal pekerjaan tersebut.
KAEDAH-KAEDAH
LATIHAN
LATIHAN LUAR KERJA
Ceramah/Syarahan
● Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4. Ceramah ditakrifkan sebagai suatu ucapan yang
membicarakan akan sesuatu perkara dan pengemukaan fikiran atau idea-idea melalui
perucapan yang berlaku secara sehala mahupun dua hala. Dan kebiasaannya penyampaian
atau pencerahan yang disampaikan adalah berdasarkan daripada individu yang mahir dalam
bidang tertentu terhadap golongan pelajar yang pasif di kelas ataupun kuliah.
● Manakala Syarahan pula adalah merupakan suatu proses penyampian yang disampaikan
kepada golongan yang pasif berdasarkan kepada tajuk yang tertentu. Walau bagaimanapun
tujuan antara ceramah dan syarahan adalah sama.
● Kaedah ini bertujuan untuk menerangkan isi pelajaran terbaru yang sukar untuk dipelajari
dengan membaca buku dan menyampaikan isi pelajaran terbaru yang belum dapat diperolehi
di buku.
● Dengan erti kata lain, Ceramah dan Syarahan ini merupakan satu komunikasi yang
dilaksanakan secara interpersonal melalui penyampaian secara lisan tentang sesuatu
perkara. Contohnya seperti ceramah dan syarahan berkenaan dengan agama dan
sebagainya, Bahkan ceramah dan syarahan ini juga disampaikan oleh individu yang
berkelayakan tentang bidang yang mereka ceburi.
● Selain itu, bahan untuk latihan seperti carta, nota dan gambar digunakan untuk
penyampaian maklumat menjadi lebih berkesan.
Perbincangan (Latihan Dalam Kumpulan)

● Perbincangan secara dalam kumpulan akan menggalakkan penglibatan aktif antara peserta
kerana mereka tidak hanya duduk dan dengar tetapi harus berfikir secara kreatif dalam
memberi pandangan dan pendapat. Selain itu, cara ini memerlukan tenaga pengajar yang bijak
dan pakar agar dapat menangani maklum balas dan respons dengan cekap.
● Tenaga pengajar harus memilih tajuk perbincangan yang bersesuaian untuk menarik minat
para peserta dan mampu mengawal perbincangan tersebut bagi mengelak sebarang konflik
dengan pihak yang lain.
● Contohnya, setiap syarikat jualan kenderaan akan mengadakan perbincangan bersama dengan
juru jual dan pengurus jualan kenderaan selepas ujian dijalankan. Ini adalah untuk memastikan
sasaran yang telah ditetapkan dapat dicapai.
● Perbincangan dalam kumpulan ini dapat memupuk diri sendiri dalam memberi kerjasama
antara satu sama lain tidak kira pangkat atau darjat semata.
Demonstrasi
● Demonstrasi merupakan kaedah yang selalu digunakan ketika latihan dijalankan. Ia meliputi
kaedah persembahan oleh jurulatih untuk menyampaikan kandungan latihan menerusi
pengalaman yang telah sedia ada. Kaedah ini menekankan konsep model atau contoh-contoh
fizikal untuk memudahkan pemahaman pelatih. Hasilnya pelatih cepat memahami
berdasarkan kepada model yang ditunjukkan tadi.
● Walaubagaimanapun, kaedah ini memberi kesan negatif kepada jurulatih sendiri. Kepayahan
untuk mendapatkan model yang benar-benar sesuai apabila penerangan yang diberikan
bersama model yang ditunjukkan tidak dapat membantu pemahaman pelatih. Sebaliknya
pelatih keliru dengan model yang tidak sesuai semasa penerangan. Disamping itu juga, kos
yang agak tinggi diperlukan kerana implikasi dari model yang hendak digunakan.
● Demonstrasi atau kadang kala di gelar ’sitting next to Nellie’, adalah merupakan kaedah yang
selalu digunakan ketika latihan dijalankan.
Main Peranan (Roleplay)
● Kaedah latihan ini dilakukan dimana peserta akan melakonkan sesuatu watak yang terdapat dalam
persekitaran atau situasi yang wujud seperti suasana pekerjaan yang sebenar. Ianya boleh digunakan
untuk meningkatkan aspek kemahiran pengurusan seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan
kemahiran berinteraksi.
● Daripada kaedah main peranan ini, peserta dapat berbincang tentang peranan yang mereka lakonkan
serta dapat maklum balas dari peserta lain. Proses perbincangan dan maklum balas ini berguna
kerana dalam dunia pekerjaan sebenar jarang sama sekali ada orang yang mahu berbincang dan
memberikan maklum balas tentang perlakuan individu berkenaan. Kesannya sukar untuk kita
memperbaiki prestasi masing-masing.
● Untuk memastikan latihan main peranan ini berjaya, ianya memerlukan perancangan yang teliti.
Dimana peserta haruslah diberi peluang untuk membuat persediaan yang secukupnya dan mereka
memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan peranan yang akan dilakonkan. Penerangan
secara umum tentang watak-watak di dalam main peranan hendaklah dibuat dengan memberikan
contoh-contoh yang berkaitan.
● Oleh kerana main peranan merupakan lakonan sahaja, jadi ia tidak memberi kesan buruk jika berlaku
kesilapan dalam penyelesaian sesuatu masalah. Pelatih masih ada peluang untuk membetulkan
kesilapan mereka.
Percambahan Minda (Brainstorming)

● kaedah yang berkesan dalam menyelesaikan masalah, berdasarkan kepada aktiviti kreatif ahli-ahli
kumpulan, yang membincangkan isu-isu kepentingan semasa, menawarkan idea, pilihan
penyelesaian
● Brainstorm ini mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah lain antaranya penyelesaian masalah
dapat dicapai dengan cara yang berbeza kerana setiap pelatih mempunyai pengalaman dan
pengetahuan masing-masing justeru masalah itu diselesaikan mengikut percambahan idea dengan
cara tersendiri.
● teknik ini secara keseluruhan membantu pelatih mengeluarkan hasil yang lebih berkesan dengan
menggunakan idea tersendiri.
● Percambahan fikiran boleh ditafsirkan sebagai kaedah yang digunakan bagi menggalakkan tiap-tiap
individu dalam kumpulan mengeluarkan pendapat atau idea masing-masing dalam sesuatu
perbincangan secara bebas. Proses percambahan fikiran boleh digunakan untuk menyenaraikan
masalah-masalah yang dihadapi oleh sesebuah organisasi, sebab-sebab sesuatu masalah timbul
atau akibat-akibat yang mungkin akan timbul sekiranya sesuatu cadangan dilaksanakan.
● Dalam penambahan idea, pelatih tidak semestinya mengikut kehendaknya sendiri, pelatih juga perlu
melihat kepada situasi dan keadaan semasa.
Kajian Kes
● Kaedah kajian kes ini bertujuan meningkatkan kebolehan pelatih dalam penyelesaian masalah
dan pembuatan keputusan. Kaedah ini memerlukan pelatih mengenal pasti dan mengkaji
masalah atau isu sesuatu kes dan menentukan penyelesaiannya. Pelatih juga dikehendaki
menyediakan rancangan tindakan untuk melaksanakan keputusan mereka. Jika kaedah kes
yang biasa digunakan, pelatih diberi semua maklumat yang perlu untuk menyelesaikan
sesuatu kes. Tetapi jika proses kejadian digunakan cuma satu kejadian kes yang genting
dihuraikan. Dari sini terpulang kepada pelatih untuk mengemukakan soalan yang berkaitan
untuk mendapatkan fakta dan maklumat tambahan untuk sesuatu kes tersebut.
● Setelah semua maklumat yang penting diperolehi, pelatih boleh mula mengkaji kes yang
berkenaan secara perseorangan atau berkumpulan. Kaedah kes membolehkan pelatih
mengkaji isu-isu perniagaan yang realistik. Jika kaedah ini dikendalikan secara perbincangan,
pelatih boleh bertukar-tukar pandangan dan idea dengan pelatih yang lain.
● Ini adalah kerana semasa sesi kajian kes peserta latihan akan diberi satu masalah organisasi dalam
bentuk bertulis dan mereka dikehendaki menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan
kaedah yang diajar dalam sesi latihan.
Teknik alat pandang-dengar
● Kaedah yang baik untuk mengajar kemahiran dan prosedur kerja-kerja pengeluaran
● Menggunakan teknologi masa kini dalam kaedah pembelajaran.
● Sebagai contoh, dengan penggunaan pita video langkah-langkah dalam penggunaan sesuatu mesin
atau pelaksanaan sesuatu tugasan akan menjadi lebih jelas dan mudah diifahami.
● Alat peraga elektronik, yang dapat dilihat dan didengar, seperti filem, radio biasanya digunakan
sebagai aktiviti latihan dan pembelajaran yang menyokong; audio visual.

● Teknologi terkini pula yang menggunakan cakera video, telepersidangan dan


televisyen interaktif telah menjadi satu alat pengajaran yang lebih menarik.
Arahan terprogram

● Teknik pendidikan yang dicirikan oleh arahan kendiri yang disusun sendiri, disajikan dalam urutan
logik dan dengan banyak konsep yang berulang
● Teknik ini dapat diaplikasikan melalui teks, mesin pengajaran yang disebut, dan instruksi berbantukan
komputer.
● Sebagai contoh, teknik ini banyak digunakan melalui aplikasi google classroom, zoom, microsoft
team.
● Melalui pendekatan ini pelatih akan diberi arahan serta bimbingan melalui penggunaan aplikasi
tersebut.
● Pendekatan ini juga biasa berlaku apabila pelatih terpaksa melaksanakan pembelajaran di rumah
atau di luar kawasan tempat pengajian.
Pembelajaran tindakan

● Dalam pembelajaran tindakan ,sekumpulan pelatih pengurusan seharusnya bekerja sepenuh


masa demi mengkaji dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesebuah jabatan dan
organisasi sendiri atau dihadapi organisasi - organisasi yang lain

● Setiap pelatih akan diberi tugasan dalam projek-projek yang tertentu. Dari masa ke semasa,
pelatih yang terlibat akan bermesyuarat akan membincangkan penemuan dan kemajuan
tugasan atau projek masing-masing.

● Ahli-ahli kumpulan pembelajaran tindakan lazimnya akan mahu memperbaiki sebarang


kekurungan mereka jika kekurangan dirasakan sedang menjejskan keberkesanan mereka
dalam menjalankan tugasan mereka.
● Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada
pada para peserta diuji terlebih dahulu di awal sesi latihan. Ini adalah bertujuan
untuk menjadi asas bagi menguji semula peserta di akhir sesi latihan bagi
menentukan peningkatan pengetahuan dan kemahiran.
Permainan pengurusan

● Permainan pengurusan adalah suatu latihan berasaskan situasi perniagaan yang


hampir sama pada keadaan yang sebenar
● Dalam permainan pengurusan ini di mana pelatih akan dibahagikan kumpulan
ataupun pasukanb- pasukan tertentu
● Pelatih juga berpeluang memperoleh pemahaman tentang operasi dan obranisasi
, proses dan interaksi kumpulan,kepimpinan,komunikasi dan sebagainya
● Permainan pengurusan membolehkan pelatih memperoleh pengalaman membuat
keputusan pengurusan dalam masa yang singkat.

● Kos yang mesti ditanggung untuk mengadakan jenis latihan ini agak tinggi,
terutamanya apabila kemudahan komputer digunakan memproses input
keputusan pelatih.
Perantisan
● Perantisan merupakan satu bentum sistem yang dilaksanakan secara berstruktur bagi
menghasilkan lebih ramai pekerja atau pekerja pelapis. Dengan keadah ini sesebuah
organisasi tersebut tidak akan mengalami kekurangan tenaga kerja yang mahir bagi
memenuhi keperluan perkembangan industri.
● Kaedah pembelajaran yang melibatkan dua metod dalam suatu masa iaitu belajar
sambil bekerja.
● Kebiasaannya perantisan merupakan program yang melibatkan kemahiran dalam
perdagangan
● Pelatih menjalani latihan untuk tempoh yang tetap sebagai contoh pelatih belajar
kemahiran khusus yang diperlukan untuk perdagangan atau pekerjaan tertentu
● Latihan ini boleh dilakukan separuh masa atau sepenuh masa bergantung kepada
syarat-syarat kontrak
● Kaedah perantisan ini seringkali digunakan untuk melatih kemahiran dalam tred-tred yang
tertentu
● Contoh pekerjaan yang terlibat ialah juruteknik, tukang kayu dan pendawai elektrik.
Hands-on
● Satu kaedah sistem pendidikan dan perniagaan yang sama digunakan untuk
membantu mengajar orang untuk mempelajari tugas tertentu. Ia memberikan
pengalaman dunia nyata dengan membenarkan pelatih mendapatkan tangannya
secara langsung pada apa yang dia belajar, mewujudkan rasa pemberi kuasa.
● Lebih berkesan daripada latihan yang disediakan dalam suasana kelas tradisional.
● Bukan sahaja membolehkan orang yang dilatih untuk mempelajari tugas-tugas
L yang
perlu diselesaikan, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk melaksanakan
tugas secara serentak.
● Latihan hands-on menyediakan aplikasi kehidupan sebenar yang memudahkan untuk
memahami apa yang diajar kerana pembelajaran orang ramai dapat melihatnya secara
langsung dan bukan hanya mendengarnya dalam kuliah. Ini bermakna kemahiran itu
lebih cenderung untuk melekat dengan mereka.
Latihan kepekaan/latihan makmal
● Dalam latihan kepekaan prosedur dan peralaran yang sama atau yang hampir sama
dengan prosedur atau peralatan yang digunakan di tempat kerja disediakan di ruangan
khas atau vestibul
● Di vestibul ini pelatih dapat belajar dalam keadaan yang terkawal dan mengikut
keupayaan mereka sendiri tanpa menghadapi tekanan kerja yang sebenar
● Kaedah latihan yang digunakan untuk meningkatkan kepekaan pelatih melalui proses
interaksi. Ia dikendalikan dalam kumpulan kecil dan dibantu oleh pemudah cara.
● Pemudah cara memberi panduan kepada pelatih bagaimana mereka bolehmemahami
diri sendiri dan peka terhadap keperluan orang lain serta menggalakkan pelatih
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
● Pelatih cuba memahami diri mereka dan individu lain melalui penelitian tingkah laku
dan hubungan antara satu sama lain yang berlaku dalam suasana tidak formal.
● Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengubah sikap dan meningkatkan kemahiran
antara perorangan
Latihan jarak jauh dan tele-sidang
● Prestasi pekerja boleh dinilai berdasarkan bagai - bagai ukuran
● Pengunaan ukuran juga dapat melibatkan pemerhatian tingkah laku kerja seseorang
pekerja itu
● sebaliknya pekerja itu lemah maka satu diagnosis untuk menentukan kelemahan dan
kelebihan yang perlu dilakukan
● Peserta tadi tempatkan dalam sebuah bilik kuliah dan mendengar syarahan yang
diberikan oleh jurulatih melalui teknologi internet.
● Latihan ini menjadi lebih interaktif jika disertakan kemudahan telesidang di mana
peserta boleh bersoal jawab dengan jurulatih.
● Latihan ini menggunakan kos yang rendah kerana tidak perlu mengupah jurulatih untuk
ke bilik darjah malah hanya menggunakan tele-sidang sahaja.

Anda mungkin juga menyukai