Anda di halaman 1dari 2

CARTA ORGANISASI SYARIKAT

Pengurus Pengurus Pemasaran Pekerja

Lembaga Pengurusan Syarikat

1) Nama : Mohd Muaz bin Mohd Amin Jawatan : Pengurus Taraf Pendidikan:Sarjana dalam bidang Pemasaran Perniagaan Tanggungjawab : Menyelaras Operasi dan Perkembangan Prestasi Syarikat.

2) Nama : Muhammad Zharif bin Hasnan Jawatan : Pengurus Pemasaran Taraf Pendidikan:sarjana muda dalam bidang Pemasaran Perniagaan Tanggungjawab : Menjalankan kerja pemasaran & promosi pasaran.

3) Nama : Muhammad Fakhri bin Mohamed Yusoff Jawatan : Ketua Kerani Taraf Pendidikan : Diploma IT Tanggungjawab : Menjalankan kerja operasi dan penyelenggaran. : Menjaga kebersihan premis.

Berkhidmat Mutu Bersatu.Dengan berslogankan ayat tersebut,syarikat kami mengharapkan khidmat kami akan mencapai mutu yang terbaik dan sempurna.Di bawah adalah maksud slogan kami: Berkhidmat=satu perbuatan yang menjurus seseorang supaya terus berusaha dengan lebih cekap Mutu = dalam menghasilkan satu perbuatan,pekerja mestilah melakukannya dengan ikhlas dan berkesan agar kerja yang dilakukan dapat disiapkan dengan sempurna. Bersatu=bagi mencapai keputusan kerja dengan berjaya,para pekerja hendaklah teguh bersama dalam menghadapi cabaran dalam perniagaan ini. Berdasarkan slogan yang telah kami bentuk ini,syarikat kami telah menggunakan pendekatan penyeliaan secara ketat. Kami memilih pendekatan secara begini adalah kerana syarikat kami adalah syarikat yang lebih menjurus kepada jualan perkhidmatan. Oleh itu, kami mengharapkan pekerja-pekerja kami dapat memberi sepenuh perhatian mereka kepada pelanggan agar kami terus dapat menarik hati pelanggan melalui perkhidmatan yang telah ditawarkan. Bagi memulakan perniagaan kami, kami menganggarkan dapat mengupah empat orang pekerja. Antara tugas-tugas pekerja yang akan kami upah adalah seperti membuka dan menutup kedai, melayan pelanggan yang mengunjungi kedai, dan menjalankan kerjakerja percetakan serta merekodkan keuntungan bulanan syarikat kami. Antara kelayakan yang kami perlukan untuk pekerja kami hanyalah lepasan SPM dan mempunyai kemahiran dalam percetakan. Selain itu, kami juga mengharapkan pekerja yang berpengalaman dalam dunia perniagaan agar mudah kami memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai