Anda di halaman 1dari 2

MINGGU 7 ( 25 OGOS 29 OGOS 2013 )

Persekolahan pada minggu ini berjalan seperti biasa. Saya dan rakan membuat dan menyiapkan mural yang dibuat di dinding bangunan sekolah apabila tiada waktu mengajar dan ketika kelapangan.

1.0. Masalah Ketika proses p&p dijalankan di dalam kelas, saya perhatikan terdapat murid-murid yang tidak memberi perhatian dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Hal ini berlaku mungkin kerana bahan p&p yang tidak menarik membuatkan murid tidak berminat untuk belajar dan tidak memberi sepenuh perhatian ketika di dalam kelas.

2.0 Analisis 1. Murid tidak memberi sepenuh perhatian ketika di dalam kelas 2. Bahan dan aktiviti p&p yang tidak menarik

3.0 Cadangan Untuk Memperbaiki Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, saya perlu memikirkan aktiviti yang dapat menarik minat murid dan membuatkan murid seronok ketika sesi pembelajaran berjalan. Saya juga perlu merancang satu rancangan pengajaran harian yang menarik dan berupaya mengekalkan fokus murid sepanjang waktu p&p berjalan.

4.0 Tempoh masa tindakan susulan Saya perlu sentiasa memikirkan aktiviti yang bersesuaian dengan murid dan berupaya menarik minat murid dari masa ke semasa sepnjang saya menjalankan praktikum di sekolah ini. Harapan saya di akhir tempoh praktikum ini, saya dapat merancang dan menjalankan p&p yang menarik dan berupaya mencapai objektif yang telah ditetapkan

5.0 Penilaian Kejayaan Semua murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetatapkan dan murid menjalankan aktiviti p&p dengan baik dan lancar. Murid melibatkan diri secara aktif semasa proses p&p dan mengekalkan fokus sepanjang tempoh p&p dijalankan.

6.0 Tindakan susulan Saya akan membuat rancangan pengajaran yang lebih menarik dan sesuai dengan tahap murid. Bahan p&p mestilah menarik dan menyeronokkan bagi menarik minat dan mengekalkan fokus murid sepanjang p&p dijalankan Perhatian yang lebih perlu diberi kepada murid yang bermasalah dan bersikap tegas kepada mereka semasa proses p&p berjalan.

Anda mungkin juga menyukai