Anda di halaman 1dari 3

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar

oleh nyamuk Aedes betina. Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Punca demam denggi; 1-Longkang-longkang di sekitar taman yang dipenuhi sampah, timbunan tanah dan rumput-rumput yang telah tumbuh. Ini menyebabkan ada air yang bertakung dan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes 2-Sikap pengotor segelintir penduduk yang mengabaikan aspek kebersihan, termasuk membiarkan air bertakung sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dikenal pasti antara punca peningkatan kes denggi. sumber : Scribd - Punca demam denggi

Berikut adalah 9 tanda kita telah digigit nyamuk Aedes; - Cirit-birit - Demam secara mengejut - Loya dan muntah-muntah - Ruam dan gatal-gatal - Sakit bahagian belakang biji mata - Sakit kepala yang teruk - Sakit otot dan sendi yang teruk - Sakit perut - Sakit pinggang yang teruk (demam tulang pecah) sumber: Petua sejagat - 9 Tanda Demam Denggi Denggi pada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil selalunya bermula dengan simptom-simptom penyakit virus: demam hidung berair batuk ruam kulit yang ringan Kanak-kanak yang lebih besar selalunya mengalami simptom-simptom tipikal sama seperti yang dialami oleh orang dewasa: demam panas

sakit di bahagian belakang mata dan pada sendi-sendi sakit kepala ruam kulit bertompok merah dan putih Ini mungkin diikuti dengan: kurang selera makan loya muntah gatal di tapak kaki rasa sangat lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh. sumber : baby center - denggi dan kanak-kanak Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy). Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic. Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan. Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi. sumber : wikipedia - demam denggi Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Rawatan Demam Denggi Klasikal Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu, mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku Rawatan Demam Denggi Berdarah Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7. Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma. sumber : 1 klik - demam denggi Petua untuk demam denggi; - raw juices of papaya leaves - pegaga juice / tembikai - air 100 plus / air kiwi - sup ketam sumber : Anis Pharmacyr - Petua untuk demam denggi Rencana ini hanyalah sebagai panduan sahaja dan bukanlah sebagai ganti nasihat professional. Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah anda pada waktu fajar dan senja. Jadi pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu. Jika anda perlu menggunakan lingkaran elektrik, mat atau pengewap cecair untuk menghalang kemasukan serangga dan haiwan perosak ke dalam bilik, pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi anda masuk ke bilik.

Alat-alat elektrik yang menggunakan gelombang ultrabunyi dan elektromagnetik untuk menghapuskan serangga perosak juga boleh didapati.

Langkah-langkah pencegahan lain termasuk: Pakaikan anak anda dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang, terutamanya apabila dia ke taman atau taman permainan. Pakaian berwarna cerah juga adalah lebih baik daripada pakaian berwarna gelap. Pasang jaringan nyamuk pada tingkap. Gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis herba. Bayi yang lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan di dalam kelambu semasa tidur; penghawa dingin juga boleh membantu menghalang nyamuk sebab pintu dan tingkap bilik selalunya akan ditutup. sumber : baby center - denggi dan kanak-kanak Read more: http://www.simiey.com/2012/05/punca-dan-tanda-demam-denggiserta.html#ixzz2cW23c2ka

Anda mungkin juga menyukai