Anda di halaman 1dari 7

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KUMPULAN 76 (AMBILAN JANUARI 2010)

TAHUN 3 SEMESTER II

TUGASAN PENGKAJIAN DI JABATAN PESAKIT LUAR

TAJUK: DEMAM DENGGI

NAMA : NASARUDIN BIN SUJAK

NO. MATRIK : BPP 2010 - 12535

NO.KAD PENGENALAN : 900402 - 01 - 5891

PENEMPATAN KLINIKAL: KLINIK KESIHATAN GEMENCHEH, TAMPIN

TARIKH PENEMPATAN: 09 JULAI HINGGA 03 OGOS 2012

JUMLAH PERKATAAN:1081 PATAH PERKATAAN

Untuk memenuhi sebahagian daripada kehendak

Kursus Diploma Pembantu Perubatan


PENGENALAN

Demam denggi adalah penyakit virus yang berlaku pada seluruh kawasan
tropika dan subtropika. Ia disebarkan kepada manusia oleh nyamuk,
terutamanya nyamuk Aedes aegypti. Gejala-gejala termasuk sakit yang teruk
pada sendi-sendi dan otot, pening kepala, demam, dan ruam yang
mengiritasikan. Demam denggi terbahagi kepada dua iaitu demam denggi dan
demam denggi berdarah. Demam denggi berdarah adalah bahaya dan boleh
membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera. Demam denggi hanya
dibawa oleh nyamuk aedes betina.

PENYATAAN MASALAH

Pesakit adalah lelaki, berbangsa melayu datang ke jabatan pesakit luar


dengan aduan demam melebihi 3 hari, berserta dengan sakit kepala yang kerap.

Sejarah penyakit kini pesakit:

- Demam melebihi 3 hari.


- Sakit kepala.
- Dysphagia.
- Berasa lemah badan serta sendi dan tidak bermaya.
- Ruam pada bahagaian lengan.

Pemeriksaan fizikal pesakit:

- Suhu badan pesakit: 39 c


- Kadar pernafasan: 19/ min
- Kadar nadi (pulse rate): 89/min
- Tekanan darah: 134/92 mmhg
- Ritma nadi: regular
- Tekak pesakit bengkak dan menyebabkan pesakit sakit tekak dan
menyukarkannya semasa menelan makan.

PENCARIAN LITERATUR:
Demam denggi atau dikenali dengan nama lainnya sebagai ( breakbone
fever). Ianya adalah keadaan penyakit infeksi acute yang disebabkan oleh virus
denggi. Antara simptom demam denggi adalah termasuk sakit kepala, petekia
( ruam-ruam ), dan sakit di sendi-sendi dan otot-otot. Demam denggi yang paling
merbahaya apa ianya telah mencapai tahap dengue hemorrhagic fever ( demam
denggi berdarah ) dan dengue shock syndrome ( dimana tekanan darah yang
amat rendah boleh mengakibatkan organ berhenti berfungsi ).

Virus denggi mempunyai empat jenis serotype, dan biasanya jangkitan


akan memberikan keimunanan seumur hidup. Bagaimanapun sekarang masih
belum terdapat rawatan yang khusus atau vaksin yang khusus untuk merawat
demam atau mencegah demam denggi. Satu-satunya cara yang paling berkesan
adalah dengan membendung, membunuh dan mencegah pembiakan nyamuk
aedes.

Rawatan untuk acute denggi yang selalu diberikan adalah dengan


mencegah dehidrasi akibat kekurangan darah atau cecair dalam badan, selain
itu rawatan untuk denggi adalah berdasarkan rawatan simptomatik. Bagi
sesetengah kes yang teruk, transfusi darah adalah perlu.

Cara jangkitan atau transmisi demam denggi adalah melalui gigitan


nyamuk, virus denggi ini hidup dan membiak di dalam air liur nyamuk aedes.
Tempoh pengeraman virus denggi adalah selama 8-10 hari didalam air liur
nyamuk aedes.
PENEMUAN DAN PROSEDUR:

1) Penyiasatan bagi kes demam denggi:

- Ujian hess (hess test): mengesan pendarahan dibawah kulit. Bagaimanapun


ujian ini tidak boleh mengesahkan seseorang itu menghidapai demam denggi.

- Ujian darah: untuk mengesan virus denggi dalam darah.

- Blood culcutre: untuk mengesan jenis virus dalam darah.


- PCV (PACKED CELL VOLUME): mengesan kandungan sel darah merah.

- FBC (FULL BLOOD COUNT): Mengesan anemia dan jangkitan.

- PT/PTT: Mengesan pendarahan.

2) Penemuan mengenai pengurusan pesakit demam denggi di jabatan pesakit


luar. (Pengurusan pesakit yang datang dengan aduan demam denggi):

a) Pengurusan :

- darah pesakit akan diambil dan seterusnya dibawa ke makmal untuk


penyiasatan. Pesakit akan diberikan infuse intravena dan sekiranya jumlah
platelet dibawah 100 pesakit akan segera dirujuk ke hospital.

3) Rawatan:

Tiada rawatan yang spesifik untuk denggi pada masa ini, rawatan yang
diberikan adalah berdasarkan simptomatik. Jika pesakit dalam keadaan
terhedrasi maka pesakit akan diberikan minuman yang akan membantunya
untuk mengimbangi imbangan cecair dalam badan seperti Oral Rehydration
Solution ( ORS ). Jika dimasukan ke wad pesakit akan diberikan intravena
isotonic atau transfusi darah bagi kes yang serius. Kebiasannya rawatan yang
diberikan adalah berdasarkan warning signs pesakit dan keputusan yang dibuat
oleh doktor berdasarkan symptom. Antara ubat yang sering digunakan ialah
antipiretik (PCM 1000mg tds, antibiotic: erythromycin 250-500mg Qid dan im
vitamin k).
PERBINCANGAN:

Nyamuk aedes boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di
kaki. Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu Aedes
aegypti mempunyai tanda atau tompok putih-perak di kepala yang terbang di
sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah manakala
Aedes albopictus menunjukkan terdapat garisan putih-perak di sepanjang
pertengahan kepala dan badan, lebih gemar berada di kawasan perumahan di
bandar, kebun dan juga di hutan. Kedua-dua jenis nyamuk ini mempunyai
persamaan melalui tabiat bertelurnya iaitu lebih gemar bertelur di dalam bekas
yang menakung air. Demam denggi berpunca dari nyamuk Aedes betina yang
telah dijangkiti dan membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini
kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah.
Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di
dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Memandangkan penyakit ini berlaku di kebanyakan negara tropikal yang


terletak di garisan khatulistiwa, sejumlah 2 bilion penduduk di negara-negara ini
dibimbangi terdedah kepada denggi. Infeksi denggi mungkin berupa
Asymptomatic atau dan Symptomatic, yang mungkin membawa kepada jenis
demam denggi tertentu. Dalam perubatan moden, demam denggi adalah sejenis
penyakit yang disebabkan oleh virus denggi (virus Flavivirus) yang dibawa oleh
nyamuk. Individu yang sihat cenderung menghidap penyakit ini menerusi gigitan
nyamuk aedes yang mengandungi virus denggi. Antara jenis demam yang
kerapkali disebut-sebut ialah demam tanpa mengalami sebarang gejala iaitu
denggi klasik (Classical Dengue Fever). Dalam kes ini pesakit mengalami
demam kuat selama tiga hingga tujuh hari, sengal tulang yang diikuti dengan
munculnya bintik-bintik merah di bawah kulit. Demam denggi berdarah (Dengue
Haemorrhagic Fever atau Dengue Shock Syndrome) pula mempunyai gejalanya
yang hampir sama dengan denggi biasa namun pesakit akan mengalami
pendarahan pada hidung, lipatan siku, mulut.
CADANGAN DAN PENYELESAIAN:

Bak kata pepatah mencengah adalah lebih baik dari mengubati. Oleh itu
pencegahan adalah penting untuk mencegah dan membendung penyakit denggi,
amat penting untuk masyarakat tahu tentang tempat pembiakan nyamuk aedes.
Musnahkan tempat nyamuk aedes bermakna kita dapat memutuskan rakaian
pembiakan nyamuk aedes. Antara tempat-tempat yang menjadi pebiakan
nyamuk aedes adalah tempat air yang bertakung, sampah sarap yang menakung
air, longkang yang tersumbat dan mana-mana tempat yang menakung air adalah
berpontensi membiak nyamuk aedes. Bersihkanlah kawasan persekitaran rumah
anda samada diluar atau di dalam rumah.

Bakar sampah-sampah yang boleh dibakar, manakala tin-tin dan botol-


botol kosong ditanam. Bagi bekalan air bersih yang akan digunakan untuk
kegunaan harian, gunakan lah ubat jentik-jentik yang disahkan selamat oleh
Kementerian Kesihatan. Gunakanlah kelambu dan racun nyamuk terutama di
waktu malam waktu senja dan sebelum tidur.Jika mana-mana ahli keluarga yang
mempunyai symptom denggi hendaklah cepat-cepat mendapatkan
pemerikasaan di hospital atau di klinik yang berhampiran untuk mendapatkan
rawatan dan pemeriksaan kesihatan.

RUMUSAN:

Beringatlah sebelum terkena, kelak jangan menyesal dikemudian hari.


Itulah kata pepatah yang kita harus ditanam difikiran kita. Janganlah kita
menunggu sesuatu menimpa barulah kita sedar, sesungguhnya demam denggi
tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat bertindaklah hari ini demi anda
sendiri dan orang yang anda sayangi khususnya keluarga anda.

Anda mungkin juga menyukai