Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Epidemiologi merupakan salah satu bahagian dari pengetahuan Sains Kesihatan Masyarakat
(Public Health) yang menekankan perhatiannya terhadap kewujudan penyakit dan masalah kesihatan lain
dalam masyarakat. Kewujudan penyakit masyarakat itu didekati oleh epidemiologi secara kuantitatif.
Kerana itu, epidemiologi akan mewujudkan dirinya sebagai suatu kaedah pendekatan banyak memberikan
perlakuan kuantitatif dalam menjelaskan masalah kesihatan.
Menurut asal katanya, secara etimologis, epidemiologi bermakna ilmu mengenai kejadian yang
menimpa penduduk. Epidemiologi berasal dari perkataan Yunan, dimana epi = upon, pada atau mengenai,
demos = people, penduduk, logia = knowledge, ilmu. Namun epidemiologi ini tentu sesuai dengan sejarah
kelahirannya dimana epidemiologi memberikan perhatian terhadap penyakit yang mengenai penduduk.
Penyakit yang banyak menimpa penduduk pada dewasa itu hingga akhir abad 19 adalah penyakit wabak
atau epidemic (penyakit yang mengenai penduduk secara luas). Epidemiologi memberikan perhatian
tentang epidemic yang banyak menelan korban kematian, dan begitulah nama epidemiologi tidak biasa
dilepaskan dengan epidemiologi itu sendiri.
Begitulah, pada awal perkembangannya, epidemiologi mempunyai pengertian sempit.
Epidemiologi dianggap sebagai ilmu tentang epidemic. Pada perkembangan selanjutnya hingga dewasa
iniEpidemiologi dapat diertikan sebagai ilmu mengenai pengagihan (penyebaran) dan penentu (factorfaktor penentu) masalah kesihatan masyarakat yang bertujuan untuk pembuatan perancangan dan
pengambilan keputusan dalam menangani masalah kesihatan. Dengan demikian, di sini kelihatan bahawa
epidemiolgi dimaksudkan tidak hanya mempelajari penyakit epideminya sahaja, tetapi menyangkut
masalah kesihatan secara keseluruhan.
Greenwood (1934), Profesor di School of Hygiene and Tropical Medicine, London,
mengemukakan batasan epidemiologi yang lebih luas di mana dikatakan bahawa epidemiologi
mempelajari mengenai penyakit dan segala macam kejadian yang mengenai kumpulan (herd) penduduk.
Kelebihan pengertian ini adalah dengan adanya penekanan pada kumpulan penduduk yang memberikan
arahan pengedaran dan metodologi berkaitan.
Kemudian Brian Mac Mahon (1970), pakar epidemiologi di Amerika Syarikat yang bersama
dengan Thomas F. Pugh menulis buku "Epidemiologi: Pricipals and Methods" menyatakan bahawa
epidemiology is the study of the distribution and determinants of disease frequency in man ".
Epidemiologi adalah kajian tentang penyebaran dan punca kekerapan penyakit pada manusia dan
mengapa terjadi pengedaran semacam itu. Walaupun defenisinya cukup mudah, disini tampak bahawa
MacMahon menekankan epidemiologi sebagai suatu pendekatan metodologi dalam menentukan
pengagihan penyakit dan mencari punca mengapa berlaku pengagihan sedemikian dari suatu penyakit.
Definisi epidemiologi menurut World Health Organization (WHO) pula, ialah:
Epidemiology is the study of the distribution and determinants of health-related states or events
(including disease), and the application of this study to the control of diseases and other health problems.
Various methods can be used to carry out epidemiological investigations: surveillance and descriptive
studies can be used to study distribution; analytical studies are used to study determinants.

OBJEKTIF

Dalam menyempurnakan tugasan yang diberi terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai terlebih
dahulu antaranya adalah :

Untuk memahami mengetahui dengan lebih lanjut mengenai epidemiologi.


Mengetahui konsep konsep episemiologi.
Mendedahkan skop-skop yang terdapat dalam epidemiologi.
Menerangkan klasifikasi-klasifikasi yang terdapat dalam epidemiologi.
Memberi maklumat tambahan tentang epidemiologi yang berlaku dalam masyarakat hari ini.
Menerangkan kaedah-kaedah yang digunakan dalam epidemiologi.
Menjelaskan kegunaan epidemiologi dalam bidang perubatan.

KONSEP DASAR EPIDEMIOLOGI


Epidemiologi didefinisikan sebagai kajian statistik tentang taburan dan penentu terhadap penyakit
dan kesihatan dalam kelompok manusia bagi membolehkan perancangan perkhidmatan-perkhidmatan
kesihatan, pengawasan, pencegahan dan pemulihan terhadap penyakit dapat dilakukan.
2

Konsep-konsep Epidemiologi di dasarkan pada penemuan-penemuan ahli seperti berikut:

Hippocrates 400 SM melakukan penyelidikan tentang terjadinya penyakit yang dihubungan


dengan:
Perubahan musim, angin, keadaan air, jenis tanah, panas dan sejuk. Kemudian di keluarkan
konsep alam sekitar dan perumah (host).

Pertengahan Abad 17, John Graunt melakukan penerapan prinsip-prinsip perbitimgan kuantitatif
terhadap terjadinya fenomena masa / penyakit. Pada tahun 1662 melakukan pencatatan dan
perhitungan terhadap angka kematian di London. Beliau terkenal sebagai bapak Statistik daripada
Epidemiolog.

William Farr (1839) melakukan pengkajian terhadap data, shg dapat menerangkan adanya
hubungan antara peristiwa kehidupan detigan keadaan kesihatan masyarakat.

Penemuan menakjubkan dari John Snow 1850. iaitu wabak penyakit taun di Inggeris pada
masyarakat yang menggunakan kemudahan air minum dan 2 perusahan air (Southwark dan
Lambeth). Kajian ini mempengaruhi dasar kerajaan pada masa itu tentang kebersihan.

James Lind mencari scurvy pada pelayar boleh diubati denganmemberi mereka buah-buahan.

William Fletcher 1905, di Kuala Lumpur mendapati bahawa besar yang tidak dikupas kulit arinya
dapat mencegah penyakit beri-beri

Abad 20
Farmingham mencari faktor-faktor risiko terjadinya penyakit jantung.
Penyakit kardiovaskular (Epistein, 1965)
Kanser (Lilienfeld, 1967)

SKOP EPIDEMIOLOGI
Epidemiology secara asasnya menentukan dua perkara utama iaitu menentukan jenis serta
keterukkan sesuatu penyakit serta memahami penyebab dan perebakan penyakit
3

Untuk membolehkan kedua-dua perkara diatas dilaksanakan,satu pendekatan (approache)dan kaedah


(method) digunakan.

1. Kaedah Epidemiologi
Ia merupakan kaedah dalam penentuan terhadap penyebab, taburan dan faktor faktor yang
mempengaruhi penyakit yang terbahagi kepada dua iaitu :
a. Epidemiologi cerapan yang terdiri daripada analitis dan deskiptif.
-

Epidemiologi analitis- digunakan untuk menentukan faktor etiologi dan faktor risiko sesuatu
penyakit. Ujian terhadap hipotesis dilakukan samaada secara rentas, kes kawalan atau kohort
( pendedahan dan mengkaji penyakit). Kajian ini boleh menentukan mengapa penyakit ini terjadi
dan dengan itu sesuatu program kesihatan boleh diubahsuai mengikut keperluan semasa dalam
pelaksanaan yang lebih berkesan.

Epidemiologi deskiptif mengkaji taburan penyakit dan menjawab pertanyaan siapa, bila dan
dimana. Ini penting untuk mengetahui kumpulan yang berisiko, menentukan magnitud dan saiz
masalah kesihatan dan seterusnya membuat cadangan atau hipotesis untuk kajian analisis.

b. Epidemiologi Eksperimen
Berguna untuk menentukan keberkesanan sesuatu ubat, prosedur, ujian saringan dan program.
Kajian epidemiologi cerapan dan eksperimen boleh diringkaskan seperti yang terdapat dalam rajah
berikut :

2. Kawalan dan pencegahan penyakit


Pengetahuan tentang taburan, faktor risiko, penyebab dan faktor faktor yang mempengaruhi
penyakit yang diperolehi dalam kajian ini amat penting sebagai asas dalam program kawalan dan
pencegahan.

KLASIFIKASI EPIDEMIOLOGI PERUBATAN


Klasifikasi epidemiologi adalah bahagian-bahagian kerja dalam kajian epidemiologi. Penilaian
status kesihatan umwn boleh berdasarkan pada kualiti kehidupan yang dirasakan dan harapan hidup.
QALY = Quality Adjusted Life Year. Berkualiti kehidupan diukur berdasarkan aspek-aspek kesihatan:
rasa sakit, Disabilitas, kemampuan merawat diri sendiri dan penglibatan dalam kegiatan-kegiatan sosial
maupun pekerjaan yang menghasilkan upah. Terdapat lapan klasifikasi dalam epidemiologi iaitu Patologi,
Health Services Research (HSR), Mikrobiologi, Parasitologi, Heamatologi, Radiologi, Farmakologi dan
Onkologi.
5

1. PATOLOGI
Patologi merupakan cabang bidang perubatan yang berkaitan dengan ciri-ciri dan perkembangan
penyakit melalui analisis perubahan fungsi atau keadaan bahagian tubuh.
Bidang patologi terdiri daripada patologi anatomi dan patologi klinik. Ahli patologi anatomi
membuat kajian dengan mengkaji organ manakala, ahli patologi klinik mengkaji perubahan pada fungsi
yang nyata pada fisiologi tubuh.
2. HEALTH SERVICES RESEARCH (HSR)
Health Service Research (HSR) mengkaji bagaimana masyarakat mendapat akses kepada penjagaan
kesihatan, kos penjagaan yang akan dikeluarkan, dan apa yang berlaku kepada pesakit akibat daripada
penjagaan yang dicadangkan.
Matlamat utama Health Services Research (HSR) adalah untuk mengenalpasti cara yang paling
berkesan untuk pengaturan, pengurusan, kewangan, dan penyampaian penjagaan yang berkualiti tinggi
dan pada masa yang sama, mengurangkan kesilapan perubatan dan meningkatkan keselamatan pesakit.
3. MIKROBIOLOGI
Mikrobiologi adalah sebuah cabang dari ilmu biologi yang mempelajari mikroorganisma. Objek
kajiannya kebiasaannya adalah semua makhluk (hidup) yang perlu dilihat dengan mikroskop, khususnya
bakteria, fungi, alga mikroskopik, protozoa, dan Archaea. Virus sering juga dimasukkan walaupun
sebenarnya tidak sepenuhnya dapat dianggap sebagai makhluk hidup.
4. PARASITOLOGI
Parasitologi adalah bidang ilmu yang sangat berhuhungan dengan fenomena-fenomena pergantungan
dari satu organisma terhadap organisma yang lain. Parasitologi adalah ilmu yang mempelajari organisma
yang hidup untuk sementara atau menetap di dalam atau pada permukaan organisma yang lain untuk
mengambil sebahagian atau seluruh keperluan makanannya serta mendapat perlindungan daripada
organisma yang lain.

5. HEAMATOLOGI
Heamatologi adalah cabang perubatan yang berkenaan dengan kajian, diagnosis, rawatan, dan
pencegahan penyakit yang berkaitan dengan darah. Hematologi juga termasuk dalam kajian etiologi.
Ianya melibatkan merawat penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran darah dan komponennya,
seperti sel-sel darah, hemoglobin, protein darah, dan mekanisme pembekuan.
Kerja-kerja makmal yang masuk ke dalam kajian darah sering dilakukan oleh ahli teknologi
perubatan atau ahli sains makmal perubatan. Hematologis juga menjalankan kajian dalam bidang
onkologi iaitu rawatan perubatan kanser.
6. RADIOLOGI
Radiologi adalah khusus perubatan yang menggunakan pengimejan untuk mendiagnosis dan
merawat penyakit yang dilihat dalam badan pesakit. Radiologi menggunakan pelbagai teknik pengimejan
seperti sinar-X radiografi, ultrasound, computed tomography (CT), perubatan nuklear termasuk positron
6

emission tomography (PET), dan magnetic resonance imaging (MRI) untuk mendiagnosis dan/atau
merawat penyakit. Radiologi intervensi adalah prestasi (kebiasaannya minimal) prosedur perubatan
dengan bimbingan teknologi pengimejan.
7. FARMAKOLOGI
Farmakologi adalah cabang perubatan dan biologi berkenaan dengan kajian tindakan dadah, di
mana dadah secara umum boleh ditakrifkan sebagai buatan manusia, semula jadi, atau dalaman (dari
dalam badan) molekul yang mengenakan kesan yang biokimia dan/atau fisiologi pada sel, tisu, organ,
atau organisma (kadang-kala Pharmacon perkataan digunakan sebagai tempoh untuk merangkumi spesies
bioaktif dalaman dan luaran).
Lebih khusus lagi, ia adalah kajian tentang interaksi yang berlaku antara organisma hidup dan
bahan kimia yang memberi kesan kepada fungsi biokimia biasa atau tidak normal. Jika bahan-bahan yang
mempunyai ciri-ciri perubatan, mereka dianggap farmaseutikal.
8. ONKOLOGI
Onkologi ialah kajian terhadap kanser. Seorang doktor yang pakar dalam merawat pesakit kanser
dipanggil pakar onkologi. Biasanya, pakar onkologi menguruskan penjagaan dan rawatan apabila
seseorang itu disahkan menghidap kanser. Dalam bidang onkologi, terdapat tiga disiplin klinikal utama
iaitu onkologi perubatan, onkologi pembedahan, dan onkologi radiasi.

KEGUNAAN EPIDEMIOLOGI
1. MENGKAJI ETIOLOGI PENYAKIT DAN RAWATAN
Mengkaji tentang punca-punca sesuatu penyakit dan cara-cara rawatan yang dilakukan untuk
memulihkan pesakit daripada penyakit tersebut. Jika punca-punca penyakit itu dapat diketahui, penyakit
itu dapat dicegah dan tiada yang mengidapi penyakit tersebut. Sebagai contoh, para pengkaji melakukan
kajian terhadap penyakit denggi dan mereka dapat ketahui bahawa penyakit denggi itu berpunca daripada
nyamuk aedes. Jadi, pihak kesihatan mengarahkan penduduk-penduduk sentiasa menjaga kebersihan
persekitaran untuk mengurangkan pembiakan nyamuk terutamanya di kawasan perumahan.
7

2. MENGKAJI GOLONGAN BERISIKO PENYAKIT


Melakukan kajian terhadap golongan masyarakat yang mempunyai risiko-risko untuk mendapat
penyakit. Kajian ini dijalankan bagi mengesan golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit supaya
dapat mencegah mereka dari dihidapi penyakit terutamanya penyakit kronik seperti Diabetes dan
Hypertension. Sebagai contoh, semasa melakukan pemeriksaan kesihatan, pihak kesihatan mendapati
bahawa terdapat sebilangan penduduk mempunyai risiko untuk mendapat Hypertension dan pihak
kesihatan menasihatkan mereka supaya menukar cara pemakanan, sentiasa lakukan senaman atau aktiviti
seharian dan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan
untuk memastikan tekanan darah mereka dapat diturunkan pada tahap yang optimum.
3. MEMBUAT PERANCANGAN KESIHATAN MASA DEPAN
Merancang perancangan-perancangan bagi mengurangkan penyakit-penyakit yang dihidapi dalam
kalangan masyarakat pada masa kini untuk masa yang akan datang. Hal ini kerana, pengurangan pengidap
penyakit dalam kalangan masyarakat mampu meningkatkan prestasi negara. Sebagai contoh,
perancangan-perancangan yang boleh dilakukan bagi mengurangkan penyakit adalah aktiviti senamrobik
bagi mendekatkan lagi hubungan masyarakat dengan pihak-pihak kesihatan, melakukan gotong-royong
bersama-sama untuk mengurangkan pembiakan nyamuk aedes, kempen mencegah dadah bagi
mengelakkan golongan-golongan remaja terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, dan sebagainya.
4. MENGKAJI WABAK-WABAK YANG SEMASA DAN AKAN DATANG
Melakukan kajian terhadap wabak-wabak yang sedang berlaku pada masa kini dan wabak-wabak
yang berkemungkinan akan berlaku dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, wabak-wabak ini susah
untuk dihapuskan dalam kalangan masyarakat dan kadang-kala pihak kesihatan hanya mampu
mengurangkan wabak-wabak yang berlaku dalam kalangan masyarakat dengan kerjasama daripada
kalangan masyarakat. Disebabkan wabak-wabak ini susah untuk dihapuskan sepenuhya, pihak kesihatan
perlu merancang strategi-strategi untuk mengurangkan wabak-wabak yang berlaku dalam kalangan
masyarakat ini. Sebagai contoh, wabak denggi semakin lama semakin meningkat dan hampir 180 kes
denggi dirawat dalam sehari, pihak kesihatan mengarahkan penduduk-penduduk sentiasa menjaga
kebersihan persekitaran, membersihkan takungan-takungan air yang memberi peluang untuk nyamuk
membiak dan mendapatkan rawatan dengan segera jika individu itu mengidapi simtom-simtom denggi.
Pihak kesihatan juga akan melakukan aktiviti fogging di kawasan-kawasan yang terdapat kes-kes denggi.

PROSES PENYAKIT BERJANGKIT

AGEN
HOS
PERSEKITARAN

1. HOS
Hos merupakan organisma samada ringkas atau kompleks termasuk manusia yang boleh dijangkiti
oleh agen tertentu. Semakin lemah hos, semakin mudah mendapat penyakit berjangkit. Terbahagi
kepada 3 iaitu :
a) Perumah primer iaitu perumah dimana parasit mencapai peringkat kematangan atau seksual.
b) Perumah sekunder yang merupakan perumah tempat perasit wujud dalam peringkat lava atau
peringkat aseksual.
c) Perumah kebetulan yang merupakan perumah yang tidak mempunyai peranan dalam penularan
atau pembiakan agen infeksi.
2. AGEN
Agen merupakan samada bahan-bahan biologi, fizikal atau kimia yang boleh mengakibatkan penyakit
kepada individu atau komuniti. Semakin kuat agen semakin penularan penyakit berjangkit. Terbahagi
kepada 3 iaitu:
a) Agen Biologi
Agen Biologi adalah sebuah penyakit berjangkit atau racun yang boleh digunakan dalam bioterorisme
atau perang biologi. Sekurang-kurangnya kira-kira 1,200 jenis agen biologi diketahui.
Agen biologi terdiri daripada mikroorganisma (virus, bakteria dan kulat) dan organisma uniselular dan
multiselular lain seperti parasit beserta racun yang dihasilkannya. Agen biologi mampu mempengaruhi
keadaan kesihatan manusia dalam pelbagai cara, dari reaksi alergi yang umumnya ringan sampai kepada
keadaan perubatan yang serius malah kematian. Agen biologi boleh didapati di air, tanah, tumbuhan dan
haiwan. Contoh-contoh bagi agen biologi ialah Protozoa, Metazoa, Bakteria, Virus, Riketsia dan Fungus.
b) Agen Kimia
Agen kimia merupakan bahan-bahan kimia yang digunakan, sama seperti agen biologi, untuk
mengancam nyawa manusia. Contoh-contoh bagi agen kimia ialah pestisid, aditif makanan, ubat-ubatan,
industry kimia dan alergen.
c) Agen Fizikal
Agen fizikal adalah agen yang mampu dilihat dengan mata kasar, didengar dengan jelas, atau dapat
dirasai perbezaan pada kulit kita. Contoh-contoh bagi agen fizikal ialah haba, cahaya, sinaran ion, bunyi
dan objek.
9

3. PERSEKITARAN
Persekitaran merupakan keadaan luaran yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan
organisma. Ia terbahagi kepada:
1. Faktor Fizikal seperti keadaan iklim dan geologi.
2. Faktor Biologi seperti pemakanan, takungan(resorvoir) dan vektor penyakit.
3. Faktor Sosioekonomi seperti pekerjaan, kelas sosial dan adat resam.

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DALAM EPIDEMIOLOGI


Penglibatan pembantu perubatan dalam epidemiologi adalah samada secara langsung dan tidak langsung
iaitu:
1. Penolong Pegawai Perubatan akan membuat saringan secara aktif dengan membuat lawatan ke
kawasan kes wabak. Selain itu, Penolong Pegawai Perubatan akan membuat lawatan rumah ke
rumah sekitar kawasan wabak sekitar 200 meter persegi dari pusat wabak atau rumah kes wabak.
10

Kemudian, Penolong Pegawai Perubatan membuat pemeriksaan kesihatan mengesan simptom


yang sama dengan kes wabak semua ahli isi rumah. Akhir sekali, semua kes yang dijumpai
mempunyai sign simptom wabak akan dirujuk ke klinik atau hospital terdekat bagi ujian dan
rawatan lanjut.
2. Mengumpul dan menyimpan secara sistematik data data dan statistik berkaitan dengan kesihatan
dan penyakit, perihal penduduk dan juga kemudahan asas.
3. Memberikan rawatan awal adalah memastikan pesakit mendapat rawatan yang tepat mengikut
klasifikasi Severity. Contohnya, merawat awal kes-kes ringan, merawat awal kes-kes teruk dan
segera merujuk kes, memastikan pesakit mengikut nasihat rawatan, dan mampu mengesan
keterukan awal jika pulang dan memastikan keberkesanan rawatan.
4. Mengemaskini retan-retan dan graf-graf berkaitan dengan demografi dan penyakit dari masa
kesemasa.
5. Melapur dengan segera penyakit-penyakit berjangkit yang di kesan dengan segera agar epidiologi
dapat dilakukan segera sekirannya perlu.
6. Berkerjasama dengan pasukan atau mana mana pihak yang melakukan epidemiologi dengan :
a. Mengefarkan format dan melakukan soalselidik.
b. Mengumpul maklumat maklumat dan data-data perlu.
c. Memberi maklumat dan mendapatkan kerjasama dari komuniti yang terlibat dalam
epidemiologi tersebut.

RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, kita dapat ketahui apakah yang dimaksudkan dengan epidemiologi.
Epidemiologi adalah satu kajian statistik tentang taburan dan penentu terhadap penyakit dan kesihatan
dalam kelompok manusia bagi membolehkan perancangan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan,
pengawasan, pencegahan dan pemulihan terhadap penyakit dapat dilakukan. Selain itu, kita dapat
mengetahui klasifikasi-klasifikasi yang terdapat dalam epidemiologi. Klasifikasinya adalah Patologi,
Health Services Research (HSR), Mikrobiologi, Parasitologi, Heamatologi, Radiologi, Farmakologi dan
11

Onkologi. Kemudiannya, kita dapat mengetahui kegunaan-kegunaan yang akan diperolehi oleh
masyarakat dan penduduk setempat.
Selain itu, memberikan pemahaman dan kemahiran tentang ilmu epidemiologi yang menjadi salah
satu kompetensi asas (core competencies) bagi seseorang dengan gelaran Master of Public Health (MPH).
Konsep-konsep pokok ilmu epidemiologi akan diajar dengan mengambil contoh-contoh permasalahan
sehari-hari yang dihadapi dalam perkhidmatan kesihatan masyarakat. Oleh kerana itu diperlukan caracara pengajaran yang berorientasikan pada masalah, sehingga sesuai dengan kompetensi yang diperlukan
oleh masyarakat. bukan itu sahaja dapat mengenalkan prinsip-prinsip dan kaedah epidemiologi yang
relevan pada amalan perkhidmatan kesihatan masyarakat yang menekankan pentingnya cara berfikir
kritis, kemahiran menganalisa data, dan aplikasinya pada amalan-amalan dan penyelidikan kesihatan
masyarakat. Topik pembelajaran antara lain merangkumi pengukuran angka-angka kejadian
epidemiologis, kaedah penyesuaian (methods of adjustment), survailan, rancangan penyelidikan
epidemiologi dan sumber-sumber data epidemiologi. Direka untuk mereka yang akan mempunyai latar
belakang kesihatan masyarakat; kuliah ini memberikan materi agar mahasiswa kompeten dalam
metodologi. Itu sahaja kesimpulan yang saya dapati dalam epidemologi.

SUMBER RUJUKAN
1.
2.
3.
4.
5.

http://definisimu.blogspot.my/2012/08/definisi-epidemiologi.html
http://kamuskesehatan.com/arti/epidemiologi/
http://www.academia.edu/5420629/PENGERTIAN_EPIDEMIOLOGI
Aziul, k, 1988, Pengantar Epidemiologi. 1ed. Binarupa Aksara. Jakarta.
Beaglehole R., Bonita .R., dan Kjellstrom T. 1993. Basic Epidemiology World health
Organization.
6. Carranza, Jr. FA. 1984. Glickmans Clinical Periodontology. 6th ed WB, Saunder CO. IgakuShoin/Saunders. Philadepahia, London, Toronto, Mexico City, Rio de Janeiro, Sydney, Tokyo.
12

13

Anda mungkin juga menyukai