Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI KEBULURAN

Kebuluran ialah keadaan di mana berlakunya ketidakcukupan makanan yang teruk, atau
kelaparan yang amat hingga boleh menyebabkan kematian. Ia merupakan keadaan yang paling
teruk bagi pemakanan tak seimbang. Hampir kesemua benua di dunia pernah mengalami saat
getir melawan kebuluran dalam sejarah manusia. Kebuluran di Bengal pada tahun 1770
misalnya, telah meragut hampir 1 juta nyawa. Di sesetengah negara, terutamanya di kawasan
Sahara Afrika, kebuluran terus menjadi kes yang serius sehingga kini.

STATISTIK DI MALaYSIA
Kajian saya memberi fokus kepada tiga kumpulan iaitu golongan B40, golongan orang asli dan
golongan penerima bantuan, misalnya, daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat
Zakat.
“Berdasarkan kajian saya, sebelum Covid-19, kira-kira 50 hingga 60 peratus golongan B40
mengalami ketidakcukupan makanan.
“Bagi golongan penerima bantuan, ketidakcukupan makanan adalah pada 70 hingga 80 peratus
dan orang asli mencatatkan 80 peratus ketidakcukupan makanan,” katanya yang menjangkakan
keadaan semakin serius selepas negara dilanda Covid-19.
Tegas Norhasmah, terdapat empat komponen yang berkaitan jaminan kecukupan makanan
iaitu availability (ada atau tidak makanan), accessibility (boleh atau tidak dapat makanan
tersebut), utilization (bagaimana penggunaan makanan di rumah) dan stability (kestabilan).
Tambah Norhasmah, isu malnutrisi melibatkan dua keadaan, pertama kanak-kanak tidak cukup
makan dan keduanya, kanak-kanak berlebihan berat badan dan obesiti.
Merujuk kepada data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, sejumlah 21.8
peratus kanak-kanak di bawah umur lima tahun terbantut kesan daripada malnutrisi manakala
29.8 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 17 tahun berlebihan berat badan (15.0 peratus)
dan obes (14.8 peratus).
RUJUKAN
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/98153/LAPORAN-KHAS/Jumlah-kes-
malnutrisi-kebuluran-dijangka-makin-serius
FAKTOR KEBULURAN
1. Kemiskinan
Kemiskinan adalah punca utama kepada kebuluran di Afrika dan serata dunia. Individu
yang hidup dalam kemiskinan tidak mampu untuk mendapatkan makanan, baik dari segi
kuantiti atau kualiti bagi menjalani kehidupan yang sihat. Menurut Bank Dunia, pada
tahun 2013, 42.3% penduduk sub-Sahara Afrika hidup pada atau kurang dari $1.90.
Kanak-kanak yang terdedah kepada malnutrisi akan menyebabkan pertumbuhan
mereka terbantut, yang membawa kepada kesan jangka panjang seperti menurunkan
kadar produktiviti dan potensi pendapatan.

2. Konflik
Pada tahun 2017, konflik menjadi penyebab utama masalah makanan dan kebuluran di
18 buah negara, yang menjejaskan kira-kira 74 juta individu. Sebelas dari negara-negara
ini berada di Afrika seperti Nigeria, Congo, Somalia dan selatan Sudan. Konflik dan
keganasan antara etnik atau kaum ini dapat memberi kesan langsung dan tidak langsung
ke atas semua peringkat dalam sistem makanan (Pengeluaran – Pemprosesan –
Pengedaran – Penggunaan).

3. Cabaran Iklim dan Alam Sekitar


Cabaran alam sekitar seperti hakisan tanah, desertifikasi, penebangan hutan, kemarau
dan kekurangan air – boleh memberi kesan buruk terhadap keselamatan makanan.
Perubahan iklim pula dijangka akan membentuk semula landskap pertanian dunia. Iklim
yang lebih sejuk adalah lebih baik untuk pertanian, tetapi akan melihatkan penurunan
hasil yang ketara bagi beberapa kawasan pertanian utama dunia, misalnya di Brazil, USA
dan Indonesia.

4. Masalah Pengurusan Sistem Makanan


Ketidakupayaan kita untuk memberi makan kepada keseluruhan penduduk dunia
kebanyakannya disebabkan oleh pembaziran makanan. Di negara-negara mundur,
makanan terbazir disebabkan kurangnya infrastruktur dan pengetahuan untuk
memastikan makanan sentiasa segar. Misalnya di India, kira-kira 30-40% stok makanan
terbuang kerana peruncit dan pemborong tidak mempunyai tempat penyimpanan
sejuk.Manakala di negara-negara maju dan sedang membangun, walaupun kos relatif
penghasilan makanan adalah lebih rendah, namun pengambilan makanan yang melebihi
keperluan menyebabkan lebih banyak makanan terbuang. Isu tersebutlah yang berlaku
di negara kita setiap kali tiba musim perayaan khususnya.

Anda mungkin juga menyukai