Anda di halaman 1dari 1

"Hari ini kedaulatan Bahasa Melayu dimungkari oleh sebahagian orang Malaysia kerana menganggap

hanya Bahasa Inggeris sahaja yang boleh menyelesaikan semua masalah"

Beri penghujahan secara logik berkaitan isu di atas, adakah anda bersetuju atau sebaliknya.

JAWAPAN

Pada pendapat saya, saya tidak setuju sama sekali terhadap kenyataan pernyataan di atas. Hal ini
kerana, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita perlulah sentiasa memartabatkan Bahasa Melayu atau
pada zaman ini telah dipanggil sebagai Bahasa Malaysia. Dengan memartabatkan Bahasa Malaysia, kita
dapat mengubah persepsi negara luar terhadap negara kita. Sebenarnya, Bahasa Inggeris bukanlah salah
satu elemen yang penting dalam usaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, jika kita
lihat di negara Jepun yang merupakan sebuah negara maju, mereka bertutur dalam Bahasa mereka
sendiri sebagai salah satu Bahasa untuk berkomunikasi malah mereka tidak menjadikan Bahasa inggeris
sebagai Bahasa kedua mereka. Namun mereka mampu berkembang menjadi sebuah negara yang maju.
Selain itu , di France dan Jerman juga boleh dijadikan sebagai contoh negara yang menggunakan Bahasa
mereka sendiri untuk bertutur. Malah, mereka juga tidak meletakkan Bahasa Inggeris sebagai salah satu
Bahasa yang wajib untuk dipelajari. Sebagai konklusi, sebagai seorang rakyat Malaysia yang sejati, tidak
salah untuk mempelajari pelbagai Bahasa, namun jadikan tanggungjwab untuk sentiasa memartabatkan
Bahasa Malaysia sebagai elemen utama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Anda mungkin juga menyukai