Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan etika terhadap alam sekitar.

(Analisis Mengapa)

1.Elakkan masyarakat menjadi tidak prihatin kepada alam sekitar.

2.Memastikan bahan buangan dapat dikitar semula.

3.Elakkan pencemaran alam sekitar

4.Kurangkan aktiviti jenayah kepada alam sekitar

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, menerapkan


etika terhadap alam sekitar adalah penting untuk memupuk dan melahirkan
masyarakat yang peka dan prihatin terhadap alam sekitar. Setiap orang dalam
masyarakat mempunyai kemampuan untuk menentukan sama ada persekitaran
mereka selesa, selamat atau tercemar dan terancam. Oleh itu, kita haruslah
memupuk sikap dan nilai yang baik dalam masyarakat terutama semenjak
mereka masih kecil. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Justeru itu, individu dan masyarakat boleh melakukan pelbagai
tindakan dan usaha untuk menunjukkan nilai etika persekitaran.

Contoh ketara yang paling dekat dengan kita ialah, bagaimana cara
mereka dalam menangani sisa pepejal. Pengurusan sisa pepejal yang baik dapat
mengurangkan pencemaran tanah dan mengurangkan kos pelupusan. Oleh itu,
masyarakat tidak boleh memandang rendah pengurusan sisa pepejal, kerana
perlindungan alam sekitar bermula di rumah kita sendiri. Kebiasaan
mencampurkan sisa pepejal kering dan basah akan menyukarkan pihak
berkuasa untuk menguruskan sisa pepejal isi rumah kerana ia basah, berbau
dan tercemar. Di samping itu, masyarakat perlu menyedari pentingnya kitar
semula. Tindakan ini secara tidak langsung dapat memastikan bahan buangan
dapat dikitar semula dan berjaya dalam projek kitar semula, sehingga
mendorong perlindungan alam sekitar.

Selain itu, penerapan nilai etika alam sekitar juga penting untuk
membina masyarakat yang peka supaya dapat mengatasi masalah pencemaran
alam sekitar seperti pencemaran air dan udara. Bukti yang jelas dan terkini
yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan bahawa prestasi Alam Sekitar
2022 yang baru dikeluarkan telah meletakkan Malaysia di tangga 130 daripada
180 negara, dengan skor EPI 35.00.Ini menggambarkan bahawa Malaysia
masih jauh di dalam aspek kebersihan dan keberkesanan mengawal
pencemaran yang berlaku di negara ini. Malahan, peningkatan jumlah
kenderaan dan penurunan jumlah orang yang kurang menggunakan
pengangkutan awam telah menyumbang kepada pencemaran udara di negara
kita. Justeru itu, masyarakat dan pihak yang berwajib haruslah memandang
serius dan mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan risiko
pencemaran yang melanda di negara kita.

Tambahan, hal ini juga penting untuk mewujudkan masyarakat yang


bertanggungjawab terhadap undang-undang alam sekitar. Kesedaran
masyarakat terhadap nilai etika alam sekitar secara tidak langsung dapat
mengurangkan kegiatan jenayah alam sekitar, seperti sampah sarap,
pembalakan haram, perburuan haram dan pembakaran terbuka. Oleh itu, proses
penguatkuasaan dan tindakan undang-undang sedia ada haruslah diambil
terhadap mana mana pihak yang didapati bersalah melakukan sebarang aktiviti
yang boleh menjerumus kepada proses pencemaran dan pelaksanaannya tidak
boleh dipandang remeh.Hal ini kerana Tindakan ini jika dilaksanakan akan
memberi kesan yang signifikan terhadap kualiti alam sekitar.

Konklusinya, ingatlah manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di


muka bumi ini dan manusia tertakluk kepada tanggungjawab tertentu yang
perlu dilaksanakan termasuklah penghuni alam yang lain. Dengan kata lain,
kelestarian atau kerosakan persekitaran adalah tanggungjawab bersama semua
manusia.

Anda mungkin juga menyukai