Anda di halaman 1dari 17

Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan…...……………………………………………………………… 2-4

2.0 Analisis ……………………………………………………………………………

2.1 Mengapa ……………………………………………………………….5-7

2.2 Sebab-sebab ………………………………………………………..…8-10

2.3 Cara menangani ……………………………………………………..11-14

3.0 Kesimpulan ……………..…………………………………………………...15-16

5.0 Rujukan …………………………………………………………………………17


Pendahuluan

Etika dan peradaban merupakan perkara yang penting dalam kehidupan sesebuah

masyarakat terutamanya di Malaysia. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, etika bermaksud

prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individua atau

kumpulan manusia. Menurut sosiologi, etika adalah satu kayu ukur menyeluruh mengenai

benar atau salah yang menjelaskan apa perlu dilakukan oleh manusia dalam konteks

tanggungjawab, manfaat kepada masyarakat atau sifat baik yang boleh dipupuk. Definisi

tersebut menunjukkan bahawa keperluan etika dalam sesebuah masyarakat amat penting bagi

mengekalkan keharmonian bangsa dan negara. Namun begitu, dalam pasca pemodenan ini,

masyarakat Malaysia telah menerima kepelbagaian etika secara langsung atau melalui

melalui teknologi menyebabkan nilai etika dalam negara semakin merudum dan semakin

dipinggirkan.

Terdapat beberapa permasalahan yang dikenal pasti dikaitkan dengan etika dan

peradaban di dalam negara Malaysia. Yang pertama ialah isu perkauman dalam kalangan

pelbagai bangsa di Malaysia. Rakyat Malaysia hidup bersama berbilang kamu dan variasi

masyarakat persefahaman dan penghormatan antara kaum sangat penting bagi mengekalkan

keharmonan masyarakat. Saban hari timbul pelbagai isu yang melibatkan unsur-unsur

provokasi, prejudis dan persepsi yang didorong oleh pelbagai faktor sama ada dalaman atau

luaran. Terutamanya dalam peralihan kuasa pasca PRU, isu-isu sensitif yang timbul dalam

masyarakat Malaysia merentasi kepercayaan dan pegangan agama, juga etnik dan perkauman.

Pada masa kini, isu yang tercetus cenderung kepada blok politik yang utama, tidak

lagi berdasarkan parti politik perkauman khususnya kaum Melayu, Cina dan India.

Sebaliknya, isu sensitif diera baharu diwarnani dengan latar belakang parti politik berbilang

agama dan kaum. Selaras dengan perubahan lanskap tersebut, isu sensitif telah timbul

2
merentasi stereotaip agama dan etnik. Berdasarkan isu etnik peradaban tersebut, satu

pendekatan kesederhanaan akan dirumuskan sebagai solusi efisien bagi menanganinya. Oleh

itu, hubungan sosial perlu dipelihara oleh semua pihak agar keharmonian bersama dapat

diwujudkan dalam membina Malaysia yang lebih makmur.

Selain itu, isu penyelewengan wang atau rasuah dalam kalangan pemimpin atasan

juga menjadi salah satu isu etika yang penting di Malaysia. Walaupun pihak pemerintah telah

melakukan pelbagai usaha untuk membanteras rasuah seperti kempen membasmi rasuah serta

hukuman yang bat terhadap pelaku rasuah, namun masih terdapat beberapa kes rasuah yang

terjadi di negara ini. Menurut portal rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,

statistic keseluruhan bagi tahun 2023 menunjukkan jumlah terkumpul bilangan kes rasuah

sebanyak 313 kes pada bulan Januari hingga Februari dalam kalangan penjawat awam,

pengurusan tertinggi, professional sokongan, swasta serta orang awam. Kegiatan rasuah yang

berlaku akan merencatkan pertumbuhan ekonomi malah pemerintahan dan pentadbiran

negara. Kita akan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, pemerintah kehilangan

hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Demikian itu, rasuah

adalah permasalahan besar dalam etika dan peradaban sesuatu masyarakat. Oleh itu,

pencegahan dan perpindaan tindakan rasuah perlu menjadi prioriti utama bagi pemerintah dan

masyarakat bagi membangunkan negara.

Dalam pembangunan negara, isu etika dan peradaban memiliki peranan yang sangat

penting. Etika dan peradaban yang baik dapat membentuk karakter dan keperibadian bangsa

yang kuat serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Sebaliknya, kurangnya etika dan

peradaban dapat merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap pemerintah dan institusi

masyarakat serta merencatkan pembangunan ekonomi dan sosial. Oleh itu, pemerintah harus

bekerjasama untuk mengukuhkan nilai-nilai etika dan perdaban dalam kehidupan masyarakat

di Malaysia menerusi Pendidikan, perluasan budaya toleransi, penerapan tatasusila yang baik

3
dan pelaksanaan hukuman yang adil. Dengan memperkukuhkan nilai-nilai etika dan

peradaban dalam pembinaan agama, masyarakat akan hidup dalam suasana yang harmoni dan

sejahtera. Dalam hal ini, penglibatan seluruh elemen masyarakat terutamanya pemimpin dan

tokoh-tokoh negara amat diperlukan agar masyarakat yang beradab, sejahtera dan

bermartabat dapat dicapai.

4
Mengapa etika dan peradaban penting dalam pembinaan negara?

Darsawarsa ini, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang,

etika dan peradaban amatlah penting dalam segenap kehidupan manusia kerana etika dan

adab akan membantu kepada pembentukan keharmonian, kesejahteraan dan kedamaian hidup

yang menjurus kepada pembinaan negara. Konsep etika dan peradaban adalah berbeza untuk

setiap negara, dan ia juga bergantung kepada prinsip dan nilai asas yang diterapkan kepada

rakyatnya dalam sesebuah negara. Etika dan peradaban amat penting bagi sesebuah negara

kerana ia boleh melambangkan prinsip moral, adab tatasusila dan sikap dalam kalangan

masyarakat untuk membina sebuah negara yang aman dan damai. Justeru, wajar untuk kita

mengetahui kepentingan etika dan peradaban dalam pembinaan negara kerana ia penting

untuk dipatuhi oleh setiap individu dalam sesebuah negara untuk mewujudkan keadaan

negara yang harmoni.

Kepentingan utama etika dan peradaban dalam pembinaan negara adalah dapat memupuk

sikap toleransi untuk mencapai keharmonian kaum yang membantu dalam pembinaan negara.

Pada permulaan tamadun manusia, etika dianggap sebagai tonggak yang sama pentingnya

dengan agama dan adat resam. Etika dan peradaban adalah penting dalam perpaduan negara

kerana ia menggalakkan toleransi sosial dan keharmonian kaum. Maklumat yang disebarkan

melalui media sosial sedia ada menunjukkan bahawa kaum merupakan masalah serius yang

mengancam untuk menggugat perpaduan negara. Contohnya, pada 14 Mei 2022, satu

tembakan besar-besaran berlaku di pasar raya Tops Friendly Markets di Buffalo, New York,

Amerika Syarikat. Sepuluh orang terbunuh dan tiga cedera. (Whitlock et al., 2022). Mangsa

terbabit adalah warga Afrika-Amerika, manakala penembak berkulit putih. Justeru, sikap

toleransi yang dipupuk melalui etika dan peradaban boleh membawa kepada keharmonian

antara kaum, seterusnya menjamin perpaduan negara. Jangan pula kita mengikut gaya negara

5
luar yang mengalami masalah jenayah dan konflik kerana tiada keharmonian kaum. Etika dan

adab perlu sentiasa dititikberatkan agar keharmonian kaum dapat dinormalisasikan.

Hubungan baik boleh dijalinkan dalam masyarakat berbilang etnik hanya dengan menanam

nilai moral dan tidak digugat oleh mereka yang berpegang teguh pada tanduknya. Jika semua

kaum di Malaysia bertolak ansur antara satu sama lain, kesedaran yang diwujudkan sudah

pasti boleh digunakan sebagai salah satu kerangka untuk mengukuhkan perpaduan negara

yang dapat membantu dalam pembinaan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat

amat penting untuk membina generasi yang memahami etika dan mencapai peradaban bagi

mewujudkan keharmonian kaum.

Dalam pada itu, negara dapat menjadi contoh rujukan kepada negara luar. Malaysia

telah lama menjadi contoh hubungan kaum yang harmoni berbanding negara lain yang

sentiasa bergolak walaupun tidak terdiri daripada pelbagai kaum berbanding Malaysia yang

mempunyai penduduk yang berbeza budaya, kaum dan agama. Etika dan peradaban yang

terpuji, serta hubungan harmoni yang merangkumi jalinan perkauman ini, mengukuhkan lagi

kedaulatan dan perpaduan negara. Ia juga menjadi daya tarikan rujukan kepada budaya di

negara luar. Sebagai contoh negara jiran iaitu Thailand, di mana perbezaan agama di kalangan

pelbagai kumpulan etnik semakin mengancam kerana ketiadaan perjanjian toleransi antara

kerajaan dan rakyat tentang cara menangani masalah tersebut. Isu itu tidak boleh dipandang

ringan kerana Malaysia telah membuktikan bahawa kepelbagaian kaum, etnik dan agama

adalah senario yang boleh memupuk perpaduan apabila mempunyai etika dan peradaban.

Kepentingan lain etika dan peradaban dalam pembinaan negara adalah dapat

memperkukuh dan memajukan ekonomi negara. Dalam meniti arus kemodenan ini, Malaysia

merupakan sebuah negara maju. Hal ini berlaku kerana masyarakat Malaysia sangatlah

menyelami dan menekankan nilai etika dan peradaban. Etika dan peradaban adalah berkadar

terus dengan ekonomi. Ini bermakna individu mampu memenuhi keperluan dan keinginan

6
sendiri serta mencapai tahap peningkatan diri. Walakin begitu, terdapat perbezaan dalam

Islam kerana akhlak iaitu etika adalah intipati kerohanian dan ia diterjemahkan ke dalam

bentuk-bentuk kelakuan yang baik berikutan ilmu Allah. Selain itu, tika dan peradaban

penting untuk pembangunan negara kerana dengan nilai-nilai tersebut masyarakat menjadi

lebih maju, aman, damai dan harmoni. Negara Malaysia juga akan membangun dan

mempunyai reputasi yang tinggi di peringkat antarabangsa. Tambahan pula, kepentingan

etika dan peradaban dalam menggalakkan perpaduan di Malaysia dapat memperkukuh dan

mengembangkan ekonomi negara dengan menarik pelancong asing ke Malaysia. Jadi negara

akan menjadi semakin maju. Hal ini kerana apabila masyarakat mempamerkan intipati etika

dan adab yang menyatukan mereka, pelancong asing tertarik dengan keunikan dan budaya

rakyat Malaysia, akhirnya membuatkan mereka ingin datang dan mengetahui lebih lanjut

tentang Malaysia.

7
Sebab-sebab etika dan peradaban penting dalam pembinaan negara

Mewujudkan nilai-nilai positif adalah penting untuk membina masyarakat yang adil dan

harmoni. Etika dan peradaban memainkan peranan penting dalam membentuk nilai-nilai ini.

Etika merujuk kepada satu set prinsip moral yang digunakan untuk menentukan apa yang

betul atau salah dalam tingkah laku manusia. Etika boleh membantu membentuk nilai seperti

kejujuran, integriti, tanggungjawab, dan kerjasama. Dengan mengamalkan nilai-nilai ini,

masyarakat boleh membina kepercayaan dan keterbukaan, dan mencegah konflik dan

ketidakadilan. Peradaban pula merujuk kepada kemajuan budaya dan sosial manusia. Dalam

sebuah peradaban yang maju, nilai-nilai seperti menghormati hak asasi manusia,

kepelbagaian, toleransi dan keadilan akan menjadi penting. Komuniti yang mencerminkan

nilai-nilai ini akan menjadi tempat yang lebih baik untuk semua orang, dan akan

mengukuhkan ikatan antara ahli komuniti. Walau bagaimanapun, mencipta nilai positif

bukanlah satu tugas yang mudah. Proses ini memerlukan usaha bersepadu dan kesedaran

kolektif untuk membangunkan sikap dan tingkah laku yang selaras dengan nilai-nilai ini.

Pendidikan dan kesedaran sosial juga boleh membantu dalam mengintegrasikan nilai-nilai

positif ini dalam masyarakat. Kesimpulannya, etika dan peradaban dapat membantu

membentuk nilai-nilai positif dalam masyarakat seterusnya mewujudkan masyarakat yang

lebih adil dan harmoni. Oleh itu, kita perlu mengukuhkan dan mempromosikan nilai-nilai ini

dalam kehidupan seharian kita.

Ia juga tidak dinafikan bahawa etika dan peradaban membantu membina susunan

sosial yang stabil. Prinsip keadilan dan keseimbangan memain peranan yang penting dalam

etika dan peradaban yang diperlukan untuk pembangunan masyarakat yang stabil. Keadilan

memastikan semua orang dilayan secara adil dan sama rata dalam semua aspek kehidupan,

termasuk hak dan kewajiban, peluang dan layanan yang sama dalam sistem perundangan.

Keseimbangan dalam hal ini bermaksud mengelak segala bentuk diskriminasi atau

8
ketidakadilan yang boleh mengganggu kestabilan sosial. Hal ini juga membantu dalam

menggalakkan sikap saling hormat-menghormati, toleransi, dan kerjasama di kalangan ahli

masyarakat. Ini boleh mengurangkan konflik dan meningkatkan kepercayaan antara individu

dan kumpulan. Saling menghormati dan bertolak ansur juga dapat mengukuhkan semangat

perpaduan dalam masyarakat yang berbeza. Masyarakat yang stabil adalah lebih produktif

dan makmur kerana adanya kepastian dan keamanan dalam hidup mereka. Mereka

dapat menumpukan perhatian pada pengembangan diri, keluarga, dan masyarakat. Ia dapat

memperkuat keterlibatan mereka dalam proses pembangunan negara dan meningkatkan

penyertaan mereka dalam hal politik dan ekonomi. Bagi membina masyarakat yang stabil,

etika dan peradaban perlu diamalkan secara aktif dalam setiap aspek kehidupan. Kerajaan,

institusi sosial dan individu harus memainkan peranan aktif dalam mempromosikan dan

mengekalkan prinsip keadilan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan rakyat.

Mewujudkan hubungan baik antara sesebuah negara dan rakyatnya adalah penting

untuk mengekalkan kestabilan dan kemajuan sesebuah negara. Etika dan peradaban boleh

membantu mewujudkan hubungan baik ini dalam beberapa cara. Negara dan kerajaan yang

telus dan bertanggungjawab akan membuatkan rakyatnya berasa lebih yakin dan yakin

dengan kerajaan mereka. Ini boleh dicapai dengan menyediakan maklumat yang jelas dan

terbuka tentang dasar awam dan pengurusan kewangan negara. Selain itu, kerajaan yang

memberi peluang kepada rakyat mereka untuk mengambil bahagian dalam proses membuat

keputusan dan menyuarakan pendapat mereka akan membuatkan mereka berasa dihargai dan

dipedulikan. Penyertaan awam boleh dijalankan melalui forum perbincangan awam,

perundingan dan referendum. Dalam konteks ini, apabila perkhidmatan awam yang

disediakan adalah berkualiti dan saksama, ia akan membuatkan rakyatnya berasa dihargai dan

merasakan bahawa kepentingan mereka diambil berat. Perkhidmatan awam yang berkualiti

juga boleh meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerajaan. Sehubungan itu,

9
penghormatan hak asasi manusia akan membuatkan rakyatnya merasa dihargai dan diiktiraf

sebagai individu yang mempunyai maruah dan nilai. Ini boleh dicapai dengan mengekalkan

kebebasan sivil dan politik, menyediakan perlindungan dan jaminan untuk hak asasi

warganegara, dan mempromosikan keadilan dan kesaksamaan. Ia adalah penting untuk

memahami bahawa etika dan peradaban adalah nilai sejagat yang perlu dijunjung tinggi oleh

setiap individu dan institusi dalam mengekalkan hubungan baik antara negara dan rakyatnya.

Melaksanakan nilai-nilai ini dalam dasar dan tindakan kerajaan akan membantu mewujudkan

hubungan hormat antara negara dan rakyatnya.

10
Cara-cara menangani etika dan peradaban dalam pembinaan negara

Pembinaan negara yang baik haruslah berdasarkan prinsip-prinsip etika dan peradaban yang

kukuh. Hal ini demikian kerana, etika dan peradaban merupakan dasar bagi pertumbuhan

sosial yang beradab dan adil. Berikut adalah beberapa cara untuk menangani etika dan

peradaban dalam pembinaan negara.

Perkara pertama yang boleh menangani permasalahan etika dan peradaban dalam

kalangan masyarakat Malaysia ialah menerusi pendidikan awal kanak-kanak. Pendidikan

awal menetapkan asas untuk pembelajaran sepanjang hayat, tingkah laku dan kesejahteraan

umum. Pengalaman kanak-kanak di peringkat awal membentuk intelek dan keupayaan untuk

belajar, bergaul dengan orang sekeliling dan bertindak balas terdapat cabaran harian. Kanak-

kanak membentuk peribadi dan sahsiah dirinya melalui pengamatan pada perilaku orang

terdekat sebagai contoh ibu bapa, para pendidik, rakan-rakan dan juga adik beradik. Ibu bapa

boleh memilih institusi pendidikan yang menerapkan nilai-nilai murni kepada pertumbuhan

intelek dan sosial. Contohnya, pendidikan Islam di beberapa institusi Islam seperti Pusat

Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) atau Tadika Asuhan Islam (TASKI) amat

mengetengahkan nilai-nilai murni menurut perspektif Islam dan ilmu kerohanian kepada

pelajar-pelajarnya. Pepatah mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendidikan

awal kanak-kanak yang baik akan memberi impak besar terhadap etika dan peradaban dalam

pembangunan negara. Dengan pendekatan pendidikan yang tepat, etika dan peradaban dapat

dibentuk dari akar umbi bahkan akan membantu mencipta masyarakat yang beradab dan

saling menghargai.

11
Seterusnya, meningkatkan kualiti kepimpinan dalam kalangan masyarakat dan juga

pemimpin dalam negara. Kepimpinan yang baik merupakan kunci dalam pembangunan

negara yang beretika dan berperadaban. Kepimpinan harus memperlihatkan contoh baik

dalam perilaku dan bertindak sesuai dengan nilai nilai etika dan peradaban supaya dapat

diikuti dan dihormati pelbagai lapisan masyarakat. Cara meningkatkan kualiti kepimpinan

juga sesuai dilatih dari awal di institusi pendidikan misalnya di alma mater dan Institusi

Pengajian Tinggi (IPT). Sebagai contoh, penglibatan dalam Program Young Leaders anjuran

Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) merupakan satu aktiviti

pembelajaran servis kepimpinan kepada pelajar yang mengambil kursus kepimpinan dalam

organisasi. Program ini merupakan susulan kepada Program Leadership In You yang

bertujuan membangunkan bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar. Penerapan nilai murni

dan pendidikan etika sebagai pemimpin dalam program tersebut dapat membentuk pemimpin

yang dianjung seperti payung, diambak seperti kosar. Puncak kepimpinan harus

memperlihatkan contoh yang baik dalam berperilaku dan bertindak sesuai dengan nilai-nilai

etika dan peradaban yang berlaku dalam pembinaan negara.

Selain itu, peningkatan kualiti sistem perundangan dan hukum merupakan salah satu

cara yang efektif dalam menangani masalah etika dan peradaban dalam pembinaan negara.

Sistem perundangan perlu diperbaiki untuk mencegah pelanggaran etika dan peradaban yang

lebih lanjut serta tegas untuk tidak bertoleransi terhadap pelanggaran etika. Kesan daripada

itu, kepercayaan masyarakat dapat ditingkatkan terhadap sistem perundangan dengan

perlaksanaan hukuman setimpal terhadap pelaku pelanggaran etika serta keadilan dan

pembelaan nasib tertuduh yang tidak bersalah. Beberapa kes pelanggaran etika seperti

penyalahgunan media sosial perlu ditambah dan diperketatkan hukuman misalnya kes yang

berleluasa pada zaman pemodenan ini iaitu isu penipuan wang menggunakan teknologi atau

dikenali dengan istilah ‘scammer’. Hal ini kerana masih banyak kes sedemikian dilaporkan

12
walaupun pihak berkuasa terus membanteras pelanggaran etika itu dari berleluasa. Pihak

berkuasa boleh mengambil tindakan mahkamah yang lebih keras dan setimpal dengan

perbuatan pelaku yang menjejaskan masyarakat supaya permasalahan ini dapat dibendung

secara maksimum. Menegakkan undang-undang dan hukuman yang adil dan tegas dapat

membantu meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem perundangan justeru

membantu memperkuatkan legitimasi dan autoriti pemerintah dalam menjalankan tugas.

Akhir sekali, meningkatkan peranan masyarakat secara menyeluruh dapat menjaga

etika dan peradaban di negara kita. Masyarakat harus dilibatkan dalam pengambilan

keputusan agar mereka dapat mengambil bahagian dalam membangunkan negara yang

beradab dan beretika. Masyarakat merupakan kumpulan terbesar dan komponen penting

dalam mencapai kejayaan pembangunan negara itu sendiri. Sebagai contoh, aktiviti

bermasyarakat yang dapat dilaksanakan bersama ialah dengan menjaga kebersihan dan

keindahan alam sekitar. Kempen – kempen penjagaan alam sekitar seperti kempen Kitar

Semula, Kempen No Plastic Bag dan Kempen Go Green perlu diperbanyakkan bagi

mewujudkan gandingan masyarakat dalam menjaga etika terhadap alam sekitar serta menjaga

kesihatan sejagat. Seperti peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh, masyarakat dapat

bekerjasama dan berperanan aktif dalam menangani isu etika terhadap alam sekitar serta

membantu proses pembangunan negara yang lebih baik.

Kesimpulannya, dalam pembangunan negara etika dan peradaban sangat penting untuk

dijaga dan ditingkatkan. Masyarakat memiliki peranan besar dalam menangani permasalahan

etika dan peradaban dengan cara meningkatkan kesedaran terhadap kesan buruk pelanggaran

etika, mmemberi sokongan kepada pemerintah dalam meningkatkan intelek rakyat

berlandaskan etika peradaban, meningkatkan penyertaan dalam kegiatan sosial,

meningkatkan sikap saling menghargai dan toleransi terhadap perbezaan, menjaga kebersihan

dan alam sekitar serta menghargai hak asasi sesama manusia. Dengan perlaksanaan perkara

13
perkara tersebut, pembinaan negara yang beretika dapat dicapai dengan lebih adil, demokrasi

dan harmoni.

14
Cadangan dan kesimpulan

Dalam pembinaan negara, etika dan peradaban memainkan peranan penting dalam

menentukan arah dan kejayaan negara. Ia bukan sahaja dalam menentukan kejayaan negara,

malah ianya sangat penting dalam aspek psikologi dan sosiobudaya. Bertitik tolak daripada

kenyataan itu tadi, berikut adalah beberapa cadangan dan kesimpulan yang boleh diambil

untuk memperkukuhkan peranan etika dan peradaban dalam pembinaan negara.

Salah satu faktor yang boleh dikemukakan adalah, membina sistem pendidikan yang

berfokus pada nilai dan etika merupakan salah satu aspek yang penting dalam pembinaan

negara yang berjaya. Tamsilnya, ia akan memberikan impak yang positif dalam hal ehwal

yang berlaku dalam negara serta dapat mendorong sesebuah negara ke arah kesejahteraan.

Tambahan pula, sekolah dan universiti harus memberi tumpuan kepada pengajaran nilai-nilai

etika dan moral kepada pelajar. Impaknya, ia akan membantu membentuk warga negara yang

bermoral dan berintegriti, di mana kemudiannya memainkan peranan penting dalam

membentuk kestabilan sosial dan politik negara.

Pada waktu yang sama, menjalin hubungan yang erat dengan masyarakat dan

komuniti juga boleh dikaitkan dalam pembentukan negara yang lebih berjaya dan sejahtera.

Menjalin hubungan yang baik dengan masyarakat dan komuniti dalam sesebuah negara itu

sedikit sebanyak dapat memberikan perubahan yang sangat positif kepada negara serta ianya

dapat memperkuatkan perpaduan antara pelbagai kaum dan agama. Hal ini dapat membantu

mempromosikan budaya dan peradaban yang berbeza-beza dalam negara, yang mewujudkan

satu identiti negara yang unik dengan adanya multibudaya di sesebuah negara.

Dalam pada itu, memupuk kesedaran sosial dan tanggungjawab rakyat juga boleh

diambil kira sebagai peranan penting dalam menentukan arah dan kejayaan negara,

contohnya seperti program yang menggalakkan kesedaran sosial dan tanggungjawab sebagai

seorang rakyat yang bertamadun. rakyat juga harus diperkenalkan bagi membantu warga

15
negara memahami tanggungjawab mereka sebagai sebahagian daripada aset negara serta

bagaimana mereka dapat membantu membangunkan negara dengan etika dan peradaban yang

lebih efektif dan membuahkan hasil yang positif pada negara di masa akan datang.

Kesimpulannya, etika dan peradaban memainkan peranan penting dalam pembinaan negara

yang stabil dan berjaya. Negara perlu memberi perhatian yang serius kepada faktor ini

dengan menggalakkan nilai-nilai etika dan moral dalam sistem pendidikan dan pembelajaran

agar dapat menjalin hubungan yang baik dengan masyarakat. Etika dan peradaban juga dapat

memupuk kesedaran sosial dan tanggungjawab rakyat. Dengan mengambil langkah-langkah

ini, negara dapat memperkukuhkan identiti negara dan dapat mengekalkan warisan budaya

serta mewarisi nilai-nilai dan tradisi yang penting kepada generasi akan datang.Intihannya,

etika dan peradaban juga dapat mengekalkan displin antara masyarakat melaui warisan dan

budaya yang telah lama diwarisi sejak turun temurun.

16
Rujukan

Ateerah Abdul Razak, Nur Azuki Yusuf, Zaleha Embong, (2021), Penghayatan Etika Dan

Peradaban Masyarakat Majmuk Di Malaysia retrieved from

http://myscholar.umk.edu.my/bitstream/123456789/2207/1/ETIKA%20DAN

%20PERADABAN%2018.4.2021.pdf

Ateerah Abdul Razak, Nur Azuki Yusuff & Zaleha Embong (penyunting). (2021). ,Universiti

Malaysia Kelantan.Penghayatan Etika Dan Peradaban , retrieved from

https://books.google.com.my/books?

hl=en&lr=&id=DziLDwAAQBAJ&oi=fnd&pg=PR1&dq=Kupasan+terhadap+penghayat

an+etika+dan+peradaban+dalam+pembinaan+negara&ots=orQoBAb7bj&sig=zUN4zwa

GOGBK665HCrxy2ilLLDE#v=onepage&q&f=false

Mohd Rahimi Ramli ,Muhammad Shamsinor ,Abdul Azzis ,Noor Ain Mat Noor, (2023),

Penghayatan Etika dan Peradaban, retrieved from https://ilhambooks.com/penghayatan-

etika-dan-peradaban-en/

Alif Iman (2022), kepentingan etika dan peradaban dalam pemupukan perpaduan di

Malaysia, retrieved from

https://www.researchgate.net/publication/361098961_kepentingan_etika_dan_peradaban

_dalam_pemupukan_perpaduan_di_malaysia

Mohamad Rodzi Abd Razak,(2009),PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA:

Peranan Pendidikan Sejarah Dan Dasar Pendidikan Kebangsaan retrieved from

chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://core.ac.uk/download/pdf/

11489642.pdf

17

Anda mungkin juga menyukai