Anda di halaman 1dari 7

KERANGKA FORUM

SUBJEK : WM001 PENDIDIKAN MORAL

TAJUK UTAMA : NILAI MURNI MASYARAKAT MALAYSIA

TUTORAN : MD5, SEMESTER : 2 SESI : 2021/22


MD10,MD22

KUMPULAN : 2
NAMA NO. MATRIK
VESHAL A/L RAMESH MS2116116194
LAMAI ANAK ANTHONY MS2016270398
FREDERICK ANAK MATTHEW MS2116117304
NAMA PENSYARAH PN. SYAHRUL WAHEEDA BINTI HJ. MOHD ALI

OBJEKTIF :
1. Menjelaskan cara-cara menerapkan nilai murni dalam masyarakat.
2. Menerangkan kepentingan-kepentingan nilai murni dalam masyarakat.
3. Menghuraikan akibat ketiadaan nilai murni dalam masyarakat

DEFINISI TAJUK :

Nilai murni didefinisikan sebagai amalan baik, peradaban dan tatasusila seseorang manusia
dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Nilai murni ditakrifkan sebagai
kriteria atau ukuran yang menunjukkan keperibadian diri seseorang serta akhlak dalam
kehidupan bermasyarakat. Nilai murni juga menjadi asas kepada semua agama untuk
membentuk kehidupan penganutnya agar menjadi lebih baik dan berbudi pekerti mulia demi
memupuk keamanan dan keharmonian sejagat.

PENDAHULUAN :

Penerapan nilai murni merupakan satu amalan yang patut dipertahankan dan menjadi
keperibadian dalam diri masyarakat agar ianya diwarisi daripada generasi ke generasi
seterusnya. Masyarakat membawa peranan utama dalam menerapkan nilai-nilai murni dan
menyebarkan amalan serta budi pekerti yang mulia. Amalan nilai murni juga menjadi aspek
penting dalam memperkukuhkan budaya dan adat resam yang disertakan dengan akhlak dan
tingkah laku yang baik serta berbudi bahasa seperti kata pepatah budi bahasa budaya kita.
MODERATOR
(FRED) Salam sejahtera,
Saya ucapkan kepada Puan Pensyarah kita, Puan Syahrul Waheeda Binti
Hj. Mohd Ali, barisan ahli panel dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Kehadiran anda pada hari yang ceria ini sudah pasti akan memeriahkan
forum kita kali ini. Sebelum itu, saya memperkenalkan diri saya terlebih
dahulu, nama diberi Frederick anak Matthew dari praktikum MD10 dan
saya merupakan moderator and apada forum hari ini.

Sebelum saya memulakan forum pada harini, izinkan saya


mendeklamasikan serangkap pantun,

Bersua kita di negeri Melaka,


Bersama rasa kasih dan cinta,
Nilai murni tajuk cerita,
Menjadi ilmu buat semua.

Oleh dengan itu, tajuk forum kita pada hari ini bertemakan Nilai Murni
dalam Masyarakat. Segala intipati tajuk ini akan dirungkai dan ditelusuri
oleh ahli-ahli ahli panel kita pada hari ini. Semoga forum hari ini akan
menjadi manfaat buat semua dan menambahkan ilmiah kita selepas tamat
sesi forum ini.

Tanpa membuang masa lagi, saya akan memperkenalkan ahli-ahli panel


hari ini. Panel kita yang pertama, tampan dan segak orangnya, siapa lagi
kalau bukan Veshal A/L Ramesh dari MD5. Selamat pagi saudara
Veshal.

PANEL 1 Selamat Pagi saudara Fred.


(VESHAL)

MODERATOR Seterusnya, yang bersama dengan kita hari ini, si cantik manis, tak lain
(FRED) tak bukan Lamai Anak Anthony atau lebih dikenali sebagai Ell. Selamat
pagi saudari Ell. Apa khabar saudari Ell?

PANEL2 Selamat pagi saudara Fred. Saya sihat-sihat sahaja hari ini.
(Ell)
MODERATOR
(FRED)

PANEL1
(VESHAL)

MODERATOR
(FRED)

PANEL 2 Terima kasih saudara Fred atas soalan yang diajukan kepada saya
(ELL) sebentar tadi. Seperti yang kita sedia maklum bahawa sekarang kita
sedang mendepani era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang
semakin mencabar di mana masyarakat mula memandang enteng akan
kepentingan nilai murni. Hari demi hari masyarakat kita semakin kurang
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. Tanpa masyarakat sedari
bahawa penerapan nilai murni dapat mempengaruhi pelbagai aspek dalam
kehidupan. Dengan ini, saya akan menjelaskan lebih lanjut serta
terperinci berkenaan dengan soalan yang diajukan oleh saudara Fred iaitu
kepentingan nilai murni dalam masyarakat.

Dengan adanya nilai murni dapat melahirkan masyarakat yang


menghormati antara satu sama lain. Hormat-menghormati ini amat
penting tanpa mengira orang tua ataupun muda tetapi sekarang nilai
murni hormat-menghormati ini semakin pudar dalam diri generasi muda.
Penerapan nilai murni hormat-menghormati dapat ditunjukkan melalui 3
cara iaitu tindakan,percakapan, dan kawalan emosi seseorang. Contoh
paling senang untuk tindakan adalah menghormati dan mematuhi adat
mengikut tempat yang kita pergi kerana di mana bumi dipijak,disitu
langit dijunjung. Untuk percakapan serta kawalan emosi seseorang pula
dapat ditunjukkan dari cari bertegur sapa. Kita seharusnya bertegur sapa
tanpa mengira faktor-faktor tertentu. Faktor – faktor yang saya
maksudkan adalah umur, agama, jantina atau warna kulit. Semasa
bertegur sapa, kita hendaklah menggunakan bahasa yang sopan, mudah
difahami dan sesuai dengan akal dan kemampuan pendengar.
Penggunaan kata-kata kesat patut dielakkan bagi menghormati dan
menjaga perasaan pendengar. Selalunya orang menasihati anak muda
untuk menghormati orang tua tanpa mereka sedari bahawa orang tua juga
perlu menghormati orang muda. Memang benar bak kata pepatah
meluntur buluh dari rebungnya. Namun, orang tua juga perlu menjadi
teladan kepada generasi muda. Ini seperti air cucuran atap jatuh ke
pelimbahan juga.

Kepentingan nilai murni kedua adalah mewujudkan masyarakat yang


hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera. Contoh terdekat adalah
dalam hidup berjiran. Kita dapat melihat bahawa hidup berjiran
terutamanya di bandar terdiri daripada berbilang bangsa. Tidak dapat
dinafikan bahawa suasana ini adalah impian setiap lapisan
masyarakat.Suasana ini dapat diwujudkan dengan melakukan aktiviti
bersama-sama jiran. Sebagai contoh adalah bergotong royong pada setiap
hujung minggu. Masyarakat akan saling membantu satu sama lain sekali
gus dapat mengeratkan hubungan silahturahim antara jiran yg berbilang
bangsa. Dengan ini, semangat kejiranan dapat dipupuk seperti pepatah
melayu iaitu jiran sepakat membawa berkat.

Di samping itu, nilai murni juga penting untuk membentuk masyarakat


yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Agama ialah pegangan yang
seharusnya ada dalam diri kerana tanpa pegangan agama, kehidupan
manusia akan goyah dan tiada pendoman. Hal ini demikian kerana
masyarakat perlu taat akan perintah agama yg dianuti masing-masing.
Terdapat pelbagai agama yang ada di Malaysia seperti hindu, islam,
kristian dan budhha. Walaupun berbeza agama tetapi setiap agama
memang menggalakan penganutnya melakukan kebaikan dan melarang
membuat keburukan. Sering kita dengar umpama peribahasa ilmu pelita
hidup,dalam kata lain ialah ilmu menjadi penyuluh kepada kehidupan.
Namun, agama pula ialah penyinar kehidupan kerana tanpa agama maka
runtuhlah akhlak manusia. Contoh bagi agama islam ialah menggalakan
penganutnya menutup aurat dan diwajibkan menunaikan solat 5 waktu
seperti subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. Melalui solat 5 waktu
tersebut, penganut agama islam akan ada waktu untuk berinteraksi
dengan Tuhan-Nya. Saya sebagai penganut agama kristian terdapat cara
sembahyang yang pelbagai seperti bersendirian, namun pada pagi hari
ahad kami akan sembahyang secara beramai-ramai di gereja kecuali bagi
gereja “Seventh-day adventist”. Mereka akan bersembahyang beramai-
ramai pada hari sabtu. Bagi penganut agama lain selain islam dan
kristian, mereka juga mempunyai amalan yang tersendiri untuk
menerapkan nilai murni dalam diri penganutnya. Jelaslah bahawa
kepentingan mengamalkan nilai murni dapat membentuk masyarakat
yang berpegang teguh kepada agama.

Kepentingan nilai murni dalam masyarakat yang terakhir adalah negara


akan maju dan kestabilan politik terjamin. Buktinya, masyarakat akan
pergi ke tempat kerja mengikut waktu yang ditetapkan dan mematuhi
peraturan bekerja yang ditetapkan untuk mencari rezeki sekali gus
menyumbangkan tenaga dalam memajukan negara. Hal ini terjadi kerana
masyarakat mempunyai sifat amanah yang tinggi dalam diri mereka
semasa melakukan pekerjaan. Secara tidak langsung, produktiviti
pengeluaran daripada syarikat akan meningkat. Kemajuan negara juga
dapat ditingkatkan dalam penjagaan harta benda. Erti kata lain adalah
nilai murni dapat membanteras gejala vandalisme. Sekiranya masyarakat
mempunyai rasa sayang akan harta benda yang disediakan oleh kerajaan
maka masyarakat akan menggunakan secara berhemat dan menjaganya.
Dengan itu, kerajaan tidak perlu mengeluarkan dana untuk memperbaiki
fasiliti-fasiliti milik kerajaan. Dana tersebut dapat digunalan untuk
sektor-sektor yang perlu dimajukan bagi memacu kemajuan negara.
Kemajuan negara dapat ditingkat bersama dalam kalangan masyrakat
seperti peribahasa melayi bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Untuk
kestabilan politik pula dibentuk oleh pihak kerajaan yang telah dipilih
oleh rakyat dalam pilihan raya secara demokrasi. Keutuhan perpaduan
masyarakat majmuk juga mendukung kestabilan negara.
Namun,pemimpin perlulah memerintah dengan amanah, cekap dan adil.
Hal ini kerana pemimpin perlu menunjukkan nilai murni yang baik maka
rakyat akan mengikutinya seperti peribahasa bagaimana acuan begitulah
kuihnya.

Secara tuntasnya, terdapat banyak kepentingan nilai murni dalam


masyarakat seperti melahirkan masyarakat yang saling
menghormati,mewujudkan masyarakat yang hidup dalam suasana
harmoni dan sejahtera serta membentuk masyarakat yang berpegang
teguh kepada ajaran agama. Selain itu, negara akan maju serta kestabilan
politik terjamin. Sekian.terima kasih.

ISI 1 : CARA-CARA MENGAMALKAN NILAI MURNI DALAM MASYARAKAT

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memupuk dan mengamalkan amalan
nilai-nilai murni. Antara cara primer mengamalkan nilai murni dalam masyarakat ialah
keluarga terutamanya ibu bapa memberikan pendedahan awal tentang kelebihan dan kebaikan
nilai murni kepada anak-anak. Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak untuk
menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak. Cara sekunder mengamalkan nilai murni dalam
masyarakat ialah pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang nilai murni. Hal ini
dikatakan demikian kerana, pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk
merealisasikan kempen kesedaran dan mengajar masyarakat untuk menerapkan nilai murni.
Cara tertier mengamalkan nilai murni dalam masyarakat ialah pihak sekolah mengadakan
aktiviti berfaedah terhadap pelajar seperti gotong-royong agar pelajar dapat mempelajari nilai
bekerjasama. Seterusnya, media massa dapat memaparkan keistimewaan memupuk nilai
murni dalam diri masyarakat melalui iklan. Akhirnya, Ahli Jawatankuasa Kampung atau
Taman mengadakan rondaan secara besar-besaran pada waktu malam agar setiap AJK
Kampung atau Taman dapat menerapkan nilai saling bantu-membantu

ISI 2: KEPENTINGAN NILAI MURNI DI DALAM MASYARAKAT


Penerapan nilai-nilai murni mampu melahirkan masyarakat yang menghormati antara satu
sama lain dengan bertegur sapa tanpa mengira faktor-faktor tertentu. Selain itu,nilai murni
dapat mewujudkan masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera terutamanya
di dalam hidup berjiran. Nilai murni juga membentuk masyarakat yang berpegang teguh
kepada ajaran agama dan membentuk insan mulia dalam diri. Di samping itu,nilai murni yang
berasaskan agama dapat menjana mentaliti tahap pertama dalam jiwa masyarakat. Negara
juga akan maju dan kestabilan politik dapat dikekalkan sekiranya ada nilai murni dalam diri
masyarakat.

ISI 3: AKIBAT TIDAK ADA NILAI MURNI DALAM MASYARAKAT.

Nilai murni menjadi satu aspek penting yang perlu ada dalam diri masyarakat sejagat. Jika
nilai murni ini tiada maka pergaduhan atau perselisihan faham akan kerap berlaku dalam
kalangan masyarakat. Selain itu, masyarakat akan berpecah-belah kerana nilai murni tidak
menjadi pegangan dalam kehidupan. Masyarakat juga tidak mempunyai sikap bertolak ansur
dalam kehidupan seharian. Seterusnya, keamanan juga akan terjejas disebabkan timbulnya
banyak masalah antara komuniti masyarakat. Di samping itu, jenayah juga akan kerap berlaku
disebabkan tiadanya kesedaran dan amalan nilai murni dalam diri masyarakat. Semua masalah
juga diselesaikan dengan cara yang tidak baik dan akan menyebabkan permusuhan.

RUMUSAN:

Kesimpulannya, nilai murni amatlah penting untuk diterapkan dalam diri masyarakat dari
generasi ke generasi. Hal ini demikian kerana, nilai murni akan memberikan impak yang
positif kepada semua manusia jika ianya menjadi pegangan dan amalan. Ianya juga
memberikan banyak kepentingan dalam membentuk keperibadian dan jati diri yang berakhlak
mulia serta sopan bertepatan dengan isi Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.
Penerapan unsur-unsur nilai murni ini amatlah mudah dengan pelbagai inisiatif jika inisiatif
tersebut diambil secara serius. Oleh itu, kesan negatif akibat tiadanya nilai murni ini dapat
dibendung.

REFERENCES:

Anda mungkin juga menyukai