Anda di halaman 1dari 3

Nama Muhammad Izzudin Bin Mohamad

No. Matrik A20SC0168


Tarikh 27 April 2021
Nama Pensyarah En. Azlah Bin Md. Ali

Berdasarkan kepada nilai-nilai etika dalam peradaban India, bagaimana ianya boleh
diaplikasikan ke dalam masyarakat Malaysia merentasi semua kaum?

Tamadun tertua dan unik di dunia terutamanya dari segi keagamaan. Peradaban India
berpusat di Lembah Mohenjo-daro dan Harappa. Beberapa agama dalam Tamadun India seperti
Jain, Buddha, Hindu dan Sikh. Agama yang dianuti oleh masyarakat India ini mempunyai
pengaruh di dalam kehidupan seharian masyarakat India kerana setiap agama mempunyai nilai-
nilai etika yang diamalkan oleh masyarakat India. Maka kita dapat lihat bahawa peradaban India
ini mampu memberi kesan yang positif dalam masyarakat yang berbilang kaum terutamanya di
Malaysia. Sejak ahkir-akhir ini, terlalu banyak isu semasa yang berkait rapat dengan nilai moral
yang boleh kita kategorikan dalam keadaan agak serius. Oleh yang demikian, marilah kupas nilai-
nilai etika dalam peradaban yang boleh diaplikasikan dalam masyarakat Malaysia merentasi semua
kaum.

Pertamanya, peradaban India mengangkat darjat kaum wanita supaya tidak dipandang
rendah. Hal ini kerana, mereka menggunakan dua pendekatan utama iaitu “kannitta nmai” iaitu
menjaga kedaraan seseorang gadis dan “karppu” iaitu kesetiaan kepada suami. Dua pendekatan
membawa satu mesej bahawa wanita itu bukanlah semata-mata untuk kepuasan nafsu lelaki kerana
wanita mempunyai harga diri yang tentunya sama taraf dengan lelaki. Maruah mereka bukan untuk
dijadikan gelanggang kepada lelaki-lelaki tetapi menunjukkan maruah yang ada pada dirinya.
Justeru itu, dalam masyarakat Malaysia pada hari darjat wanita juga diangkat bukan sahaja dari
segi maruah diri, malah wanita di Malaysia lebih banyak memegang jawatan professional
berbanding lelaki. Dari segi organisasi sosial, keluarga, masyarakat dan negara golongan wanita
sudah memainkan peranan masing-masing untuk memastikan mereka bergerak seiring dengan
golongan lelaki. Bahkan usahawan yang lebih berjaya juga merupakan dari golongan wanita. Jadi
tidak hairanlah golongan wanita ini sudah pun diangkat martabat. Tetapi itu hanya mewakili secara
umum. Cuba kita lihat golongan ibu tunggal, remaja yang telah dirogol dan rosak akhlaknya,
masyarakat kita memandang remah malah menghina lagi. Mentaliti masyarakat kita belum
bersedia menerima golongan-golongan seperti ini. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia janganlah
memilih untuk membantu kerana ia akan menyebabkan sestengah golongan wanita akan tertindas
dan dipinggirkan. Kita hendaklah berlaku adil kepada semua, jagalah gologan wanita tanpa
mengira siapa dia kerana kalua bukan kita siapa lagi. Ingatlah ibu kita wanita, walaupun mereka
lemah tetapi kekuatan mereka amatlah tidak terkira.
Kedua, tamadun India menyuruh masyarakat untuk menghormati orang tua. Hal ini kerana,
mereka mengamalkan konsep “Dewi Ibu” (tuhan dikatakan bersifat keibuan) dan konsep tuhan
fizikal (annaiyum tantaiyum munnari Teivam) sekuat mana seseorang itu sembahyang, tidak
membawa makna sekiranya tidak menghormati ibubapanya. Dengan itu, kita dapat lihat bahawa
mereka amat mementing amalan saling menghormati orang tua dalam kalangan masyarakat. Kita
janganlah menjadi masyarakat biadab dan kurang ajar kerana ia membawa kepada kehancuran diri.
Kita janganlah menjadi manusia yang ego dan sombong apabila kita rasa kita lebih hebat dari
orang yang lebih tua dari kita. Jadilah manusia yang bersederhana dalam setiap perkara. Dalam
mesej etika tamadun ada menyebut tiada guna sembahyang tetapi biadab dengan ibu bapa.
Hormatilah mereka sebaiknya kerana mereka merupakan sumber kejayaan kita. Tanpa mereka,
siapalah kita wahai manusia sekalian. Janganlah kita bersikap seperti Tanggang sehingga tidak
mengaku ibunya di khalayak ramai. Di Malaysia, sikap menghormati orang tua masih lagi di tahap
memuaskan dan boleh di tambah baik. Oleh itu, masyarakat perlu mengamalkan konsep “Dewi
Ibu” dan konsep tuhan fizikal untuk memperbaiki kekurangan yang ada untuk ditambah baik dalam
menghormati orang tua. Bak kata pepatah, “Budi Bahasa Budaya Kita”, seiring dengan nada
nasional dan konsep Tamadun India dalam menghormati orang tua. Oleh itu, kita sebagai rakyat
Malaysia haruslah lebih cakna dalam menghormati irang tak kira siapa, janga n mencemuh,
memaki dan menyombong kerana tidak menyampaikan apa-apa faedah.

Ketiga, nilai etika dalam masyarakat India ialah meraikan tetamu. Hal ini kerana, mereka
mengamalakn konsep “Atithi devo bhava”ini membawa makna “tetamu itu bersamaan dengan
tuhan”. Ini bermakna, walaupun tetamu yang mengunjungi rumah itu adalah musuh, adalah
menjadi kewajipan kepada tuan rumah untuk menjemput masuk dan memberi layanan yang terbaik
kepada tetamu. Sedar atau tidak nilai ini jarang kita amalkan terutamanya melayani tetamu yang
kita tak suka sehingga kita tutup pintu, jawab salam pun tidak malah ada yang bergaduh besar lagi.
Ini akan menunjukkan sikap yang tidak baik. Anak-anak kita Nampak dan mereka pun akan ikut
sekali. Sampai kesudah isu ini menjadi duri dalam daging, tidak selesai-selesai. Contohnya,
semasa di hari perayaan sambutlah tetamu dengan layanan yang baik walaupun dia musuh kita,
abaikan sengketa sucikan jiwa. Maafkan kesalahan orang tersebut itu lebih baik. Sampai bila kita
ingin bermasam muka, kalau gaduh menang dapat piala ke? Tidak, malah ia akan memberi kesan
yang negatif kepada mata masyarakat. Malah mungkin generasi akan datang ikut perangai kita 10
tahun akan datang dan kesannya berpanjangan ubatnya tiada pencegahan pun kurang jadi nilai
etika dalam meikan tetamu itu akan semakin terhakis. Oleh itu, kita rakyat Malaysia yang hidup
bermasyarakat amalkan sikap melayan tetamu dengan baik supaya sikap meghormati sesama
masyarakat akan wujud dan perpaduan dalam negara akan semakin utuh.

Keempat, masyarakat India lebih mementingkan hidup bermaruah dan kenal malu. Hal
ini kerana, mereka sanggup memilih kematian yang terhormat daripada hidup maruah yang
tercemar. Mereka juaga merasakan lebih baik hidup bersedekah daripada hidup mewah daripada
hasil pendapatan yang hina. Contohnya, lebih baik kita hidup bersederhana dari hidup mewah tapi
hasil kekayaan datang sumber yang haram seperti harta dari mencuri, merompak dan salah guna
kuasa. Di Malaysia, nilai ini paling kurang diamalkan kerana ahli politik juga tidak jujur dalam
sumber kekayaan yang mereka ada selama ini. Banyak kita lihat isu kleptokrasi di Malaysia dari
tahap Menteri sehingga rakyat bawahan isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, integriti dan lain -lain
semakin teruk sampaikan ia jadi budaya ahli politik kes rasuah. Di berita, media sosial dan media
cetak sering hangat isu-isu sedemikian rupa. Mana rasa malu wahai rakyat Malaysia jangan hanya
mengibar Jalur Gemilang kesana kesini beribadah tetapi hati dan iman dimiliki harta dari sumber
yang haram. Tak rasa malu ke. Janganlah kita menjadi manusia yang tiada harga diri ingatlah dunia
hanyalah permainan dan tempat untuk seketika. Janganlah kita anggap ia tempat untuk membuat
onar yang tidak sepatutnya. Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah menjaga maruah diri dan ada rasa
sifat malu yang berpada-pada kerana di sini akan menunjukkan diri kita bahawa kita dah cukup
beramanah dan jujur dalam setiap tindakan. Tepuk dada, tanya selera.

Kelima, masyarakat amatlah mementingkan kebersihan dalam kehidupan mereka.


Hal ini kerana, setiap kali seseorang itu membersihkan badannya, dia perlu mengingati bahawa
jiwanya juga perlu turut dibersihkan. Selain itu, makanan vegetarian yang juga dikaitkan dengan
konsep kebersihan dan mengelakkan penyeksaan kepada sebarang kehidupan. Makanan daging
dan hidupan laut dianggap tidak bersih. Dari konteks di atas dapat kita tahu bahawa kebersihan
amatlah dititik beratkan dalam diri kerana ia melambangkan personaliti dirinya. Kita juga
diingatkan untuk makan makanan yang bersih dan baik kerana ia masuk dalam tubuh badan. Jika
kita makan makanan yang kurang baik, sudah pasti sistem kesihatan akan mula terjejas dan
pelbagai penyakit akan mula menyerang seperti penyakit tiga serangkai, jangkitan kuman dan
kanser. Di Malaysia, kebersihan masih lagi teruk. Lihat sahaja di tandas awam dari jauh dah bau
yang agak kurang menyenangkan belum lagi cara orang kita buang di tong sampah. Seterusnya,
bila habis satu upacara, sampah sarap berselerak di jalan raya. Budaya kebersihan dalam kalangan
masyarakat kita masih lagi teruk dan perlu diperbaiki dengan cara Pendidikan sivik dan
mengamalkan cara kehidupan India dari segi penjagaan kebersihan. Dalam Islam juga berkata
kebersihan sebahgian dari Iman. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sedar isu
kebersihan perlu dibaiki semula dan mentaliti dan sikap kita perlu ada perubahan kea rah yang
lebih maju. Tiada guna maju dari segi pembangunan tetapi modal insaniah dari segi sa hsiah
terkebelakang.

Kesimpulannya, nilai-nilai etika dalam masyarakat India sangatlah relevan untuk


diaplikasikan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Budaya dalam tamadun India
banyak mengajar nilai-nilai dalam kehidupan melalui latihan dan pengalaman serta bertoleransi
dengan orang lain. Suburkan semangat perpaduan nasional dengan mangangkat darjat kaum
wanita, menghormati orang tua, berbuat baik dengan tetamu, menjaga maruah diri dan menjaga
kebersihan diri. Jika setiap hari teknologi semakin canggih, apa salahnya sikap kita semakin baik.
Bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita juga. Kemajuan sebuah bangsa itu bergantung kepada
nilai, budaya dan etika masyarakat tersebut kerana alat dan teknologi hanyalah bertindak sebagai
pemangkin kemajuan bukanlah asas-asas kejayaan kepada sesebuah bangsa itu.

Anda mungkin juga menyukai