Anda di halaman 1dari 3

Nama Muhammad Izzudin Bin Mohamad

No. Matrik A20SC0168


Tarikh 15/06/2021
Pensyarah Dr. Azlah Bin Md. Ali

Bagaimana etika memainkan peranan yang penting dalam membantu anda melaksanakan
tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, negara dan alam sekitar?

Etika merupakan satu elemen yanag amat penting dalam kehidupan kita. Semua perkara yang kita
lakukan ada etika yang patut kita ikuti. Jika kita membuat sesuatu perkara tanpa pegangan etika
yang betul dalam diri maka satu kesan yang tidak baik akan mula muncul. Etika adalah cabang
falsafah yang dikhaskan untuk masalah moral. Kata etika berasal dari bahasa Latin ethĭcus , dan
ini pada gilirannya berasal dari Yunani kuno ( êthicos ), berasal dari êthos , yang bermaksud 'watak'
atau 'kepunyaan watak'. Dalam falsafah, etika tidak terbatas pada moral, yang secara umum
difahami sebagai kebiasaan atau kebiasaan, tetapi mencari landasan teori untuk mencari jalan
hidup terbaik, mencari gaya hidup terbaik. Etika boleh dikelirukan dengan undang-undang, tetapi
tidak jarang undang-undang berdasarkan prinsip etika. Namun, tidak seperti undang-undang, tidak
ada orang yang dapat dipaksa oleh Negara atau oleh orang lain untuk mematuhi piawaian etika,
atau tidak mengalami hukuman, sanksi atau hukuman atas ketidakpatuhan ini, tetapi pada masa
yang sama undang-undang dapat mengabaikan mengabaikan persoalan etika. Oleh itu, terdapat
beberapa cara atau peranan dalam membentuk etika ini dalam melaksanakan tanggungjawab sosial
terhadap masyarakat, negara dana lam sekitar.

Etika berperanan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dengan menjadi
satu role model moral iaitu menjadi contoh kepada orang lain. Hal ini untuk memastikan setiap
tindakan yang dilakukan adalah mengikut etika yang baik tanpa perlu pengawasan oleh agensi
penguatkuasaan luaran dan ancaman seperti hukuman atau tekanan masyarakat di sekeliling.
Sebagai manusia yang bertaggugjawab perlulah mempunyai sifat amanah dan integriti tinggi.
Contohnya, kita sebagai mahasiswa haruslah menunjukkan sikap yang baik depan masyarakat
dengan mengamalkan amalan-amalan dan nilai-nilai moral yang tinggi. Dengan itu, masyarakat
akan memandang kita adalah satu golongan yang beretika tinggi. Hal ini mereka terpegun dengan
cara kita berpegang dengan sesuatu prinsip etika. Ini akan menyebabkan mereka juga mula ikut
jejak kita dan sama-sama menjadi bangsa yang beretika. Oleh itu, amatlah penting kita menjadi
pemula kepada kebaikan di dalam masyarakat supaya kita dapat melahirkan satu masyarakat yang
beretika dan mengamalkan adab dan tatsusila yang betul.

Kedua, etika memainkan peranan penting dalam membentuk negara yang yang hebat dengan cara
mengamalkan sikap yang jujur dalam sesuatu perkara. Integriti dan bermaruah adalah slogan yang
sepatutnya bukan sahaja didendang tetapi satu semboyan yang perlu disematkan dalam diri supaya
menjadi iltizam dalam diri beretika dalam menjalankan satu urusan. Perkara yang tidak sepatutnya
dilakukan perlu dielakkan dan dibuang jauh-jauh. Contohnya, apabila kita melakukan eksperimen
sains kita perlu jujur dengan data yang kita perolehi. Hal ini kerana, satu hari nanti, jika kita
menjadi saintis dan menipu dalam pelbagai bahagian dalam kajian anda. Maka, pembangunan
sains dan teknologi juga akan terbantut. Kesannya, negara kita akan kekurangan modal insan yang
berjasa kepada negara sendiri dan kita masih perlu teknologi luar. Ini tidak sejajar dengan laungan
tokoh-tokoh negara kita yang inginkan negara kita maju dan berdaya saing. Tetapi jika dari alam
universiti lagi kita sudah tiada sikap integriti dalam menjalankan sesuatu kajian maka slogan itu
hanya dusta semata-mata. Oleh itu, sebagai mahasiswa bertanggungjawab haruslah menjadikan
negara Malaysia yang berdaya saing, jujur dalam perkara yang dilakukan dari segi elemen etika
yang bermoral dan memenuhi aspirasi negara yang tercinta ini.

Akhir sekali, etika dalam memainkan peranan dalam alam sekitar pula ialah menjaga alam sekitar
iaitu flora dan fauna dengan baik. Hal ini demikian kerana, kita dapat lihat situasi alam sekitar di
negara kita semakin tenat. Cuaca dan iklim negara kita semakin kian merubah akibat daripada
sikap kelalaian kita dalam menjaga khazanah alam sekitar ini. Kita dpat lihat isu pencemaran masih
sukar diatasi kerana kegagalan pelbagai pihak sama ada pengguna, peniaga dan masyarakat awam
menghayati tanggungjawab sosial dalam menjaga atau memelihara alam sekitar. Misalnya, kita
perlulah beretika dalam membuang sisa-sisa bahan buangan contohnya dalam eksperimen yang
kita lakukan pastinya ada sisa kimia yang perlu dibuang di tempat yang betul. Jika kita dari awal
tidak mengamalkan sikap etika sains dari awal dari segi menjaga alam sekitar maka kita akan
menunjukkan satu kesan negatif yang berpanjangan kepada alam sekitar kita. Oleh itu, kita sebagai
mahasiswa betanggungjawab perlulah mengamalkan etika yang betul dalam menjaga alam sekitar
tak kiralah kita seorang ahli kimia dan sebagainya walaupun kita dengar kimia satu perkataan yang
akan mendatangkan kesan tetapi dengan adanya etika dan ilmu mampu menjadikan persekitaran
kita sihat dan baik.

Kesimpulannya, penghayatan nilai amatlah penting dalam memainka peranan etika dalam
melaksanakan tanggungjawab sosial kepada negara dan alam sekitar. Pelbagai prinsip yang baik
perlu diamalkan seperti prinsip kebaikan, keseimbangan, etika moral, dan amanah dan lain-lain.
Dalam kehidupan kita perlu ada aplikasi selepas belajar. Teori sahaja tidak cukup perlu ditambah
dengan istiqomah praktikaliti supaya etika yang kita amalkan akan sebati dalam jiwa kita. Oleh
yang demikian, kita haruslah memastikan memainkan peranan yang penting dalam membantu
negara kita dengan amalkan perkara atau etika yang beradab. Bangsa yang berjaya merupakan
bangsa yang beretika dan penuh dengan ilmu di dada.

Anda mungkin juga menyukai