Anda di halaman 1dari 9

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)

KOD & NAMA SUBJEK:


ECS3113PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

DR. MOHAMED AYOB BIN SUKANI

TAJUK TUGASAN:2

NAMA PELAJAR:

NO. KP/NO MATRIK;

(SITI NUR SYAFIQAH BINTI SHAMSUL ANUAR)


(000721-02-0408/4201000351)
PENGHARGAAN

Pertama sekali, bersyukur ke hadrat iilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami
menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Dengan kekuasaanNya memberikan kesihatan yang baik serta petunjuk
pada kami, kami dapat menyiapkan tugasan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi tanggungjawab sebagai
pelajar.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Mohamed Ayob BinSukani
yang telah memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada pelajarnya sewaktu kuliah bagi
menyiapkan tugasan ini. Semoga jasa baiknya diganjari dengan kurniaan daripada Allahyang tidak ternilai.
Di samping itu, penghargaan ini juga kami tujukan buat ahli keluarga kami yang tidak putus
memberikan sokongan kepada kami dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa sedar, mereka jugak banyak
menyokong kami dari segenap segi rohani dan kewangan. Malahan, doa yang mereka titipkan buat kami
merupakan salah satu semangat serta menjadi tulang belakang yang mengiringi kami sepanjang menyiapkan
tugasan yang diberikan.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang sama-sama membantu bagi mendapatkan beberapa maklumat
untuk tujuan berkongsi maklumat.
Akhir sekali, disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada pihak yang terlibat secara
tidak langsung di dalam menyiapkan tugasan ini. Segala bentuk bantuan yang diberikanamat kami hargai
I. Maksud Kod Etika

Etika dikaitkan dengan moral dan menetapkan apa yang baik, buruk, dibenarkan atau
dikehendaki mengenai a tindakan Atau keputusan. Konsep ini berasal dari bahasa Yunani etikaapa
maksudnya "Watak" . Etika boleh ditakrifkan sebagai sains tingkah laku moral, kerana ia mengkaji dan
menentukan bagaimana ahli a masyarakat .

kod Sementara itu, adalah gabungan dari tanda-tanda yang mempunyai nilai tertentu dalam a sistem
ditubuhkan. Dalam betul , peraturan yang mengawal subjek tertentu dikenali sebagai kod. kod etika Oleh
itu, menetapkan piawaian yang mengawal selia tingkah laku orang dalam tempoh a syarikat u organisasi .
Walaupun etika tidak memaksa (ia tidak mengenakan penalti undang-undang), kod etika menyiratkan
peraturan dalaman mandatori. Tidak mendedahkan maklumat sulit, tidak membezakan terhadap klien atau
rakan sekerja berdasarkan bangsa, kewarganegaraan atau agama dan tidak menerima rasuah, sebagai
contoh, adalah beberapa postulat yang biasanya termasuk dalam kod etika. Norma-norma yang disebutkan
dalam kod etika mungkin dikaitkan dengan norma-norma undang-undang (misalnya, membezakan adalah
jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang). Objektif utama kod ini ialah mengekalkan garis
tingkah laku seragam di kalangan semua ahli syarikat. Dengan memasukkan arahan bertulis, tidak perlu
pengurus menjelaskan setiap masa apa yang menjadi tanggungjawab pekerja. Sebaliknya, orang-orang
yang menulis kod etika berada di a kedudukan hierarki lebih daripada yang lain, kerana mereka berada
dalam kedudukan untuk menetapkan apakah tingkah laku yang betul dari sudut pandangan moral.

II. Maksud Konsep Etika

Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu “ethos” yang membawa erti kebiasaan,
adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat kebiasaan. Ia juga membawa
maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus bahasa inggeris yang bermaksud sifat moral
dalam sesuatu bangsa. bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika.
Manakala ethics bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic
bermaksud system of moral and principal rules of conduct yang bermaksud sistem prinsip akhlak;
peraturan-peraturan perilaku. Manakala ethics pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada
akhlak. Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu perkara
sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula, etika
bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau
sesuatu kumpulan. Ia juga melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion
terhadap masyarakat. Contohnya Etika Perkhidmatan Awam yang melibatkan kakitangan awam.

III. Maksud Kod Etika Profesion

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan
peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional
Mencukupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti
mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain.Oleh itu Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan
oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

IV. Matlamat Kod Etika Keguruan Malaysia (EKM)

1.3 Etika Perguruan

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan
sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion
perguruan. Kod etika dianggap penting kerana Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana
bertingkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang
tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas
tentang tanggungjawab mereka. Atau dengan perkataan lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru
yang menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan. Kandungan yang
dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod
etika di negara lain. Oleh itu Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini
ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Oleh itu , Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya
boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi.
Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat
mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi.Oleh yang demikian,
adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memahami kod etika perguruan sebagai landasan dan arah
pandu dalam membangunkan negara bangsa.
V. Hubungan & perkaitan Kod EKM - FPG

Cemerlang

Seorang yang bekerja sebagai dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa. Kerja dan tugas
sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja
yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar "melepaskan
batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan
tugasnya, dia akan terus berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Seorang guru
tidak mudah patah hati atau mengaku kalah.Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu
mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua
keadaan.

Sikap Berinisiatf

Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum
dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti
untuk mengelakkan berlakunya kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh
dimaafkan tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang
lain. Setiap pekerja sebagai gurumempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka
ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan
syarikat di mana mereka bekerja. Contohnya dalam bidang perniagaan pekerja akan berusaha untuk
mengembangkan perniagaan syarikat dalam bidang-bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan yang
baru.

Niat

Seorang guru yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja dengan baik.
Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya. Ramai orang yang bekerja
tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup.

Bertanggungjawab Terhadap Masyarakat

Etika kerja profesional dan etika guru turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak
wajar mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akibat pekerjaan tersebut kepada
masyarakat dan alam sekitar. Sebagai contoh, sesebuah syarikat pemaju perumahan tidak wajar
menggondolkan suatu kawasan hutan dengan sesuka hati demi apa yang dikatakan sebagai pembangunan.
Perbuatan tersebut bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, malah juga sumber pendapatan penduduk
setempat. Tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana banyak projek-projek dewasa ini
hampir melupakan faktor-faktor yang memberi kesan kepada masyarakat. Peranan ahli-ahli teknokrat
amat penting dalam menekankan etika tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

Amanah Dalam Kerja

Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan;
sebuah syarikat misalnya. Bayangkan jika seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah;
segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat
tersebut.

Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian
seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian atau majikan amat penting dalam membanteras
gejala tidak amanah dalam kerja. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan
melaksanakan tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja biasa sahaja, malah tidak
kurang juga majikan atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak amanah ini.

Komited Terhadap Kerjaya.

Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya. Komited yang
dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan.
Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang.

Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih kecemerlangan dalam
kerja. Pekerja akan sentiassa melihat da merebut peluang yang tercipta atau dicipta sendiri. Kata-kata
hikmat dalam perniagaan yang sering dijadikan pegangan usahawan ternama iaitu, "Peluang mesti dicari,
ianya tidak diberi". Ini merupakan faktor penting dalam mencapai kejayaan.
Akhlak

Akhlak seorang guru merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia yang dimiliki
oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit.
Apalah gunanya seorang yang berpendidikan tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus
jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja,
dan tidak komited dalam kerja. Banyak contoh yang dapat kita lihat dalam pentadbiran negara kita sendiri
di mana ahli-ahli politik yang mengamalkan rasuah dan tidak kurangnya juga yang menerima rasuah
untuk meluluskan sesuatu projek. Malahan suatu gejala Poltik Wang pernah menggemparkan sebuah
gergasi politik di negara kita.

Jujur

Guru haruslah bersifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama pekerja,
pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut.
Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta.
Contoh tipu daya dalam pekerjaan ialah seorang peniaga yang suka menipu pelanggannya dengan tujuan
melipatgandakan keuntungan.

Pengurusan Masa

Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana salah satu faktor
kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat
membantu meringankan beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja.

Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh majikan. Dalam masa yang
agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan masa untuk makan, sembahyang dan berehat.
Kadangkala kita terlalu asyik berbual-bual bersama rakan-rakan sekerja sambil menikmati hidangan
sehingga terlupa untuk menunaikan solat. Walhal waktu rehat tersebut jika bijak diuruskan sudah
semestinya amat mencukupi untuk kita berehat dan beribadat dengan selesa.
Menilai Diri dan muhasabah

Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. Kita
perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang hari terutama dalam
pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di hujung minggu tentang apa yang telah kita sepanjang minggu.
Dan seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa sebenarnya yang telah
kita lakukan (untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.

Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan negara melainkan seorang
itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan sebagai anggota masyarakat. Jika muhasabah atau
penilaian semula itu hanya setakat mengukur kejayaan diri secara sempit, tanpa mengambil kira
sumbangan yang telah dapat dicurahkan kepada sanak saudara, kepada masyarakat setempat, kepada
bangsa dan negara, kepada agamanya, ia belum lagi mencapai maksud sebenar.

Kesimpulannya Etika profesional dan etika guru diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para
profesional atau ahli teknokrat supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan
kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa
etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang
beretika dan berjaya.

Anda mungkin juga menyukai