Anda di halaman 1dari 5

Tajuk Kajian Kes : IBU BAPA YANG MENGHANTAR KANAK-KANAK DI

TASKA DALAM KEADAAAN MEREKA SAKIT

Nama kanak-kanak : MUHAMMAD AIZZUDDIN BIN IDRIS


AHMAD ARSHAN BIN MOHD ROSLAN
NUR ALIA IMRANIA BINTI ALI ZAINI
NUR AINA SORAYA BINTI ABDUL

Umur Kanak-kanak : 1-2 TAHUN

Jantina : LELAKI & PEREMPUAN

Kajian kes ini bertajuk Ibu Bapa yang menghantar kanak-kanak di taska dalam

keadaan mereka sakit. Kajian kes ini tertumpu kepada seorang kanak-kanak berusia

2 tahun bernama Muhammad Aizuddin bin Idris yang telah dihantar ke taska oleh ibu

bapanya sungguhpun kanak-kanak itu tidak berada dalam keadaan kesihatan yang

baik sehingga menjangkiti beberapa orang anak asuhan lain di taska.

MASALAH/ PERISTIWA

Seawal tujuh pagi, semua anak-anak asuhan telah hadir seperti biasa tanpa

sebarang tingkah laku yang luar biasa. Mereka semua telah dibawa untuk

menjalankan rutin harian seperti biasa. Anak-anak asuhan dibawa ke ruangan tidur

kerana mengikut rutin biasa anak-anak jagaan akan tidur terlebih dahulu sebelum

dikejut untuk makan setelah beberapa jam tidur. Semua anak jagaan tidur tanpa

sebarang masalah.

Setelah beberapa jam, anak-anak asuhan dikejutkan dan diberi makan untuk

mengisi perut mereka. Seperti kebiasaan, ada kanak-kanak yang susah untuk diberi

makan kerana tidak sabar untuk pergi bermain bersama rakan-rakan. Pengasuh
mula menyedari ada sesuatu yang berbeza berlaku terhadap seorang anak asuhan

bernama Aizuddin yang berusia 2 tahun yang kurang selera untuk makan. Dia hanya

makan beberapa suap sebelum menggeleng dan mengelak mulutnya dari disuap

makanan. Selalunya, kanak-kanak itu tidak mempunyai masalah untuk makan

malahan selalu menghabiskan makanannya dengan mudah.

Pengasuh kemudian bertindak membenarkan semua anak-anal asuhan untuk

bermain. Aizuddin kemudian pergi bermain dengan rakan-rakan seumurnya iaitu

Ahmad Arshan dan Aina Soraya. Dia bermain kejar-kejar, berkongsi mainan dan alat

tulis untuk melukis pada kertas. Pengasuh mula menyedari yang Aizuddin tidak aktif

seperti biasa dan kelihatan seperti lemah dan kepenatan. Aizuddin juga

menunjukkan gejala batuk-batuk. Pengasuh memeriksa suhu Aizuddin dan

menyedari suhu kanak-kanak itu panas iaitu pada 38 ℃. Tidak lama selepas itu,

Aizuddin muntah sehingga terkena seorang anak asuhan lain, Nur Alia Imrania yang

berusia setahun.

Pengasuh menghubungi ibu kepada Aizuddin untuk memaklumkan keadaan

kanak-kanak itu. Ibu Aizuddin mengatakan Aizuddin sudah muntah-muntah sejak

semalam namun dia tidak merasakan perkara itu sesuatu yang serius. Ibu Aizuddin

sedar yang anaknya demam namun terpaksa menghantar anaknya ke taska kerana

perlu bekerja. Ibunya tidak memaklumkan mengenai masalah kesihatan Aizuddin.

Pengasuh meminta ibu anak asuhan itu untuk mengambil anaknya dan membawa

anaknya pergi mendapatkan rawatan.

Keesokan harinya, 3 orang anak asuhan iaitu Ahmad Arshan, Aina Soraya

dan Nur Alia Imrania turut menunjukkan gejala yang sama iaitu muntah-muntah dan

suhu badan yang panas. Ketiga-tiga kanak-kanak itu disahkan mengalami gejala

demam.
ANALISIS

Pihak taska tidak dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan anak asuhan

berkenaan. Tanpa mengetahui tahap kesihatan kanak-kanak itu, pengasuh taska

yang bertugas ketika itu tanpa sengaja telah membiarkan kanak-kanak yang sakit itu

bermain dengan anak-anak asuhan yang lain sehingga mereka berjangkit. Ibu bapa

kepada anak jagaan taska telah menghantar anak mereka ke taska walaupun

menyedari anak mereka berada di dalam keadaan yang tidak sihat serta berisiko

menjangkiti anak-anak asuhan yang lain.

Ibu bapa kepada anak asuhan tersebut mengambil sikap sambil lewa kerana

merasakan keadaan kesihatan anak mereka tidak terlalu serius dan mereka lebih

mementingkan kerjaya mereka kerana tidak mahu mengambil cuti untuk membawa

anak mereka ke mendapatkan rawatan. Sikap sambil sewa dan tidak

bertanggungjawab ibu bapa itu telah mengakibatkan anak mereka menjangkiti 3

orang anak asuhan yang lain.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Anak-anak asuhan yang sakit diasingkan dan dikuarantin di satu ruangan bagi

mengelakkan penyakit berjangkit kepada anak-anak asuhan yang lain. Ibu bapa

kepada kanak-kanak yang sakit dihubungi dengan kadar yang segera bagi

membawa anak mereka pulang untuk mendapat rawatan.

Pihak pengusaha taman asuhan kanak-kanak (TASKA) perlu berbincang

bersama kakitangan-kakitangan taska serta ibu bapa kepada anak-anak asuhan

secara atas talian dalam menekankan tentang peraturan baru taska iaitu ibu bapa

dan penjaga tidak boleh menghantar anak mereka yang menghidap penyakit

berjangkit atau terdedah kepada individu yang mengalami penyakit berjangkit dalam
tempoh tertentu mengikut arahan pegawai kesihatan. Perkara ini termaktub di dalam

Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 mengkiut Peraturan-Peraturan Taman

Asuhan Kanak-Kanak 2012 dalam memastikan keselamatan dan kesihatan kanak-

kanak asuhan.

Tindakan tegas itu perlu dilaksanakan kerana pengusaha taska boleh

didenda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-

duanya sekali jika disabitkan kesalahan membenarkan anak asuhan hadir ke taska

dalam keadaan berpenyakit berjangkit.

Penekanan secara tegas perlu diberikan kepada ibu bapa untuk memastikan tahap

kesihatan anak mereka adalah cemerlang sebelum menghantar anak-anak mereka

ke taska atas sebab sebarang kemungkinan boleh berlaku dan jika boleh tiada

elemen salah menyalahkan sesiapa yang bertanggungjawab bila perkara tidak

diingini berlaku.

TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN/ (RAWATAN)

Tindakan susulan dilaksanakan secara serta-merta iaitu sehari selepas peristiwa itu

berlaku. Pihak taska bertindak tegas menolak permintaan seorang ibu kepada anak

asuhan taska yang merayu-rayu untuk menghantar anaknya ke taska kerana dia

perlu ke tempat kerja dan tiada masa untuk menjaga dan memantau anaknya pada

waktu bekerja. Kanak-kanak itu menunjukkan gejala batuk-batuk dan selesema.

Pihak taska terpaksa menghalang kehadiran kanak-kanak tersebut ke taska kerana

risau akan menjangkiti anak-anak asuhan yang lain.

Selain itu juga, warga taska yang terdiri daripada pengusaha, penyelia,

pengurus dan pengasuh yang akan berada berdekatan dengan anak-anak asuhan

perlu memastikan tahap kesihatan mereka baik sebelum datang ke tempat kerja.
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

...............................

Nama

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai