Anda di halaman 1dari 4

Tajuk Kajian Kes : KESALAHAN MAJIKAN DALAM MENGURUSKAN

TASKA

Nama kanak-kanak : AMIR ASYRAF BIN SOLEHIN


NURLAILA AISYA BINTI MOHAMMAD FADHLI

Umur Kanak-kanak : 1-2 TAHUN

Jantina : LELAKI & PEREMPUAN

Kajian kes ini bertajuk Kesalahan Majikan dalam Menguruskan Taska. Kajian

tertumpu kepada salah laku pengusaha taska dalam menjalankan taman asuhan

kanak-kanaknya.

MASALAH/ PERISTIWA

Majikan taska telah melakukan beberapa kesalahan dalam menguruskan

taska. Antara kesalahan adalah seperti menyalahgunakan warga asing dari

Indonesia yang mendaftar permit untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah kepada

majikan/pengusaha taska namun telah dieksploitasi untuk menjadi salah seorang

pengasuh di taska berkenaan.

Dua orang anak asuhan taska yang berusia setahun dan dua tahun iaitu Amir

Asyraf dan Nurlaila Aisya telah dipukul oleh seorang pengasuh yang tidak bertauliah.

Pengasuh itu tidak memiliki sebarang sijil berkaitan asuhan kanak-kanak dan tidak

pernah mengikuti sebarang kursus asuhan.

Dari aspek keselamatan, pengusaha taska ini tidak pernah mengambil kira

untuk menyediakan alatan-alatan kecemasan dan keselamatan seperti alat


pemadam api jika berlaku kebakaran. Tiada sebarang alat pemadam api di dalam

taska.

Pengusaha taska ini juga telah mengeksploitasi pelajar-pelajar yang

menjalankan latihan industri di taska ini dengan mengerah tenaga kerja mereka

secara maksimum tanpa sebarang elaun dan bayaran. Pelajar-pelajar ini juga tidak

diberi sebarang tunjuk ajar dan diarahkan melakukan tugas dengan sendiri.

ANALISIS

Majikan iaitu pengusaha taska bertindak mengambil kesempatan terhadap

pembantu rumahnya dengan menyuruh melakukan kerja di luar skop pekerjaan.

Melantik warga asing bekerja sebagai pengasuh di taska juga merupakan salah satu

kesalahan yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu, majikan

juga bersikap tidak bertanggungjawab dengan melantik individu tidak bertauliah

dalam asuhan kanak-kanak sehingga individu tersebut telah bertindak memukul anak

asuhan.

Majikan juga tidak bertanggungjawab dengan mengabaikan aspek

keselamatan iaitu tidak menyediakan alat pemadam api. Perkara ini akan

memudaratakn kesemua yang berada di dalam taska sekiranya kebakaran berlaku.

Majikan juga mengambil kesempatan terhadap pelajar-pelajar yang melakukan

latihan industri di taskanya dengan menyuruh melakukan kerja seperti kakitangan

tetap di taska itu tanpa sebarang bayaran dan latihan.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Pembantu rumah perlu melaporkan tindakan majikannya terhadapnya di

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kerana memaksanya melakukan kerja di luar skop

kerja. Ibu bapa perlu melaporkan kesalahan majikan melantik pengasuh tidak

bertauliah, tidak mempunyai alat pemadam api kepada pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Para pelajar yang mengikuti latihan industri perlu melaporkan kepada

pihak university dan meminta bantuan dan pandangan pihak universiti dalam isu ini.

Selain itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu menubuhkan

jawatankuasa khas dengan menjalankan operasi menyerbu rumah taska secara

mengejut bagi memeriksa segala butiran dan keadaan serta cara kerja di taska-

taska.

Pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian

Pengajian Tinggi perlu menggembleng tenaga bagi menggubal undang-undang baru

dalam menetapkan elaun minimum RM1,000 kepada pelajar-pelajar praktikal bagi

mengelakkan sebarang ekploitasi berlaku oleh majikan.

TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN/ (RAWATAN)

Bagi tindakan pembantu rumah melaporakn salah laku majikan, haruslah dilakukan

dengan kadar segera. Begitu juga laporan mengenai pengasuh yang tidak bertauliah.

Bagi penubuhan jawatankuasa khas mengenai operasi menyerbu taska secara

mengejut perlu dilakukan dengan kadar segera namun secara berperingkat kerana

banyak aspek perlu dinilai begitu juga mengenai pelaksaan elaun minimum bagi

pelajar praktikal.

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan :

...............................

Nama

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai