Anda di halaman 1dari 11

XBHM3103 PENGURUSAN KESIHATAN PEKERJA

SEPTEMBER 2019

1) Cadangkan penyelesaian bersesuaian dalam perkaitan kepada isu kesihatan


pekerjaan yang diperolehi daripada literatur

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang
yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri
dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua
orang dengan peralatan yang minimum. Apabila anda berdepan dengan seseorang yang
mengalami
kecederaan, bertenang dan ikuti pelan tindakan yang jelas. Paling utama, pertimbangkan
keselamatan diri anda dahulu. Apabila anda yakin bahawa selamat untuk bertindak, nilai dan
bantu
mangsa kemalangan dan dapatkan bantuan yang sewajarnya.
Pastikan keselamatan diri dan mangsa. Kemudian kenal pasti dan rawat keadaan yang membawa
ancaman segera kepada nyawa. Perkara yang paling penting adalah keadaan tidak sedarkan diri
atas apa jua sebab dan keadaan yang boleh menjejaskan pernafasan dan peredaran darah. Periksa
adakah selamat untuk mendekati mangsa. Jika tidak selamat, pihak tersebut perlu mendapatkan
perkhidmatan kecemasan dan kekalkan jarak anda dari mangsa sambil memerhatikannya. Jangan
dekati walaupun keadaannya menjadi bertambah buruk. Periksa keselamatan mangsa. Hanya
alihkan mangsa jika nyawa dalam ancaman segera dan tiada risiko untuk memberi kecederaan
kepada diri anda. Nilai dan rawat. Uruskan kecederaan yang berpotensi mengancam nyawa atau
keadaan seperti tiada kesedaran diri sebelum mengendali keadaan atau kecederaan lain. Dapat
bantuan yang sesuai. Anda mungkin perlu membuat panggilan perkhidmatan kecemasan atau
meminta pertolongan dari orang-orang sekeliling dan berdekatan.

Faktor-faktor kemalangan juga berlaku disebabkan oleh kelemahan pekerja itu sendiri.
Kebanyakkan sebab yang berlaku juga adalah termasuk masalah peribadi pekerja tersebut.
Contohnya, masalah penglihatan dan masalah kesihatan. Ada sesetengah pekerja mengabaikan
masalah kesihatan semata-mata untuk mencari rezeki. Namun begitu, mereka tidak pula fikir
mengenai bahayanya akibat yang bakal tiba. Seterusnya, mereka turut mengabaikan pemakaian
‘Personal Protective Equipment’ sewaktu berada di tapak pembinaan dan di dalam kilang yang
mana keselamatan adalah paling penting.

Selain itu, sesetengah pekerja yang kurang mempunyai sifat bertanya pada penyelia turut
mengundang risiko untuk berlakunya kemalangan. Pekerja tidak bertanya mengenai sesuatu yang
tidak difahami tetapi hanya mengikuti kata-kata orang sahaja tanpa menyiasat kebenarannya.
Ada juga pekerja yang kelayakan akademiknya rendah ataupun bidang yang dipelajari itu
berlainan menyebabkan berlakunya ketidakcekapan dalam pemahaman dan menerima arahan
mahupun dalam membuat kerja.

Tambahan lagi, sesetengah pekerja tidak gemar bekerja secara berpasukan dan lebih suka
membuat kerja secara sendiri tanpa bantuan orang. Sikap begini adalah tidak elok kerana jika ada
kerja yang tersalah buat tanpa disedari, ia akan menimbulkan masalah pada orang lain dan
melambatkan proses kerja serta penghasilan produktiviti akan berkurang. Kadang-kadang ada
sesetengah pekerja gemar mengambil jalan pintas ketika membuat kerja tanpa mengetahui baik
buruknya kesan daripada itu. Tidak berdisiplin ketika membuat kerja juga boleh mengundang
kepada berlakunya kemalangan contohnya bergurau kasar ketika membuat kerja.

Seterusnya, pekerja kurang kesedaran tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
di tempat kerja. Kurangnya daya tumpuan ketika bekerja boleh mengundang bahaya terutamanya
bila pekerja tersebut cepat panik apabila berlaku sesuatu yang tidak diigini. Hal ini boleh
menyebabkan berlaku kemalangan dan melibatkan orang di sekeliling tempat kejadian. Keadaan
emosi yang kurang stabil dan panas baran juga boleh mempengaruhi faktor kemalangan di
tempat kerja. Contohnya, seorang pekerja yang mempunyai masalah keluarga dan terbawa-bawa
masalah tersebut ke tempat kerja sehingga hilang fokus sewaktu bekerja. Sesetengah pekerja
yang suka bersosial seperti ke kelab malam selepas pulang dari kerja turut menjejaskan keadaan
persekitaran di tempat kerja.

Apabila pekerja tidak mendapat rehat yang cukup, mereka pasti mengantuk ketika melakukan
kerja pada keesokan hari. Hal ini boleh menjejaskan prestasi kerja dan mengganggu orang lain
meneruskan tugasan mereka jika ada kerja yang perlu dibuat bersama pekerja lain. Sesetengah
pekerja tidak menghiraukan keselamatan diri ketika bekerja sehingga terkena kemalangan.
Pekerja yang bekerja di kilang-kilang, mereka terdedah dengan penggunaan mesin setiap hari.
Hal ini membahayakan pekerja kerana selalu terdedah dengan elektrik dan akan menyebabkan
mudahnya terkena renjatan elektrik. Mesin-mesin di kilang kebiasaanya mempunyai kuasa
elektrik yang tinggi. Begitu juga dengan penggunaan peralatan yang panas atau besi panas yang
boleh menyebabkan kecederaan pada kulit dan tubuh akan melecur jika tidak berhati-hati ketika
bekerja. Pekerja yang bekerja dengan bahan kimia juga berpotensi untuk mendapat kemalangan
jika pemakaian sarung tangan tidak digunakan. Bahan-bahan kimia merupakan bahan yang
paling bahaya kerana ia boleh menghakis jika terkena pada badan.

Penyakit berjangkit adalah paling bahaya jika ada salah seorang pekerja membawa virus
penyakit ke tempat kerja. Hal ini boleh menyebabkan pekerja lain turut berjangkit penyakit
tersebut. Contohnya pekerja yang sedang mengalami chicken pox. Bagi pekerja yang mengalami
penyakit chicken pox, mereka sepatutnya cuti rehat sehingga penyakit itu betul-betul sembuh.
Hal ini adalah bagi mengelakkan memberi kesan kepada pekerja lain. Jika pekerja lain terkena
jangkitan, kemungkinan pekerja yang akan cuti rehat itu akan bertambah. Maka, produktiviti
yang dapat dihasilkan adalah berkurang dan kerja yang bertangguh juga akan bertambah banyak.

Pihak pengurusan adalah penggerak utama yang penting dalam memastikan pengurangan
kemalangan di tempat kerja dapat dikurangkan. Hal ini kerana pihak pengurusan yang
menyediakan tempat kerja untuk para pekerja membuat kerja maka mereka perlulah
menyediakan tempat kerja yang selamat buat mereka. Majikan perlulah meletakkan papan tanda
keselamatan ketika berada di tapak pembinaan atau di dalam kilang-kilang. Berdasarkan apa
yang dinyatakan dalam AKKP 1994 majikan haruslah melindungi keselamatan, kesihatan dan
kebajikan para pekerja dengan menyelenggara mesin dan menyediakan sistem kerja yang
selamat. Pihak pengurusan seharusnya menghantar para pekerja untuk mendapatkan latihan
pengendalian mesin yang secukupnya. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya
kemalangan yang tidak diingini sewaktu pengendalian mesin berkenaan.

Seterusnya pihak pengurusan perlu menyediakan ‘Personal Protective Equipment’ (PPE) dan
menguatkuasakan penggunaannya kepada para pekerja ketika di dalam kilang mahupun di tapak
pembinaan. Pihak pengurusan juga memberikan latihan komunikasi terutamanya untuk pekerja
asing yang tidak fasih berbahasa Malaysia. Para penyelia juga perlu didedahkan teknik
mengawalselia pekerja ketika membuat kerja terutamanya yang melibatkan pemakaian PPE dan
pengendalian mesin serta penggunaan alatan yang betul ketika bekerja. Dalam AKKP 1994 turut
menyatakan bahawa majikan perlu menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) jika di tempat kerja terdapat kakitangan melebihi daripada 40 orang pekerja.
Sekiranya pekerja kurang daripada 40 orang, Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya
jawatankuasa ditubuhkan jika wujud keperluan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di tempat kerja tersebut.

Bagi memastikan kemalangan ditempat kerja sifar, pengurusan wajar mengadakan program
keselamatan dan kesihatan yang sesuai dengan tempat kerja dan perlu dilakukan secara
sistematik. Misalnya, pengurusan perlu menentukan dasar keselamatan dan kesihatan yang ingin
dicapai mengikut tahunan atau bulanan. Kemudian, pengurusan perlu mengenalpasti dan
menubuhkan organisasi pengurusan bagi program tersebut. Setelah itu risiko perlu ditaksir bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku atau berulang lagi. Pengurusan haruslah
melaksanakan kawalan risiko dan sentiasa menyemak, menilai dan menambahbaik cara kerja
secara berperingkat.

Pekerja perlu memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan terhadap
dirinya dan orang lain yang berkemungkinan akan terjejas oleh disebabkan tindakan atau
peninggalannya semasa bekerja. Maka, pekerja itu sendiri wajib mematuhi peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan oleh pihak majikan. Para pekerja perlu cakna dengan peraturan terutama
apabila berada di tapak pembinaan dan di dalam kilang serta mematuhi segala papan tanda yang
ada. Bekerjasama dengan majikan atau orang lain dalam membuat kerja berdasarkan akta dan
peraturan-peraturan yang telah dibuat. Pemahaman terhadap cara pengendalian mesin haruslah
jelas supaya sewaktu proses penggunaannya itu berjalan lancar dan selamat. Seterusnya pekerja
perlu menggunakan PPE supaya risiko untuk menghadapi kemalangan itu berkurang.

Selain itu, pekerja juga perlu sentiasa bersedia untuk menambah ilmu dengan memohon untuk
menyertai kursus-kursus mengenai bidang tugas memasing. Hal ini bertujuan untuk melahirkan
pekerja yang mahir dan cekap ketika bekerja supaya kerja yang dilakukan itu berjalan lancar dan
dapat mengelakkan berlakunya kemalangan di tempat kerja. Para pekerja perlulah berterus terang
jika ada masalah kesihatan yang boleh memudaratkan kerja dan pekerja lain. Bagi yang
mengalami masalah penglihatan, haruslah berjumpa optometrist untuk membuat cermin mata
bagi memudahkan untuk membuat kerja. Tambahan lagi, pekerja seharusnya melaporkan kepada
penyelia jika terdapat kemalangan kecil atau sebarang masalah. Jika pun ada kerja yang tersalah
buat, perkara tersebut mesti juga diberitahu kepada penyelia kerana bagi mengelakkan
berlakunya kemudaratan kepada pekerja lain. Malahan itu, kemungkinan syarikat akan
mengalami kerugian jika terdapat produk yang tidak berkualiti dihasilkan dan pihak syarikat
akan terpaksa menanggung malu.

2) Anda dikehendaki menulis kertas cadangan Program Pertolongan Kecemasan yang


relevan kepada syarikat yang anda telah temubual dalam tugasan pertama.

Pengenalan
Industri pembinaan memainkan peranan yang sangat penting dalam aktiviti pembangunan dan
kemajuan negara. Tenaga profesional mahir diperlukan untuk memastikan industri ini terus
membangun dan berkembang pesat. Industri pembuatan pula merupakan sektor utama negara
yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan perkembangan pekerjaan.
Disamping itu, kedua-dua sektor ini juga mempunyai pekerja yang begitu ramai berbanding
sektor-sektor lain yang ada di negara kita. Umum mengetahui bahawa penggerak utama dalam
peningkatan produktiviti negara ialah para pekerja. Tetapi sejauhmanakah mereka mengetahui
betapa pentingnya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja? Statistik pekerjaan dan
perburuhan 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja menunjukkan seramai 2.2 juta
pekerja yang terlibat dalam sektor pembuatan dan 1.2 juta dalam bidang pembuatan.

Kajian ini menumpukan kepada industri pembinaan yang mana industri sebegini terdedah kepada
bahaya dari segi bahan kimia dan bahan binaan yang terletak di Perak iaiti BWC Construction
Sdn Bhd. Syarikat ini berusia 22 tahun yang mana ia terlibat dengan perindustrian pembinaan,
industri berat dan kejuruteraan. Dalam kertas kerja ini, sebanyak 30 pekerja sektor pembinaan
telah ditemu bual bagi mendapatkan persepktif dan pengetahuan mereka terhadap pertolongan
kecemasan difahami oleh mereka. Hal ini amat penting di dalam mengetahui tahap pengetahuan
mereka terhadap pertolongan cemas sepanjang mereka bekerja. Ini amat penting kepada kertas
kerja ini kerana ia akan memberikan suatu penjelasan mengapa ia perlu diterapkan di dalam diri
pekerja itu sendiri dan majikan memainkan peranan yang penting di dalam memastikan
pelaksanaan ini dapat dilaksanakan.
Tujuan dan fungsi perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS)
Perubatan kecemasan biasanya disebabkan oleh gangguan secara tiba-tiba kepada badan atau
minda kebiasaannya melalui kecederaan, jangkitan, komplikasi obstetrik atau ketidakseimbangan
kimia. Ia boleh berlaku akibat penyakit kronik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.
Perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) adalah untuk merawat keadaan ini termasuk
penilaian cepat, penyediaan perubatan yang tepat pada masanya, dan pengangkutan ke
kemudahan penjagaan kesihatan yang sesuai dengan cara terbaik untuk meningkatkan
kelangsungan hidup, dan mengelakkan komplikasi yang rumit terhadap pesakit. Matlamat
perkhidmatan ambulans yang berkesan adalah untuk menyediakan rawatan perubatan kecemasan
bagi mereka yang memerlukannya. Kemajuan dalam bidang perubatan dan teknologi dalam
dekad ini telah menaik taraf perkhidmatan-perkhidmatan kecemasan.
Perkhidmatan ini tidak lagi terhad kepada rawatan pesakit yang akan berada di dalam hospital
tetapi ia meliputi kepada penjagaan dan pengangkutan pesakit pada masa yang sama.
Perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) diperlukan dalam pelbagai keadaan: pesakit yang
berpotensi terdiri daripada penduduk luar bandar dan pedalaman selain bandar. Pembangunan
untuk Perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) adalah sangat penting kerana ia mampu
menyalurkan bantuan kepada golongan kurang mampu dan golongan yang berada di luar
kawasan.
Tujuan perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) adalah bertujuan untuk memastikan
masyarakat lebih peka dengan adanya bantuan sebegini dan ia juga bertujuan untuk memastikan
setiap orang di dalam negara ini akan mendapat bantuan yang setimpal dengan apa yang mereka
perlu. Oleh hal yang sedemikian, organisasi perlulah memastikan wujudnya kakitangan
perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) yang akan memberikan faedah bukan sahaja kepada
kakitangan tetapi kepada organisasi pada masa yang sama.

Kaedah kajian
Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat dan data yang bersifat kualitatif.
Data kualitatif diperoleh melalui kaedah pemerhatian dan temubual untuk mendapatkan data
yang lengkap. Antara kaedah yang diamalkan dalam kajian ini adalah kaedah pemerhatian iaitu
semasa lawatan ke BWC Construction Sdn Bhd, Perak. Dengan cara ini, maklumat terperinci
mengenai masalah dapat dikesan. Manakala, kriteria bagi kajian kualitatif yang baik adalah
memerlukan masa yang panjang di tempat kajian, mendapatkan mklumat terus dari responden
dan tidak membuat tanggapan awal sehingga berada berada dalam konteks penyelidikan sebenar
(Gay, 2003)
Data primer juga dipanggil data mentah dan tidak boleh digunakan secara langsung. Data primer
merupakan data asli dan bukannya diambil dari mana-mana sumber. Antara kaedah-kaedah data
primer yang ditangani dalam kajian ini adalah temubual bersama beberapa pekerja yang terpilih
di BWC Construction Sdn Bhd. Kaedah temubual secara bersemuka merupakan antara kaedah
yang paling berkesan dalam mendapat maklumat terkini dan terperinci. Kaedah ini adalah
kaedah yang paling berkesan serta diguna pakai sejak dulu lagi. Manakala, soal selidik pula
dibentuk dengan soalan yang sangat senang dan ringkas untuk dijawab serta mengelak daripada
disalah tafsir oleh responden. Kajian juga melibatkan kaedah pengumpulan data, merekod,
menganalisis serta membentangkan dalam bentuk laporan di akhir kajian

Hasil Dapatan Kajian


Data primer juga dipanggil data mentah dan tidak boleh digunakan secara langsung. Data primer
merupakan data asli dan bukannya diambil dari mana-mana sumber. Antara kaedah-kaedah data
primer yang ditangani dalam kajian ini adalah temubual bersama beberapa pekerja yang terpilih
serta Pengurus Sumber Manusia, Lafarge, Kanthan. Kaedah temubual secara bersemuka
merupakan antara kaedah yang paling berkesan dalam mendapat maklumat terkini dan terperinci.
Kaedah ini adalah kaedah yang paling berkesan serta diguna pakai sejak dulu lagi. Manakala,
soal selidik pula dibentuk dengan soalan yang sangat senang dan ringkas untuk dijawab serta
mengelak daripada disalah tafsir oleh responden. Kajian juga melibatkan kaedah pengumpulan
data, merekod menganalisis serta membentangkan dalam bentuk laporan di akhir kajian. Sesi
temuramah telah diadakan dengan beberapa pekerja untuk mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai tahap kesedaran keselamatan di tempat kerja oleh para pekerja. Beberapa maklumat
dapat dikenalpasti semasa menemu bual untuk merungkai persoalan kajian ini.
a) Polisi keselamatan oleh Firma Polisi yang memperkenalkan sistem penalti melalui permit
keselamatan 6 bulan sekali. Melalui sistem ini, pekerja BWC Construction Sdn Bhd akan
lebih berhati-hati kerana penalti RM 400.00 dikenakan bagi setiap mengabaian dalam menjaga
keselamatan di tempat kerja. Polisi ini juga selaras dengan keinginan firma untuk
mengurangkan kerugian akibat pembayaran pampasan sekiranya berlaku perkara yang tidak
diingini.
b) Pengetahuan pekerja tentang keselamatan di tempat kerja adalah pada tahap sederhana dan
mereka memahami akan keselamatan yang perlu diutamakan tetapi mereka kurang jelas
dengan beberapa polisi di dalam syarikat mereka seperti jumlah pampasan kesihatan.
Keadaan industry tersebut menunjukkan bahawa keprihatinan mereka terhadap pekerja
berada di dalam tahap yang memuaskan. Pengetahuan dan pengalaman di dalam industri
kimia membawa banyak mudarat kepada kesihatan seseorang pekerja sekiranya tidak peka
terhadap keselamatan diri.
c) Pekerja juga cuba mengambil langkah berhati-hati kerana mereka ingin mengelak daripada
gangguan terhadap hasil pengeluaran firma Sekiranya, berlaku sebarang kemalangan di
tempat kerja maka kilang akan berhenti beoperasi untuk seketika, maka hasil pengeluaran
kilang akan terhenti sehingga masalah tersebut diselesaikan.
d) Bagi menjamin hasil pengeluaran pada tahap 100 %, semua pekerja perlu berwaspada semasa
di tempat kerja maka tidak akan ada kemalangan dan perjalanan kerja akan berlaku seperti
biasa tanpa sebarang masalah.

Hasil daripada pemerhatian semasa lawatan, didapati BWC Construction Sdn Bhd sememangnya
menekankan keselamatan di tempat kerja. ini dapat dilihat melalui papan tanda yang diletakkan
di semua ruang yang dapat dilihat oleh pekerja. Simbol-simbol bahaya jelas dipamerkan di
semua tempat berbahaya manakala, pekerja pula mengenakan pakaian seragam berserta dengan
alat-alat keselamatan seperti toping muka, sarung tangan dan kasut keselamatan yang jelas
menunjukkan bahawa pekerja patuh akan polisi serta peraturan seperti yang termaktub dalam
peraturan BWC Construction Sdn Bhd. Kawasan disekitar Lafarge juga sangat bersih dan ini
memberi tanggapan yang baik kepada sesiapa yang berkunjung ke organisasi ini, walaupun ianya
sebuah kilang berasaskan kimia.
Perbincangan Tentang Keperluan Program Pertolongan Cemas
EMS berpegang kepada 6 prinsip umum: a) pengesanan awal yang pengesanan awal insiden
adalah penting kerana ia adalah langkah pertama ke arah memahami keadaan dan mencari
bantuan. Apabila kecemasan perubatan disahkan, laporan boleh dibuat kepada pihak berkuasa
yang sepatutnya. Seterusnya, b) laporan awal yang pengesanan awal kemudian membawa kepada
pelaporan awal. Semua orang perlu diberitahu tentang nombor kecemasan kawasan mereka
supaya dalam keadaan kecemasan, panggilan kecemasan untuk melaporkan insiden itu boleh
dibuat dengan segera. Semua butir-butir dan pemerhatian hendaklah dilaporkan kepada
pengendali yang mengendalikan panggilan itu supaya kemudahan kawalan akan dapat memberi
ringkasan kepada pasukan EMS yang menanggapi apa yang akan mereka hadapi.

Di samping itu, tindak balas awal adalah penting untuk menghantar pasukan EMS dan segera
memberi respons kepada lokasi kecemasan supaya penjagaan yang betul dapat diberikan secepat
mungkin. Tindakan awal boleh menjadi penting dalam kes-kes kecemasan yang memerlukan
perhatian segera seperti pesakit yang mengalami strok atau serangan jantung. Sementara itu,
penjagaan yang baik adalah aspek lain manakala pasukan EMS yang bertindak balas harus dapat
memberikan bantuan perubatan yang tepat yang diperlukan dalam keadaan. Bantuan pertama
yang betul yang merupakan tujuan utama EMS, harus diberikan untuk menghentikan kesulitan
selanjutnya daripada merebak. EMS yang bertanggungjawab akan mempunyai pensijilan yang
diperlukan untuk mengambil kawalan penuh ke atas sebarang kecemasan perubatan. Ia juga
terpulang kepada mereka untuk menentukan sama ada pesakit akan memerlukan rawatan lanjut
di hospital.

Di samping itu, penjagaan dalam pemindahan adalah penting sebaik sahaja keperluan penjagaan
muktamad telah ditubuhkan, pasukan EMS yang bertindak balas menggunakan kenderaan
ambulatori untuk mengangkut pesakit ke kemudahan terdekat. Pasukan EMS harus terus
memberikan perhatian perubatan pertama yang diperlukan sepanjang pengangkutan. Akhir
sekali, pemindahan ke penjagaan muktamad yang bertanggungjawab ke atas pesakit harus
diserahkan kepada kemudahan perubatan yang dilengkapi untuk mengendalikan kes itu. Lebih
kerap daripada tidak, pesakit diangkut ke kemudahan kecemasan hospital terdekat. Ia
kemudiannya diberikan kepada doktor yang menjaga menjaga pesakit. Akhirnya, EMS akan
menyediakan kakitangan dengan rawatan perubatan segera dengan harapan memanjangkan
hayat, serta menyediakan peluang untuk mendapatkan penjagaan muktamad jika ada keperluan
untuknya.

Isu dan Cabaran EMS di Premis Tempat Kerja


Kebanyakkan organisasi yang mempraktikkan EMS di seluruh negara berusaha untuk memahami
dan menangani pengambilan dan pengekalan isu ini kerana mereka mendapati bahawa isu ini
adalah rumit dan memerlukan kempen yang berkesan. Pertama, pelaksanaan ini memerlukan
pemahaman yang mendalam tentang tenaga kerja tetapi malangnya, syarikat yang tidak
menggunakan EMS adalah disebabkan kurang kakitangan yang mempunyai pengetahuan yang
baik mengenai EMS.
Impak tenaga kerja EMS adalah penting kerana ia melibatkan kualiti penjagaan pesakit, kos,
operasi dan struktur organisasi. Isu tenaga kerja merangkumi segala-galanya tentang pekerja,
termasuk: pendidikan, pengambilan pekerja, keadaan kerja, gaji dan pampasan, motivasi pekerja,
kesihatan dan keselamatan, pengekalan dan jalur karir.
Kedua, BWC Construction Sdn Bhd perlu mengupah seseorang yang mempunyai kemahiran di
dalam menangani kepelbagaian dan kerumitan tenaga kerja EMS. Hal ini kerana EMS telah
berkembang dan penyampaian EMS yang berbeza kerana terdapat pelbagai jenis sistem EMS
dan pelbagai cara di mana pekerja diberi ganjaran dan pampasan. BWC Construction Sdn Bhd
perlu menghasilkan cara kreatif untuk memahami segmen tenaga kerja yang berlainan dan perlu
sedar bahawa setiap segmen mempunyai faktor dan masalah tersendiri.
Akhirnya, BWC Construction Sdn Bhd perlu menyokong penyelidikan tenaga kerja EMS dan
pengumpulan data dalam organisasi kerana ini adalah satu-satunya cara untuk menangani pekerja
dengan maklumat lebih lanjut mengenai tenaga kerja. Seperti yang kita ketahui, isu tenaga kerja
akan menjadi salah satu cabaran utama yang dihadapi industri dan profesion kita dalam dekad
yang akan datang. Kualiti penjagaan yang diberikan kepada pesakit bergantung kepada kualiti
orang yang diletakkan di lapangan. Organisasi perlu mempunyai tanggungjawab untuk
memastikan pekerja mereka difahami, dijaga dan disokong dengan cara yang sesuai dengan
dedikasi.

Anda mungkin juga menyukai