Anda di halaman 1dari 5

BAB V

CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan cadangan yang akan dikemukan oleh pengkaji untuk
penambahbaikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Cadangan yang dikemukakan
oleh pengkaji diharap dapat mengatasi kelemahan yang wujud dalam aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kilang Bernas Tumpat. Setelah itu, pengkaji
menghasilkan rumusan kajian secara keseluruhan. Rumusan kajian yang dibuat adalah
berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.

5.2 CADANGAN PENINGKATAN ASPEK KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN DALAM SEKTOR PERKILANGAN

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, beberapa cadangan dikemukakan oleh


pengkaji kepada kilang tersebut dalam melaksanakan pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan dengan lebih cekap.

5.2.1 Memperbanyakkan Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Latihan kecemasan yang dijalankan dapat meningkatkan pengetahuan dan dapat


mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja. Latihan keselamatan yang
dijalankan dapat menyedarkan pekerja supaya sentiasa peka terhadap aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain mementingkan keselamatan diri sendiri,
mereka juga akan mementingkan keselamatan rakan sekerja mereka dan tidak
bertindak dengan bahaya apabila berlaku kemalangan. Jika kemalangan dapat
dikurangkan, maka kos kemalangan di tempat kerja dapat dikurangkan. Latihan
66

keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah salah satu cara yang terbaik untuk
mendidik pekerja dalam memberikan maklumat bagi meningkatkan tahap
pengetahuan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Mustazar et al. (2009), menyatakan induksi dan latihan sambil bekerja (On Job
Training) adalah latihan yang sesuai dijalankan kerana kos adalah rendah dan
memudahkan pihak pentadbiran untuk menguruskannya. Induksi lebih kepada
pendedahan maklumat tentang dasar dan peraturan-peraturan dalam syarikat.
Manakala latihan sambil bekerja dijalankan secara individu dan lebih kepada mereka
yang baru bekerja atau bertukar cawangan atau tempat pekerjaan yang lain.

5.2.2 Ketatkan Undang-Undang dalam Pemakaian Alat Keselamatan Diri

Alat keselamatan yang dipakai oleh pekerja seperti topi keselamatan, penutup hidung,
sarung tangan, kasut dan penyumbat telinga dapat mengelakkan pekerja daripada
mengalami kecederaan yang ringan mahupun berat. Pihak yang berwajib di kilang
tersebut haruslah mengetatkan undang-undang dalam pemakaian alat keselamatan diri.
Jika mempunyai undang-undang yang ketat, maka pekerja akan sentiasa memakai alat
keselamatan diri semasa bekerja dan sentiasa berwaspada. Hal ini demikian kerana
kemalangan yang berlaku adalah disebabkan pekerja tidak memakai alat keselamatan
diri. Contohnya terluka akibat terkena alatan di dalam kilang. Seksyen 15 (2) kerajaan
telah mewajibkan pihak majikan perlu memberikan latihan dalam bagaimana dan bila
menggunakan alat perlindungan keselamatan dan memastikan pekerja sentiasa
menggunakan alat perlindungan keselamatan.

5.2.3 Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Peralatan di dalam Kilang

Pemeriksaan dan penyenggaraan ke atas peralatan di dalam kilang perlu sering


dijalankan untuk memastikan alat perlindungan keselamatan berada dalam keadaan
yang selamat. Pemeriksaan ini perlu dilakukan oleh pihak berwajib bagi memastikan
kemalangan tidak berlaku. Pemeriksaan ini mungkin boleh dilakukan sekali dalam
tempoh seminggu. Pihak berwajib boleh mengadakan bengkel penyelenggaraan
peralatan di dalam kilang kepada pekerja-pekerja di kilang tersebut. Hal ini supaya
67

pekerja dapat melakukan sendiri pemeriksaan dan penyelenggaraan. Hal ini juga
supaya pekerja dapat mengendalikan sendiri penyelenggaraan peralatan dengan baik
sekiranya berlaku kerosakan.

5.2.4 Tanda-Tanda Amaran Perlu Diperuntukkan Bagi Mengingatkan Pekerja


Memakai Alat Perlindungan Diri Yang Sesuai

Tanda-tanda amaran perlu disediakan oleh kilang Bernas bagi mengingatkan pekerja
memakai alat keselamatan diri yang sesuai terutamanya di kawasan yang berpotensi
mengundang kemalangan. Tanda-tanda amaran ini akan membuatkan pekerja peka
dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Majikan bertanggungjawab sepenuhnya
dalam melindungi dan menyebarkan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan. Jadi tanda-tanda amaran ini perlu disediakan bagi kepentingan para
pekerja. Selain itu, tugas pekerja juga untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri
dengan mematuhi tanda-tanda amaran yang disediakan.

5.2.5 Pendedahan Visual

Pihak kilang Bernas dicadangkan supaya melakukan pendedahan visual. Tahap


pengetahuan pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja akan bertambah
melalui pendedahan visual ini. Antara pendedahan visual yang boleh dilakukan ialah
cara untuk mengelak kemalangan di tempat kerja dan tindakan yang boleh diambil
oleh pekerja tersebut sekiranya berlaku kemalangan. Selain itu, pendedahan visual-
visual tentang kemalangan yang berlaku di tempat kerja yang telah berlaku dapat
member peringatan kepada pekerja supaya berhati-hati semasa bekerja.

5.3 RUMUSAN KAJIAN

Sektor perkilangan di kilang Bernas Tumpat mempunyai kadar kemalangan yang


rendah. Namun, risiko untuk berlaku kemalangan tetap ada. Kadar kemalangan yang
rendah ini juga disebabkan oleh pekerja di kilang tersebut adalah dalam skala yang
kecil. Kajian yang dijalankan ialah persepsi terhadap pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di Kilang Padi Beras Nasional (BERNAS), Tumpat.
68

Melalui objektif yang pertama iaitu, mengenalpasti persepsi kakitangan


terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Persepsi kakitangan masih berada pada
tahap yang tinggi. Hal ini menunjukkan pengurusan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di kilang Bernas Tumpat masih berada dalam keadaan yang baik. Pekerja
mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan. Majikan memainkan peranan
yang penting dalam meningkatkan kefahaman persepsi terhadap keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.

Berdasarkan objektif kajian yang kedua pula iaitu mengkaji tahap


pengetahuan, sikap dan amalan kakitangan terhadap keselamatan dan kesihatan
pekerjaan juga berada pada tahap yang tinggi. Hal ini dibuktikan melalui borang soal
selidik yang merangkumi tiga aspek iaitu tahap pengetahuan, sikap dan amalan.
Melalui pemerhatian yang dijalankan, pekerja memakai alat keselamatan diri yang
lengkap semasa bekerja. Tahap pengetahuan, sikap dan amalan yang berada pada
tahap tinggi ini menyebabkan pekerja bersikap tidak sambil lewa dalam pemakaian
alat keselamatan diri semasa bekerja. Namun begitu, kemalangan tetap juga terjadi
walaupun dalam skala yang kecil. Kemalangan akan menbebankan organisasi kerana
kos yang perlu ditanggung.

Objektif ketiga pula ialah menilai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan
di kilang Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). Aspek keselamatan di kilang
tersebut juga berada pada tahap yang tinggi. Pekerja diajar menggunakan alat
pemadam api yang betul semasa mengikuti latihan atau kursus yang disediakan oleh
kilang. Majikan dan pekerja memainkan peranan penting dalam pencegahan
kemalangan di tempat kerja. Majikan telah mewujudkan susasana kerja yang selamat
dan pekerja turut mengamalkan gaya kerja yang selamat sewaktu bekerja.

Persepsi terhadap pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan


menunjukkan pekerja mempunyai persepsi yang positif terhadap pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pekerja mempunyai persepsi positif terhadap
peranan majikan dalam pencegahan kemalangan di tempat kerja dan program
keselamatan yang dianjurkan. Pekerja juga memainkan peranan mereka dalam
pencegahan kemalangan di tempt kerja. Pekerja yang mempunyai persepsi yang
69

positif terhadap pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan cenderung untuk


mempamerkan peningkatan terhadap pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Walaupun terdapapat kemalangan yang terjadi di kilng tersebut, pekerja mengambil
langkah berjaga-jaga dari terlibat dalam kecederaan dan kemalangan di tempat kerja

Seterusnya, cadangan turut dikemukakan bagi meningkatkan aspek


keselamatan di kilang tersebut. Antara cadangan yang dikemukankan ialah
menganjurkan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, ketatkan undang-undang
dalam pemakaian alat keselamatan diri, pemeriksaan dan penyelenggaraan peralatan
di dalam kilang, tanda-tanda amaran perlu diperuntukkan bagi mengingatkan pekerja
memakai alat perlindungan diri yang sesuai dan pihak bernas boleh melakukan
pendedahan visual. Cadangan ini melibatkan majikan dan juga pekerja. Pekerja
hendaklah patuh dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh majikan supaya
pekerja mengamalkan budaya kerja yang selamat dan kemalangan dapat dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai