Anda di halaman 1dari 5

PENGHARGAAN

Pertama sekali, bersyukur ke hadrat iilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami
menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Dengan kekuasaanNya memberikan kesihatan yang baik serta
petunjuk pada kami, kami dapat menyiapkan tugasan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi
tanggungjawab sebagai pelajar.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Mohamed Ayob
Bin Sukani yang telah memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada pelajarnya
sewaktu kuliah bagi menyiapkan tugasan ini. Semoga jasa baiknya diganjari dengan kurniaan
daripada Allah yang tidak ternilai.
Di samping itu, penghargaan ini juga kami tujukan buat ahli keluarga kami yang tidak putus
memberikan sokongan kepada kami dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa sedar, mereka jugak
banyak menyokong kami dari segenap segi rohani dan kewangan. Malahan, doa yang mereka
titipkan buat kami merupakan salah satu semangat serta menjadi tulang belakang yang mengiringi
kami sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang sama-sama membantu bagi mendapatkan beberapa
maklumat untuk tujuan berkongsi maklumat.
Akhir sekali, disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada pihak yang
terlibat secara tidak langsung di dalam menyiapkan tugasan ini. Segala bentuk bantuan yang
diberikan amat kami hargai.
PENGENALAN

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat
sesuatu. Erti kata lain juga kaedah merupakan perkara yang dilakukan bagi menghasilkan sesuatu
yang di ingin di cipta.
Penyelidikan bermaksud mencari fakta atau kebenaran mengenai sesuatu perkara. Ia
merupakan satu perkara penting bagi mencari fakta yang tepat dan benar. Selain itu, penyelidikan
juga adalah bertujuan bagi membina atau mereka sesuatu produk yang baru. Oleh itu, penyelidikan
ibarat perkara asas yang perlu dikuasai apabila ingin mereka sesuatu produk atau membina kajian
tertentu. Malah, penyelidikan adalah sistematik kerana ia mengikut langkah-langkah tertentu.
Kaedah penyelidikan juga merupakan salah satu subjek yang perlu dipelajari oleh semua
pelajar di institusi pendidikan bagi tujuan mempelajari ilmu bagi menghasilkan satu bentuk kajian
atau penulisan ilmiah yang baik. Penghasilan sesuatu kajian atau penulisan ilmiah merupakan
perkara yang sering dihadapi oleh setiap pelajar tidak kira di institusi awam atau swasta.
Terminologi dalam Penyelidikan

1. Latar Belakang
Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, latar belakang bermaksud dasar atau asas kepada
sesuatu perkara. Di dalam bahagian ini, penulisan seharusnya mengandungi sedikit penjelasan
tentang latar belakang kajian yang ingin dijalankan. Penulisan pada bahagian latar belakang
seharusnya mempunyai penjelasan mengenai kajian yang akan dikaji atau sejarah bermulanya
sesuatu perkara seperti asal usul yang perlu difahami oleh pembaca. Rujukan diperlukan di dalam
penulisan bahagian ini bagi mengukuhkan lagi penulisan terutamanya apabila pernyataan yang
ditulis merujuk sejarah atau peristiwa sesuatu perkara.

2. Penyataan Masalah
Pernyataan masalah adalah persoalan yang ingin diperjelaskan serta didedahkan di dalam
sebuah tesis, kerja atau penyelidikan yang ingin dijalankan. Ia perlu dijelaskan dengan tepat dan
jelas. Penulisan pada bahagian ini memerlukan hujah-hujah seperti contoh mengapa kajian ini perlu
dijalankan. Bahagian ini juga boleh diperolehi melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang
dijalankan.

3. Objektif Kajian
Objekti kajian mengandungi tujuan atau matlamat. Ia bermaksud tujuan utama atau
matlamat yang ingin dicapai di dalam sebuah kajian. Objekif kajian haruslah boleh dicapai, relevan
dan jelas. Objetif kajian seharusnya selari atau seiring dengan soalan.

4. Hipotesis Kajian
Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, hipotesis bermaksud sesuatu pendapat yang dianggap
benar sebagai alasan walaupun kebenarannya belum dibuktikan. Ia adalah ramalan atau penjelasan.
Hipotesis kajian juga digunakan bagi menjelaskan fakta atau perhubungan antara yang ingin dikaji
dan ia berdasarkan tajuk kajian atau projek.

5. Batasan Kajian
Di dalam bahagian ini, ia menerangkan mengenai skop dan had kajian. Terdapat batasan
pada setiap kajian. Walaupun secara ringkas, namun batasan kajian tetap dilaporkan. Selain itu, ia
juga merujuk kepada kemungkinan wujudnya kelemahan kajian diluar kawalan pengkaji yang
melibatkan parameter dalam metadologi kajian. Seperti contoh, menghadkan bidang pada aspek
tertentu sahaja. Seterusnya, menghadkan kajiannya pada lokasi-lokasi atau sasaran tertentu bagi
memudahkan penyelidikan.

6. Kepentingan Kajian
Secara umumnya, kepentingan kajian dapat disimpulkan bahawa mengapa kajian yang
dijalankan ini adalah penting. Kepentingan kajian berperanan bagi memperbaiki atau membina
instrumen untuk mengumpul serta menganalisis data. Contohnya, hasil kajian ini diharap dapat
membantu untuk dijadikan panduan kepada guru bagi mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dikalangan murid-murid.

7. Definasi Operasional
Operasional bermaksud pernyataan yang menerangkan tentang cara ukur, skala ukur, definisi
dan hasil ukur dari variabel tertentu. Secara keseluruhan, ia merupakan sejumlah perkataan yang
dipilih oleh penyelidik bagi diberikan huraian supaya tidak mengelirukan pembaca. Perkataan yang
dipilih haruslah diberikan definisi yang bersesuaian berdasarkan pendapat pakar bidang.

8. Teori Kajian
Teori bermaksud satu pernyataan yang spesifik serta berkaitan antara satu sama lain tentang
sesuatu isu atau fenomena. Erti kata lain teori adalah penjelasan tentang fakta-fakta sehingga kita
dapat memahami sesuatu. Ia boleh dijadikan panduan bagi sesuatu kajian atau penyelidikan untuk
merangka teori yang lebih baik. Teori terdiri daripada konsep, penjelasan, serta ilmu-ilmu dari
beberapa aspek pengalaman manusia.

9. Kerangka Kajian
Kerangka kajian merupakan satu bentuk kerangka konsep yang diterangkan secara ringkas
mengenai bentuk kajian, format kajian dan peringkat-peringkat di dalam kajian. Kerangka kajian
dibina separuh dan belum siap sepenuhnya. Terdapat dua bentuk kerangka, iaitu kerangka teori dan
kerangka konseptual kajian. Teori merupakan isi yang diperlukan bagi menjadikan sebuah kajian itu
baik. Ia berfungsi sebagai panduan kepada penyelidik bagi membentuk kerangka konseptual.
Literatur Kajian

Bahagian ini membawa maksud kepada membuat rujukan secara sistematik dan kritikal
terhadap dokumen yang mengandungi maklumat seperti idea, data, kaedah, serta maklumat
berkaitan kajian yang dijalankan. Erti kata lain, teori atau model perlu ada di dalam sebuah kajian.
Literatur Kajian adalah gabungan satu badan maklumat yang diperoleh daripada sumber sekunder
seperti surat khabar, buku, majalah dan sumber lain yang berkaitan. Ia adalah maklumat yang
khusus dan berpusing di sekitar tema atau isu yang berkaitan. Ia juga adalah pemilihan idea yang
teliti serta diperolehi daripada hasil penemuan orang lain daripada isu tertentu yang berkaitan
dengan beberapa cara. Literatur kajian adalah bagi menetapkan nada bagi sisa kertas akademik.
Secara keseluruhannya, ia merupakan satu proses dimana ia memerlukan pemerhatian serta
penelitian dan kemahiran mengumpul, membaca serta membuat rumusan sesuatu maklumat dengan
lebih terperinci. Selain itu, pentingnya bahagian ini adalah bagi membezakan mengenai apa yang
telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji. Ia juga adalah penting bagi menggabungkan bahagian
penulisan pelbagai sumber yang berasingan. Antara aspek yang diperlukan di dalam bahagian ini
adalah melapor kaedah kajian, melapor hasil kajian, serta melapor instrumen kajian. Di samping itu,
antara ciri-ciri literatur kajian yang baik dan sempurna adalah rujukan semasa dan relevan serta
bersesuaian.

Anda mungkin juga menyukai