Anda di halaman 1dari 4

Tajuk Kajian Kes : KETIDAKPRIHATINAN PIHAK PENGANJUR

PERTANDINGAN PERBARISAN HARI MERDEKA


TERHADAP ANAK-ANAK TASKA

Nama kanak-kanak : NIK ADAM MUSTAQEEM BIN NIK AMARUDIN


MUNIRA ARISSA BINTI AHMAD HAZIQ
MUHAMMAD QAYUUM IQBAL BIN NASARUDIN
& PULUHAN KANAK-KANAK LAIN

Umur Kanak-kanak : 3-4 TAHUN

Jantina : LELAKI & PEREMPUAN

Kajian kes ini bertajuk Ketidakprihatinan Pihak Penganjur Pertandingan Perbarisan

Hari Merdeka Terhadap Anak-Anak Taska. Kajian ini tertumpu kepada sikap sambil

lewa dan layanan yang mengecewakan pihak penganjur pertandingan perbarisan

yang tidak mengambil berat terhadap anak-anak taska.

MASALAH/ PERISTIWA

Pada bulan Ogos, beberapa buah taska telah dijemput untuk menyertai dan

menghadiri Pertandingan Perbarisan sempena Hari Kemerdekaan yang berlangsung

di Semenyih. Para pengasuh taska yang bertugas telah menyiapkan anak-anak

asuhan yang terdiri daripada 3 hingga 4 tahun dengan menyolek corak bendera Jalur

Gemilang pada wajah serta memakaikan mereka baju kurung dan baju melayu.

Setibanya sampai di lokasi pertandingan, kesemua anak-anak asuhan dari beberapa

buah taska telah diarah untuk beratur membuat beberapa barisan di hadapan

beberapa buah khemah.


Anak-anak asuhan yang terdiri daripada 3 hingga 4 tahun diarah beratur

dihadapan khemah-khemah yang disediakan untuk tetamu-tetamu kehormat yang

terdiri daripada ketua polis daerah, orang-orang atasan dari beberapa buah agensi

kerajaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak penganjur serta beberapa individu

lain. Tetamu kehormat yang merupakan ketua polis daerah memberi ucapan bagi

memulakan majlis pertandingan mengambil masa agak lama lebih kurang 10 minit

menyebabkan semua anak-anak asuhan berdiri beratur di tengah panas sementara

menunggu ucapan habis.

Setelah pertandingan bermula, anak-anak asuhan terpaksa melakukan

perbarisan di bawah terik matahari kerana kawasan pertandingan itu terletak

ditengah-tengah padang yang tidak berbumbung. Kesemua anak-anak taska

terpaksa menahan suhu yang panas dalam keadaan memakai baju melayu dan baju

kurung.

Setelah pertandingan tamat, kesemua hadirin diminta menunggu

pengumuman pemenang di bawah sinaran mentara yang panas. Beberapa orang

pelajar berusia 3 hingga 4 tahun, Nik Adam Mustaqeem, Munira Arissa dan

Muhammad Qayuum menangis teresak-esak kerana tidak dapat menahan panas

semasa perbarisan. Kanak-kanak asuhan, ibu bapa dan pengasuh yang hadir

sebagai penjaga dan penyokong tidak disediakan bukan sahaja tempat berteduh

malah tempat duduk.

ANALISIS

Pihak penganjur dilihat terlalu mementingkan keselesaan tetamu-tetamu

kehormat sehingga gagal menyediakan kemudahan yang selesa seperti khemah

kanopi untuk anak-anak asuhan yang masih kecil sehingga menyebabkan anak-anak

asuhan berasa tidak selesa dan tertekan menahan terik matahari.


Pihak penganjur gagal dalam memastikan objektif sebenar pertandingan ini

tercapai yang sepatutnya lebih meraikan anak-anak asuhan taska yang bekerja

keras berlatih untuk perbarisan malangnya mereka tidak langsung diraikan

sebaliknya tetamu-tetamu kehormat yang lebih diraikan dalam majlis pertandingan

ini. Tindakan membiarkan anak-anak asuhan yang kecil berdiri di tengah terik

matahari yang panas pada suatu masa yang lama boleh menyebabkan mereka

terkena serangan strok haba yang berisiko membawa maut. Tindakan pihak

penganjur boleh disifatkan sebagai satu penganiayaan terhadap anak-anak asuhan.

Kesannya, anak-anak asuhan akan mengalami trauma dan berkemungkinan

tidak mahu menyertai sebarang aktiviti luar lagi selepas ini kerana tidak mahu

menghadapi situasi yang sama.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu mengeluarkan satu prosedur

(SOP) yang spesifik mengenai penyediaan fasiliti terhadap mana-mana pihak

penganjur untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak taska semasa apa-apa

jenis majlis atau pertandingan yang dianjurkan berlangsung. Pihak penganjur perlu

mengutamakan anak-anak taska ini dalam apa jua keadaan. Tindakan yang berat

perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak penganjur yang tidak menghiraukan dan

memandang remeh tentang keselesaan dan keselamatan anak-anak taska.

TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN/ (RAWATAN)

Tindakan mewujudkan satu prosedur (SOP) baharu perlu dilakukan dengan

kadar segera bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi. Sebaiknya SOP ini

perlu dilaksanakan sebelum majlis-majlis besar yang melibatkan penglibatan anak-

anak taska dianjurkan.


Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

...............................

Nama

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai