Anda di halaman 1dari 3

Soalan

Nak tanya, ada tak larangan murid menggunakan Smart Watch ke


sekolah? Sebab pengetua larang seorang murid menggunakan
smart Watch dan bapa murid tersebut ( lawyer) nak kan pihak
sekolah memberi punca kuasa kenapa sekolah melarang

Jawapan

Justifikasi sekolah, smart Watch fungsi nya sekarang sama


seperti handphone .Smart Watch adalah peranti yang mana semua
atau kebanyakkan fungsi HP ada padanya, maka pengharaman
pengguna HP sekaligus mengharamkan penggunaan Smart Watch.
RUJUKAN SPI 2/2009 PENGUATKUASAAN LARANGAN
MEMBAWA DAN MENGGUNATELEFON BIMBIT OLEH MURID
DI SEKOLAH .

Pengunaan jam Smart Watch adalah merupakan barangan


berharga yang sememangnya tidak di galakkan untuk di bawa ke
sekolah. Sehubungan itu adalah menjadi tanggungjawab Pengetua
atau Guru Besar( PGB) untuk memastikan barangan yang dibawa
tidak memberikan implikasi kepada murid dan pihak sekolah. (PGB)
berhak menetapkan barangan tersebut sebagai barangan larangan
berdasarkan punca kuasa SPI 9/1975 Peraturan-peraturan
sekolah untuk murid - murid .

Adalah menjadi tanggung jawab pihak PGB untuk memastikan


keselamatan murid semasa berada di dalam kawasan sekolah .
Penggunaan jam Smart Watch yang digunakan itu adalah
merupakan peralatan elektronik yang tidak ada pengesahan
keselamatan daripada pihak SIRIM .Sebarang bencana ke atas
murid semasa berada di sekolah seperti di sambar petir adalah
menjadi tanggung jawab pihak PGB

Seterunya juga amat di bimbangi akan keselamatan murid


semasa berada di luar kawasan sekolah iaitu semasa sewaktu
perjalanan dan balik daripada sekolah . Di bimbangi murid terdedah
kepada pihak pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil
kesempatan ke atas murid berkenaan . Arahan bagi menjaga
keselamatan murid adalah sepertimana arahan Kementerian
Pendidikan Malaysia melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil 8/1999
Keselamatan Diri Murid Dalam perjalanan pergi dan balik
Sekolah .

Sehubungan dengan itu berdasarkan kepada punca kuasa


yang dinyatakan . PGB berhak untuk menetapkan murid tidak
dibenarkan membawa peralatan yang tidak sesuai demi menjaga
keselamatan murid ketika berada di sekolah . Keingkar atau
keenggan murid dalam mematuhi peraturan ini adalah dianggap
telah melanggar arahan dan merupakan salah salah laku disiplin .
PGB boleh mengenakan hukuman keatas murid berdasarkan
Ordinan Pelajaran 1957 Peraturan Peraturan Pelajaran (Disiplin
Murid) 1959 peraturan 4 Tanggungjawab Guru Besar atas
disiplin ,
Ibubapa penjaga murid adalah digalakkan untuk
menghubungi pihak sekolah sekiranya perlu berhubung dengan
anak mereka. Murid sekolah juga boleh meminta bantuan daripada
pihak sekolah termasuk guru kelas mereka sekiranya ada perkara
penting yang perlu dimaklum kepada ibu bapa mereka

Anda mungkin juga menyukai